Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, July 21, 2019

Malaysia Baru semakin bercelaru! Punca punca nya....

Kita semua teruja dengan tertegaknya Kerajaan Pakatan Harapan yang menjanjikan 'Malaysia Baru' untuk kita semua pada 10hb Mei, 2018!

Permuafakatan parti parti komponen 'Pakatan Rakyat' atau 'Pakatan Harapan' untuk melantik mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 [1981 -2003] Tun Dr.Mahathir Mohamad untuk menerajui Kerajaan Malaysia Baru membuatkan kita semua teruja bahawa Wawasan 2020 yang tergelincir sekian lama sejak PM ke 6, Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak yang menyebabkan pentadbiran Malaysia dibawah pemerintahan nya terkenal sebagai negara paling korup dalam dunia akan kembali ke landasan pembangunan sebenar dan menyelamatkan negara kita ini dari hancur musnah seperti beberapa negara lain di dunia ini akibat salah urus ekonomi angkara rasuah tak tersekat dalam segala aspek pentadbiran.

Namun, selepas 14 bulan Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa, kita belum lagi melihat segala pemecah amanah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional atau BN dibawah Najib Tun Razak didapati bersalah walau berpuluh puluh tuduhan dikenakan terhadap mereka dimahkamah sehingga hari ini.

Walau hakim sudah bertukar dan Peguam Tommy Thomas [gambar diatas] dilantik sebagai Peguam Negara menggantikan Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Najib Tun Razak sesuci embun pagi dari sebarang penyelewengan harta negara akibat kesalahan songlap wang negara berpuluh malah beratus bilion dari dana 1MDB, kita hairan melihat Najib Tun Razak masih bebas kesana kemari dengan pegawai2 keselamatan pengiring dan bebas mengutuk, mengata dan mencerca Kerajaan Malaysia ikut sesuka hatinya!
Apandi Ali mantan Peguam Negara Malaysia
Kenapa jadi begini?

Tun Dr.Mahathir sering mendabik dada tuanya menyatakan bahawa Malaysia Baru dibawah Perikatan Pakatan Harapan akan mendaulatkan prinsip 'Kedaulatan Undang Undang' @ 'The Rule of Law' bagi menjamin penguatkuasaan Undang Undang negara terhadap mereka yang bersalah, mencuri dan merompak wang milik negara tetapi setakat ini semuanya seperti gendang kosong sahaja!

Dato Seri Najib Tun Razak PM ke 6 Malaysia
Para pemimpin2 BN yang dikatakan cukup korup dan pengkhianat negara terus bebas, kesana sini sambil tersenyum dan ketawa berdekah dekah mengalahkan orang awam yang sesuci para malaikat Allah.

Didalam persidangan Parlimen, Speaker-speaker Parlimen bagaikan harimau tak bertaring diperlekehkan dan dicabar ahli ahli Parlimen BN seperti YB Pasir Salak Tajudin Abdul Rahman, YB Arau Shahidan Kassim, YB Kinabatangan Bung Mokhtar Raden, YB Bera Ismail Sabri, YB Rembau Khairy Jamaludin, YB Ketereh Annuar Musa dan lain lain lagi.

Semua Ahli Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang berkokok bagaikan Ayam Sabung sebelum PRU ke 14 kini bagaikan 'ayam berak kapor' tak bersemangat dan lesu didalam Dewan Rakyat sedangkan mereka kini adalah pemerintah!

Sekarang ini heboh dengan penularan video seks sejenis yang melibatkan seorang menteri kanan PH iaitu Menteri Ekonomi! Apa kejadahnya ini?

I say you! You say me!
Anwar Ibrahim yang kini kembali bergelar Ahli Parlimen selepas menang di Parlimen Port Dickson sibuk dok suruh si Azmin Ali yang dituduh sebagai salah seorang dari pasangan homoseksual didalam video maksiat sejenis itu ternyata sedang mengambil kesempatan menjatuhkan kredibiliti Azmin Ali yang dikatakan sebagai salah seorang calon menggantikan Tun Dr.Mahathir sebagai PM yang ke8!
Lokman Adam Ejen Provokateur?
Dengan adu domba yang sedang rancak dilakukan oleh ejen ejen provokateur BN seperti Lokman Adam dan lain lain, nampaknya Wawasan 2020 impian Tun Dr.Mahathir akan terus tenggelam didalam kawah lumpur politik semasa angkara perang saraf yang sedang tercetus dikalangan para pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang merupakan parti komponen terbesar didalam Perikatan Pakatan Harapan yang semakin bercelaru sesama mereka.

Apakah Pakatan Harapan ini akan tertiarap seperti UMNO dan Barisan Nasional didalam masa terdekat ini? Apakah kita akan kembali diperintah para penyamun dan kaki songlap seperti sebelum ini?


Andai Tun Dr.Mahathir kan pejam mata pergi menghadap Ilahi esok hari, siapakah dia yang akan dipilih sebagai pengganti beliau?


Naik pening kepala memikirkannya.


Terlepas dari mulut buaya, jatuh celepuk kedalam mulut sang harimau!

Hai....malanglah nasib kita semua, warganegara Malaysia.... :(

Wednesday, May 29, 2019

Teresa Kok's Absurd 'Sayangi Raya ku, Sayangi Sawit ku, Aidilfitri Promotion!

Teresa Kok is quite notorious for committing numerous screw ups in her political career before this. 

Do you remember what she said about the 'dog food' which she was served during her time in the police lock up when she was arrested? Go to minute 3:42


Then she was also in the news for her 'Anti-Jawi' stand! 


Now that she is the Minister of Primary Industries after the Opposition Pakatan Harapan [Alliance of Hope] Coalition defeated the Barisan Nasional [BN] in the 14th GE last year, she has come up with an absurd video:


She fails to realize that Eid-ul-Fitri is not a cultural festivity which one can simply partake and add a commercial promotion for the Malaysian Palm Oil industry.

Aidilfitri or Hari Raya Puasa is an Islamic Religious occasion, celebrating the completion of Ramadhan, 30 days of Fasting commanded upon us Muslims by Allah, God Almighty.

It's a shame that Mat Sabu, who is now the Malaysian Defence Minister took part in this absurd recording together with YB Shamsul Akin and YB Rara!

If we are to label these 3 Malay Muslims as 'Jahil' @ Ignorant of the Do's and Don'ts concerning matters involving Islam, these 3 might take offense but their complicity with Teresa Kok and Xavier Jayakumar, two Christians is simply heart breaking in desecrating a religious celebration with something totally out of significance with Islam.

Saturday, May 25, 2019

S.Rosley Lookalike. Zuhdi Shatir.


I came across this young Tesco Station 18 cashier by the name of Zuhdi Shatir. I sensed that there was something about this good looking young man.

I recalled meeting one of the Cathay Keris era Singaporean film star S.Rosley when he was amongst the Malay Film Golden Era celebrities invited by DBKL to grace the event 'Bintang Lagenda' where I met legendary Screen Actress Zaiton and also Hashimah Yon, Wahid Satay and others.

Zuhdi is working temporarily as a Front Line Cashier at Tesco Station 18, Ipoh, Perak awaiting to furthering his Engineering studies at University Pertahanan Nasional Malaysia later this year.

When I told him that he has a striking resemblance to the late Malay film star S.Rosley and showed him S.Rosley's photo on my smartphone after doing a Google Search on the late actor / singer, he was all smiles. :) 





As they say, there are at least 7 individuals who would look like us in this world. This chance encounter would give weight to that claim.

Friday, May 24, 2019

Dr.Zaki Moyenda yang dulunya Kristian bercerita tentang kesamarataan dalam Islam.


Bilamana Muslim solat berjamaah, kesan dari berdiri, ruku' dan sujud bersama sama didalam satu saf tanpa membezakan di antara satu sama lain, menghadap ke arah Kiblat yang satu, adalah mengeratkan hubungan sesama kita sebagai satu Ummah.

Setelah menyaksikan kesamarataan orang orang Islam sewaktu bersolat sebegitu, ianya begitu mempengaruhi Dr. Zakiya Bomani Moyenda lantas beliau memeluk Ad Deenul Islam dan kini terkenal sebagai seorang pendakwah yang berusaha mengajak masyarakat di Florida, Amerika Syarikat untuk kembali kepada Allahu Ta'ala melalui ceramah ceramah penerangan tentang Islam berlandaskan ilmu pengetahuan sains secara profesional.

Kekadang kita yang Muslim ini mungkin tidak perasan tentang hal hal sebegini didalam menjalani kehidupan seharian kita. Ada mata mata yang memandang dan memperhatikan tingkah laku kita dan menilai akan Ad Deenul Islam melalui perbuatan dan sikap kita.

Ada perkara yang baik dan ada juga yang buruk dilakukan oleh umat Islam di negara ini sama seperti mana manusia manusia lain di muka bumi ini. 

Namun kita harus sedar bahawa kita ini mempunyai satu tanggungjawab yang cukup berat untuk menunjukkan kepada dunia akan apakah itu Agama Islam dan bahawasanya orang orang yang bukan Islam menilai Islam itu sendiri melalui tingkah laku dan sikap umat Islam.

Maka haruslah sekelian kita memperbaiki diri dengan mengamalkan apa yang dituntut Ilahi dari diri kita dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan agama menurut Al Quran dan Hadis Hadis yang Sahih bagi membantu kita hidup sebagai Muslim dan Mukmin sejati.

Contohi sikap Dr.Zaki Moyenda dan serulah manusia ke jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ikutilah Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam.

Insya Allah.

Wednesday, May 15, 2019

Converting To Islam ~ A Singaporean Revert's story.


Day by day, many who have been searching for the Truth of our existence as human beings, eventually find it in Islam. The only revealed faith from Allah, God Almighty.

As human beings, those of us who are lucky to be able to possess the Faculty of Reasoning, do find the many answers to our queries about the Purpose of our Coming into Being, in the Glorious Quran

We need to seek knowledge and learn about who we are and about our Creator. Watch this video and gain some insight as to why this young Singaporean Chinese lady reverted to Islam, her's and your birthright.

The right to be a Muslim. Insya Allah.