Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 23, 2008

MB Terengganu - 'Di-telan mati emak ; di-luah mati bapa?'

















Gambar ehsan Agenda Daily.

Agak rumit memikirkan keadaan calon Menteri Besar Terengganu ADUN Kijal Datuk Ahmad Said yang diperkenan Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin untuk menjawat kedudukan sebagai Menteri Besar baru Kerajaan Negeri Terengganu kini dilaporkan telah dipecat keahlian UMNO nya oleh Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur?

Nampaknya keadaan Datuk Ahmad Said MB Terengganu yang baru seolah terperangkap didalam keadaan bak peribahasa Melayu 'Di-telan mati emak; di-luah mati bapa?'

Payah benar nasib dan keadaan UMNO Terengganu yang sedetik demi sedetik semakin bermasaalah angkara perebutan kuasa politik didalam usaha masing masing ingin bergelar Yang Amat Berhormat?

Sebaliknya masing masing kini berjaya meraih gelaran 'Yang Amat Di-Umpat?'

Apa kejadahnya sedang berlaku didalam Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman?

Mengapa sampai begitu sekali murka Tuanku terhadap Datuk Seri Idris Jusoh?

Apa sebenarnya jenayah Datuk Seri Idris Jusoh terhadap Duli Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Kesultanan Melayu Terengganu sehingga menjadi punca murka Baginda Sultan terhadapnya?

Agenda Daily ada melaporkan keadaan disana tetapi maklumat terperinci masih belum kita ketahui tentang punca sebenarnya kemelut politik di Terengganu yang sudah 14 hari berlanjutan?

Kenapa media perdana seolah kelu lidah untuk mencerca dan berkata nesta terhadap UMNO Ganu?

Pilih kasih ke???

RTM, TV3, NTV7, ASTRO RIA seolah segan hendak meneropong buntut UMNO Ganu?

Rancak benar dulu semasa nak memperlecehkan Barisan Rakyat?

Apa hal? Lapor lah! Mana dia klip klip video olahan istimewa yang selalu ditayang dan di ulang tayang melalui saluran saluran tv seperti di zaman Menteri 'Kegelapan' Zam Zam Ala Kazam?

Takkan dah taubat? Taubat Nasuha ke RTM? Janganlah gitu! Kami nak hiburan juga!

Cemerlang, Gemilang, Terbilang, Temberang!!! Apa Tok Mat Shabery tak kasi ye?

Iyolah...sekali Menteri berubah..Demam Retorik RTM pun kebah!!! :P

Tapi kita hendaklah juga mengambil tahu cerita dan berita semasa?

Kabar angin pun boleh juga lah! Sebab selalunya kabar angin berkenaan Pak Lah akhirnya terbukti benar belaka! :D

Moh lah kabor kat 'ambo!

Ada sesiapa yang boleh buka cerita?