Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, March 29, 2016

Deklarasi Rakyat Menentang PM Najib Razak ~ Apa Kesudahan nya nanti?

Agak kasihan melihat keadaan Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam rakaman video 'The People's Congress ~ The Fall of Najib':



Kasihan nya saya itu bukan nya apa tetapi mengenangkan keadaan fizikal Tun Dr. Mahathir yang sudah berusia lebih dari 91 tahun kini terpaksa mengerahkan saki baki kudrat yang masih tinggal di dalam tubuh badannya untuk berusaha menyelamatkan negara dari cengkaman kuasa diktator PM Najib Razak!

PM Najib Razak
Tun Dr. Mahathir pada usia selanjut ini seharusnya berehat, bersantai bersama anak2 dan cucu-cucu beliau tetapi memandangkan semangat jiwa negarawan yang masih ada pada diri nya tetap terus menggagahkan diri yang sudah hampir berusia sekurun tabah menongkah arus persada politik tercemar negara kita ini.


Tun Dr. Mahathir melayan seorang cucu beliau
Tercemar kerana sudah berlaku segala macam perlakuan pecah amanah, serta pemecatan barangsiapa sahaja yang berani mempersoalkan salah laku sang pemimpin dan ancaman tangkap mana mana orang yang tampil berani menyoal PM Dato Seri Najib Razak tentang skandal RM2.6 Billion oleh Datuk Temenggong Negara zaman ini.

Dari pengamatan saya, sistem ampu dan bodek ini sudah merebak ke seluruh bahagian jentera kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Bukan mudah bagi Tun Dr. Mahathir untuk mencantas lalang korupsi yang telah menular luas ke segenap sudut dan ruang kerangka pentadbiran kerajaan pemerintah Malaysia hari ini.


Terus terang saya katakan, saya tak nampak sesiapa pun di dalam barisan depan pemimpin2 pembangkang dan bekas2 pemimpin kerajaan yang kini kelihatan duduk bersama sama Tun Dr. Mahathir yang berupaya menggerakkan massa untuk menjayakan usaha ini.

Rakyat Malaysia tidak akan bangun dan bersatu bagi mendesak PM Najib Razak untuk undur dari jawatan nya. Kebanyakan rakyat lebih suka melihat sahaja apa yang sedang berlaku dari turut sama membahayakan diri dengan melakukan sesuatu untuk merubah keadaan. 

Warga2 negara ini terkenal dengan sikap 'tak kisah' yakni tidak akan mahu mempertaruhkan keselamatan diri masing masing dengan bergabung untuk mendesak mana mana pemimpin bermasa'alah untuk berhenti dari jawatan rasmi masing masing. 
Kebanyakan masyarakat seperti ini selalunya tak ambil tahu samada orang ini atau itu yang menjadi pemimpin. Janji tak kacau rumahtangga dan kehidupan dia sudah. Memanglah secara amnya apa yang berlaku di Putrajaya tak ada kesan secara terus pada mana mana individu rakyat marhaen melainkan ianya terlibat dengan krisis tersebut secara langsung.

Namun mahu tak mahu setiap kita perlu ambil peduli juga tentang apa yang sedang berlaku kerana lambat laun nya tetap akan ada natijah dari pergolakan politik dalam negara ini terhadap kehidupan kita. 

Memang keadaan sekarang tidak akan berubah kecuali ada satu gelombang perubahan yang di jana oleh seseorang pemimpin sehebat Mahathir namun harus di ambil kira akan usia lanjut beliau! Itu sebabnya saya menyatakan 'kasihan' terhadap beliau di awal penulisan kali ini! Namun, jika bukan Tun Dr. Mahathir, siapa lagi?


Buya Hamka, tokoh negara tetangga pernah berkata sepert di atas tentang perlunya ada usaha dari rakyat marhaen @ kita ini untuk turut berbuat sesuatu untuk menentukan nasib kita sebagai warga negara bagi membantu di-dalam gerak kerja seperti apa yang sedang Tun Dr. Mahathir usahakan tetapi ada unsur kemampuan dari segi kewangan dan keperluan hidup seharian yang akan di perkirakan di-dalam soal perjuangan seperti ini.


Ada yang akan berkata, semua yang di barisan depan itu kaya raya orang orang nya, tak susah seperti kita. Andai di tangkap pihak berkuasa, berduyun duyun datang sang peguam untuk membelanya! Untuk kita? Se-ekor anjing pun belum tentu akan datang menyalak!

Maka soal kepentingan peribadi akan muncul, menghadirkan diri, meminta di pertimbangkan sebelum terjerumus dalam kancah politik serba tidak menentu ini. Di hujung senja, apakah yang ada untuk ku? Soal sang rakyat. 

Soal masa depan negara hatta anak cucu masing masing tak lagi menjadi pertimbangan anggota masyarakat zaman sekarang. 'Pandai-pandai mereka lah nak hidup atau cari makan!' 'Aku sendiri dah susah sengsara ; cukup sudah penderitaan ku. Biar lah aku selesa sekejap, sementara tunggu Malaikatul Maut datang menjemput!'



Itu fikrah orang sekarang yang biasa kita dengar. Soal falsafah hidup dan sembang pejuang ini semua semakin lama semakin jarang di perkatakan orang. Orang sekarang belum tentu mahu susah payah membina negara seperti zaman pra Merdeka dan selepas Merdeka.

Zaman sekarang, segala keperluan hidup seperti rumah, bekalan air, api letrik dan kenderaan, boleh kata kebanyakan orang dah ada. Rumah setinggan pun ada TV lebar dan kemudahan internet. Rasa susah tu tak lah terasa sangat dek orang orang kebanyakan sehingga bicara perjuangan 'Deklarasi Rakyat' dan sewaktu dengan nya itu jadi sesuatu yang agak ganjil bagi warga biasa.


Rata rata akan berkata' Biarlah orang orang politik yang kaya raya itu berebut kuasa dan kedudukan. Janji tak mai kacau aku, dah! Gajah sama gajah berjuang, aku tak nak jadi pelandok, mati terhimpit kat tengah!'


Tak tahu lah saya samada Tun Dr. Mahathir akan hidup berapa lama lagi atau berjaya dalam isi beliau untuk mendesak Najib Razak letak jawatan sebelum ketibaan musim pilihanraya umum Malaysia ke 14 pada tahun 2018 nanti?

Yang jelas, adalah Najib dah berjaya mencantas semua musuh musuh politiknya di segenap lapisan jentera kerajaan sehingga dirinya begitu kebal dan di lindung rapi setiap menteri dan anggota Majlis Tertinggi UMNO dari sebarang kritikan atau di soal dek sesiapa sahaja.
Memang begitu menjelekkan bagi kita yang terpaksa menyaksikan semua kekalutan politik tahap longkang ini tetapi apakan daya kita? Paling kuat kita cuma boleh bersuara di alam maya ini dan itu pun harus secara berhati hati andai tak mahu di jemput sang petugas suruhan yang akan tiba membawa surat perintah, bagi menjemput kita untuk menjadi tetamu di bilik bertirai besi dan pangkin bertilam simen! :P

Peribahasa baru ciptaan saya: 'Bagai merejam mata lembing tembus ke belakang; namun tidak setitis darah tumpah sewaktu mencabutnya!'
Mahaguru58  
Post a Comment