Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, January 23, 2008

Antara Semangat Muhibbah dan Mengundang Musibah!

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Saya menerima satu sms pagi ini menyampaikan kerisauan seorang sahabat blogger tentang berlakunya pencemaran akidah secara senyap bila ada segelintir orang orang Islam berbangsa Melayu turut bersama sama dengan penganut ajaran Hindu didalam perayaan Thaipusam mereka.

Penganut penganut ajaran Hindu dah memang sah sah menjalankan upacara fahaman Hindu mereka dan kita tak ada masaalah tentang itu.

Yang kita terasa bengang adalah dengan sikap dan kejahilan golongan yang beragama Islam namun tidak faham tentang halal haramnya perlakuan mereka turut bersama sama memukul kompang meraikan penganut Hindu yang melunaskan nazar masing masing kepada dewa dewa mereka.

Memang lah mudah bagi kita mengambil jalan mudah dan berkata, 'Ah! Lantaklah dengan semua ma'aruf sintok yang bengong ini!' namun menjadi kewajipan kita menyedarkan sesama Islam dengan kita ini tentang dosa besar yang sedang mereka lakukan dengan berturut serta didalam upacara meraikan fahaman orang orang Kafir dan menyekutukan Allah secara tidak langsong dengan turut memukul gendang meraikan pengangkut pengangkut kavadi tersebut.

Kasihan sungguh puak puak Melayu yang jahil dan keliru ini tentang yang mana satu patut dibuat mereka?

Apakah tidak ada langsung kesedaran mereka ini tentang hukum hakam agama Islam nan maha suci dengan tidak sedar bahawa barangsiapa yang turut serta didalam sebarang upacara keagamaan orang orang kafir adalah dikira turut kafir bersama mereka?

Bukannya susah sangat nak faham benda ni!

Apalah kita nak hairankan bila si Imam Hadhari turut bersekongkol dengan puak puak yang jahil lagi sesat ini bila Abdullah Badawi sendiri mengepalai sistem baru didalam penghayatan Islam dengan menambah istilah Hadhari kepada agama Islam yang sudah lama sempurna diperturunkan Allahu Akbar kepada umat manusia dengan melengkapkan ajaran Islam melalui kerasulan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam 1400 lebih tahun dahulu?

Islam itu dah sempurna sesempurna yang boleh. Kita tidak perlu mencuba menunjukkan pandai bahawa ajaran Islam itu memerlukan pendekatan baru.

Perbuatan Abdullah Badawi ini seolah menyatakan bahawa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam tidak menjalankan tugas baginda dengan sempurna sebelum wafat dan kembali ke Rahmatullah!

Orang orang Melayu di Malaysia ini jelas tidak terpimpin dengan sepatutnya oleh manusia yang diangkat sebagai perdana menteri kerajaan persekutuan ini.

Sudah pelbagai macam kurafat yang berleluasa dibumi bertuah ini dek kealpaan dan kecelaruan sang mamanda menteri ini .

Apatah pula dengan pihak Kesultanan Melayu yang kini cuma menjadi penghias pentas pentadbiran kerajaan sahaja?

Usah menipu diri dengan asyik bersangka baik sepanjang zaman? Kebenaran didepan mata dan hakikat keruntuhan agama dan perbuatan perbuatan syirik dan khurafat yang sedang merebak merosakkan jatidiri umat Islam didalam negara Malaysia ini wajib disedari oleh setiap manusia yang berkalimah syahadah dan sujud kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Tak ada gunanya segala mufti dan mereka yang mengaku ulamak berijazah bergulung gulung dari universiti Islam terkemuka dunia bila membisu terhadap kemungkaran terang terangan yang dilakukan sang pemerintah!

Ada hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam yang mengingatkan kita akan bahaya ulamak yang bertandang ke kediaman pemerintah dan betapa baiknya bagi sang pemerintah pergi menuntut ilmu di-teratak sang ulamak.

Kebelakangan ini kita nampak keadaan dimana para ilmuan Islam rajin benar bersekongkol dengan kecelaruan Hadhari yang cuma indah kabar dari rupa, lebih berdrama dari benar benar membaikpulih masyarakat dan tidak bererti sama sekali bila gagal membanteras maksiat dan khurafat dari sisi masyarakat!

Sebagai seorang Muslim yang prihatin tentang nasib saudara seagama dengan saya, mahu tak mahu terpaksa saya bersuara setakat terdaya saya dilaman ini.

Yang membaca warkah saya ini, tenung tenungkanlah kata kata saya ini dan sampaikan lah pada mereka yang anda kenal melakukan khurafat ini.

Puak yang sedang leka dipuncak sana sambil bersama sama memukul gendang dan bergencak bersama sama puak kuffar eloklah bertaubat segera karang mati ketika sedang sibuk berpesta pora seiring dengan yang berupacara ikut perayaan mereka.

Tentang Abdullah Badawi dan sekutu sekutunya, maka hanya Allah sahaja yang berkuasa mengadilinya. Setakat kita ini sebagai rakyat marhaen, maka ini sahaja yang mampu kita lakukan iaitu bersuara secara laman maya ini.

Lakum dinukum waliyadin.