Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, January 25, 2008

Wawancara Ustaz Hazman Hashim - Imam Besar Masjid Azzubair Ibnul Awwam




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Wahai Mukminin wal Mukminat sekelian. Syukur Alhamdulillah, dengan adanya kemudahan memuat naik video bersaiz besar melalui sistem You Tube ini, maka dapat lah saya menyempurnakan niat saya untuk berkongsi dengan tuan tuan dan puan puan wawancara istimewa saya dengan Al-Fadhil Ustaz Hazman bin Hashim, sahabat saya yang merupakan Imam Besar Masjid Azzubair Ibnul Awwam di Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur.

Antara perkara perkara penting yang dapat saya ajukan kepada Ustaz Hazman adalah tentang pandangan beliau mengenai keadaan umat Islam di Kuala Lumpur ini?


Kemudiannya saya telah bertanya kepada beliau tentang perkembangan terkini mengenai sikap dan tuntutan puak Kristian di Malaysia ini yang begitu ghairah ingin menggunakan perkataan 'Allah' didalam bahan bahan penerbitan mereka untuk merujuk kepada Tuhan yang dimaksudkan mereka sebagai Tuhan 'Jesus' padahal Nabi Isa Alaihis Salam terang terangan hanya lah seorang makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tidak ada kena mengena sama sekali dengan doktrin fahaman mereka mengenai Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang kita sembah?


Kita sedia maklum akan perbincangan hangat tentang bab perkara ini didalam laman berita alternatif seperti Malaysiakini dan juga Malaysia Today yang tak sunyi memperbincangkan perkara ini!


Ikutilah penerangan terperinci Ustaz Hazman Hashim mengenai kecelaruan ini dan betapa kita tidak boleh mendiamkan diri bilamana puak Kaffir memomokkan penggunaan perkataan 'Allah' untuk tuhan imaginasi mereka?


Sebagai Mukmin, kita tidak ada masaalah jika sekiranya mereka ingin benar benar mengabdikan diri kepada Allah Ar Rahman Ar Rahim tetapi kita tertuntut oleh penyataan sumpah akidah kita berasaskan Kalimah Syahadah ' La ila ha ill lall Laah; Muhammadarr Rasulullah' untuk mencegah sebarang kemuslihatan puak puak Kaffir untuk mencemarkan penggunaan perkataan 'Allah' untuk menyembah sesuatu selain daripadaNya.


Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam Al-Qur'an Al Karim menyuruh kita menyeru sekelian manusia kearah mentauhidkan Nya dengan cara yang sebaik mungkin didalam Ayat 125 Surah An Nahl.















125. OdAAu ila sabeeli rabbika bialhikmati waalmawAAithati alhasanati wajadilhum biallatee hiya ahsanu inna rabbaka huwa aAAlamu biman dalla AAan sabeelihi wahuwa aAAlamu bialmuhtadeena

125. Seru lah semua (manusia) ke jalan Tuhan mu dengan penuh hikmah dan bijaksana; dan berundinglah dengan mereka dengan cara sebaik mungkin kerana Tuhanmu lebih mengetahui tentang siapa yang telah sesat dari Jalan Nya dan siapa yang telah menerima hidayah.

125. Invite (all) to the Way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth best, who have strayed from His Path, and who receive guidance.
Saya berpegang kepada prinsip saya berlandaskan apa yang telah saya pelajari bahawasanya Islam itu adalah ajaran dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri terus kepada Bapa Sekelian Umat Manusia @ Nabi Adam Alaihis Salam dan ianya sendiri mengamalkan ajaran Islam yang dikenali sebagai ajaran mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Dek kerana itu, saya menyangkal sesiapa sahaja dimuka bumi ini yang mengatakan bahawa Islam ini adalah agama terkemudian dan penggunaan perkataan 'Allah' itu adalah berdasarkan manusia manusia pada zaman dahulu yang menyembah itu dan ini sudah lama menggunakan perkataan 'Allah' untuk memuja dan memuji tuhan ciptaan mereka?


Maka ingin saya menyeru kepada setiap Mukminin dan Mukminat yang membaca dan mengikuti pandangan tepat Ustaz Hazman dan saya sendiri supaya rajin rajinlah menuntut ilmu agama dan faham tentang hukum hakam didalam penghayatan Agama Islam kita yang maha suci supaya tidak tercemar dengan tafsiran tafsiran kolot dan tidak berasas sama sekali.


Sampai sampaikan lah peringatan ini kepada sekelian rakan dan taulan tuan tuan dan puan puan semua. Mudah2an kita akan mendapat bimbingan dan perlindungan Ilahi, Tuhan Sekelian Alam.


Amin ya Rabbal Alamin.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.