Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, January 24, 2008

Indonesia melahirkan pendakwah kanak kanak tapi Malaysia...?









Assalamualaikum kawan kawan semukmin.

Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kepada Ar Rahman kerana mengizinkan saya menjumpai 'link' dari seorang pembaca blog saya yang memaparkan klip klip video tentang program realiti tv PILDACIL atau Pemilihan Da'ee Cilik di Indonesia yang melahirkan pendakwah pendakwah kecil yang ternyata bukan sahaja bijak dan berilmu tetapi mampu mengajak orang orang dewasa ke arah kebaikan walau cuma berusia semuda 6 tahun!

Subhanallah! Terasa begitu terhibur hati ini melihat anak anak sekecil begini mampu menyampaikan ceramah agama yang mantap, lengkap dengan pembacaan ayat ayat suci Al-Qur'anul Karim dan kemudiannya menyampaikan tafsir ayat ayat tersebut dengan begitu jelas dan terperinci.

Berbeza sungguh pendekatan ibubapa anak anak Muslim di Indonesia dengan cara kebanyakan ibubapa Melayu Muslim di Malaysia!

Disini ibubapa anak anak Melayu terkejar kejar berbondong bondong membawa anak anak mereka masuk program program realiti hiburan semata mata seperti Akademi Fantasia, Studio Bintang Kecil TV9 dan juga teramat bangga bila anak anak mereka bergolek, bergoyang gerudi di pentas Macam Macam Aznil di Astro!







Amat menyedihkan sekali melihat anak anak kecil sebegini dalam Malaysia diasuh ke arah menghabiskan usia muda mereka di dunia hiburan yang penuh porak peranda dan fitnah yang menghancurkan?

Bukankah setiap anak itu merupakan amanah kepada ibubapanya dan akan dipersoalkan kelak oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di hari Akhirat kelak?

Renung renungkan lah hakikat keadaan zaman ini dimana negara kita Malaysia lebih terdorong ke arah kehancuran berbanding dengan negara jiran kita Indonesia yang ada rancangan rancangan mendidik anak anak mereka ke arah kebaikan?

Bukan lah saya mengatakan bahawa kita ini terok benar berbanding dengan Indonesia tetapi harus kita mengambil contoh dan teladan yang baik baik begini dari negara Indonesia yang bagi saya telah mengambil inisiatif yang tepat dan harus dipuji dengan program program melahirkan pelapis pelapis pendakwah yang berilmu dan berwawasan seperti program PILDACIL!

Apakah Malaysia tidak mampu mengikuti arah kejayaan ummah seperti ini?