Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, June 29, 2016

Bengkel Ketuk & Cat Kereta Setia Gemilang, Keramat AU3/1, 54200, KL.

Kereta anda di timpa kemalangan? Cat kereta anda sudah pudar dan luntur? Cermin kereta anda pecah atau retak?

Bawa bersabar! Saya ingin mengesyorkan kepada anda Bengkel SETIA GEMILANG WORKSHOP milik Rosli Shamsuddin HP: 0193722563 yang telah membaikpulih kereta2 saya dengan bagus sekali.

Bengkel SETIA GEMILANG WORKSHOP ini terletak di No.67/68, JALAN AU3/1, LEMBAH KERAMAT, bersebelahan dengan Lebuhraya MRR2 daerah HULU KELANG, 54200, KUALA LUMPUR. 

Waktu operasi adalah dari jam 9.00 pagi hingga ke 7.00 malam. 

Buka setiap hari dari Isnin ke Sabtu dan cuti pada setiap Ahad minggu pertama dan ketiga dalam sebulan.

Jalan susur kiri ke sini adalah dari MRR2 arah ke Zoo Negara.





Kereta Wira saya telah saya hantar ke Bengkel SETIA GEMILANG untuk di cat Metallic Silver sepenuhnya pada tahun 2013.


Alhamdulllah, Encik Rosli telah menyempurnakan kerja2 mengecat kereta saya itu dengan bak sekali. Terus cantik berkilat comel seperti baru padahal kereta Wira saya ini dah berusia 15 tahun. Auto 1.5 2001.

Saya memang takkan jual kereta ini sampai bila bila. Dah banyak jasa kereta Wira kesayangan saya ini. Dah merata saya pandu kereta ini dari hulu ke hilir Semenanjung Tanah Melayu ni sampai masuk Singapura dulu.

Pada tahun 2013, kami membeli Proton Preve dan dapat lah menghantar Wira kami ke bengkel SETIA GEMILANG ini untuk di baikpulih sepenuhnya. 

'Total Makeover' dalam Bahasa Inggeris!

Cermin belakang Preve kami retak kena hentakan benda keras angkara seorang pemotong rumput di kawasan apartmen kami. @#$%!!

Terpaksa lah di ganti cermin baru! Saya hantar ke BENGKEL SETIA GEMILANG ini juga! Tuntut dari syarikat insurans sebab saya ada perlindungan insurans lengkap (Comprehensive 1st Party Coverage)


Syukur Alhamdulillah, kerja2 penggantian cermin berlangsung dengan baik dan tak ada masaalah sampai ke hari ini. Cermin asli dari PROTON!

Kelmarin dulu, saya menghantar kereta Wira saya kembali ke Bengkel SETIA GEMILANG untuk di sembur cat semula keatas cermin sisi sebelah kiri sebab ada kehausan cat di situ. Nak buat macamana? 


Kereta kami terdedah kepada terik mentari dan di timpa hujan. Tempat letak kereta bukan berbumbung pun. Kat apartmen kami di Kuantan takde masaalah. Tempat kereta kami terletak cantik di bawah bangunan. Tetapi kami hidup di KL. Sekali sekala saja balik Kuantan.

Berbalik ke topik penulisan kali ini, maka saya cukup puas hati dengan mutu kerja BENGKEL SETIA GEMILANG milik Encik Rosli ini sebab tu saya mahu memperkenalkan khidmat bengkel ini kepada anda.




Mahaguru58 mengesyorkan Bengkel SETIA GEMILANG WORKSHOP untuk kerja2 pembaikpulihan kenderaan anda!

Mutu kerja yang bagus, harga berpatutan dan boleh di runding. Insya Allah.

Post a Comment