Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, February 12, 2008

Datuk Aziz Sattar - Wawancara Khas oleh Mahaguru58



















Kuala Lumpur. 11hb Februari 2008. Laporan dan wawancara oleh Mahaguru58.

Siapa yang tidak kenal Aziz Sattar? Tak kenal? Ish! Ish! Ish! Ish! Pendek umur .....kata P.Ramlee.....

Lihat saja petikan lakonan ketiga bintang bintang legenda dunia perfileman Melayu era zaman Studio Malay Film Productions di Jalan Ampas, Singapura didalam filem blockbuster zaman lampau ,' Pendekar Bujang Lapok' arahan Tan Sri P.Ramlee yang sampai sekarang tak jemu jemu ditonton orang bila disiarkan menerusi kaca tv berjuta juta penduduk tanahair ini dan serumpun Nusantara.

Tak kering gusi kita dibuatnya menonton lawak selamba seniman legenda bertiga ini.



Lawak mereka lawak asli tanpa ada 'slapstick comedy' seperti kebanyakan pelawak pelawak separa masak sekarang!

Itulah keistimewaan lawak Bujang Lapok P.Ramlee. Aziz Sattar dan S.Samsudin. Memang hebat dan terbaik sepanjang zaman. Satu contoh kehebatan lakonan mereka ada disini:



Lagu 'Menceceh Bujang Lapok' didalam klip berikut ini adalah klasik!



Mungkin hanya anak anak remaja zaman sekarang yang tidak mengenali seniman legenda komedi industri perfileman Melayu dari era tahun 50an bersama sama dengan tokoh terkemuka Seniman Agong Negara kita iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Seniman S.Samsudin yang menjadi ikon komedi sepanjang zaman 'Seniman Bujang Lapok'.

Siri filem filem komedi arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee telah menjulang nama ketiga tiga seniman komedi filem Melayu ini sehingga sampai ke saat ini belum ada galang pengganti mereka bertiga didalam industri perfileman negara.

P.Ramlee, Aziz Sattar dan S.Samsudin menjadi tiga serangkai bintang bintang filem Melayu dizaman filem hitam putih yang menjadi tarikan utama penonton ke pawagam dari Singapura sehingga ke serata pelusuk tanahair kita dan ke seluruh rumpun Nusantara.

Setelah P.Ramlee meninggal dunia pada tahun 1973, maka Bujang Lapok tinggal Aziz Sattar dan S.Samsudin sahaja. S.Samsudin masih menetap di Singapura manakala Aziz Sattar telah bermastautin di Malaysia.

Setelah perginya P.Ramlee menghadap Ilahi, maka rakan rakan Allahyarham iaitu Aziz Sattar dan S.Samsudin terpaksa mencari rezeki masing masing mengikut mana mana peluang berlakon yang datang kepada mereka berdua.

Sebagai seniman veteran, tidak banyak peluang yang datang kepada anak seni berdua ini dan cuma sekali sekala ada dibuka ruang untuk seniman seniman legenda ini mencari rezeki buat meneruskan kehidupan masing masing.

Seniman Aziz Sattar telah dikurniakan gelaran Darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di Pertuan Agong Tuanku al Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Hari Keputeraan Baginda pada tahun 2007.

Namun gelaran Datuk yang diperolehi Seniman Aziz Sattar tidak lah menjanjikan hari esok yang gilang gemilang baginya bila masih diperkotak katikkan oleh keadaan semasa didalam Persatuan Karyawan yang dianggotai beliau.

Datuk Aziz Sattar kini sedang menghadapi kemelut politik dalaman didalam Persatuan Karyawan seperti dilaporkan disini.

Petikan dari laporan Utusan Malaysia Online berkenaan perkara ini :

"Ketegangan tercetus apabila Datuk Aziz Sattar meluahkan perasaan terkilan dan sedihnya dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Deejay Karyawan, Azmi Mohd. Noor yang menghina peranannya sebagai AJK Biro Artis Veteran.

Orang itu (Azmi) kata saya sudah tua dan tidak sedar diri. Datang ke mesyuarat Karyawan semata-mata kerana mahukan duit elaun RM100. Majlis perkahwinan saya yang ditaja Karyawan pada tahun lalu sebanyak RM17,000 pun diungkit-ungkit.

Bagi saya, itu suatu penghinaan. Selama 55 tahun menjadi pelakon saya tidak pernah mendapat penghinaan sebegitu. Budak kecil yang berumur enam tahun pun tahu hormat saya.

“Saya tidak akan maafkan orang itu dunia dan akhirat,” katanya ketika diberi peluang meluahkan perasaannya pada Mesyuarat Agung Luar Biasa itu yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Khalid Yunus.

Perselisihan faham Aziz itu diburukkan lagi apabila Presiden Karyawan, Freddie Fernandez sebelum ini dikatakan banyak menyebelahi Azmi hingga mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa bekas AJK Karyawan seperti Betty Banafe, Yang Jamil, Wahid Nasir dan bekas Setiausahanya, Zieman.

Malah, Aziz bersama rakan-rakannya itu turut membuat laporan polis pada bulan lalu ke atas Karyawan di mana mereka mendakwa berlakunya penyelewengan dana berjumlah RM200,000 dalam persatuan tersebut.

Pada majlis itu, ahli Karyawan yang juga penyanyi tahun 1980-an, Azizul Khamis yang dikatakan turut pernah mengguris hati Aziz telah bersemuka dan meminta maaf daripada pelakon veteran itu.

Freddie ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa itu mengakui, beliau ada berjumpa dengan Aziz bagi menyelesaikan salah faham yang berlaku di antara mereka."

Sudah tentu hal sebegini menarik perhatian ramai kerana yang diketengahkan didalam laporan laporan akhbar bukan sembarangan orang tetapi 'Pak Aziz Sattar' yang merupakan salah seorang legenda dunia perfileman Melayu yang masih hidup disisi kita sekarang ini!

Mahu tidak mahu kita tertanya tanya apakah masaalahnya sampai dikaitkan legenda seni filem tanahair kita ini?

Sebagai seorang peminat setia Aziz Sattar dan ikon Bujang Lapok yang masih hidup, S.Samsudin, maka saya menghubungi Datuk Aziz Sattar hari ini dan menyampaikan hasrat hati saya ingin bertemu dan mewawancara beliau berkenaan perkara ini.

Datuk Aziz Sattar bersetuju menerima kunjungan saya ke-kediaman beliau di Ampang dan saya menetapkan temujanji saya dengan beliau sebelum zohor hari ini.

Suratkhabar dan media massa selalunya hanya memetik sebahagian kata kata seseorang itu dan tidak memuatkan keseluruhannya apa apa ulasan atau penerangan yang diberikan orang yang ditemuduga.

Media alternatif seperti Malaysiakini selalunya hanya bertumpu kepada laporan politik semasa namun pada hemat saya ada juga perlunya mengambil tahu tentang hal ehwal dunia kebudayaan dan masaalah masaalah berkaitan isu isu sosial didalam negara.

Rancangan rancangan televisyen seperti Melodi didalam TV3 selalunya berperanan mensensasikan sesuatu perkara seperti masaalah artis dan penggiat penggiat seni filem dan drama tanahair kerana sudah begitu lumrah cara lapor mereka.

Contoh nya seperti didalam petikan laporan dibawah:



Dengan olahan bunyi dan suntingan tertentu dengan mempertengahkan sesuatu ungkapan seperti didalam klip diatas, hasilnya adalah satu gambaran tentang Datuk Aziz Sattar yang berlainan dengan sifat dan sikap peribadi beliau.

Ada penerangan didalam bahasa Inggeris, "By specific audio visual editing in film and video editing, you can turn a saint into a sinner and vice versa! That's the power of suggestive editing in multimedia"

Ini kerja orang orang pakar juru sunting yang berkecimpung didalam industri hiburan dan media massa amnya.

Mereka berupaya menyampaikan sesuatu olahan berita dan cerita yang berlainan sama sekali dengan kejadian sebenar melalui kemahiran mereka menyunting dan mengolah sesuatu rakaman berita dan cerita.

Satu contoh pengolahan demikian adalah didalam filem 'Forrest Gump' dimana watak Tom Hanks disunting seolah sedang berbicara dengan mendiang Presiden Amerika Syarikat Lyndon Byrd Johnson padahal Tom Hanks pelakon sekarang yang masih hidup dan Presiden Johnson sudah sekian lama meninggal dunia!

Segala galanya mungkin diolah melalui dunia filem dan video zaman sekarang apatah lagi dengan kecanggihan sistem teknologi komputer sekarang?

Bagi penulis blog seperti saya, saya lebih suka mempertengahkan hakikat sebenar pegangan dan kata kata luahan jiwa baik dari saya sendiri atau sesiapa yang saya mewawancara secara terus!

Tanpa olahan ; tanpa suntingan! 'Straight to the point!' Wallahi Wabillahi!

Berani kerana benar! Takut jikalau bersalah!

Dalam kamus Mahaguru58 tak ada perkara berundur dari menyatakan yang hak dan saya berani mengaku jika saya bersalah!

Demi menjaga nama baik seniman legenda tanahair kita seperti Datuk Aziz Sattar, maka hari ini saya berjumpa beliau dan mengambil video ini dengan niat mahu anda pembaca blog ini melihat dan mendengar sendiri apakah sebenarnya pegangan Datuk Aziz Sattar mengenai perkara ini?

Bagi saya, sudah tentu saya tidak suka melihat seniman legenda negara kita dikaitkan dengan permainan politik pejabat seperti didalam Karyawan yang kita semua sedia maklum melalui laporan laporan akhbar dan media massa tempatan.

Tidak elok dibiarkan kemelut ini berterusan dan mencemari reputasi seniman veteran yang banyak berjasa seperti Datuk Aziz Sattar.

Mana perginya rasa hormat dan tanda penghargaan terhadap orang lama didalam industri perfileman dengan membiarkan keadaan dalaman persatuan menjejaskan nama baik legenda dunia perfileman Melayu seperti Datuk Aziz Sattar ini?

Saya kira patut kita mendengar dari mulut Datuk Aziz Sattar sendiri tentang apa yang beliau tidak puas hati dengan pucuk pimpinan Persatuan Karyawan yang turut menjejaskan nama baiknya?

Ikutilah wawancara khas Mahaguru58 dengan seniman legenda komedi filem Melayu tanahair, Datuk Abdul Aziz bin Sattar.



Semoga dengan wawancara ini akan terhurailah segala persoalan yang mengaitkan nama Datuk Aziz Sattar dan perselisehan faham dengan pimpinan Karyawan.

Daun sireh dikunyah Mustapa,
Mari dikunyah bersama si-nyonya,
Jasa seorang seniman usah dilupa,
Kalau dilupa buruk padahnya!

Mari belayar ke Pulau Pinang,
Singgah berlabuh di Tanjong Sepat,
Adat dijunjung, pusaka dikenang,
Bangsa berbudi hidup berpakat.