Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, February 15, 2016

GAFIM ~ 'Apa lagi Industri Mahu?' Macam-macam perkara. *Terkini*


Jumaat 12hb. Februari 2016, Dataran FINAS Hulu Kelang

Acara 'Apa lagi Industri mahu?' anjuran GAFIM (Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia) menjemput semua para penggiat industri kreatif Malaysia ke satu dailog secara terbuka untuk mencari jalan keluar bagi kemelut semasa.

Acara di jadualkan untuk bermula pada jam 8.00 malam tetapi disebabkan hujan turun dengan lebat maka kedatangan para jemputan agak kurang. Itu tanggapan saya.

Sesudah menunaikan fardhu Maghrib di Surau FINAS, saya pun keluar menyapa kawan2 penggiat industri kreatif yang turut hadir. Urusetia majlis menjemput kami semua untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum acara utama di mulakan.

Alhamdulillah, sajian yang di sediakan cukup sedap.  Terimakasih Dato' Jurey Rosli dan GAFIM. Syukur Alhamdulllah.

Berikut adalah beberapa gambarfoto yang sempat saya ambil bersama para penggiat industri kreatif negara dan presiden2 persatuan filem tempatan..


Dari kiri: Saya, Roslan Madun, Shaharuddin Thamby, Dato Jurey Rosli dan ...?

Penerbit Yusuf Kelana, Presiden SENIMAN Zed Zaidi, Mahaguru58, Roslan Madun, Shaharuddin Thamby, Presiden GAFIM Dato' Jurey Rosli dan kawan.

Presiden SENIMAN dengan salah seorang presiden persatuan.

Sepatutnya Mansor bin Putih, sarjana filem yang menjadi Pengerusi Majlis (katanya) tetapi penyanyi dan pelakon Roslan Madun yang telah mengambil tugas pada malam itu. Acara terus di mulakan dengan ucapan ringkas Presiden GAFIM, Dato' Jurey Rosli dan kemudiannya terus di sambung dengan sesi Soal Jawab untuk tidak membuang masa.

Saya sempat rakam sebahagian dari sesi tersebut untuk menjadi tontonan kita bersama disini. Rakaman terus. Makanya mutu rakaman bunyi tak berapa jelas dan saya tak sempat nak sunting untuk membuang gangguan bunyi bising dan sebagainya. Harap maklum, ye. Tumpukan pada kandungan perbincangan, Insya Allah.


Yang menyoal di dalam sedutan sesi Soal Jawab ini adalah seorang penerbit filem dan telemovie, Dato Sheikh Jamal Nasir. (Gambar di bawah:)

Dato Sheikh Jamal Nasir

Oleh kerana sistem bunyi yang di sediakan di Dataran FINAS pada malam tersebut kurang bagus, maka tak berapa jelas untuk di dengar. Suasana memang tidak berapa selesa. Tak dapat dengar dengan terang akan apa yang sedang di perkatakan. Saya rakam video2 ini secara spontan dan 'free hand' je. Tak pakai tripod jadi harap faham. Memang tak se stabil kamera profesional. :D


dan ini sebahagian lagi yang sempat saya rakam :

Berikut adalah gambar2 foto penggiat2 industri kreatif yang saya sempat rakam. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin.



Zahrin Aris, Setiausaha Kehormat GAFIM
Kapt (K) Khir Mohd Noor, Presiden PROFIMA


Othman Hafsham, Presiden FDAM
Dato' Jurey Rosli, Presiden GAFIM, CCIG dsbnya.
Presiden Persatuan SENIMAN, Zed Zaidi @ Rozaidi Jamil
Presiden Persatuan Penerbitan Filem Iklan Malaysia, Khoo Kay Lye
Roslan Madun, Aktor dan Penyanyi Lagu2 Warisan
Penulis Kreatif
Aktor Shaharuddin Thamby
Sarjana Filem Mansor bin Putih
Sutradara Hj Mior Hashim Manap
Dr.Mahadi J.Murat dan Salim Haji Saifuddin
Saya bersama Sutradara Murali Abdullah (sebelum acara bermula)

Di hujung hujung acara, keadaan menjadi panas bilamana Sutradara terkenal Murali Abdullah meluahkan rasa hatinya terhadap keadaan semasa dan nasib kru-kru perfileman dimana Murali mendakwa pekerja2 industri perfileman tidak mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya dari GAFIM terutamanya dari PROFIMA! 

Murali menempelak Presiden2 Persatuan-persatuan Perfileman didalam GAFIM yang gagal berusaha mendapatkan kadar bayaran gaji dan upah yang berpatutan dari para penerbit2 perfileman serta stesen2 TV yang mengaut hasil lumayan dari penayangan2 filem, telemovie dan filem2 iklan sementara para pekerja2 industri di bayar dengan gaji yang ciput dan tidak berpadan dengan usaha kerja mereka! Para hadirin menepuk tangan dan menyokong kata kata Murali!

Video ini menjadi panas di laman Facebook bilamana rakaman menunjukkan Murali di datangi seorang petugas GAFIM yang menegurnya semasa sedang berada di hadapan mikrofon. Saya tak dengar apa yang di katakan lelaki tersebut tetapi keadaan memang tegang semasa itu! Perlu tanya Murali apa sebenarnya yang dikatakan lelaki itu kepada nya?

Di susuli dengan peristiwa seorang jurukamera yang turut meluahkan perasaan di datangi lelaki yang sama dan berlaku perbalahan di antara mereka pula! Saksikan:

Bahagian akhir ~ Doraisamy Sevan pula meluahkan rasa kenapa GAFIM membawa orang untuk mengugut para penggiat industri yang meluahkan rasa?



Pendekata, keadaan memang tegang di akhir akhir acara 'Apa lagi Industri mahu?' anjuran GAFIM itu.

Di rumuskan cerita, para pekerja industri perfileman Malaysia mahukan kadar bayaran bag mereka di naikkan dari apa yang di bayar para penerbit dan stesen2 penyiaran tempatan!

Sebagai seorang penulis kreatif, saya juga mahu di bayar dengan kadar setimpal bilamana saya menjual hasil karya saya nanti. Tidak ada sesiapa yang mahu di bayar ciput dan di perlakukan dengan sewenang wenangnya didalam dunia ini.

Presiden2 Persatuan Perfileman sudah tentu sedar bahawa ini adalah realiti dan mereka perlu berusaha dengan lebih giat lagi untuk menaikkan kembali semangat para penggiat seni kreatif negara bagi manfaat bersama.

Hendak seribu daya ; tak hendak .. begini lah jadinya!

Post a Comment