Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, March 13, 2008

Kelantan Membangun Bersama Islam dibawah TG Nik Aziz Nik Mat

















Bagi mereka yang tidak pernah memijak bumi negeri Kelantan Darul Naim, mungkin hanya membayangkan sebuah negeri yang mundur dan miskin melarat akibat termakan dakyah media perdana dibawah telunjuk Pakatan BN dan juga kerana terkesan dengan fitnah propaganda media siaran seperti RTM, TV3, NTV7, Astro Ria dan sewaktu dengannya?

Mahaguru58 tahu benar bahawa manusia hari ini teramatlah mudah terkeliru dengan setiap apa yang dihidangkan dan disiar atau ditayangkan melalui kaca tv?

Memang boleh memusingkan serta memesongkan pegangan atau pandangan seseorang warga Malaysia yang kurang ilmu kesedaran akan taktik dan teknik multimedia.

Melalui keadah suntingan visual dan di olah kesan bunyi dan disertai pula dengan segala macam teknologi semasa, penonton tv di negara ini boleh di 'cuci minda' mereka secara halus dan amat berkesan.

Contoh yang nyata tentang perkara ini boleh ditonton didalam program sensasi seperti 'Melodi' siaran sebuah stesen tv swasta dan salah satu corong informasi propaganda Pakatan Barisan Nasional.

Saya membandingkan cara penyampaian berita hiburan itu yang disampaikan didalam program tersebut dengan pengolahan visual dan kesan bunyi yang kekadang nampak berniat jahat dan melampau lampau mensensasikan sesuatu keadaan agar kelihatn lebih serius, lebih kontroversi dari hakikat sebenar?

Cuba lihat contoh perbandingan laporan program gossip Melodi tentang krisis yang dihadapi seniman veteran Datuk Aziz Sattar dengan Presiden Karyawan, Freddy Fernandez?



Melodi menampilkan Datuk Aziz Sattar didalam keadaan dimana Aziz Sattar kelihatan seperti tak ada kerja lain? Asyik nak bertelagah dan 'kaki cari pasal'?

Cuba lihat pulak betapa berbezanya senario wawancara saya dengan Pak Aziz dimana saya memberi ruang untuk Pak Aziz menyatakan isi hatinya tanpa menyunting atau mengolah kata kata ikhlas seniman lama negara kita ini tentang apa sebenarnya sebab musabab kes tersebut?



Pak Aziz tenang berkata kata tanpa perlu meresahkan hati dan jiwa para penonton yang mahu mengetahui kebenaran perkara tersebut?

Beginilah kesan olahan dan suntingan bermatlamat didalam dunia penyiaran negara kita!

Orang setenang Datuk Aziz Sattar boleh menjadi mangsa program mengadu domba seperti Melodi.

Apatah lagi bila kita melihat perang saraf atau 'psychological warfare' Pakatan BN ke atas Kerajaan Negeri Kelantan yang berada dibawah pemerintahan PAS?

Makin hebatlah! Tidak ada masaalah dari segi peruntukan kewangan untuk membiayai kos serangan media massa ini terhadap PAS dan Kelantan?
















Senario sebegini hanya boleh dilihat dinegeri yang berada dibawah kerajaan Parti Islam se Malaysia.

Stadium dipenuhi dengan warga Muslim yang bersolat berjamaah didalam ruang padang, penuh sesak berbaris baris menghadap Ilahi memohon perlindungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala supaya menyelamatkan negeri Kelantan dari serangan manusia manusia rakus tamak haloba dan berkepentingan mengisi tembolok sendiri dari Pakatan BN menyerang PAS dari segala segi dengan menuduh PAS mensia siakan pembangunan negeri Kelantan konon nya?
















Alangkah syahdunya kelihatan beribu ribu Mukmin menadah tangan mendo'akan kemenangan PAS mempertahankan Kelantan dari dirompak manusia berhati mungkar yang bermatlamat hanya mahu membolot hasil kekayaan khazanah minyak petroleum dan gas dari dalam bumi Kelantan dan disekitar perairan lautnya?
















Muslimat Kelantan bersama sama solat berjamaah dengan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.

Suasana begini mustahil dilihat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Konsert Inul Daratista pernah diadakan di Stadium Merdeka dengan 'goyang gerudi'nya tetapi disini hanya iman yang digoncang dengan peringatan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Jauh berbeza pendekatan Islam Hadhari dibawah 'Ulamak Segera' Al Imam Al Ustaz Syeikhul Abdullah Hj Ahmad al Badawi dengan kepimpinan Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat!
















Jarang terdapat dizaman sekarang mana mana Menteri Besar yang mahu atau mampu mengimamkan ratusan ribuan ummat Islam menyembah Allah secara begini dengan penuh tawadho' nya serta penuh pengharapan akan keredhaan Ar Rahman?























'Hanya jauhari yang mampu mengenalpasti kelebihan batu manikam'. Begitu juga hanya kita yang beriman dan beramal dengan ajaran Islam Ad Deenul Haqq mampu menghargai para pemimpin Islam seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang walau berkedudukan sebagai Ketua Kerajaan Kelantan masih tetap dengan kezuhudan kehidupan peribadi beliau duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan rakyat.
















Titisan jernih airmata keinsafan dan penuh pengharapan terbit menitis dari Tuan Guru yang menangis penuh pengharapan terhadap Allahu Akbar.

Renungkanlah.