Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, February 19, 2008

Terlajak perahu boleh di-undur; terlajak mengata...

Saya kurang selesa membaca laporan media mengatakan Mursyidul Am Parti Islam seMalaysia mengumpamakan ahli ahli UMNO sebagai orang utan yang tak reti agama dan hanya menurutkan nafsu!

Apakah benar begitu? Dari mana dibuatnya kajian dan apakah benar sang pengata itu seratus peratus suci bersih dari noda dan dosa?

Na'uzubillah! Inilah akibat insan yang merasa diri terlalu hebat, terlalu suci sehingga sanggup melemparkan penghinaan sebegitu terhadap sesama Muslim dengan dirinya!

Saya sedih dengan cara seorang pemimpin lama seperti Nik Aziz bertindak menghina kesemua ahli ahli UMNO dengan istilah orang utan!

Ialah ! Orang utan tak reti bersekongkol dengan musuh Islam seperti DAP!

Orang Utan tidak reti mencaci nesta mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka kerana Orang Utan takdelah merasa diri tu maksum sehingga boleh pulak melabel sesama spesis dengan mereka sebagai itu ini.

Orang Utan tak le sanggup berpeluk , bercium pipi dengan puak yang terang terang membantah dan berusaha siang malam pagi dan petang menghalang pelaksanaan nilai nilai Islam didalam pentadbiran negara yang diterajui Orang Utan!

Sepatutnya bila seseorang itu semakin tua maka dirinya semakin berhemah didalam menyampaikan kata dan mendidik sesama ummah yang pada hematnya tak sempurna dan tersasar dari landasan Ad Deenul Hak!

Ini lain pulak ceritanya. Semakin menghampiri 'kiamat kecil' semakin menjadi pula sikap mengata dan mencetuskan suasana benci membenci dengan sesama ummah!

Abdullah Badawi memang tidak betul bilamana membawa pendekatan Islam 'Hadhari'nya didalam zaman pemerintahannya tetapi tidaklah sampai ke tahap mencaci mencerca Muslim yang lain.

Disini letaknya kesilapan besar Nik Aziz yang dengan berkata demikian sebenarnya menjauhkan orang dari memberi sokongan terhadap PAS didalam Pilihanraya Umum ini.

Apakah maksud disebalik mengata ahli ahli UMNO begitu?

PAS bersekongkol dengan DAP yang terang terang anti Islam dan membantah nawaitu PAS hendak mendirikan 'Negara Islam' di Malaysia! Mana logiknya?

Boleh ke bersahabat dengan seteru agama demi merebut kuasa dan takhta politik?

Sikap bersahabat dengan musuh Islam hendak dicap sebagai apa?

Tak ke berdosa kerana bersepakat dengan musuh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam?


Abu Dhar Radhiallahu Anhu ada meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda:

"Barangsiapa menuduh seseorang yang lain dengan pertuduhan 'Fasiq' atau dengan pertuduhan 'Kaffir' maka pertuduhan sedemikian akan berpulang kepada dirinya sendiri jika yang dituduh tidak seperti apa yang dituduh itu!"

Didalam kitab Hadith Sahih Al-Bukhari Bab 17 berhubung dengan Al-Adab, diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam dibuktikan sebagai seorang insan yang berperibadi bukan sebagai seorang 'Sabbab' @ seorang yang pencerca atau seorang 'Fahish' @ seorang pemaki, atau seseorang yang suka mengata orang dan jika Baginda Sallallahu Alaihi Wassallam ingin menegur seseorang diantara kami, maka Rasullullah Alaihi Wassallam akan berkata," Apa yang tidak kena dengan sipolan? Dahinya berdebu!"

Setiap pemimpin Islam haruslah mencontohi akhlak Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan tidak terjatuh didalam golongan mereka yang sombong dan bongkak walaupun dirinya alim tara mana pun!

Setitik sifat riya' dan 'ujub terhadap diri sendiri akan menjadi sekam api yang membakar dan menghapuskan segala rekod pahala dan amal kebaikan yang pernah dilakukannya.

Semoga kita sama sama dapat menginsafi diri dan bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan memohon maaf sesama kita jika sadar diri sebelum dijemput Saiyidina Izra'il Alaihis Salam.

Kita boleh berlainan pendapat dan pegangan tetapi janganlah sampai kita tewas terhadap mengawal nafsu amarah kita dan turut bersikap sombong dan angkuh sepertimana mereka yang ditakrifkan sebagai jahil.

Bilamana kita sendiri terlajak mengata orang begitu begini, tak ada bezanya diantara yang alim dengan yang zalim. Ini dia punca keretakan perhubungan sesama Islam di bumi Malaysia ini!

Bawa bawalah mengucap sebelum terlambat. Qullu nafsin iza iqatul maut! Setiap yang bernyawa pasti akan mati dan yang waras sepatutnya merenung akan setiap tingkah laku dan kata kata yang dilafazkannya!

Manusia di-adili menurut amalan nya. Maka berusahalah kita membaiki diri dan menyeru kepada yang makruf serta berusaha mencegah dan menegur yang mungkar!

Tumpukan perhatian kepada sasaran sebenar perjuangan kita sebagai seorang Mukmin dan usah tersasar menembak sesama kita. Kenali musuh kita. Kekadangnya diri sendiri kerana tewas kepada ego didalam dada dan benak fikiran masing masing.

Bagi saya barangsiapa yang memerangi Islam atau bersekongkol dengan musuh Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam, maka ianya tidak akan mendapat undi atau sokongan saya sampai mati!

Wallahi Wabillahi! Tak kiralah siapa saja! La ila ha illallah! Muhammadar Rasulullah!

Allahu Akbar!

* Makluman.
Hanya komen dari bloggers akan dilayan. Diharap komen anda berasaskan hujah dan pandangan yang bernas dan tepat walaupun kritis dan bertentangan dengan pendapat penulis. Komen dari 'non bloggers' tidak akan diterbitkan. Komen tanpa kaitan dengan tajuk artikel ini atau yang mengandungi unsur fitnah atau cacian juga akan mengalami nasib serupa. Sekian. Terimakasih.

12 comments:

abu hanaan said...

Abang Zainol said:
Bagi saya barangsiapa yang memerangi Islam atau bersekongkol dengan musuh Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam, maka ianya tidak akan mendapat undi atau sokongan saya sampai mati!

The problem is, we are running out of options.

MAHAGURU58 said...

Tawakkaltu Alallah Ya Abu!

Tidak bermakna ramai dan perkasa didunia ini sekiranya tidak akur terhadap tuntutan Ilahi!

Kita ini sekiranya mahu masih ada ruang dan peluang untuk bersatu teguh dibawah panji panji Kalimah 'La ila ha ill lall Laah! Muhammadar Rasulullah!'

Masaalahnya ujud pabila nafsu meruntun jiwa dan takbur bermaharajalela.

Bukannya semakin tawadho' semakin berhemah tetapi disebaliknya 'umpama lalang menegak menyusur angin pabila kemarau tersambar dek api-menang jadi arang; kalah jadi abu jua'.

Hendak seribu daya Ya Abu...segalanya terpulang kepada budi dan bicara mereka yang mengaku diri sebagai 'Ulul 'Amri.

SYCLONE said...

Saya lebih rela mengundi DAP walau dia menentang Islam, dari mengundi UMNO yang mempermainkan Islam dengan memperkenalkan versi baru yang mengelirukan.

Bagi saya, UMNO tetap lebih bahaya, kerana kononnya dia memperjuangkan Islam. Bakal mengelirukan orang Islam yang kurang ilmu.

DAP memang jelas perjuangannya dalam demokrasi, tapi UMNO? Melayu tak dibantu juga. Tetap miskin juga.

abu hanaan said...

Menjauhi keburukan adalah lebih utama dari mendapat kebaikan.

Pandai-pandailah wahai semua saudara seagamaku apabila berhadapan dengan kertas undi nanti.

MAHAGURU58 said...

Terpulang kepada saudara untuk memilih siapa yang saudara suka kerna ini hak asasi setiap warga, bukan?

Soalnya saudara mempunyai fikrah sendiri dan membuat pilihan berdasarkan pemahaman sendiri.

Maka bak kata pepatah lama,' Tepuk dada tanya selera?'

Bagi saya tetap dengan penyataan saya seperti diatas.

Insya Allah!

gangeticus said...

The context of your argument is acceptable to me. For me, I see that there is indeed a party which is anti my religion, going around destroying temples, opening destroying the lives of my fellow adherents and opening lying about their "deeds". The hatred for my religion is cultivated early, through manipulation of the school curriculum and the pure hatred spewed out by the teachers themselves.

However, I've not seen DAP even come close to that, rather more on the rhetoric and call for debate.

So, I guess I should be using your method in combating these folks. Am I right?

Najmuddin Yusoff said...

Bagi saya, kenyataan Tok Guru itu perlulah difahami dari konteks apa yang ingin disampaikannya. Sila baca kenyataan ini:

Saya yakin Kelantan akan terus menang dan saya bergantung pada Allah, tetapi yang menjadi masalahnya kerana kami berdepan dengan orang yang tak tahu undang-undang, tak tahu undang-undang macam Orang Utan; Orang Utan tak reti agama dan tak reti undang-undang," tegas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. (Petikan Harakahdaily)

Jelas di situ, Tok Guru menyifatkan orang yang tak tahu undang-undang macam orang utan. Tidak ada apa yang salah dengan ayat itu. Ia tidak sama dengan mengatakan, orang UMNO itu semua orang utan.

Wallahua'lam.

Norizan Sharif said...

Saya setuju dengan pandangan tuan dalam hal ini.

Seringkali, kita mengambil pendekatan simplistik dalam politik. Pertama, kita membuat keputusan semata-mata dengan membaca laporan media. Ada yang betul, banyak juga yang tak betul. Kedua, kita suka bercakap sesuatu yang kita tak faham. Orang lain cakap, maka kita pun bercakap ..

Kita membentuk pendapat dan pandangan berdasarkan apa yang kita baca, dengar dan lihat dalam media massa.. dan apa yang orang lain cakap walaupun tidak betul. Secara wewenang kita menghukum orang seolah-olah kita maksum seperti Rasulullah s.a.w.

Dalam konteks politik, elok kalau pemimpin-pemimpin politik Islam duduk semeja berbincang dan cuba memahami antara satu sama lain. Usah menghukum berdasarkan apa yang ada dalam media massa atau apa yang didengari sahaja.

Seperkara lagi, elakkan personality assisination dan penggunaan perkataan yang tidak manis didengari. Ingatlah, kita mungkin betul, tetapi orang lain tidak semestinya salah.

Ingatan ini untuk semua pemimpin politik Islam yang ada dalam semua parti - UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Kenyataan saya ini relevan untuk semua orang, dan tidak ditujukan kepada individu tertentu sahaja.

Hidup ini terlalu singkat, sampai masa kita akan menghadap Allah s.w.t. untuk dipertimbangkan amalan yang kita lakukan di dunia ini. Salam hormat.

http://www.nobisha.blogspot.com

MAHAGURU58 said...

Brother gangeticus,

Although only the opening statement of your comment here has relevance to my topic here, the rest of it is really not connected at all to the subject matter.

Nevertheless, in the spirit of blogging brotherhood, I shall respond to it.

If you don't mind, I have to take your comments out of here and respond to it in a new post because they aren't relevant here.

Go read my reply in my new post.

Cheers.

MAHAGURU58 said...

Brother Abu Hanaan.

Wise words and exactly what we need to do.

Best regards sir.

MAHAGURU58 said...

Brother Najmuddin.

I have written a new article in response to your attempt to clarify what you think Nik Aziz meant when he uttered that statement.

Please try to see my point of view in return.

Thank you.

MAHAGURU58 said...

Saudaraku Norizan.

Pandangan yang sungguh bernas dan harus diterima oleh setiap individu yang prihatin tentang perkara kata mengata ini.

Syabas dan tahniah kepada saudara diatas fikrah ini.

Jazakallah.