Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 30, 2008

Kebanyakan Program Astro RIA 'membaloq'kan' Melayu!

Apakah anda juga terasa bahawa kebanyakan program program TV Astro RIA mengajak Melayu menjadi 'baloq'?

Bagi yang tak faham dengan istilah 'baloq' ini yang biasanya kami gunakan di wilayah utara semenanjung Malaysia ianya membawa maksud 'kurang bijak', 'kurang cerdik', 'kurang cerdas'!

Iyalah! Mana tidaknya?

Asyik asyik hiburan sepanjang masa!

Teramat kurang perancangan menjana minda orang orang Melayu ke arah menjadi lebih berdaya saing disegi pembelajaran akademik, lebih berilmu di dunia perniagaan, lebih berupaya mencipta dan mereka sesuatu hasil yang berkemungkinan mencetus pembaharuan didalam dunia serba moden dan mencabar ini?

Amat jarang sekali saluran Astro RIA menjana peluang sama rata kepada rakyat Malaysia tanpa berpaksikan sekian fahaman dan pegangan politik atau berusaha membawa umat Melayu ke arah berupaya berhujah atau berpidato dengan penuh bijaksana seperti kebanyakan kaum kaum yang lain?

Kita dikejutkan dengan kejatuhan mutu pembelajaran di universiti universiti negara kita dan ada yang tertanya tanya kenapa sampai begitu merudum sekali pencapaian menara gading kita?

Apa yang hendak dihairankan bilamana Kementerian Pendidikan seolah olah mangli terhadap pencemaran minda dan budaya orang orang Melayu secara sistematik oleh rangkaian rangkaian televisyen satelit dan juga tempatan?

Samada kita sedar atau tidak mutu pembelajaran penuntut penuntut kolej dan universiti Melayu teramat rendah kerana mereka diserang oleh kejutan budaya dan pencemaran adat resam sosial yang kini berpaksi kepada cara dan gaya bebas barat!

Diluar penuntut penuntut kolej dan universiti berpakaian menutup aurat dan menampilkan imej sopan namun disebalik tudung dan jilbab itu bergelora gejolak hawa nafsu yang disemarakkan oleh budaya kuning dan kotor para remaja Melayu sekarang yang sudah tidak segan silu melakukan pelbagai jenayah seksual dan tidak hairan terhadap bahana dosa perbuatan mereka?

Hadir pula aktivis aktivis sosial yang seolah memberi harapan kepada pesalah pesalah jenayah seksual ini dengan memberi mereka ruang dan tempat melahirkan anak anak haram mereka!

Kesemuanya berbalik semula kepada program program pemusnah minda dan daya upaya anak anak muda dan remaja Melayu yang terbiar merayau oleh pihak pihak berkuasa yang gagal mentarbiyah pemuda pemudi Melayu ini ke arah kejayaan!

Bila keadaan sudah menjadi terlalu buruk sehingga dicatatkan kelahiran lebih dari 68,000 anak anak haram oleh ibu ibu Melayu yang terdiri dari penuntut penuntut dan remaja Melayu pada tahun 2005 sahaja, maka baru lah kelam kabut kementerian itu, jabatan ini dan keluar lah kenyataan kenyataan yang sudah terlewat dan tidak berguna dari ahli ahli politik yang cuba menangguk di air keruh.

Dakwah dan Tarbiyah seolah dipinggirkan dari sisi masyarakat oleh pihak pihak media massa dan kegiatan dakwah pula banyak dilakukan oleh puak puak yang tersasar dari Sunnah Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam?

Entah apa lagi yang hendak berlaku pada anak anak Melayu negara ini?

Siapa yang peduli tentang mereka?

Astro? TV3? NTV7? RTM?

Siapa?

2 comments:

Anonymous said...

Just when we thought we had just gotten over from that Damm Brown movie 'DaVinci Code', then comes another piece of crap from oxymoron Geert Wilders with his mentally challenged movie 'Fitna'

Why can't people like Wilders and Brown leave religion alone. Why not poke fun at Bush or Bin Laden. These so called creative artist would consider fantasizing having sex with their grandmother as creative thinking.

These idiots don't care about the repercussions of their actions as they will be raking in millions while Bin Laden & Co. will convince misguided Muslims to agitate with loss of lives and property as the end result. The Chinese regime in Beijing has also got on the bandwagon by releasing video about how barbaric Tibetan Buddhism and the Dalai Lama are. These capitalist masquerading as communist are another group of scum who are going out of their way to give religion a bad name and at the same time break people's faith. The problem here is some Chinese are so caught up with the successes of the Motherland that some of them are actually buying this crap from the Chinese spin doctors in Beijing.

People the world over no matter what religion they believe in, cling on to religion as the only reason to look forward to another day with hope. When you get idiots like Wilders and Brown destroying their only reason to live, they would loose purpose in living.

Let us come together and stand up against any oxymoron who attacks any religion. Enough is enough!

MRMS said...

Kepada Khalid Nordin:
Sila lah rajin2 melawat IPTA dan berdialog dengan pensyarah2 dan bukan orang atasan. Dengarlah rintihan mereka: VC,timbalan VCs, Dekan2, Ketua-ketua Jabatan kaki ampu dan tidak menumpukan pada proses pengajaran dan penyelidikan tetapi lebih kepada CIKGU SEKOLAH sekarang ini kerana melambak dokumentasi kualiti yang harus dibuat