Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, September 08, 2007

Bajet 2008 dan Masa Depan Rakyat dan Raja Raja Melayu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia yang menjanjikan peruntukan yang boleh dikatakan baik dan berpatutan terutamanya pemansuhan yuran yuran persekolahan dan janji kerajaan untuk memberikan buku teks percuma kepada seluruh pelajar pelajar sekolah dan Institut Pendidikan Awam negara.

Benda baik harus kita puji dan hargai dari mana mana pihak apalagi dari kerajaan yang berkuasa keatas negara kita ini.

Rakyat Malaysia memang berhak diberikan bantuan dan peruntukan peruntukan dari Perbendaharaan Kerajaan sesuai dengan tuntutan Islam dan prinsip kerajaan dari rakyat untuk rakyat.

Negara kita tidak miskin dari segi khazah bumi anugerah Ilahi dan sesiapa sahaja yang berkuasa keatas rakyat negara ini bertanggungjawab mengagihkan hasil bumi negara ini dan juga dari seluruh sumber pendapatan kerajaan sama rata dan saksama kepada anak watan dan pribumi yang lahir ditanah air tercinta.

Negara kita Malaysia adalah istimewa dari segi mempunyai warganegara berbilang kaum dan agama.

Dari segi itu, memang boleh dikira kita ini agak ganjil di-zaman ini dimana rata rata pelbagai negara di dunia ini berperang sesama sendiri dan perbalahan kaum tercetus disini sana mengakibatkan pembunuhan rakyat yang tidak berdosa hanya kerana berlainan warna kulit dan pegangan agama.

Memang tak dapat dinafikan bahawa didalam kehidupan ini, setiap penduduk bumi akan berpegang kuat kepada adat dan resam turun temurun bangsa dan kaum mereka apatah lagi bila soal agama disentuh atau diperlecehkan oleh sesiapa yang lain terutamanya musuh yang nyata!

Rakyat Malaysia hari ini perlu sedar tentang semua ini dan tidak terbawa bawa melayan perasaan akibat provokasi dari segelintir masyarakat negara ini yang lupa bahawa kita hidup disamping pelbagai kaum dan penganut penganut agama berbeza.

Didalam detik detik yang berlalu baru baru ini, ada usaha untuk membakar api perkauman diantara kita oleh mereka yang berkepentingan atau tidak waras bahawa sekiranya tercetus pertelingkahan diantara kaum dan terbawa sampai penumpahan darah akibat pergaduhan dikalangan masyarakat Malaysia, penghasut penghasut itu sendiri akan turut terjejas keselamatan nyawa mereka dan keluarga sendiri!

Kerajaan Malaysia sekarang seolah lemah dari segi penguatkuasaan undang undang yang sedia ada dan terbukti didalam kes kegagalan menangani isu ladang haram penternakan babi di Melaka.

Dari segi pandangan masyarakat Melayu Muslim, kerajaan ini agak cepat bertindak memusnahkan mana mana surau atau masjid yang dibina oleh pihak parti pembangkang seperti PAS namun agak lemah dan lembap didalam kes ladang haram penternakan babi di Melaka.

Kita faham bahawa kerajaan takut dicap sebagai anti kaum Cina namun Mahaguru58 rasa kebanyakan masyarakat Cina dinegara ini yang sedar akan kesalahan yang telah dilakukan oleh penternak haram babi Melaka itu sudah keterlaluan dan patut di tangani dengan tegas.

Pencemaran akibat pembuangan najis dan sisa sisa dari ladang ladang haram tersebut tanpa dikawal dan dirawat sebelum disalurkan ke sistem perairan negeri Melaka telah menghancurkan ekologi bumi Melaka terutama dikawasan kawasan terlibat selama 50 tahun lebih.

Ini tidak adil kepada penduduk berdekatan kerana terpaksa hidup didalam keadaan dan suasana teramat busuk akibat pencemaran dari ladang ladang haram babi tersebut.

Kalau beberapa ekor babi sahaja sudah cukup untuk membusukkan sesuatu kawasan akibat keperitan bau dari sisa sisa binatang tersebut, cuba bayangkan betapa teruknya penderitaan penduduk penduduk Melaka yang dicemari kehadiran beratus ribu ekor babi yang diternak tanpa izin Jabatan jabatan kerajaan berkenaan dan tidak di ambil tindakan tegas selama ini oelh Kerajaan Melaka selama 5 dekad?

Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri hidup mewah selesa diatas bukit didalam istana istana mereka dan tidak terjejas langsung kerana jauh dari ladang ladang haram babi tersebut!

Mana perginya tanggungjawab mereka terhadap pribumi Melaka yang semakin tersiksa hidup mereka selama ini , hidup merana didalam persekitaran yang teramat tidak selesa terutamanya di sekitar DUN Kuala Linggi dan tempat tempat lain yang terjejas?

Halal kah pendapatan mereka ini yang gagal menangani masaalah rakyat yang menjadi tanggungjawab mereka sebagai pemerintah dan penguasa keatas bumi Melaka?

Tidak terasakah mereka ini yang cuai serta dayus menegakkan kedaulatan undang undang baik undang undang Allah Subhanahu Wa Ta'ala atau ciptaan manusia sendiri?

Apa gunanya menjunjung Al-Qur'an ketika mengangkat sumpah menerima pertugasan yang diberi?

Apa gunanya bersumpah setia terhadap Raja dan Negara bilamana gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut sekian lama ini?

Apa faedahnya bergelar begitu begini bilamana lalai mencegah kemusnahan alam sekitar yang merupakan amanah yang teramat besar terhadap sesama makhluk dan isi bumi ini bila gagal menangani segala macam permasa'alan warganegara dibawah naungan kuasa sementara mereka selagi masih hidup menempuh detik detik waktu ini?

Sesak nafas warga bumi Melaka hari ini dek kerana kegagalan Ketua Menteri dan YDP Negeri Melaka Bersejarah yang pernah menjadi simbol kejayaan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka beberpa kurun dahulu?

Beralih pula kepada soal Kerajaan Malaysia semasa ini yang nampak seolah ingin menandingi pemerintah sebelum ini didalam usaha meminggirkan Kesultanan Melayu dari berperanan sepatutnya didalam urusan urusan negara.

Ucapan ucapan berbaur derhaka terhadap Sultan-Sultan dan Raja Melayu sering tercetus dari mulut menteri menteri kerajaan pimpinan Abdullah Badawi yang jelas menampakkan ketidak akuran para menteri berkenaan terhadap Kedaulatan Institusi Kesultanan Melayu.



















Apa gunanya ada Kesultanan Melayu yang di cabut taring kekuasaan Duli -Duli Tuanku dan hanya sebagai Raja Berperlembagaan?
















Mana mungkin seorang hamba rakyat seperti seorang Perdana Menteri dilebihkan kuasa dan melampaui Kedaulatan seorang Sultan Berdaulat dan Bersemayam di Istana?

Apakah begini sikap seorang Melayu terhadap Sultan nya?

Kemana perginya sifat dan sikap hormat terhadap Sultan-Sultan Melayu yang merupakan lambang kedaulatan bangsa Melayu di arena dunia antarabangsa?

Kenapa tidak tampil orang orang Melayu yang sayangkan adat resam dan budaya bangsa membantah keceluparan sang menteri dan pengampu Perdana Menteri yang lupa kepada sumpah setianya kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong semasa mengambil alih tugas dari mamanda Perdana Menteri terdahulu?

Mahaguru58 tahu bahawa apa yang diperlakukan Tun Dr.Mahathir Mohamad semasa mencabut kuasa mutlak dan kekebalan Raja Raja dan Sultan Sultan Melayu bertitik tolak dari kekejaman Sultan Johor yang membelasah seorang jurulatih hoki dahulu dan tindak tanduk Sultan Kelantan melarikan kereta mewah dari gudang Kastam diRaja tanpa membayar cukai keatas kenderaan tersebut dan beberapa kejadian berkaitan kerabat di raja beberapa negeri negeri di Semenanjung.

'Raja Adil Raja di sembah ; Raja Zalim Raja di sanggah' begitu ungkapan bersejarah tentang perlunya Sultan Sultan dan Raja Melayu mengambil kira dan bertindak mengikut lunas lunas kemanusiaan serta adil dan saksama terhadap hamba rakyat negeri dibawah pemerintahan Baginda Tuanku sekelian.

Insya Allah, Mahaguru58 akan menulis lebih lanjut tentang perkara ini. Selamat beristirehat!

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.