Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, January 14, 2008

MelayuOnline.com menjana minat terhadap Warisan Melayu Sedunia.



















Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bagi penggiat penggiat seni dan pencinta Warisan Melayu, maka ingin saya perkenalkan satu laman web berteraskan segala bab peradaban dan kebudayaan Melayu yang bermutu tinggi, hasil usaha pejuang pejuang Melayu di Nusantara ini yang bertajuk MelayuOnline.com.

Paparan laman tersebut ada saya bentangkan disini buat pengetahuan semua.

Saya bersyukur menjumpai laman ini apabila saya melayari laman laman carian Google untuk bahan kajian saya mengenai peradaban Melayu.

Insya Allah, saya sedang menyiapkan satu kertas kerja projek yang ada kena mengena dengan khazanah warisan Melayu dari zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu yang lain.

Hari ini, sebilangan besar orang orang Melayu seolah hilang arah tuju dan jatidiri diri bila kebanyakan dari mereka ini lebih suka berpura pura menjadi bangsa Eropah dengan mencelupkan rambut mereka celorong celoreng dengan warna kuning padahal kita semua maklum bahawa mereka berbangsa Melayu.

Dipakai kanta tekap berwarna biru dan hijau berlagak seolah mereka keturunan Mat Salleh Inggeris atau Amerika.

Semua ini berlaku diatas kejahilan mereka tentang asal usul nenek moyang mereka yang berusaha menjaga kekayaan adat resam, budi bahasa, kebudayaan asli, semangat keperwiraan pendekar Melayu zaman lampau dan kini hanya tinggal kenangan sebagai bahan pameran di muzium muzium negeri dan negara mengumpul habuk di celah celah kota metropolitan dan ibu negeri di bekas Tanah Melayu ini.

Jika orang orang Melayu hari ini tidak dikejutkan dari lamunan mereka bahawa nasib mereka sudah terjamin, maka mala petaka sahaja bakal menimpa keturunan Melayu dimasa akan datang!

Sudah ramai dikalangan orang orang Melayu yang buta sejarah dan tidak tahu apa dia budaya Melayu sebenar?

Masyarakat Melayu di Malaysia ini sudah lupa bahawa jika mereka meninggalkan adat resam Melayu yang diwarisi turun temurun, maka peradaban Melayu akan hilang lenyap sedikit demi sedikit dari kehidupan orang orang Melayu didalam tempoh waktu terdekat.

Melayu sekarang seolah malu mengaku diri itu Melayu tanpa sebab!

Apakah yang hendak dibanggakan sangat bilamana saban hari saban waktu sebilangan besar dari kalangan orang orang Melayu hari ini berperangai dan bersifat bagaikan umang umang?

Bahasa Jiwa Bangsa! Hilang Bahasa maka hilanglah Bangsa!

Hari ini Dewan Bahasa dan Pustaka bagaikan jasad tanpa ruh! Mereka leka dibuai suasana berpejabat hawa dingin, tidak tega menjaga adat, bahasa dan budaya.

Apakah cukup bilamana mengadakan majlis itu dan ini sekali sekala?

Mana dia perancangan untuk menjaga, mendidik anak bangsa Melayu senegara agar tidak sesat dihujung jalan, terbiar hanyut dipukul gelombang arus kemodenan tanpa had dan sempadan?

Begitu juga dengan pelbagai jabatan kerajaan terutama Kementerian Penerangan yang pada hemat saya harus dinamakan semula sebagai Kementerian Hiburan!

Tidak banyak rancangan penerangan yang saya nampak dari hasil penerajuan kementerian berkenaan terhadap usaha membimbing orang orang Melayu ke arah kejayaan sebagai suatu bangsa merdeka sebaliknya siang malam pagi petang dibuai dengan hiburan memanjang menuju tidak lain tidak bukan hanya ke pintu dan lubang neraka!

Mungkin orang orang Melayu sekarang sudah tidak peduli lagi dengan nasib bangsa mereka?

Ini terbukti bilamana semakin ramai orang orang Melayu tanpa segan dan silu melakukan maksiat secara terbuka dan malah ada yang telah sampai keperingkat global dengan menayangkan segala perilaku haram penzinaan mereka melalui internet.

Anda tidak mungkin dapat meminang anak gadis Melayu yang cantik dan rupawan tetapi anda akan dapat meneliti sekujur tubuh badan mereka yang dipamerkan tanpa segan dan silu melalui laman laman blog dan tertentu 24jam sehari dari serata pelusuk dunia.

Semalam saya membaca laman berita dan tidak terkejut sedikit pun jua melihat tajuk berita Siswi Melayu yang rakus menurut gejolak hawa nafsu dan berzina dengan lelaki yang baru dikenali dilaman web dan terus mudah diajak tidur, melampiaskan nafsu masing masing tanpa malu atau perlu dipaksa!

Badan badan dan pertubuhan pertubuhan orang orang Melayu wajib bangun memperbaiki keadaan ini atau bersedia bersubahat dengan mereka ini yang lupa diri , nasab keturunan dan larangan larangan agama!

MelayuOnline.com tampil hari ini sebagai satu wadah penjanaan semula minat dan tumpuan orang orang Melayu tentang warisan mereka dari datuk nenek moyang mereka yang hidup berpandukan adat serta syariat.

Megah berdiri tegak selaku pewaris semangat hulubalang dan pendekar pendekar Melayu zaman silam.

Apakah masih ada dikalangan kita yang mahu memelihara maruah orang orang Melayu atau terus dayus membiarkan cacing naik ke mata?

Jagalah sebelum parah! Baik mengubat kudis dikalangan masyarakat Melyu sekarang dari hancur punah dimakan dek barah!

Semoga orang orang Melayu yang membaca warkah ini akan pergi mendaftarkan diri sebagai ahli percuma di MelayuOnline.com dan belajar tentang jatidiri dan khazanah warisan mereka sebelum hilang ditelan zaman!

Bantu membantulah kita kearah kebaikan dan bersatu teguh lah mencegah kemungkaran!

Kita perlu kembali mengamalkan segala perilaku yang murni dan tegur menegur secara hikmah demi kesejahteraan bersama.

Bersatulah semula memperkasakan Ummah!
Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.