Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, June 26, 2008

Ezam - Sireh Pulang ke Gagang - Dikunyah dan diludah nanti?



Barangsiapa yang mengikuti gelagat ahli ahli politik tanahair terutamanya bekas bekas ahli politik yang nak kata penting sangat tidak lah pulak tetapi sepertimana kita semua sedia maklum, satu satunya parti kebangsaan Melayu yang tengah kelam kabut iaitu UMNO teramatlah gumbira kerana adanya orang politik seperti Ezam Mohd Noor bekas penasihat kanan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim sudi memohon masuk kembali parti UMNO dan berazam si Ezam untuk menjatuhkan Anwar seupaya beliau?

Program mengalu alukan kepulangan si Ezam kedalam UMNO diatur sedemikian rupa oleh UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dengan tajuk 'Sireh Pulang ke Gagang'.

Saya tak lah kisah sangat dengan drama politik sebegini kerana dah lumrah dengan telatah ahli ahli politik peringkat sederhana seperti Ezam kerana sama sahaja keadaan politik tanahair dengan ada atau tiadanya mereka ini didalam arena siasah negara.

Saya sekadar ingin memperingati Ezam supaya tidak senasib dengan daun sireh kerana kelazimannya daun sireh ni sewaktu muda dan bergetah sahaja ditatang dengan begitu sayang oleh tangan tangan yang berkepentingan.

Di oles dan di usap, disapu kapor, disertakan secebis gambir, diselit hirisan pinang muda, dan seulas dua cengkih terpilih, sebelum dilipat dan disumbat masuk kedalam mulut yang pelahap.

Dikunyah, digigit dengan begitu berselera, sebelum dihancur lumatkan didalam mulut yang terkenal kaki hisap segala pati pati yang akan ditelan dan kemudian sisanya diludah dengan begitu mudah sekali kerana segalanya telah habis ditelan akan zat dan pati dari daun sireh tadi.

Sireh pulang ke gagang, ye? Iyolah tu!

Berhati hati lah kawan, kerana nasib daun sireh ni sama sahaja. Selagi ada benda yang boleh disedut, dihisap, dikunyah, selagi itulah daun sireh itu ada harganya.

Lambat laun ke longkang juga nasib sidaun sireh atau diludah kedalam ketor yang jijik dan memualkan. Eeeeeeeeeeeeee geli hamba nak membayangkan?

Hai lah sireh....berhati hati lah dikau...Sang pengunyah kat UMNO tu ramai benar yang tengah lahap.

Hehehehehe...



Geli hati hamba menonton Ezam yang mengepalai GERAK iaitu satu gerakan nak hapuskan rasuah boleh telan balik semua kata kata beliau dan kembali kesarang UMNO dimana ada kepala kepala yang terkenal dengan benda yang dia lawan selama ini.

Macam cerita Anwar yang dulu cuba nak cuci UMNO dari dalam?

Akhirnya UMNO yang mencuci Anwar Ibrahim luar dalam. Hehehehehe...


Mahathir pun seronok tengok si Ezam masuk UMNO balik! Hahahaha!

Kalau tuan tuan pejam mata dengar suara si Ezam ni bercakap, mati mati kita kan ingat bahawa itu adalah Anwar Ibrahim yang sedang berucap!

Begitu hebat sekali didikan Anwar sehingga si Ezam ni boleh menjadi suara latar bagi sebarang video yang hendak memperleceh Anwar! Fuyoo....marbahaya tuu!!! :P







Hai lah sireh...bersedialah dikau untuk dikunyah...hehehehehe...

3 comments:

Anonymous said...

Setelah begitu mendalam kefahaman beliau terhadap pendirian dan inti pati perjuangan Anwar, yang tidak mungkin berubah.Mengapa beliau sekarang telah pun berubah.Berganjak jauh keseberang sana.

Mungkinkah beliau telah muak dengan perjuangan ataupun telah kehabisan modal untuk bersandiwara
dihadapan rakyat yang telah
berhabis-habisan bersama beliau dahulu. Kerana mustahil sekali bagi seorang pejuang sejati untuk berhenti sebelum sampai kepenyudahan sesuatu perjuangan.Maksud dan tujuan harus berdiri diatas satu pendirian,bukan boleh berbelah bagi.

Agaknya beliau terkeciwa dengan lagak dan lakonan sandiwara beliau sendiri.Ada yang tidak kecapaian,mungkin juga sebabnya tersimpul disitu.

sahari said...

Apa nak diherankan. Sedangkan iblis sendiri seorang malaikat yang dilaknat oleh Allah kerana sikap keegoannya apabila Allah mencipta Nabi Adam.

Nostradamus said...

Nostradamus Quatrains on Malaysie

In the year of the great games started by the greeks
Hosted by the nation of heavenly emperors of times before
In a land called Malaysie
Great turbulence and strife engulf

A land where a Genghis Khan’s Descendant was shred to bits
Blown by the winds to the heavenly clouds
Where the accused are finally crowned
Amid great trepidation and acrimony

Then arose among men of honor
A man of the faith of Mohammedans
Kings and Rulers let him reign
And a new nation was born

Great leaders bring forth divination and revelations
A land of many tribes divided was thus united
The color of men was blurred and lost
By great competition to give their best

Herein lies the destiny of men
Who showed the meaning of democracy and humanity
Religions and languages flourishes as times before
A land as peaceful as Shangri La

Malaysie, a stopping point of travelers must see
Back to the days of great Sultans and Rajas
Nations and men afar come to seek their wealth
Knowledge, trade and life flourishes as before




From: Patek1472.wordpress.com