Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 26, 2008

BN - Sudah Terhantuk Baru Nak Tengadah?

Mahaguru58 merujuk kepada kenyataan PM Abdullah Badawi yang kononnya baru sadar tentang bahana kealpaan BN terhadap keupayaan internet dan Bloggers didalam menangani penjajahan media perdana terhadap kebenaran dan hak hak rakyat serta parti politik yang lain untuk mendapatkan liputan media massa yang saksama sekian lama ini?

Penjajahan media massa perdana terutama oleh Kementerian Penerangan yang terang terangan menjadi alat propaganda Barisan Nasional untuk menjajah minda rakyat Malaysia tidak boleh disangkal sama sekali dan penjajahan ini teramat ketara semasa dibawah pentadbiran dua Menteri Penerangan BN berketurunan Mamak @ India Muslim.

Datuk Kadir Shaikh Fadzir atau 'Menteri Bow Tie' dan selepasnya Datuk Zainuddin Maidin atau nama timangannya 'Zam Zam Ala Kazam'.

Kedua dua bekas Menteri Penerangan ini melingkupkan identiti Melayu dari corong corong radio dan televisyen Malaysia.

Radio Irama Melayu Asli telah dihapuskan identitinya dan digantikan dengan 'Klasik FM'.

'Melayu-Melayu Jelmaan' ini ternyata tidak faham tentang jatidiri pengenalan bangsa Melayu Asli dan saki baki Warisan Melayu kini semakin pudar dan hilang ditelan zaman kerana kerakusan kedua 'Melayu Ultra' ini menonjolkan diri masing masing ingin mengampu pemerintah yang ternyata leka dan lalai tentang penghapusan identiti kebangsaan negara!

Semasa zaman pentadbiran Menteri Penerangan dahulu Datuk Mohamad Rahmat benda benda ini tidaklah ketara sangat?

Kini BN telah berada di ambang kehancuran total dek kerana Abdullah Badawi turut lena di ulit mimpi kemewahan melimpah ruah dan dibuai kuasa politik selama ini sesudah dilantik Tun Mahathir, penjajah BN paling lama menduduki kerusi Perdana Menteri selama 22 tahun!

Rakyat Malaysia terutama penulis penulis Blog telah muak dengan kerakusan penjajahan BN selaku pemerintah mengongkong Radio dan Televisyen Malaysia selama 50 tahun lebih tanpa memberi ruang dan peluang kepada parti parti politik yang lain untuk menyampaikan pandangan dan pegangan mereka secara adil yang tertuntut didalam sistem politik demokrasi!

Kini, Abdullah Badawi baru sadar tentang implikasi bloggers dan penangan laman laman web di-internet terhadap penjajahan BN sekian lama ini?

Minta maaf le kalau saya sebagai seorang penulis blog nyatakan secara terbuka bahawa luka didalam hati kami sebagai rakyat Malaysia terlalu dalam dan masih berdarah sampai kesaat dan ketika ini mengenangkan kezaliman BN terhadap rakyat yang sepatutnya disanjung dan dihargai kerana tidak memilih jalan yang melanggar undang undang sivil negara untuk membetulkan keadaan sekian lama ini!

Kami memilih menulis diruang blog kami kerana masih memegang kepada prinsip mendaulatkan undang undang dan menghormati sesama kami sebagai warganegara yang berhak hidup didalam keadaan selamat dan sejahtera.

BN tidak hormat kepada rakyat Malaysia dan berlagak sombong sekian lama ini dengan menidakkan pandangan dan pandangan rakyat sejak mereka mula berkuasa!

Apa BN fikir rakyat Malaysia boleh terus dibohongi mereka seperti di zaman 50an sehingga baru baru ini?

Sadarlah kamu wahai pemerintah BN bahawa kamu umpama 'kaduk naik junjung' dan 'sudah terhantuk baru nak tengadah?'

Sudah terlewat brader!

Kini rakyat Malaysia telah bangun, sadar dari koma masing masing dan memilih Barisan Rakyat sebagai pengganti kamu!

Namun kepada DAP-PKR-PAS, peringatan kami sebagai rakyat Malaysia agar tidak lupa diri dan semoga mula menjalankan tugas yang kami amanahkan tanpa berlengah lengah lagi!

Bulan Madu sudah berlalu! Mulakan tugas dan ringankan bebanan yang ditanggung rakyat mulai sekarang atau tunggulah padahnya nanti di pilihanraya akan datang?

Semoga Barisan Rakyat tidak menghampakan kami pula!

Abdullah Badawi, elok lah belajar mempersiapkan diri dan kabinet sementara ini untuk menghadapi bagaimana rasanya duduk dikerusi pembangkang pula di PRU ke 13 nanti?

Semoga Allah SWT memberikan Taufik dan HidayahNya kepada semua! Amin Ya Rahman!

Tok Mat Shabery Cheek! Selamat bertugas dan perkemaskan lah RTM supaya tidak lagi menjadi sarang pencacai dan pencaci rakyat lagi!

Dah tengik keadaan disana akibat angkara 'Melayu Celup' yang bermaharajalela disana sekian lama ini!

Buang buang lah yang mana mana ketua ketua anasir anasir propaganda murahan dan 'malaon malaon upahan' yang berkubang di Angkasapuri sekian lama ini.

Pengacara Debat Perdana tu eloklah dihantar ke mana mana pusat pemulihan minda yang ada!

Nak termuntah kita tengok cara kawan tu menyiksa pemimpin BR dahulu!

Moderator ke apa tu?

Mengadu domba lebih dari menjadi perantara yang adil?

Bawa bawa lah bertaubat sebelum tibanya Malaikatul Maut!

Semoga RTM menjadi Radio Televisyen Malaysia yang adil dan tidak lagi cuba hendak memperbodohkan orang awam Malaysia!

Setakat Ahmad Shabery Cheek hendak bermuzakarah dengan Bloggers tak jadi hal. Masaalahnya jangan bermimpi Bloggers kan beralih arah?

Tak mungkin sama sekali melainkan ada diantara Bloggers yang ada maksud tersurat dan tersirat hendak menjadi tali barut BN?

Yang tu kita tak kuasa hendak melarang! Pikiaq lah sendiri!!! :D