Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, March 27, 2008

Melayu Wajib Membela Maruah Tuanku Sultan Terengganu!











Mana perginya para pendekar Melayu di Terengganu?

Apakah sudah berkubur para pencinta adat resam dan warisan Terengganu yang membisu terhadap perbuatan manusia manusia durjana penghina Duli Tuanku?

Apakah sudah mati rasa cinta dan sayang terhadap Kesultanan Melayu Terengganu yang merupakan Negeri Melayu terakhir yang menerima Residen British pada tahun 1919?

Apakah Melayu Terengganu terutamanya bangsat bangsat yang memegang sepanduk menghina Kebawah Duli Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin harus dibiarkan lagi tanpa dikesan dan dihambat Pasukan Polis Di Raja Malaysia yang terkenal teramat cekap memburu pembantah pembantah kerajaan BN sekian lama ini dan dihadiahkan peluru hidup di Peristiwa Pantai Batu Buruk baru baru ini?









Perlu apa dibiarkan manusia manusia durjana yang berani memegang kain rentang yang bertulis penghinaan sebegitu keji terhadap Duli Tuanku?

Anak diluar nikah lah mereka yang sanggup menghina Tuanku Sultan Mizan demi kerana dibayar upah sepuluh dua oleh manusia rakus mengejar pangkat dan kuasa sementara!

Malu lah kamu wahai pendekar perguruan persilatan Melayu dibumi Terengganu Darul Iman kalau kamu terus bacul membiarkan bajingan bajingan yang bersalah itu terus berleluasa ditanahair ini?

Meludah lah semangat semangat Datuk Laksamana Hang Tuah dan Datuk Laksamana Hang Jebat keatas kuburan kuburan mu yang membiarkan anasir anasir penghina Tuanku Sultan terus dibiar berleluasa dinegeri kamu sesudah melakukan angkara sekeji dan sehina begini?

Sehina hina perbuatan manusia kaffir di Malaysia ini akibat sengketa mereka terhadap ajaran Ad Deenullah, tidak sampai lagi ketahap menghina Sultan Melayu yang berdaulat!

Lim Kit Siang belum lagi menghina Sultan selaku Melayu UMNO Terengganu!

Sedegil degil Karpal Singh didalam membantah pelaksanaan Undang Undang Islam dibumi kita ini, belum lagi si Karpal menghina Duli Tuanku!

Tetapi mereka yang bergelar Melayu UMNO Terengganu , pemakan upah Idris Jusoh sanggup merentang kain sepanduk menghina Duli Tuanku Sultan Negeri Terengganu Darul Iman dengan perkataan sehina begitu!

Jika benar ada lagi pendekar Melayu di sana, haruslah bangun mencari petualang petualang itu dan buktikan bahawa Tuanku Sultan masih mempunyai hamba rakyat Melayu yang tahu mengenang budi berpayung dibawah Kedaulatan Sultan Melayu Terengganu yang merupakan Ketua Agama Islam nan Maha Suci.

Kami rakyat Malaysia menyeru pihak Polis Di Raja Malaysia menangkap segera bajingan bajingan keparat itu dan dakwa mereka menurut hukum yang ada jika benar benar menghormati Duli Tuanku selaku Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan salah seorang Sultan Melayu yang berdaulat?

Semoga bangsat bangsat ini akan ditangkap dengan segera!

Nyahkan mereka dari bumi Terengganu!

UMNO Terengganu menderhaka terhadap Tuanku!

Melayu wajib membela maruah Duli Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Negeri Terengganu Darul Iman!

Daulat Tuanku!

Semoga hamba rakyat Tuanku akan mengajar Melayu Melayu Penderhaka ini secepat mungkin!

* Laporan berkaitan disini. Juga disini. Baca juga laporan blog ini.