Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, October 23, 2007

Imam Hadhari Boleh! Merdeka 2007 Soiree Expose!













Hebat benar majlis sambutan Kemerdekaan Negara ke 50 baru baru ini di kediaman Imam Hadhari, dengan kehadiran segala hadirin hadirat kenamaan yang teristimewa dipersada Seri Perdana, Putrajaya.

Hal ini tidak digembar gemburkan dimedia arus perdana kerana ianya eksklusif sekali dan bukan untuk pengetahuan dan makluman rakyat jelata.

Almaklum sajalah, yang dijemput hanya bintang bintang dan insan insan terpilih dari kalangan aristokrat dan autokrat bangsawan, hartawan, jutawan, segalawan cumanya ketika itu belum di raikan sang angkasawan.

Lantak le...

Masaalahnya bila sang Imam Hadhari bermuka muka dan bersandiwara dimata masyarakat am seolah diri itu maksum dari noda dan dosa.

Dibawanya fahaman 'Islam Hadhari' yang mencetuskan fenomena kemusykilan tentang mana satu ajaran agama sebenar dan sejati dikalangan umat Islam masa kini yang jahil tentang hakikat Ad Deenul Haqq?

Makanya harus kita berterimakasih kepada Raja Petra Raja Kamarudin yang telah sudi menerbitkan didalam laman berita alternatifnya tentang perilaku Imam Hadhari dan kuncu kuncunya di istana megah Seri Perdana bersama kaum kerabatnya, berpesta pora meraikan hari mercu tanda ke 50 tahun Kemerdekaan Malaya dari cengkaman British.

Agak agak tuan tuan semua, untuk ini kah para pejuang kemerdekaan negara kita berusaha memerdekakan tanah pusaka ini dari di jajah musuh durjana?



























Nampaknya didalam ajaran Islam Hadhari, Imam Hadhari takde kena mengena dengan keperluan menegakkan syiar Islam dan kewajipan mengarahkan penutupan aurat ahlul keluarganya seperti kita semua sedia maklum dengan cara bini kedua As-Syaikh Al-Imam Hadhari dan juga puteri Imam Hadhari tampil dikhalayak bukan mahram seperti didalam gambar tak bersunting ini.
























Cara puteri Imam Hadhari berkemban mesti tak ada hal punya didalam kalangan aristokrat atasan negara ini, bukan?

Sebelah tu tercongok Pengerusi Forum Halal Sedunia! Amacam? Cantik tak? Yabedu bedu!

Islam Hadhari ampunya pasal! Semua...line clear !!!

Untuk gambar gambar yang lebih sensasi , maka dipersilakan melayari laman khas laporan di- Malaysia-Today.net yang menyajikan episod episod yang tak akan disiarkan di media arus perdana kerana tembelang Imam Hadhari akan pecah dan natijahnya tak akan disenangi rakyat jelata dek kerana kepura-puraan yang disebalik slogan dan retorika kosong semata mata.

Imam Hadhari memang Boleh! Boleh apa?...Isikan sahaja ikut suka anda! Ish..ish..ish..ish!

Ni bukan cobaan lagi....malapetaka sebenarnya.....nantikan saja episod sensasi akan datang!

Gambar gambar ihsan dari Sam Soon @ Iconography Studio dan Melium Group serta majalah Hello.