Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, September 11, 2007

Antara (BN) UMNO dan (BA) PAS. Sama sama terbabas!






Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Ini jawapan kepada saudara Convoy, seorang pemberi komen di-blog saya ini berkenaan soalannya kepada saya mengenai penentangan saya terhadap salahlaku kerajaan BN dibawah Abdullah Badawi dan ketidakgemaran saya terhadap beberapa kepincangan didalam parti pembangkang khususnya parti PAS yang saya menyokong secara asas tetapi ingin melihat perubahan dasar dan kaedah siasah mereka sesuai dengan tuntutan Allah SWT serta mengambil berat atas ukhuwah sesama Muslim dan yang belum Islam.

Saya adalah seorang Muslim yang tidak taksub kepada mana mana parti , jama'ah atau fahaman politik.

Saya tidak membenci sesebuah organisasi politik atau agama secara mutlak tetapi saya akan tentang habis habisan sesiapa yang ternyata melakukan perkara perkara salah didalam kerajaan, NGO dan juga pihak parti parti pembangkang.

Pengalaman hidup saya mengajar diri ini supaya berani kerana benar dan bertaubat jika sedar bersalah serta memohon maaf kepada pihak yang teraniaya dek kerana kesilapan sendiri.

Barisan Nasional sedang diterajui oleh pemuka pemuka yang derhaka kepada Allah SWT dan Rasul SAW.

Allah SWT memerintah sang pemerintah supaya tidak zalim terhadap hamba rakyat marhaen tetapi diMalaysia ini ternyata Kerajaan BN dibawah pimpinan Abdullah Badawi sedang menyemarakkan bidaah lawwamah dengan mempromosikan konsep Islam Hadhari yang terbukti disenangi pihak Kuffar seperti Bush yang suka umat Islam jadi pak turut kepada agenda mereka.

Umat Islam di tanahair sedang berhadapan dengan gejolak angkara salahlaku sosial dan keruntuhan akhlak serta moral yang amat dahsyat dewasa ini kerana kepimpinan lemah kerajaan yang mengaku mentadbir negara mengikut nilai nilai Islam yang dicairkan dan diubahsuai mengikut selera dan kehendak pemerintah terutamanya mengikut acuan parti UMNO. Maksiat merata rata.

Alam sekitar sedang nazak dek kehancuran oleh kealpaan manusia terutamanya tidak adanya penguatkuasaan undang undang Syariah keatas warganegara ini dan kemunculan konsep Islam Hadhari yang membelakangkan pelaksanaan undang undang Allah mengikut Al-Quran sejati dan Hadith hadith Nabi!

Islam di Malaysia hanya simbolik semata.



















Zina dihukum bayar denda sahaja tidak disebat bagi yang bujang atau direjam bagi yang sudah bernikah tetapi bersetubuh haram dengan yang bukan mahram.

Rasuah dibiar berleluasa dan yang salah dicuci dosa dan dilepaskan dengan alasan teknikal dan sebagainya.

Sumbang mahram tertinggi dikalangan Melayu. Tua muda kecil besar tak kira. Janji sedap. Dosa pahala belakang kira. Aku Raja! Aku Tuan kepada tanah ini . Ikut suka akulah! Aku berkuasa!

Ada duit ada kuasa. Ada kuasa ; puas merasa! Dunia ini syorga bagi ku dan kroni kroniku! Ulamak? Shut up you! You talk too much, I sack you!

Aku kan pecat mana mana pihak yang berani menentang atau menegor aku!

Who the hell are you to tell me to be a good Muslim? You can go to hell, man!!!

Alah! Rilek lah brader! You tak geng lah! Kecoh lah lu....dan sebagainya istilah dan ungkapan akhir zaman ini.

Yang perempuan nak jadi jantan @ 'pengkid'. Yang laki laki berubah menjadi pondan atau 'mat lembut' @ Nyah! . Katanya 'ini naluri semulajadi I'.

'Auwww....I sayang u...u tak sayang I?' ...dan segala macam tok nenek menjadi budaya songsang dibawah pemerintahan Imam Besar Islam Hadhari.

Segala macam pesta itu ini dan konsert saban hari dan saban minggu dicanang dan dihidang oleh stesen stesen TV kerajaan seperti RTM dan stesen stesen swasta seperti Astro dan Media Prima yang merangkumi TV3, NTV7 dan sebagainya.






















Gambar gambar hiasan berkaitan ihsan dari sini.

Dari kecil diasuh untuk berhibur sepanjang zaman.

Ibubapa dulu 'pantang keturunan aku kalau ada ahli muzik didalam 'pamili' aku!





















Ibubapa sekarang amat berbangga jika anak menjadi penyanyi dan penghibur ! "Glamor you!"





















Ini lah dunia Melayu sekarang. Penyanyi dan penghibur disanjung, dipuja dan dipuji.

Ahlul agama dipinggir, ditohmah serta dicaci! Dituduh sebagai 'perosak mood' dan sebagainya!

"Boleh jalan lah Tok Lebai! Menyibuk aje! Jaga kubur masing masing lah! Hishhh!!! You rosakkan program I lah! Boring betul!!!"

Islam main ikut ikutan. Ada dua keterlaluan didalam keadaan ini.

Ada yang terlalu ambil mudah tentang bab agama dan ada pula seolah terlalu ekstrim didalam penghayatan mereka sehingga buang dunia buang segala. Kurang sekali yang bersederhana didalam segala hal.

Umat Islam Malaysia terutamanya bangsa Melayu sedang tenat dihidapi wabak hiburan semasa yang amat berat.

Pagi petang, siang malam, 24jam , kepala otak Melayu Malaysia diserang virus virus hiburan dan mengisi setiap sel, setiap kromosom dan seluruh DNA diri diri mereka dari setiap strata masyarakat baik dari Orang Asli yang hidup di pinggiran hutan dan perkampongan serta perbandaran negara sehingga ke balairong seri istana istana kerabat Raja Raja dan Sultan Sultan Melayu!

Tidak ada seorang Melayu Malaysia yang tidak kenal siapa itu Siti Norhaliza atau Mawi serta segala macam penghibur, penyanyi, pelakon, pelawak, dramatis, pengacara, penerbit, pengarah, pengolah dan segala tok nenek dunia hiburan?

















Ini hasil kerajaan BN yang diterajui para pemimpin yang mendabik dada, menghunus dan mencium keris Sang Saka Bangsa dan begitu begini serta tanpa rasa malu dan segan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengokok siang malam pagi petang dan senja bahawasanya Kerajaan Malaysia yang ada ini adalah sebuah kerajaan Islam progresif dan bergelar Kerajaan Islam Hadhari terbitan edisi pertama oleh Tok Imam Besar Abdullah Badawi, cicit seorang ulama, kata nya.

Hebat sungguh Imam Besar Islam Hadhari.


















Ternyata rasa takjub kepada diri sendiri mengelabui mata dan segenap kepala otak sang pemerintah disebabkan adanya sebegitu ramai sekali hubaya hubaya dan pemukul canang serta gendang keling , mengampu, memuja dan memuji pemimpin terulung zaman ini menurut kepala otak mereka yang sedang sesat lagi amat menyesatkan umat Islam terlalu jauh menyimpang dari perintah Allahu Akbar dan garispanduan Sunnah warisan peninggalan Nabi Sallallahu Alaihi Wassallam.

Ini hasilnya bilamana ulamak muktabar menjadi ulamak murtabak.

Asalkan periok nasi dan tembolok mereka terisi, mereka yang mengaku pewaris Nabi ternyata menjadi penderhaka kepada Allah dan Rasul bila mereka mendiamkan diri, memejamkan mata, memekakkan telinga dan mengaburi kepala otak masing masing semata mata takut kehilangan pangkat , harta dan kedudukan sementara ini jika mereka membuka mulut, berdiri membantah, menegah kemungkaran depan mata serta turun menginjak bumi yang nyata tegas dan tegak melaksana apa yang dituntut Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Masaalah ini bukan berkisar sekeliling parti pemerintah sahaja!

Turut bersalah serta bertanggungjawab adalah parti yang mengaku parti Islam tetapi gagal didalam pendekatan secara tepat dan bersesuaian dengan tuntutan Dakwah al-Islamiyah menurut acuan contoh Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam bilamana ulamak pembangkang didalam PAS tidak melaksanakan apa yang teramat asas iaitu melaksanakan Islam secara amali.

Duduk berdiri diatas pentas ceramah dan memaki hamun manusia bukan cara berdakwah yang tepat!

Mengata orang begitu begini bukan contoh akhlak terpuji malahan ianya cuma bagaikan api didalam sekam, meredap membara , membakar jiwa jiwa yang asalnya rapat kepada golongan yang kononnya mencari keredhaan Ilahi namun nampaknya hanya seperti puak yang rajin berkelahi!

Tawadhuk dan sifat rendah diri terbukti bagaikan fatamorgana yang hilang pabila disinar mentari. Yang tinggal hanya ego dan nafsu jahat mendabik dada serta meninggi diri!

Akulah yang alim. Akulah yang Muslim sejati. Yang lain semua Kaffir tak sadar diri. Haram jadah! Manusia keparat! Tak boleh dibuat kawan.

Kita kena tentang habis habisan...dan seribu satu macam rasa benci dan sombong diri berkubang didalam kerangka batang tubuh yang berkopiah serta berpakaian seolah pewaris Nabi namun cuma luaran , kulit palsu yang agak keliru tentang mana yang betul dan mana yang samdol?

Penyakit serupa ada dikedua dua pihak. Baik UMNO ataupun PAS!

Masing masing membenci pihak bertentangan dengan rasa meluat, tak boleh duduk semeja dan sebumbung apatah lagi menghulur salam ukhuwah Islami kerana disaji setiap hari dengan bingkisan bingkisan kabar angin dan fitnah bermusim yang tidak sunyi dari ditiup, dihembus oleh media cetak dan elektronik.

Ini lah sebabnya kekadang Mahaguru58 nampak membidas kerajaan sekejap kemudian membelasah para ulamak didalam pihak PAS pula kerana masing masing gagal membuka jalan, membina jambatan, membuang yang keruh, mengambil yang jernih dan bersatu menentang kemungkaran yang sedang merebak disegenap lapisan masyarakat!

Dua dua pihak bersalah didalam membiarkan kemelut ini terus bersimpul, membelit, menyesakkan nafas dan menyesatkan setiap anggota masyarakat tanpa mengira kaum dan fahaman.

Orang orang bukan Melayu dan bukan Islam pun ada prinsip prinsip kebaikan yang dipegang dan di amalkan oleh mereka mengikut fahaman fahaman mereka dan kadangkala terbukti mereka yang kita panggil Kaffir lebih prihatin dan bersikap dan bersifat mulia tertinggal cuma asas kepercayaan mereka kepada yang lain dari Allah, Tuhan Sebenar, Maha Pencipta kita semua.

Kedua dua pihak didalam UMNO dan PAS serta badan badan Islam yang lain adalah dipertanggungjawabkan didalam pembiaran umat Islam diMalaysia ini hanyut dibawa gelombang dunia hiburan yang melekakan manusia sejagat setiap saat setiap waktu jauh hanyut dari mengabdikan diri dan keluarga kepada Yang Satu!

Ini yang Mahaguru58 amat terasa sakit dan sedih hati memikirkan macamana cara hendak aku sebagai seorang 'Da'ee' mengajak keseluruh anggota masyarakat Islam di tanahair tercinta ini kembali bertaut bagaikan kiambang, merapati jurang kefahaman politik yang sempit ini kembali kepada penyatuan Ummah, merealisasikan impian Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sedaya mungkin selagi masih ada ruang dan kelapangan usia didalam saki baki jangka waktu kehidupan didunia sementara ini.

Itu saja. Tidak ada perkara yang lebih utama bagiku melainkan melihat Melayu bersatu, Muslim berjaya dan Kaffir bershahadah setelah segala penerangan disampaikan kepada mereka secara berhemah dan berhikmah menurut tuntutan Al-Mustafa, Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.























Gambar hiasan dari sini.

Berusaha mencari kelebihan dunia sesuai dengan keperluan diri dan keluarga selagi mampu dan bantu membantu didalam perkara kebajikan dan bersatu mencegah dan menentang kemungkaran tak kira didalam kerajaan ataupun pembangkang.

Namun, Umat Islam harus waspada terhadap ajaran ajaran dan fahaman fahaman sesat yang semakin bersemarak sekarang ini. Ikutilah Islam yang mutlak dan jangan terpedaya dengan doktrin dari pemuka pemuka bertopengkan agama.

Inilah matlamat perjuangan dan penulisan Mahaguru58. Tak lebih dan tak kurang dari itu.

Membangkang bukan kerana benci tetapi kerana sayang kepada semua dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah SWT dari segi kefahaman tentang duniawi dan akhirat sesuai dengan kemampuan diri insan yang bernama Zainol Abideen ini.

Daku bukan Malaikat, maksum dari dosa dan noda namun daku tidaklah pula gemar nak menjadi Setan Laknatullah.

Setiap manusia ada Alam Kejahilan dan Alam Kesedaran masing masing. Terpulang kepada kita hendak menuju Keredhaan Allah atau Kesukaan Setan.

Pilihlah yang sesuai. Insya Allah. Semoga saudara dan para pembaca yang lain sedar tentang betapa pentingnya kita kembali kepada ajaran Islam sebenar dari Allah SWT dan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan tidak tersasar dari Islam, Ad Deen ul Haqq!

Katakanlah kepada semua. Islam itu hak setiap manusia dan sampaikan lah kepada mereka kebenaran Islam ini secara mudah dan laksanakan lah perintah Allah SWT dan anjuran Nabi!

Semoga hasrat dan impian ku tertunai sebelum kukembali ke Rahmat Allah. Amin Ya Rahman. Amin Ya Rahim. Semoga di ampunkan sekelian dosa dosa ku dan kedua ibubapaku serta anak isteri tercintaku dan sesama Mukmin dengan ku.Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Mahaguru58.