Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, August 08, 2016

Grill Besi Pintu, Jerejak Tingkap, Pagar, Awning ~ RR Heavy Metal Works Kuantan

Pecah rumah? Kecurian? Jenayah semakin menjadi sejak kebelakangan ini. 
Pernah kah kediaman anda di masuki pencuri?


Perompak dan pencuri semakin berleluasa didalam negara kita. Bagaikan wabak!

Baru baru ini kediaman kami di sebuah kompleks apartmen di Kuantan, Pahang di cerobohi seorang pencuri. Pihak Pengurusan Bangunan menghubungi saya melalui telefon dan memaklumkan akan kejadian pecah rumah kami itu.

Syukur Alhamdulillah sang pencuri itu gagal memecah masuk ke blik tidur utama apartmen kami itu dan sempat di berkas pihak pengurusan bangunan. Rupa2nya dia seorang Melayu yang mempunyai beberapa rekod polis diatas jenayah yang sama.

Pihak pengurusan berjaya mengesan pergerakan si pencuri ini melalui rakaman video CCTV. Mereka mengirim gambar2 foto tersebut kepada saya yang berada di Kuala Lumpur untuk makluman saya.


Gambar pencuri yang di rakam CCTV
Hairan bagaimana dia berjaya buka pintu ini? Tak nampak kerosakan pun!
Pintu bilik tidur utama gagal di pecah masuk tetapi ada kerosakan pada kayu


Saya meminta pihak pengurusan bangunan memasang kunci2 tambahan sementara bagi pihak saya dan memegang kunci2 tersebut menanti kepulangan saya ke Kuantan.
Dua mangga pintu tambahan sementara siap di pasang grill besi


Selepas seminggu berlalu, kami memandu balik semula ke Kuantan dan menukar mangga2 pintu tersebut dan membayar upah kepada pekerja JMB yang membantu menjaga unit apartmen kami tersebut.

Keesokan hari nya saya menelefon seorang kontraktor pemasang grill besi pintu yang saya jumpa nombornya di dalam internet.



Encik Roshdi Arifin. Beliau memiliki bengkel kerja2 pembuatan grill2 besi pintu, tingkap, pagar dan awning di ROSHDI ENTERPRISE / RR HEAVY METAL WORKS, KUANTAN.

Beliau memiliki beberapa bengkel di B-10 & B-14, SKIM KILANG BIMBINGAN BUMIPUTRA MPK, Batu 5 1/2, JALAN GAMBANG, 25150, KUANTAN, PAHANG.

Nombor2 telefon beliau adalah 012-9524048 dan 019-9856196.

Saya menjemput Encik Roshdi untuk datang mengukur pintu serta tingkap2 dan kawasan balkoni unit apartmen kami untuk dapatkan taksiran kos membuat grill2 besi terbabit.

Seperti di pinta dan di janjikan, Encik Roshdi pun datang. Beliau pun mengukur dan memberikan saya kos2 pembuatan dan pemasangan grill2 besi berkenaan. Pada hemat saya harga yang beliau kenakan memang berpatutan.

Makanya saya terus menempah grill besi untuk pintu utama dahulu dan Insya Allah akan menempah grill2 untuk balkoni di belakang dan di ikuti dengan tingkap2 yang lain.

Petang itu saya dan isteri terus menuju ke Bengkel RR HEAVY METAL WORKS untuk melihat sendiri kerja2 pembuatan grill2 besi tersebut dan untuk memilih corak grill kami.
Pengimpal2 grill besi di RR Heavy Metal Works, Kuantan, Pahang terdiri dari pekerja2 lulusan GIAT MARA. Mereka gigih bertugas mengimpal dan menyiapkan tempahan2 pelanggan.




Nampak macam kayu tetapi sebenarnya besi! Rangka pergola.


Mari kita saksikan hasil2 kimpalan Bengkel RR Heavy Metal Works ini:











Saksikan video rakaman lawatan saya ke Bengkel RR Heavy Metal Works milik Encik Roshdi Arifin di bawah:


Post a Comment