Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, November 30, 2016

Mensyukuri Nikmat Iman tatkala berada di Akhir Zaman. Bhgn 1/2

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saudara, Saudari, Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Sedar tak sedar, kita kini sudah berada di Akhirul Zaman. Suatu masa didalam tempoh kehidupan umat manusia yang terakhir setelah ditinggalkan pergi Rasul Allah yang terakhir dan teragung lebih dari 1438 tahun sejak Hijrah Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Nabi Muhammad Sayyidul Mursalin yang daripada Nur Kejadiannya di cipta akan Allahu Rabbul Alamin akan sekelian alam semesta ini dan sekelian Makhluk Allah yang mengisi segala ruang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ini. 

Segala tanda tanda Kiamat Kecil sabdaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam sudah pun berlaku dan berlalu. Hanya tnggal akan berlangsungnya Tanda-Tanda Kiamat Besar yang akan membawa noktah kepada kewujudan kita sebagai umat manusia di Bumi ini.

Sebenarnya kita yang masih hidup dan bernyawa sekarang ini amatlah beruntung dari segi berupaya untuk menuntut ilmu pengetahuan dari pelbagai sumber tersedia seperti jaringan maya dunia siber internet ini dan dapat menggunapakai bermacam macam alat komputer dan gajet berteknologi tinggi dan mempunyai pencapaian kepada lautan ilmu yang tersimpan didalam arkib data internet sedunia.

Maklumat di hujung jari. Memang benar. Segalanya terpulang kepada kita. Bagaimanakah kita menggunakan segala kemudahan ini? 

Andai kita memilih untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan yang bermain di benak fikiran kita ; kita tidak lagi perlu pergi merantau sang guru secara zahir merentas paya dan desa, mendaki gunung dan menuruni lurah, menyeberang sungai, tasik ataupun lautan dalam. 

Tidak payah lagi menunggang kuda atau unta merentasi gurun mahupun padang pasir mencari jawapan secara lisan dari tokoh pendeta dan sang bijaksana yang tinggal nun jauh disebalik dunia sana. 

Kemudahan perhubungan di antara kita sudah sampai ke tahap tidak terjangkau beberapa tahun sudah di mana kita mampu berhubung secara maya pada waktu yang sama denan sesiapa sahaja yang kita perlukan tanpa perlu melangkah keluar dari keselesaan ruang pejabat atau kediaman kita.

Dewasa ini saya melihat ada juga segelintir dari umat Islam secara lahiriah baik Melayu atau yang berketurunan India Muslim atau golongan Mualaf yang baru memeluk Agama Islam masih tidak berapa mantap tahap Keimanan dan Akidah mereka terhadap Allah.

Melayu atau India Muslim di Malaysia ini yang lahir sebagai Muslim masih tidak kental dan padu didalam menyembah hanya Allahu Rabbul Alamin, Tuhan Maha Pencipta akan sekelian dari kita dan seisi alam ini.

Izinkan saya memperingatkan kembali akan hakikat kejadiannya kita sebagai umat manusia ini. Ayah kita Nabi Adam Alaihis Salam di ciptakan Allah dari tanah yang berjaya di kumpul dari segenap pelusuk bumi ini oleh satu satuna Malaikat Allah yang paling perkasa iaitu Sayyidina Izra'l Alaihis Salam. 

Semua para malaikat Allah yang lain termasuk Sayyidina Jibril Alaihis Salam, Sayyidul Malaikat gagal untuk mengumpul tanah dari bumi ini sebab bumi mengeraskan dirinya dan tidak membenarkan para malaikat mengambil isinya kerana takut dibakar di dalam api Neraka!

Makluman Allahu Rabbul Alamin kepada para malaikat tentang perancangan Allah untuk mencipta manusia dari tanah liat kering terbakar terkandung dalam ayat ke 28 Surah Al Hijr:


Bagi anda yang empunya daya fikir yang bagus, cuba perhatikan maksud firman Allah didalam ayat ke 29 di atas!

'Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya (Adam Alaihis Salam) roh dari ciptaanKu, maka hendaklah kamu(yaini para Malaikat) sujud (tanda hormat) kepadanya (Adam Alaihis Salam).'

Didalam mentafsirkan maksud ayat di atas, terang terang Allahu Rabbi menerangkan bahawa Allah sempurnakan kejadian Nabi Adam Alaihis Salam!

Ini menolak 'teori evolusi' yang dikhayalkan Charles Darwin serta saintis2 Barat yang sefikiran dengan nya!

Adam Alaihis Salam itu di ciptakan sempurna oleh Allah Azza Wa Jalla! Tak adanya hasil evousi seperti dikhayalkan para pemuka Barat yang mendakwa bahawa kita yaini manusia sekarang ini asal usulnya dari spesis beruk! 
Teori Evolusi Manusia oleh Charles Darwin
Kita juga harus sedar bahawa Nabi Adam Alaihis Salam itu di ciptakan Allah dari bahan tanah liat kering yang terbakar dan yang berjaya dikumpulkan oleh Malaikat terhebat Allah dari segi keperkasaannya iaitu Sayyidina Izra'il Alaihis Salam dan tempat ciptaan Nabi Adam Alaihis Salam itu di Jannahtul Firdaus, Syurga Allah yang tertinggi sekali.

Di ciptakan Allah akan Nabi Adam itu di hadapan para Malaikat Allah dan turut disaksikan oleh Azazil, Ketua Jin yang bersama sama dengan para Malaikat2 Allah tersebut!

Dimana? Di Jannahtul Firdaus!

Bukan di Narr al Jahannam! Di Syurga teristimewa Allah! Bukan calang calang makhluk boleh berada di Syurga teristimewa Allahu Ta'ala! 

Namun ianya semua tertakluk kepada Perancangan Besar Allah! Allah Maha Perancang!

Tidak bergerak sesuatu apa pun tanpa Izin Allah! Walau sekecil zarrah!

Bilamana Allah mencptakan terang; sudah tentu akan Allah ciptakan gelap. Bilamana Allah ciptakan cahaya maka sudah semestinya di ciptakan Allah itu akan kegelap-gulitaan pula.

Bilamana Allah menciptakan para Malaikat yang kerja dan Allahu Rabbul Jalil ada perencanaan untuk suatu makhluk yang berlawanan sifat dan sikapnya. Makhluk itu tidak lain tidak bukan adalah Azazil! 

Ketua Jin yang di izinkan Allah untuk berada di Jannahtul Firdaus bersama sama para Malaikat Allah dan hadir semasa Nabi Adam Alaihis Salam di ciptakan Allah dengan zat tanah yang dikumpulkan secara jayaya oleh satu satunya Malaikat Allah yang di ciptakan Allah dengan mempunyai segala kekuatan dan kehebatan dari segala Malaikat Allah yang lain.

Bukan sebarang Malaikat. Ini Malaikat Allah yang dari segi penciptaannya mempunyai daya kekuatan yang tidak boleh di tandingi oleh mana mana makhluk Allah yang lain. 

Dari segi tugas dan tanggungjawab. Akan kejayaan Sayyidina Izra'il Alaihis Salam pulang dengan jayanya membawa gumpalan tanah dari segenap pelusuk Bumi yang di pinta Allahu Ta'ala maka di lantik Allahu Rabbi akan Malaikat Sayyidina Izra'il itu menjadi Malaikatul Maut!

Tugas terbesar dan terpenting bagi menjaga imbangan jumlah antara para makhluk ciptaan Allah secara nyata yang hidup dan mati. Tugas terberat yang sebelum ini belum di sandang oleh mana mana makhluk ciptaan Allah.


Tidak terawal barang sedetik atau terlewat barang sesaat akan ajal seseorang atau sesuatu itu. Walau engkau sekaya mana, bergelar sebagai Maharaja atau Maharani, Sultan atau Raja, Sultanah atau Permaisuri, Tuanku atau Tengku, Tun atau Tan Sri, Datuk Panglima atau Datuk Seri, Perdana Menteri atau Pembesar Negeri, Tuan Guru atau Tuan Haji, cukup waktu maka tiada tempat lagi kat dunia ini atau ke angkasa lepas dapat kau lari!


Akan datang menemui kita, Sang Pencabut Nyawa, Malaikatul Maut @ Sayyidina Izra'il Alaihis Salam menoktahkan jadual kehidupan kita ini di Alam ketiga kewujudan hakiki iaitu di Alam Dunia yang fana ini. 

Sayyidina Izra'il ini tak makan suap, tak ada kroni kroni atau boleh kaw tim. Sembang bersyarat semua tak akan jadi. Bilamana Allah sudah menentukan, kita nak minta tunda dan tangguh memang tak akan di layan. Tak ada 'under the table' punya sembang mambang!

Samada keadaan kita di Alam Kubur nanti selesa atau tidak sementara menanti kedatangan Hari Kiamat tertakluk kepada buku rekod amalan kita yang di kemaskini setiap masa oleh kedua Malaikat yang berada di kiri kanan bahu kita. 24/7. Tak ada cuti. 
5 Alam Kewujudan Manusia.

Dari awal kejadian kita sehingga ke tarikh taat kewujudan kita di Alam Dunia ini, Malaikat Raqib (pencatat amalan baik) di sebelah kanan dan Malaikat 'Atid (pencatat dosa2 kita) disebelah kanan tak akan ponteng tugas, mengular sekejap, gi lepak lepak kat mana mana. Setia sepanjang masa bertugas demi Allah Azza Wa Jalla.

Ada dua sahaja destinasi terakhir kita nanti. Samada ke Syurga atau Neraka Allah. Tak ada 'Halfway House' @ 'Rehat dan Rawat' ke apa. Semuanya ini juga tertakluk semata mata kepada Rahmat dan Ehsan Allah!

Maka kembali semula kepada tajuk artikel ini. Mensyukuri Nikmat Keimanan.

Apakah kita ini Muslim atau Mukmin, Munafik atau Musyrik? Kufur atau Kafir?

Ramai dikalangan kita ini mengakui diri sebagai Muslim tetapi bilamana di ajak beribadah atau untuk berjuang memmperbaiki diri, rasa berat sekali.

Kenapa? 

Ada pelbagai alasan, barangkali? Antaranya: 
  • Masih muda
  • Belum faham
  • Letih dan penat
  • Sibuk
  • Biarlah orang lain saja
Ingat senang kah untuk senang? 


Susah brader. Jiwa gua masih rock sey! Nanti gua sudah tua, gua cari lah erti kehidupan ini, brader.

Gua akan berhijrah. Ikut Sunnah. rapat ke masjid. Keluar denagn Jamaat Tabligh. Cari Ustaz.

Jama'at Tabligh
Hehehehe. Mujur tak ada jangkamasa pada dada masing masing. Bila dah nak 'kong' bateri, baru kelam kabut nak mengucap memanjang, zikir tak sudah!

Bukan apa brader. Gua takut lu tak sempat je. Tahu tahu lu punya time' sudah up syeh! Itu 'time' memang useless bro. :P



Apakah dengan terus ber'rock n roll' sampai ke tua dapat memastikan kedudukan di Alam Kubur atau di Alam Barzakh dan kemudiannya di Alam Akhirat nanti?

Makanya mahu tak mahu brader, kita ini sebagai seorang yang mengaku bertuhankan Allahu Rabbi dan bernabikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam untuk belajar dengan lebih mendalam tentang Rukun2 Iman dan Ad Deenul Islam kita ini sendiri.

Tak ada maknanya kita ini mengaku kita beriman kepada Allah tetapi kita 'blur' tentang apa ertinya kita bersyahadah? 

Jika kita sudah faham akan asas asas Islam dan kewajipan2 seseorang Muslim, kita wajib menyampaikan kepada manusia2 yang lain. Wajib! Bukan Sunnah atau Harus!
Dakwah Walkabout saya bersama rakan2 saya dari IPCI Penang dulu
Kenapa saya berkata begitu? Mari kita kaji ayat ke 125 Surah An Nahl dimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala memerintahkan kita untuk menyampaikan pengetahuan tentang kebenaran Islam kepada umat manusia dengan sebaik baik cara penyampaian dan dengan penuh berhemah mengikut tahap pengetahuan dan ilmu masing2.

Haji Abdurrahman, Haji Yassin, Brother Abdul dan seorang Muslim Jerman di Chulia Street, Penang menyampaikan risalah agama kepada pelancng Finland
Cuba kita semak akan Rukun-rukun Iman dan Islam:



Insya Allah akan saya huraikan lebih lanjut dalam Bhgn 2/2 selepas ini. 
Doakan saya sempat, ya? 

ReadNWrite

Post a Comment