Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, March 04, 2008

Golongan Manusia Yang Tidak Layak Menjadi Pemimpin

Assalamualaikum semua.

Ada seorang sahabat dari Pulau Pinang , pembaca blog saya, mengirim artikel ini kepada saya sebagai renungan.

Saya rasa elok kita sama sama mengambil iktibar dari intipatinya.

Cuba ikuti huraian terperinci akan ciri ciri manusia yang tidak layak kita angkat menjadi pemimpin kita.

GOLONGAN MANUSIA YANG TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN

ALLAH s.w.t. telah berfirman di dalam Al-Quran tentang beberapa ciri-ciri manusia yang TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN.

Mereka ini adalah golongan yang mana kita tidak boleh memilih mereka untuk di jadikan pemimpin. Di bawah ini terdapat beberapa Ayat yang menjadi dalil terhadap perkara di atas.

1. GOLONGAN PEMIMPIN YANG IKUT HAWA NAFSUNYA SERTA LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH

DALIL : SURAH AL KAHFI AYAT 28 - "Dan janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami (ALLAH) lalaikan dari mengingati Kami (ALLAH), serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas”.

Contoh jelas adalah Imam Hadhari yang gemar bermewah mewah dengan mengadakan segala macam pesta pora dan beriya benar memeluk wanita yang bukan mahramnya serta mengadakan program program hiburan di-istana nya di Sri Perdana, Putrajaya.

Salah satu program hiburan eksklusif yang dipelopori Imam Hadhari adalah Soiree Sri Perdana sempena menyambut 'Hari Kemerdekaan 2007'.

Manusia yang lupa diri ini membawa beribu ribu golongan kelas atasan (kononnya) untuk berhibur sambil 'beramal' dan acara tersebut dilakukan hanya dengan jemputan eksklusif dimana golongan bergelar dan aristokrat disajikan dengan makan minum mewah mewah dan dibawa masuk dari luar negara penghibur penghibur antarabangsa seperti Al Jarreau dan George Benson serta macam macam lagi golongan sarkis...err..maksud saya ..artis!

Berhiburlah Imam Hadhari bersama suku sakatnya bergumbira dan bertemasya berpesta pestaan sehingga dinihari.

Beginikah contoh pemimpin yang mahu anda sokong?

Sejahat jahat Mahathir , orang tua tu tak adalah bermaharajalela sebegini!

Itulah sebabnya saya dan orang orang Islam sama sepegangan dengan saya tetap menyanggah apa yang dibawa oleh Abdullah Hj Ahmad ini!

Terlaknatlah dia kerana membawa perpecahan didalam kesatuan Ummah dengan menambah istilah Hadhari terhadap ajaran suci agama Islam yang diwariskan Nabi Muhammad ibni Abdullah Sallalahu Alaihi Wassallam!

2. GOLONGAN PEMIMPIN YANG LEBIH MEMENTINGKAN KEKAFIRAN :

DALIL: SURAH AT TAUBAH AYAT 23 - “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin – pemimpinmu; jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

3. GOLONGAN PEMIMPIN YANG SUKA MEMPERSENDAKAN ALLAH, RASUL DAN AYAT-AYAT AL-QURAN.

a) DALIL: SURAH AL A’RAF AYAT 51 – … “orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau; dan kehidupan dunia telah menipu mereka”.

b) DALIL: SURAH AL MAIDAH AYAT 57.- ”Hai orang –orang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamu jadi buah ejekan dan permainan”.

4.GOLONGAN YANG SUKA BUAT DOSA.

DALIL: SURAH AL INSAN AYAT 24 -“dan janganlah kamu mengikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka”

5. PEMIMPIN YANG AKAN MEMBAWA KAMU KEPADA KESESATAN.

DALIL : SURAH AL A’RAAF AYAT 3. - ”Ikutilah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya”.

6.GOLONGAN YANG ZALIM.

DALIL: SURAH HUUD AYAT 113 - “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu di sentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”. (Zalim adalah dimaksudkan dengan tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya)

7. AKIBAT DARI SALAH MEMILIH PEMIMPIN

DALIL: SURAH AL AHZAB AYAT 66, 67 & 68

    Ayat 66 – Pada hari ketika muka mereka dibolak balikkan dalam Neraka, mereka berkata: “Alangkah baiknya, andaikata kami ta’at kepada Allah dan ta’at kepada Rasul”.

    Ayat 67- Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya, kami telah menta’ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”

    Ayat 68- “Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka (yakni pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami) azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar

DALIL-DALIL LAIN YANG MENUNJUKKAN AKIBAT DI ATAS:

SILA LIHAT MAKSUD DAN TAFSIR SURAH AL A’RAF AYAT 38, 39 & 40 DAN JUGA SURAH SHAAD AYAT 55 HINGGA 64.

IANYA MEMBERI GAMBARAN SECARA TERANG HAL KEADAAN ORANG-ORANG YANG RUGI DI AKHIRAT GARA-GARA SALAH MEMILIH PEMIMPIN.

8. Hadith Nabi saw :

  • Barangsiapa yang mencari keredaan Allah (walaupun) manusia murka kepadanya nescaya Allah akan redha kepadanya dan kelak orang ramai juga akan redha kepadanya. Dan barangsiapa mencari keredhaan manusia (walaupun) dengan cara yang di murkai Allah, nescaya Allah akan murka kepadanya dan kelak manusia juga akan murka kepadanya Hadith Riwayat Ibnu Hibban.
  • “Sesiapa yang suka memudahkan kesusahan (ibtila) yang dihadapi oleh seseorang didunia ini; maka Allah akan memudahkan ”ujian” yang kita akan pasti hadapi di Akhirat nanti”

9. UNTUK RENUNGAN

  • KITA AKAN DIBANGKITKAN DI AKHIRAT KELAK DAN AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN TENTANG SEMUA HAL DAN PERKARA YANG KITA LAKUKAN SEMASA DI DUNIA INI.
  • KITA AKAN DISOAL TENTANG APAKAH USAHA KITA UNTUK MEMERTABATKAN ISLAM SEMASA KITA HIDUP DIDUNIA INI?
  • JIKA KITA TIDAK SANGGUP UNTUK MELAKUKAN DENGAN SENDIRI MAKA ADALAH WAJAR BAGI KITA UNTUK MENYOKONG MEREKA YANG CUBA MEMERTABATKAN ISLAM.
  • JADI ADAKAH KITA SANGGUP UNTUK MEMILIH (YAKNI MENGUNDI) ORANG-ORANG / PARTI /GOLONGAN YANG TIDAK MELETAKKAN ALLAH SWT SEBAGAI PUNCAK SEGALA SESUATU AMALAN & PERBUATAN?
  • MUNGKINKAH ORANG-ORANG / PARTI/ GOLONGAN YANG ANDA SOKONG ITU AKAN MEMBAWA PENGIKUT MEREKA HIDUP JAUH DARIPADA KEBENARAN YANG ALLAH TELAH KEHENDAKI?
  • PEMIMPIN YANG TIDAK UTAMAKAN AL-QURAN DAN HADITH RASUL DAN CENDERUNG KEPADA HAWA NAFSU MEREKA; SUDAH TENTU AKAN MENYESATKAN PENGIKUT MEREKA.
  • PATUTKAH ANDA MENYOKONG PEMIMPIN YANG MERASA DIRINYA ‘ISTIMEWA DAN UNGGUL DAN MERASA DIRINYA HEBAT DAN MEMPUNYAI FAHAMAN AGAMA YANG TINGGI SEHINGGA SANGGUP MENCIPTA PENDEKATAN BARU TERHADAP ISLAM? DENGAN ISLAM HADHARINYA!!
  1. ANJURAN KEPADA ORANG-ORANG MU’MIN DAN JANJI ALLAH TERHADAP MEREKA.

SURAH AT-TAUBAH

  • AYAT 71- Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka ta’;at kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
  • AYAT 72 –Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mu’min lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka didalaamnya, dan (mendapat) tempat-yempat yang bagus disyurga ‘Adn. Dan keridhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar.
  • AYAT 119 – Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang Sadiqqin (yakni orang-orang yang adil lagi benar dalam amalan, akhlak, perbuatan dan percakapan).

OLEH ITU PASTIKAN ANDA MENYOKONG MEREKA YANG MU’MIN (BUKAN HANYA ISLAM PADA NAMA) TETAPI MEREKA YANG MEMPUNYAI WAWASAN YANG SAMA DENGAN KITA YAKNI DENGAN MATLAMAT UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT DAN BERJAYA DI AKHIRAT KELAK.

Akhir kata, tolak pemimpin Islam Hadhari.

Malaysia memerlukan perubahan kepimpinan dan Datuk Seri Najib harus menggantikan pembawa kemungkaran ini jika ia benar benar mahu di terima sebagai pemimpin orang orang Islam di Malaysia ini?

Tidak bererti kita menggelarkan negara ini sebagai negara Islam jika Islam yang dibawa pemimpin UMNO cuma Islam rekaan anak cucu Abdullah Fahim?

Islam yang wajib kita amalkan adalah Islam yang ditinggalkan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam bukan Islam 'Hadhari' bawaan pemuka # 1 di bumi Malaysia ini!

Hargailah kuasa undi yang ada pada tangan anda!

Kembali lah kepada Islam yang Hak! Tolak Islam Hadhari terutama ketuanya!

Pengundi Kepala Batas ! Ingat natijahnya nanti bila menghadap Allah SWT!