Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, January 09, 2017

Minaq Jinggo terima menantu sulung! Barakallah fee antum!

Sahabat lama saya, jurufoto Otai Minaq Jinggo @ Bani Amin menjemput saya dan isteri hadir ke Majlis Perkahwinan anak perempuan nya AMIRA HANIS yang telah selamat bernikah dengan suaminya MOHD AZHAN bin IMAM BAWEH semalam.

Walimatul Urus @ Kenduri perkahwinan anakanda Minaq-Jinggo telah di adakan di Dewan Utama, Institut Perguruan Guru-Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, 59990, Kuala Lumpur.

Beriya lah saya menyiapkan kamera digital saya memikirkan akan dapat bergambar bersama sahabat-sahabat Blogger kami memandangkan Minaq-Jinggo inipun adalah di antara kawan2 media sosial awalan tahun 2004 yang saya kenal semasa mula berblog!

Namun alangkah kecewanya saya bila tiba disana dan mendapati bahawa hos Majlis ini tidak menjemput Blogger2 lain selain Mahaguru58!

Papadom punya hero! :P

Penat tahu, aku mengusung kamera Nikon aku dengan harapan dapat lah merakam gambar-gambar member Blogger2 Otai seangkatan dengan kami!

Namun apa kan dayaku? Ambil saja lah gambar dengan tetamu-tetamu jemputan Jinggo yang hadir terutama dengan mantan Menteri Besar Kedah, YB Dato Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa rakan-rakan politik beliau yang sudah berada disana sebelum saya.

Berikut adalah gambar2foto yang sempat saya rakam untuk kenangan.
Member2 lama bila dah bertemu, sembang lah cerita2 lama hal ehwal Dunia Blogging
Ingatkan dapat lah jumpa kawan-kawan Blogger yang lain seperti Rocky Bru, Parpukari, RBF dan sewaktu dengan nya tetapi hampeh!
Minaq Jinggo berbual dengan Mahaguru58

Dato Seri Mukhriz Mahathir dan kawan2 ahlul politiknya hadir sama.

Bersama salah seorang tamu majlis yang mengaku kenal saya.

Semoga Minaq Jinggo akan dapat menimang cucunya yang pertama tahun hadapan dan jadi Datuk Seri Paduka yang sebenarnya! Amin!
Saya doakan agar sahabat saya Minaq Jinggo turut sihat wal'afiat dan terus mampu merakamkan segala peristiwa2 penting dalam negara.
Post a Comment