Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 23, 2008

Bila Tuanku Sultan Dah Murka, Melayu UMNO Menderhaka?

Duli Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu dan Yang Dipertuan Agong Malaysia diberitakan sudah murka dengan mantan Menteri Besar Terengganu dari UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu kerana dikatakan berlaku biadap terhadap Duli Tuanku dan Kerabat Istana Baginda?

Maka itulah sebabnya Baginda Tuanku tidak berkenan merestui perlantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kesultanan Melayu Terengganu!

Dari bisik bisik berita terkini yang sampai ke telinga Mahaguru58, dikatakan mantan MB Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan berlaku biadap terhadap Duli Tuanku bila berbahasa 'I' 'You' 'I' You' dengan Baginda Sultan?

Mungkin Datuk Seri Idris berasa diri lebih tua dari Baginda Sultan sebab itu terlanjur berbahasa sedemikian rupa dengan Tuanku?

Entahlah samada benar ke tidak 'soksek soksek' yang sampai ketelinga Mahaguru58 namun sekarang ini khabar angin diMalaysia ini terbukti bukan sekadar khabar kosong!

Dari satu segi, Mahaguru58 bersyukur bilamana Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Melayu sejak kebelakangan ini tampil tegas mempertahankan kedaulatan Baginda Baginda Tuanku sekelian selaku Duli dan Yang Di Pertuan Kesultanan Melayu masing masing.

Nah! Inilah baru dikatakan menyambung Kedaulatan Kesultanan Melayu dengan mengajar rakyat rakyat kebanyakan yang seolah lupa diri bila kuasa pemerintahan kerajaan ditangan mereka yang bertindak melampaui batas; beralih peranan 'beraja dimata, bersultan pulak mereka didalam hati?'

Mahaguru58 berasa kemelut yang pernah melanda Kesultanan Kesultanan Melayu di negeri negeri Perlis Indera Kayangan, Perak Darul Ridzuan dan kini sedang beribut di Terengganu Darul Iman ada kebaikannya.

Dari pandangan Mahaguru58, Duli Tuanku Sultan Mizan ada hak hak Baginda untuk memastikan 'Si Kaduk Tidak Naik Junjung' dan hamba rakyat Duli Tuanku seharusnya sadar bahawa didalam institusi Kesultanan Melayu tidak seharusnya dilupakan adat resam dan warisan Melayu sejati walau beralih zaman sekalipun!

Itulah natijah bilamana Melayu lupa diri dan tidak berpegang teguh kepada segala khazanah warisan turun temurun dari nenek moyang mereka?

Melayu UMNO Terengganu kini ternyata sedang dilanda musibah akbar bilamana Duli Tuanku Sultan Terengganu tidak berkenan dengan pucuk pimpinan mereka dan kini melantik Datuk Ahmad Said yang terkenal dengan buruk laku semasa menjadi ADUN didalam Exco Kerajaan Negeri Terengganu sebelum ini sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru?

Hairan bin Ajaib bila memikirkan apa strategi Baginda Tuanku melantik seorang yang ternyata berperangai 'gedebe' begitu sebagai Menteri Besar Baginda?

Apa agaknya muslihat disebalik perlantikan begitu?

Apakah ini menandakan zaman kejatuhan UMNO Terengganu bila tiada insan sebaik budi untuk dijadikan teraju kepimpinan Kerajaan Negeri?

Ternyata Politik Malaysia kini berubah arah dari UMNO Dulu, Kini dan Selamanya kepada UMNO Dulu, Sekarang dan Belum Tentu Lagi?

Datuk Seri Idris Jusoh menerima kesan dari keputusan beliau menggugurkan beberapa pemimpin UMNO yang mendapat sokongan kuat dari ahli ahli UMNO Bahagian masing masing namun kerana ada perancangan bercanggah didalam UMNO Terengganu ternyata menempah masaalah yang timbul mendadak sesudah Pilihanraya Umum ke 12 baru baru ini!

Tontonilah rakaman tunjuk perasaan ahli ahli UMNO Terengganu terhadap Idris Jusoh disini:


Ini pula rakaman perilaku dan perangai Datuk Ahmad Said dari Kijal yang dilantik Duli Tuanku Sultan Terengganu semasa persidangan Dewan Negeri Terengganu:


Kalau begini pula gaya dan cara kepimpinan UMNO Terengganu yang dilantik menerajui Kerajaan Negeri Terengganu, nampak gelap lah masadepan Terengganu Darul Iman?

Itulah natijah yang ditanggung rakyat negeri Terengganu bila mereka menolak 'Membangun Bersama Islam' tajaan PAS dan memilih untuk 'Tenggelam Bersama UMNO' hasil usaha Imam Hadhari Pak Syaikh Al Imamul Akbar Abdullah Al Badawi dan Pak Derih Jusoh?

Semakin hangat pula drama politik Tranung Kite?

Berita terkini Tok Mat Said dah dipecat keahlian UMNO nya oleh UMNO Malaysia!

Apa nak jadi UMNO Ganu? Ke laut nampaknya?

Makin berserabut UMNO pimpinan Tok Derih Jusoh nampaknya?

Itulah tulah derhaka pada Tuanku Sultan! Kalau zaman dulu dah kena pancung dah!

Bersama samalah kita mengikuti adegan adegan hangat seterusnya!

5 comments:

kesava said...

Aiyoyo the other BN assemblymen who don`t agree to the Sultan`s appointment and want to boycott should be aware they can be `buang negeri` for their insult to royalty.

They now have 3 days to resign from UMNO and join PKR/PAS failing which they can be `buang negara` followed by fresh elections - in which case UMNO will lose massively.

MAHAGURU58 said...

The plot thickens Kesava!

UMNO Terengganu is in hot soup as we speak!

Is UMNO Terengganu about to implode from within?

Sure looks like it!

aliya said...

Free show, great show..the new Trengganu Believe It or Not - ArmNo vs ArmNo!
Daulat Tuanku!!!
LOL

Jehangir said...

Nampaknya UMNO semakin parah dan kurang ajar saban hari. Tak reti hormat kepada kesultanan melayu. Semoga DYMM Mizan Zainal Abidin melaknat mereka dan memberi hukuman yang setimpal kepada ahli2 korup UMNO yang semakin kurang ajar dan semakin tak sedar diri. Nampaknya, akan daruratlah Terengganu sikit hari lagi.

Jehangir said...

Nampaknya, dollah badawi telah dilaknat oleh yang maha berkuasa diatas keangkuhannya dan menindas rakyat sepanjang tempoh pemerintahannya dan ketaksuban untuk membolot harta2 negara demi kepentingan keluarga sendiri dan kepentingan anak beranak.

Beginilah kesudahan kepada pemimpin2 yang taksub dan dan melayan hawa nafsu serakah dan menganiaya rakyat.

Tak mungkin tiada sebab bagi DYMM Mizan Zainal Abidin untuk tidak melantik Pak Jusoh menerajui negeri Terengganu buat penggal kedua.

Ada juga yang mengaitkan kejadian ini dengan balasan kepada BN kerana membawa pengundi hantu ke Terengganu sekaligus menderhaka kepada rakyat di negeri itu.

Zaman kemusnahan BN sudah bermula, cuma menanti tongkang pecah sahaja. Kini rakyat telah sedar dan sepakat memberi mandat dengan penuh restu kepada Barisan Rakyat.

Hidup Barisan Rakyat!