Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, January 16, 2008

Wawancara dengan Blogger Sang Kelembai -Bhgn Pertama



Assalamualaikum semua.

Secara kebetulan, tengahari tadi , saya bertemu rakan blogger saya , Saudara Zaharin Mohd Yasin @ Sang Kelembai di Bandar Sri Permaisuri ketika pulang dari membeli barangan keperluan di sebuah pasaraya dan sedang menuju ke arah tempat letak kenderaan saya.

Apabila sedar bahawa memang itu Sang Kelembai, maka bersalam salaman lah kami dan terus saya mengajak beliau singgah minum di sebuah restoran disitu.

Selepas makan minum, maka saya mengambil kesempatan untuk mewawancara beliau tentang isu semasa dan hal ehwal politik terutamanya pandangan Sang Kelembai mengenai Abdullah Haji Ahmad Badawi, sasaran utama penulisan Sang Kelembai sejak dipecat dari UMNO.

Cerita sepak terajang dunia politik tanahair memang tak pernah sunyi dari laman web dan media massa utama negara kita dan kekadang ada terbit dilaman seperti Malaysiakini.com dan laman laman web politik yang lain.

Memandangkan saudara Zaharin selalunya menulis didalam Bahasa Melayu, maka saya memilih untuk menemubual beliau didalam Bahasa Kebangsaan kita.

Ini adalah Bahagian Pertama wawancara bersama Sang Kelembai @ Zaharin Mohd Yasin.

Semoga ada iktibar dari mengikuti pandangan seorang lama yang pernah berada didalam kancah politik UMNO khususnya dan negara kita Malaysia.

Saya akan memuatnaikkan bahagian 2 dan 3 selepas ini. Wassalamualaikum wr wb.