Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, August 16, 2016

Kecelaruan Akidah serta Amalan2 Khurafat Umat Islam Akhirul Zaman ini!

Baru- baru ini semasa saya sedang berjalan keluar dari sebuah pasaraya, saya ternampak seorang ibu muda berketurunan India Muslim menolak troli barangan dari pasaraya tersebut dengan anak perempuannya duduk di tempat yang disediakan untuk anak2 kecil duduk didalam troli berkenaan.

Saya terpandang tanda bulat hitam di pipi kanak2 tersebut. Saya bertanya ibu tersebut samada itu tahi lalat semulajadi atau di lukiskan?

Beliau menjawab 'Di lukiskan'. Saya bertanya kepada nya, 'Kenapa?'

Dia menjawab bahawa ada ibu saudaranya yang menyuruh berbuat begitu untuk mengelakkan dari 'kena mata' orang2 yang berhasad dengki!

Saya pun menasihatkannya supaya tidak melakukan begitu lagi sebab ia adalah salah satu perbuatan khurafat amalan orang-orang jahiliyyah dan yang kaffir. Ianya termasuk perbuatan mensyirikkan Allah dengan meletakkan harapan dan berlindung kepada sesuatu selain dari Allahu Ta'ala!

Didalam Surah An Nisa ayat ke 48-49, Allahu Rabbi menegaskan bahawa Ia tidak akan mengampuni dosa Syirik terhadap Nya:


Klik ke atas paparan ini untuk buka d laman baru yang jelas


Didalam Surah Al-Isra' Ayat ke 11, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman bahawa ada segolongan dari manusia yang berdo'a memohon keburukan (kecelakaan) ke atas orang lain seperti mereka berdo'a kebaikan (kemudahan) untuk menimpa diri mereka sendiri. Allah turut menyatakan tentang sifat keterburu-buruan manusia. Kurang sabar.

Memang benar ramai di kalangan manusia yang tidak sabar. Tidak sabar untuk bersusah payah memperbaiki nasib diri. Jika bermula niaga hari ini sudah mahu menjadi kaya raya esok lusa!

Maka jalan pintas di cari. Orang lain berusaha dengan rajin, menabung hasil keuntungan sedikit demi sedikit lama lama menjadi bukit. Dia tidak!

Tabur benih hari ini, malam esok sudah mahu menuai hasil lumayan umpama kisah khayalan 'Jack and the Beanstalk'. 


Kita sering mendengar tentang peniaga2 kedai makan , restoran serta warung2 menggantung segala macam dan bentuk azimat dan tangkal pelaris di dinding kedai atau tempat perniagaan mereka.



Mereka menggantung pelbagai rajah dan lakaran menurut khayalan sang bomoh dan kaki kelentong yang memperdaya sang peniaga tolol untuk segenggam wang ringgit. 

Satu contoh :
Naga Cintamani. :P
Sesungguhnya apabila seseorang itu menggantung harapan kepada sesuatu selain dari Allahu Rabbul Alamin makanya ia telah sesungguhnya melakukan Syirik terhadap Allah!

Dan satu satunya dosa yang tidak akan di ampuni Allah adalah dosa Syirik terhadap Nya! 

Kebanyakan mereka yang mudah jatuh Syirik ini tidak mempunyai asas pegangan Akidah yang sempurna!

Tidak memadai dengan hanya tahu mengucap 2 Kalimah Syahadah tetapi dari segi pemahaman apatah lagi dari sudut amalan, mereka sekadar ikut ikutan sahaja maka tidak hairan lah jika mereka mudah terpedaya dengan pembohongan para dukun dan tabib tak berlesen itu.

Itu bab peniaga yang tamak haloba nak cepat kaya. Cuba kita kaji sebentar akan golongan yang percaya kepada tangkal dan azimat untuk kebal dan tidak lut dek senjata apa pun!

Pengganas2 Sulu yang menceroboh kedaulatan negara kita dengan menembusi sempadan Sabah di Lahad Datu! Segala azimat dan tangkal yang di pakai mereka tidak berhasil melindungi mereka dari di hancurkan peluru2 angkatan bersenjata kita!

Saksikan!






Askar2 dan Polis2 kita hairan kenapa begitu cepat sekali mayat2 pengganas Sulu itu mereput dan berulat dalam tempoh tidak berapa jam sahaja?

Bilamana manusia mengamalkan ilmu2 hitam dan berharap kepada Jin2 dan Syaitan maka jasad mereka tidak lagi suci dan unsur2 jahat mengambil alih setiap ruang diri mereka. Bila sahaja ruh mereka melayang keluar maka pereputan mayat terlaknat itu segera berlaku dan ulat2 mayat bekerja dengan gigih menghancurkan mayat2 tersebut.


Barangsiapa yang mengamalkan ilmu2 khurafat yang di larang didalam Islam hanya menyerahkan diri mereka kepada unsur2 jahat yang kufur terhadap Rabbul Alamin.


Bagi kita yang beriman kepada Allah, hendaklah mengamalkan pembacaan dan penghayatan Surah2 yang mempunyai fadhilat2 penyembuhan dari sihir dan angkara jin dan syaitan.


Islam hadir di bumi ini sebagai panduan hidup bagi kita yang beriman terhadap Allah, Tuhan Maha Pencipta akan segalanya. Baik yang buruk mahupun yang bermanfaat.

Terpulang kepada kita untuk berwaspada dan melindungi diri kita dengan cara dan kaedah yang di ajar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam.

Hendak seribu daya! Tak hendak, tanggung lah sendiri.

Tawakkaltu alal Laah!
Post a Comment