Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, April 25, 2008

Antara Melayu Menghunus Keris dan Gertakan Maori!

Tergerak hati ini membicarakan kemelut yang sedang dihadapi pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Pertama sekali saya melihat keadaan Melayu seperti Hishamudin Tun Hussein Onn yang dituduh menakutkan orang orang bukan Melayu dengan penghunusan keris UMNO nya.

Bagi saya, keris itu dah lambang Melayu UMNO. Dia sebagai Ketua Pemuda UMNO berhak menghunus kerisnya dan melafazkan taat setianya terhadap sumpah setia mempertahankan jati diri orang orang Melayu.

Itu tak menjadi salah. Perbuatan menghunus keris dan mengancam membasahi keris tersebut dengan darah orang orang Cina seperti dilakukan oleh Najib Tun Razak itu yang salah semasa Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu!

Jika perbuatan mengancam sesuatu kaum seperti yang dilakukan Najib didiamkan , maka itu tidak adil namanya kerana ada unsur ancaman tertentu terhadap sesama warganegara!

Ada perbezaan diantara tindakan Hishamudin dan Najib.

Lagi satu kemusykilan saya, apakah orang orang Melayu harus kehilangan sifat dan semangat keperwiraan mereka dizaman ini?

Keris adalah senjata tradisional Melayu. Melayu dan keris tidak patut dipisahkan. Cumanya Melayu harus berhemah didalam penghunusan keris mereka supaya tidak kelihatan sebagai mengancam bangsa Cina tanpa perlu?

Cina Malaysia zaman sekarang tak adanya yang bersengketa secara terbuka terhadap orang orang Melayu.

Mereka juga anak bumi tanahair ini. Generasi warganegara Malaysia kini adalah mereka yang lahir di bumi ini sama seperti kaum India, Sikh, Orang Asli, dsbnya.

Setiap warganegara berhak diperakui sebagai anak watan pribumi ini tanpa di anak tirikan sesiapa?

Memang seluruh warga Malaysia perakui orang orang Melayu sebagai bumiputera namun harus juga dipertimbangkan akan hak hak warga Malaysia yang lain dimana mereka juga lahir disini.

Kemana lagi perlu mereka pergi kerana ini adalah tanahair mereka juga?

Kesultanan Melayu dipertuan oleh setiap warga Malaysia tanpa mengambil kira keturunan dan pegangan agama masing masing.

Ini adalah hakikat yang perlu kita faham dan terima dengan seikhlas hati. Tidak harus ada sesiapa mempertikaikan Kesultanan Melayu kerana negara Malaysia ini merupakan negara beraja berparlimen. Ini adalah hasil persetujuan sekelian pemimpin pemimpin pelbagai kaum semasa membentuk negara Malaysia.

Bilamana Hishamudin menghunus keris Panca Warisan UMNO, adakah beliau mengancam sesiapa?

Jika benar Hishamudin ada mengancam sesiapa, maka baru lah ada asas untuk mendakwa nya dengan terbukti bersalah melakukan jenayah mengancam dengan niat.

Jika sebaliknya, maka tidak patut beliau di'kambing hitam'kan oleh sesiapa pun apatah lagi oleh musuh musuh politiknya?

Satu persoalan bermain didalam benak fikiran saya. Jika Melayu tidak menghunus keris dan menjaga kesinambungan warisan keperwiraan persilatan Melayu, siapa lagi yang akan meneruskan warisan bersejarah warisan pendekar Melayu zaman silam?

Apakah kita mahu Melayu seperti Hishamudin bersifat munafik dan bermuka muka mengatakan tidak bermaksud mengancam sesiapa?

Perbuatan menghunus keris dan mencium bilahnya ada lah satu perlakuan seorang pendekar Melayu.

Adalah salah jika kita menahan pemuda pemuda Melayu melakukan apa yang alami bagi seseorang pendekar?

Sepatutnya baik Melayu, Cina, India, Sikh dan sesiapa sahaja disarankan memelihara semangat keperwiraan masing masing supaya musuh negara gentar terhadap kedaya upayaan para pemuda kita!

Lihat sahaja para pemuda dan pahlawan Maori di New Zealand!



Mereka digeruni kerana sikap dan sifat kepahlawanan mereka dengan gaya pembeliakkan mata mereka serta acah acah mereka dengan senjata tradisional mereka!



Tidak ada pula sesiapa yang mengadu terasa diri di ancam dan digertak oleh pendekar pendekar Maori itu?

Ada beza ketara diantara mengancam memandikan keris Melayu dengan darah Cina seperti dikatakan pernah dilakukan Najib semasa menjawat Ketua Pemuda UMNO dan Hishamudin semasa menghunus keris dan mencium nya demi mempamerkan semangat keperwiraan Melayu.



Didalam kita memperbincangkan sesuatu perkara sepeka begini, harus kita berlaku adil terhadap sesiapa pun biarpun ianya Datuk Hishamudin Tun Hussein Onn.

Semangat pendekar usah dicantas diatas nama sensitiviti kaum.

Pemuda pemuda Malaysia dari semua bangsa dan agama harus disokong menjadi perkasa mempertahankan negara dari sebarang ancaman musuh kita dari luar!

Ini pendapat saya.

4 comments:

MarGeeMar said...

On April 9, 2008, this scribe wrote in http://margeemar.blogspot.com with the heading DR WAN AZIZAH FOR PM. It came as no surprise to this scribe when it was reported in Malaysiakini on April 24, 2008 that YB Datin Seri Dr. Wan Azizah is ready to assume the post of Prime Minister of Malaysia. I believe, with the support and guidance of not only Dato Seri Anwar Ibrahim, Kak Wan will make a great Prime Minister.

Kak Wan will be an idle choice for PM. In this case DSAI will not have to rush in becoming PM even though this is what most of us are craving for. BN especially UMNO is now sinking into the abyss. We are seeing how down right dirty they can get in trying to paint the Pakatan Rakyat state governments in a bad light. Just take the Selangor pig farming issue as an example. Even though this project got the blessing of Khir Toyo and linked to a company owned by Umno members, the spin in the MSM especially by TV3 still continues by linking race and religion to the pig farming issue. You see, Umno and BN are going down therefore they will not stop hitting below the belt. They are bankrupt in ideas.

That is why I feel it is better for Kak Wan to be PM first before DSAI takes over in the near future. Should DSAI become PM any time soon, the Umno/BN goons and the 4th Floor Boys will have a field day concocting all sorts of crap to discredit and destroy a PR government with DSAI as PM. With Kak Wan, there ain't nothing these Umno/BN jabronees can conjure up that can discredit her.

To all the righteous Rakyat out there who believe that it is undemocratic and immoral for PR to form the Federal Government via crossovers from BN MP's, just remember that the just concluded GE may have been free but it sure wasn't fair. Haven't everyone forgotten about the 400,000 postal votes? Phantom voters? Illegal immigrants in Sabah and Sarawak getting MyKads to vote for BN? Use of government machinery for campaigning by BN leaders? BN Propaganda and smear campaigns against the opposition? A biased Elections Commission with electoral boundaries that favor Umno/BN?

Finally, after taking control of Kedah, Perak, Penang and Selangor, the PR government is beginning to unearth a lot of dirt. FELLOW MALAYSIANS, DO YOU WANT TO GIVE UMNO/BN ANOTHER 5 YEARS SO THAT THEY CAN COVER UP 50 YEARS OF CRONYISM, NEPOTISM AND CORRUPTION AND AT THE SAME ALLOW THEM TO WIPE CLEAN WHATEVER MONEY THAT'S LEFT IN THE COFFERS?

Please wake up Rakyat! Are we gonna stand by and watch these Umno/BN leeches bleed this nation dry by allowing them to rule for another 5 years!? If you love Malaysia, support the regime change that's coming our way. WAN AZIZAH FOR PM! PAKATAN RAKYAT FOR FEDERAL GOVERNMENT! HIDUP KETUANAN RAKYAT!

Anak Perelih said...

Pada pendapat saya... budaya mencium keris ni dibawa oleh Inggeris ke MAlaya.. yang asalnya adalah dari budaya tentera salib. Kita tahu broad sword jika ditebalikkan adalah berbentuk salib, jadi di medan tempur, mereka akan mencium pedang seolah olah mencium salib kerana salib sebenar yang dipakai tidak dapat digunakan kerana berada didalam baju besi mereka. Orang Melayu hanya mengikut budaya yang dibawa inggeris dengan mencium keris.

BTW.. diharap selepas ini, Hishamuddin tidak pula bertukar mencium Kris Dayanti sebagai ganti mencium keris... kerana dia tu bukan bini hisham... dia bini orang... hehehe

chin said...

Pada hemat hamba ini, menghunus keris memang tidak salah kalau disamakan dengan perilaku orang Maori. Walaupun demikian, suasana dalam Dewan berkenaan dan niat tersirat and tersurat menghunusnya memang menakutkan sebab jelaslah hssutan menggunakan keris itu untuk menikam dan membunuh 'musuh' sedia ada setiap kali pemimpin itu menghunus kerisnya. Dan siapa musuh itu yang betul-betul dibenci dan jadi sasaran selama-lamanya adalah jelas juga. Betul juga niat seseorang adalah dalam hatinya dan antara dia dan Tuhan. Kami manusia sahaja dan tidak patut menghakimkan orang lain. Siapa yang benar-benar tahu niat orang lain kerana dunia ini penuh kaum munafiqun yang pandai menyamar diri?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum.

Syabas tuan tuan diatas komen komen penuh berisi dan bermakna.

Amat bersyukur diri ini mendapat perhatian tuan tuan yang bijaksana, berhemah mengeluarkan pendapat dan menyusun kata.

Nah, beginilah harus warga bumi tercinta memberi tindakbalas terhadap tajuk perbincangan.

Semoga Allah jua yang memberikan taufik dan hidayat kepada kita semua.

Ribuan terimakasih hamba ucapkan diatas budi tuan tuan.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.