Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, March 14, 2016

Pasca Deklarasi Rakyat ~ PAS bermufaraqah dan menyokong Najib!

Semasa Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat masih hidup, soal PAS ingin bergabung dan berkongsi kuasa dengan UMNO menjadi satu perkara yang tabu!
Arwah Nik Aziz memang teramat pantang mendengar cadangan tersebut dan akan memarahi pencadang tersebut dengan tidak berlapik lagi! Saksikan:



Bilamana mantan Mursyidul Am PAS meninggal dunia pada 12hb Februari, 2015, maka satu satunya penentang tegar terhadap usaha menyatukan PAS dengan UMNO lenyap.


Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang memang cenderung untuk bekerjasama di antara PAS dan UMNO sejak dari dulu lagi tetapi terpaksa beralah dengan ketegasan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang tidak mahukan gabungan tersebut kerana serik di permainkan UMNO.


Secara amnya memang bagus untuk umat Islam seMalaysia bersatu dan bergabung berpadu tenaga menghadapi cabaran2 Akhir Zaman bersama. Namun segalanya tertakluk pula kepada soal siapakah dia pemimpin agung yang di harapkan untuk menerajui pakatan atau gabungan ummah tersebut di bumi tanahair tercinta ini?

Maka di sini lah timbul polemik yang memecahbelahkan rakyat. Presiden UMNO sekarang, Dato Seri Najib Tun Razak sedang dihujani pelbagai kontroversi dan dikatakan telah berlaku salah dengan menerima sejumlah besar wang didalam kiraan RM2.6 Bilion kedalam akaun peribadi beliau dari sumber yang masih belum di kenalpasti atau di sahkan.

Pelbagai macam spekulasi dan tekaan berlegar di media sosial tentang punca dan sumber wang tersebut dan PM Najib pada awalnya menidakkan perkara tersebut tetapi setelah di asak pelbagai pihak akhirnya mengaku menerima wang tersebut tetapi menyatakan wang itu digunakan untuk membiayai kos PRU ke 13 nan lalu dan baki nya sudah di pulangkan kepada penderma.

Alasan beliau tidak di terima oleh pihak2 yang tidak berpuas hati dengan jawapan samar tersebut termasuk lah Timbalan Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin. 

Begitu juga dengan Naib Presiden UMNO ke2 yakni Dato Seri Shafie Apdal. Kedua mereka terus di singkirkan dari jawatan masing masing oleh PM Najib Razak dan di gantikan dengan mereka yang menyokong nya tanpa berbelah bagi.

Turut di pecat dan di gantikan adalah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan yang terkini adalah Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir. 

Jika kita lakukan semakan ke atas segala pemecatan dan penggantian pemegang jawatan2 penting didalam negara kita, maka akan terserlah satu usaha menyelamatkan yang tertuduh dari apa yang di katakan sebagai penyalahgunaan kedudukan dan kuasa di puncak persada kuasa negara.

Mungkin tiada sesiapa yang menjangka akan kemunculan keadaan sekarang dimana seorang ahli politik UMNO yang di anggap ramai sebagai seorang'lemah' boleh berubah menjadi sebegitu licik dan amat berkuasa sehingga siapa sahaja yang cuba melanggarnya akan akhirnya luka tercedera dan gugur di medan perjuangan politik semasa.

Usaha Presiden PAS bangun menyokong kepimpinan PM Najib Razak ketika kebanyakan para pemimpin parti2 politik pembangkang bersatu usaha dengan Tun Dr.Mahathir Mohamad, mantan PM ke4 negara mendesak Najib Razak meletak jawatan sebagai PM menampakkan keazaman Presiden PAS tersebut untuk merealisaskan impian nya untuk menzahirkan kerjasama politik PAS dengan UMNO akhirnya. 


Kerjasama yang tak mungkin terjalin andai mantan Mursyidul Am PAS sebelum ini iaitu Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat masih ada. 


Secara amnya memang sudah lama masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini mengimpikan penyatuan ummah setelah mengalami 'perang dingin' di antara dua kelompok terbesar umat Melayu Islam disini. 

Tetapi timbul pula soal siapa dia yang sedang menjad punca segala masaalah semasa untuk negara kita? 

PM Najib Razak menziarahi Dato Harun Din, Murshidul Am PAS di Institut Jantung Negara
Soalnya sekarang, adakah ahli ahli PAS secara amnya menyokong usaha pemimpin ulung mereka ini? 

Tiada siapa yang akan menjangka perubahan keadaan politik semasa dimana Tun Dr.Mahathir akan sanggup bekerjasama dengan musuh politik tradisinya Pemimpin DAP Lim Kit Siang dan lain lain semata mata mahu mendesak PM Dato Seri Najib Razak untuk bersara dari jawatan PM?


Secara amnya, belum pernah lagi mana mana pemimpin kerajaan yang sedang berkuasa akur dengan mana mana tuntutan rakyat untuk ia meletak jawatan apatah lagi bila ianya adalah jawatan Perdana Menteri? Puncak kuasa politik negara!

Apa agaknya di fikiran Lim Kit Siang duduk sebelah Tun Dr.Mahathir?
Suatu senario yang memang agak mustahil! Kita tengok sahaja apa dia perkembangan seterusnya?
Post a Comment