Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 09, 2008

BN tidak matang menerima kekalahan pilihanraya!

Salam hormat kepada semua warganegara Malaysia.

Terlebih dahulu saya Mahaguru58 mengucapkan Syabas kepada setiap pengundi berdaftar Malaysia yang memilih calon calon Barisan Rakyat terutamanya dari PKR, PAS dan DAP!



















Sempat saya mengambil gambar kenangan kertas undi saya dan merakam keputusan saya menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim mewakili saya ke Parlimen Malaysia buat penggal 2008 ke 2012 atau 2013!

Ini keputusan saya yang saya buat setelah mengkaji kedudukan politik tanahair ini yang semakin lama semakin mengabaikan hak hak orang orang kebanyakan seperti kami yang tidak kaya raya seperti mereka yang sedang berpesta pora melantak kekenyangan mengisi tembolok masing masing didalam kerajaan yang bongkak BN!



















Lihat saja cara seorang petugas BN berlagak garang terhadap Mahaguru58 semasa saya mengambil video dan gambar suasana pilihanraya semalam?

Mungkin hamba Allah ini tidak kenal saya kerana ada kebarangkalian beliau tidak membaca atau mengikuti laman laman blog di internet ini.

Maka saya tidaklah mengambil hati akan sikap angkuh saudara ini. Namun Mahaguru58 bukanlah gentar terhadap manusia manusia sebegini.

Kata orang Penang, kami ni tak suka mencari pasal.

Tetapi kalau terpaksa berentap, maka kami anak anak Pulau Pinang akan bertarung mengikut pegangan ajaran perguruan kami 'Biar mati bergalang tanah dari hidup berputih mata!'

Kalau pondan tak adalah kami ni penulis blog seMalaysia berani nak letak muka dan nombor talipon kami disini!

Terer tu tidaklah seberapa tetapi kalau dah sampai keadaan dimana kita terpaksa memilih samada mereka atau kita yang hidup atau mati, maka tepuk dada tanyalah selera!!!

Barisan Rakyat le brader..bukan Barisan Mak Nyah!!!

Seboleh mungkin kita tak hendaklah bergasak sesama ummah tetapi tahu tahu sajalah kita ni pun ada hak tu juga!!! Ular menyusur akar tak kan hilang bisanya tuan?

Semangat kita tetap semangat Jebat! Kalau terpaksa maka kena lah merimbat!!!

Ye tak???

Rakyat Malaysia usah dicabar terlalu! Kalau dah sampai saat dan ketika maka jika membujur kami kan menumpang lalu , andai melintang kami kan mematah!

Harap harap dapatlah menangkap maksud kiasan hamba itu. Sudah ketahap melampau kesombongan dan keangkuhan segelintir manusia dimuka bumi ini!

Ini menurut suruhan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam. Ada hadis nya.

Saya turut terasa melihat warganegara Malaysia dipukul, diterajang, disepak, dihina malah ada yang dibunuh tanpa belas kasihan oleh pasukan kerahan pemerintah!!!

Itu adalah zalim namanya dan sebagai seorang pejuang Islam, Mahaguru58 tidak rela bersekongkol dengan orang orang yang sezalim begitu dan bertekad membantu sesama warga dengan menulis untuk kebenaran dan hak asasi manusia sesama warga dengan saya!

Saya 'buta warna kulit' dan tidak gemar bermusuh musuhan dengan mereka yang berlainan agama dengan saya tanpa perlu?

Lakum dinukum waliyadin pegangan saya.


Saya tetap akan mempertahankan agama Islam yang amat berharga bagi saya dan tetap akan menjalankan Dakwah al Islamiyah tanpa berkira kepada siapa yang harus saya tumpukan usaha saya.

Saya memilih menjadi Blogger Muslim yang menulis demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan seboleh mungkin ingin mengikuti jejak Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dengan mengajak para pembaca saya kepada Ad Deen ul Laah!

Brader Khalid! Tuanhamba harus membuktikan kepada kami pengundi pengundi tuan bahawa Bandar Tun Razak akan bertambah maju dari hari ini sampai bila bila!

Tahniah diatas kejayaan tuan menjadi Ahli Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan juga di Dewan Undangan Negeri Ijok!

Syukur Alhamdulillah diatas termakbulnya doa doa para penyokong Parti Keadilan Rakyat di kawasan kami ini dan juga di Ijok , Selangor Darul Ehsan!

Bermula lah sekarang zaman kebangkitan suara rakyat Malaysia yang mahu melihat perubahan dari segi pemberian ruang kepada rakyat menyatakan yang hak dan dibela pula oleh pemerintah dengan pengedaran bantuan yang saksama kepada semua warganegara negeri dan negara tanpa membezakan keturunan dan kefahaman agama.

Amat penting sekali bagi kerajaan kerajaan negeri negeri dibawah pentadbiran Barisan Rakyat untuk memperkotakan kata dan menunaikan janji kepada rakyat yang telah memilih tuan tuan semua memerintah Kelantan Darul Naim, Pulau Pinang, Kedah Darul Aman, Perak Darul Ridzuan dan Selangor Darul Ehsan.

Sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan, maka kedengaranlah suara suara sumbang dan kelakuan buruk pihak media massa pengampu Kerajaan BN yang menuduh kami para pengundi Barisan Rakyat sebagai mereka yang tidak mengenang budi kerajaan, menyokong Bukan Melayu dsbnya?

Bilakah masa mereka ini hendak sadar diri bahawasanya kami rakyat Malaysia sudah muak dengan perangai dan keangkuhan pemimpin pemimpin BN berlaku sombong dan bongkak bila berhadapan dengan kami rakyat marhaen?

Lihat sahaja cara mereka berlagak semalam semasa Mahaguru58 pergi mengundi di Sekolah Menengah Sains Selangor dan cara cara ahli ahli BN begitu kasar menghadapi kami?

Makanya usah hairanlah bila kami warganegara Malaysia yang berhak memilih kerajaan memberikan undi kami kepada calon Parti Keadilan Rakyat di Parlimen 124 Bandar Tun Razak!

Hidup Barisan Rakyat! Hidup Warga Bandar Tun Razak kerana membuat pilihan yang tepat dan membuktikan bahawa kita rakyat Malaysia mampu mengubah nasib kita dan mencorakkan cara pemerintahan negara ini menjadi negara yang adil terhadap semua!

Kami para penulis blog @ Bloggers telah dituduh bermacam macam oleh para pencacai BN dan kami bertekad mendedahkan segala keburukan dan kezaliman BN melalui laman laman blog kami!

Kami telah berhasil melakukan nya ! Alhamdulillah! Perubahan kepada kebebasan rakyat dari cengkaman puak puak BN!

Apakah saudara setuju bahawa kami para Bloggers Malaysia telah menjalankan tugas dan tanggung jawab kami terhadap penyebaran maklumat dan situasi semasa dengn berjaya bagi Pilihanraya Umum ke 12 Malaysia ini?

Allahu Akbar! Marilah kita menuju kepada 'Sifar BN' didalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti!

Kenapa? Tak percaya? Hahahahahahaha!!! Hendak seribu daya saudara!

Barisan Rakyat terbukti boleh!

12 comments:

ZACH said...

Apakah saudara setuju bahawa kami para Bloggers Malaysia telah menjalankan tugas dan tanggung jawab kami terhadap penyebaran maklumat dan situasi semasa dengn berjaya bagi Pilihanraya Umum ke 12 Malaysia ini?

Saya setuju dengan yang ini. Tetapi tidak setuju dengan yang ini:

Marilah kita menuju kepada 'Sifar BN' didalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti!

Mengapa?

Salah satu sebab kejatuhan kerajaan Khir Toyo di Selangor ialah kerana keangkuhannya dengan melaungkan slogan Pembangkang Sifar.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Zach,

Jazakallah diatas komen saudara!

Hehehehehe...saja melawak tu tentang bab sifar BN!

Pembangkang mesti ada - BN le bilamana Rakyat Malaysia menuju Kerajaan Rakyat pada PRU ke 13 nanti!

Insya Allah!

Snapshots said...

In Penang, the Pembangkang is the BN (all Umno, 11 of them)Unfortunately for them, these Former Goverment Boys will have a new role for them.

These boy will still have federal allocations through various means and methods

MAHAGURU58 said...

It's gonna be interesting to see the BN chaps sitting there in the State Assembly without the arrogant and pompous attitudes they usually had all these while when dealing with the DAP-PKR-PAS @ Barisan Rakyat leaders?

I feel good...tara tara rara rara ram...I feel good....:)

Good to see justice finally be given to the people's choice - Barisan Rakyat- for the people, by the people, for all people!

Go teach them BN boys how to rule!

M said...

CONGRATs to BA for BIG winning,

I just want to see how Pak Lah fill the form for rental the Hall ( Khemah )to Penang Sate Council when he want to conduct his Hari Bertemu Rakyat for his Parliment.

To DAP, PKR & PAS pls work hard and shows your capability to boots the Penang up to the limit.

Rosman said...

Apakah saudara setuju bahawa kami para Bloggers Malaysia telah menjalankan tugas dan tanggung jawab kami terhadap penyebaran maklumat dan situasi semasa dengn berjaya bagi Pilihanraya Umum ke 12 Malaysia ini?
= Saya bersetuju, tahniah para bloggers Barisan Rakyat. You have done it ! Have helped the Rakyat to make the historic moments in 50 years! Saya asal Kelantan, tapi tidak dapat mengundi PRU12 kerana tugasan luar negari. InshaAllah, PRU13, saya akan beri komitment utk mengundi. Tahniah Semua !!

padam said...

Brother,

Ini adalah satu berita yang begitu baik sekali; sebelum ini saya memang tak ada keyakinan bahawa Barisan Rakyat boleh mencapai kemenangan sebegitu besar; tapi memang telah terbukti kuasa rakyat tidak boleh di pandang rendah!

kata orang ada banyak "protest vote" untuk pembangkang buat kali ini; Jika ini benar, maka semua pembangkang perlulah bekerja sama lebih kuat lagi untuk mengbuktikan bahawa kita masih boleh duduk berbincang issues issues tertentu biar warna kulit kita berbeza, beragama berlainan;

Kita mesti mempamerkan salam hormat menghormati sesame lain; kata orang putih "MUTUAL RESPECT"

MAHAGURU58 said...

m,

Abdullah Bad a Wee must be in a really confused state of mind right now, badgered from the people's media and also from his former mentor Mahathir?

As you know, the fellow is a thick skinned dimwit not worthy of ruling over us but what can we do?

There are clueless ones in Kepala (Ter)Batas!

That's why he is still here!

See how the Sg Siput voters have done us all a major great,great favor by kicking the fella out at last?

Thank you Allah!

MAHAGURU58 said...

Terimakasih rosman diatas sokongan anda!

Semoga rakyat Malaysia akan terus celik mata dan mengundi Barisan Rakyat untuk berkuasa keatas Kerajaan Persekutuan didalam PRU ke 13 nanti!

Mahaguru58 akan berusaha mendedahkan segala salah laku puak puak pelampau BN ini sedaya upaya hamba!

Insya Allah!

MAHAGURU58 said...

Padam,

Insya Allah saranan anda akan dibaca oleh pemimpin pemimpin Barisan Rakyat dan rakyat penyokong gagasan perjuangan keadilan ini.

Allahu Akbar!

rizal said...

Dear Mahaguru,

Aku ingin tahu, atas kapasiti apakah petugas BN tersebut menunjukkan sifat garang thdp kau.

Sila ceritakan peristiwa tersebut kepada aku.

Kerna aku diPutrajaya, para petugas BN saolah-olah mengampu, memayungkan aku seolah2 aku menteri semasa mereka meraih undi simpati.

Kenapa petugas BN tersebut berperangai seperti itu di Penang ?
sedangkan mereka amat berharap undian sokongan.

Aku tiada mengerti akan itu.

Apalah kiranya jika kau ceritakan sarba sa-dikit keadaan itu.

wasalam

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum rizal,

Anda dah keliru ni. Bila masa saya ada di Pulau Pinang?

Saya mengundi di P124 Parlimen Bandar Tun Razak, Cheras, KL.

Entahlah apa hal kawan tu berlagak begitu?

Saya pun tak tahu apa masaalah dia?

Mungkin dia tengah bengang selepas berinteraksi dengan perayu undi PKR dan kata kata seorang 'Serikandi PKR' yang saya dengar agak keras juga kata katanya terhadap petugas petugas BN disana.

Apa apa pun, biarlah perkara ini berlalu.

Tak ada faedah kita nak memanjangkan benda ini.

Pilihanraya dah tamat. Keputusan dah kita ketahui.

Sekarang kita perlu bergerak ke hadapan dan memajukan negara kita seboleh mungkin.

Err..tak molek kita berbahasa 'Aku' aku gitu.

Lebih afdal kita berbahasa semolek mungkin bila berbicara sesama kita.

Saya tahu anda akan bersetuju!

Selamat hendaknya.

Sekian. Terimakasih.

Wassalamualaikum.