Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, August 22, 2008

Surat Bantahan PKR terhadap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

RUJUKAN KAMI: SUA2008/SPR/0115
TARIKH: 21 Ogos 2008

Yang Berbahagia
Tan Sri Dato' Seri Ab. Rashid b. Ab. Rahman
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA

Yang Berbahagia Tan Sri,

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ADUAN BERHUBUNG PERJALANAN KEMPEN PILIHANRAYA KECIL P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH

Menemui Yang Berbahagia Tan Sri semoga dalam lingkungan kesejahteraan yang baik.

Merujuk kepada perkara di atas dan seperti yang kita maklumi bersama bahawa Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Permatang Pauh sedang rancak berjalan. Pilihanraya kali ini dianggap paling menjadi tumpuan negara dan dunia kerana mempertemukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim menentang calon dari Umno dan AKIM.

Adalah sangat mendukacitakan ketika seluruh rakyat dan masyarakat antarabangsa begitu berminat mengikuti perkembangan pilihanraya, namun perjalanan kempen pilihanraya terus dicemari dengan pelbagai salah laku kempen yang memperlihatkan kelemahan sistem demokrasi di Malaysia dan tentunya memperlihatkan kegagalan SPR untuk mengendalikannya secara adil dan telus.

Saya sangat mempersoalkan kredibiliti dan kerja SPR kerana apa yang timbul bukanlah perkara baru malahan ianya adalah perkara sama yang berbangkit pada setiap kali pilihanraya walaupun berbagai-bagai aduan, kritikan, dan cadangan telah dikemukakan kepada pihak SPR.

Sehubungan dengan itu saya meminta dan berharap agar SPR dapat meneliti untuk bertindak dengan serius dan bersungguh-sungguh terhadap aduan yang saya kemukakan seperti berikut;

i. Nama Pengundi Hilang

Dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 900 pengundi yang namanya tercicir dan hilang daripada buku daftar pemilih bagi Parlimen P.44 Permatang Pauh. Nama-nama tersebut terdapat dalam senarai daftar pemilih yang lepas dan boleh membuang undi pada pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini kini didapati tercicir dari daftar pemilih terbaru.

ii. Pemilihan Hari Bekerja Sebagai Hari Membuang Undi

Dilaporkan bahawa pemilihan hari Selasa 26hb Ogos, 2008 iaitu hari bekerja adalah sesuatu yang sangat dipersoalkan kerana akan menyukarkan kepada pengundi untuk membuang undi terutamanya pengundi-pengundi yang bekerja dan pengundi yang berada diluar kawasan.

iii. Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen Umno/BN

Agensi kerajaan telah dugunakan secara terang-terangan untuk berkempen bagi pihak Parti kerajaan Umno/Barisan Nasional. Penglibatan agensi kerajaan untuk tujuan kempen adalah menjadi suatu kesalahan dan melanggar etika kempen pilihanraya

iv. Laporan Media Yang Berat Sebelah

Laporan media terhadap kempen pilihanraya secara keseluruhannya menyebelahi calon Umno/BN dan pendekatan menyerang calon Parti Keadilan Rakyat secara keseluruhannya laporan media adalah sesuatu yang malang bagi prinsip etika media dan sistem Demokrasi Malaysia.

v. Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan

Kempen pada kali ini menampakkan kawalan keselamatan yang berlebihan. Ramainya anggota polis, menggunakan helikopter dan polis simpanan persekutuan adalah bertujuan untuk mengganggu kempen dan mewujudkan rasa takut kepada pengundi disamping media cuba melabelkan Parti Keadilan Rakyat dengan keganasan yang langsung tidak berasas sama sekali.

vi. Mengambil Kad Pengenalan Pengundi

Terdapat laporan petugas-petugas kempen Umno/BN telah berjumpa dengan pengundi dan mengambil kad pengenalan pengundi atau salinan kad pengenalan. Tindakan ini adalah menjadi suatu kesalahan dan mewujudkan kesangsian tindakan Umno/BN.

vii. Sogokan Wang kepada Pengundi

Dilaporkan bahawa kempen Umno/BN telah menggunakan sogokan wang untuk meraih undi. Petugas Umno/Bn bertemu pengundi menawarkan wang supaya pengundi diminta mengundi calon Umno/BN atau pun pengundi menyerahkan kad pengenalan mereka. Tindakan ini selain menyalahi etika pilihanraya dan mempunyai unsur amalan rasuah.

Kerjasama dan tindakan dari pihak Tan Sri saya hargai dengan ucapan terima kasih. Semoga usaha bersama kita memartabatkan demokrasi Malaysia akan mencapai kejayaan.

Sekian, terima kasih.

DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sudah saya katakan bahawa dari gaya BN berkempen secara tidak 'gentleman', ini adalah pilihanraya kecil terkotor didalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Dari zaman Tunku sampai ke zaman Abdullah Badawi, Barisan Nasional tidak pernah berkempen secara bersih dan menggunakan seluruh jentera kerajaan persekutuan dan negeri untuk membantutkan aktiviti kempen parti lawan.

Saya sudah menjangkakan keadaan ini akan berlaku sebab yang bertanding di P44 Parlimen Permatang Pauh itu bukan sembarangan orang tetapi Anwar bin Ibrahim.

Jika hendak dibandingkan jatidiri dan kemampuan berhujah serta berpidato ahli politik pemimpin ulung Parti Keadilan Rakyat ini @ Datuk Seri Anwar bin Ibrahim iaitu mantan Timbalan Perdana Menteri yang paling digeruni sekelian pemimpin UMNO malah oleh mantan Perdana Menteri ke 4 sendiri iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad, maka tidak ada sebarang 'fight' dari calon BN @ Arif Shah Omar Shah tersebut!

Hanafi Mamat dari AKIM tu tak ada nampak apa apa benda yang boleh membuatkan pengundi P44 terpikat padanya kerana ia orang luar dan tak jelas latarbelakang politiknya di arena nasional. Ini termasuk kategori calon' also ran' sahaja. Saya rasa susah beliau hendak mempertahankan duit deposit bertanding ni.

Tentang Arif Shah Omar Shah yang berkempen menggunakan kemahiran berbahasa Mandarin dan Hokkien, apakah beliau yakin benar akan sokongan 100% masyarakat Cina di Permatang Pauh sebanyak 40% itu?

Masyarakat Cina Malaysia dah lama memendam rasa, menahan perasaan sakit hati dipinggirkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang kuat mempromosikan ketuanan bangsa Melayu dan asyik mengugut Cina dan India Malaysia supaya balik China dan India setiap kali mereka bangun mempersoalkan keadaan agihan peluang kepada sesama warganegara di Malaysia ini!

Saya rasa masyarakat Cina dan India bersama sama dengan kebanyakan orang orang Melayu Permatang Pauh akan mengundi Anwar Ibrahim yang menjanjikan penurunan harga minyak petrol sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya menguasai Kerajaan Persekutuan!

BN janganlah bongkak sangat mengancam akan menguburkan karier politik Anwar Ibrahim didalam pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh ini!

Jika rakyat disana memilih Anwar Ibrahim dan memastikan Anwar ke Parlimen mewakili mereka, saya hendak tengok kemana arah tuju menantu Abdullah Badawi Khairy Jamaludin nak pergi menyorok mukanya nanti?

Dengar kata Mahathir hendak cabut keluar dari Malaysia ini sekiranya Anwar berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia dengan sokongan padu rakyat Malaysia nanti?

Ada cadangan ke nak ikut sama?

Saya memang tak sabar nak tengok samada Anwar yang akan dikuburkan karier politiknya atau Mamat Rembau sorang ni?

Apa kata orang orang Permatang Pauh?

Nak siapa sebagai Ahli Parlimen tuan puan semua?

Anwar atau Arif?

10 comments:

Farah said...

Terus terang, saya tak suka Pak Lah dan BN, tetapi antara Pak Lah dan Anwar, saya lagi menyampah Anwar. Saya penyokong PAS.
BN menjadi lebih baik di tangan pemimpin yang lebih relevan, PKR tanpa Anwar akan sunyi sepi, sebab matlamat nye adalah menjadikan Anwar PM.
PKR parti berkiblatkan individu. Cuba bayangkan kalau Anwar sudah meninggal dunia.. apa matlamat PKR seterusnya?
Anwar adalah produk UMNO.. dilahirkan dan dididik dengan cara UMNO dan BN, apakah expectation tuan terhadapnya? Membawa perubahan? pada saya jauh sekali.. acuan UMNo, maka UMNO lah jadi nya..
Tidakkah saudara fikirkan percakapan Anwar banyak tidak berasas? Berapa ahli parlimen BN yang telah melompat sehingga kini? Mana pemimpin BN Sabah yang sudah melompat? Kenapa Anwar menyokong HINDRAF? Tidak bacakah ia akan isi kandungan HINDRAF yang menyebut Muslim adalah extremist dan langsung tidak patriotik kerana merujuk kepada Mahatma Ghandi dan kerajaan British? Kenapa Anwar dahulunya menentang DAP semasa dalam UMNO tetapi sekarang ini boleh aja duduk semeja dengan DAP? Tidakkah itu lalang namanya, pegangan berubah2 mengikut kepentingan politik..
Masih percayakan tuan pada ANWAR ini?

Saya tidak percaya

Farah

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Farah.

Hendak kata saya sokong Anwar secara total - tidaklah juga.

Saya guna konsep 70/30.

Berbandingkan BN yang ternyata korup dan tidak peduli akan nasib seluruh warganegara negara ini, saya berpendapat bahawa negara ini perlukan perubahan kuasa politik.

Seperti Farah, saya juga menyokong PAS dan lebih suka jika PAS menerajui Pakatan Rakyat.

Namun sepertimana kita ketahui, Anwar Ibrahim ternyata mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Pakatan Rakyat, dan agak sukar bagi PAS untuk menidakkan pengaruh DSAI keatas Pakatan Rakyat.

Saya lebih suka jika kita menidakkan BN didalam pilihanraya kecil ini dan seterusnya didalam PRU ke 13 nanti.

Jika PR tidak mampu mentadbir negara ini dengan baik dan seperti yang rakyat harapkan, maka kuasa undi ada ditangan kita dan boleh kita menolak mereka nanti.

Saya faham akan pegangan Farah dan tidak mahu menyentuh akan pilihan Farah itu. Farah berhak memilih untuk menyokong atau menentang siapa sahaja. Itu hak Farah.

Bagi saya , saya mahukan perubahan.

Saya sudah tak boleh berdiam diri dengan kezaliman dan keangkuhan BN!

PAS adalah harapan Muslim seperti saya tetapi saya harapkan PAS akan lebih dinamik dan progresif jika mereka hendak membawa perubahan kepada negara tercinta kita ini.

Insya Allah.

PAS juga perlu melakukan 'spring cleaning' didalam jamaahnya kerana ada beberapa pemimpin bawahan yang angkuh dan sombong didalam perhubungan mereka dengan warganegara kita ini.

Saya akan menentang mereka sekiranya mereka terus bersikap demikian.

Saya akan menyokong pemimpin yang ada hikmah didalam menghadapi rakyat dan membawa idea idea yang bagus untuk memajukan negara ini.

PAS juga perlu melakukan lebih aktiviti Dakwah al Islamiah secara hikmah dan mesra rakyat jika mereka ingin mentadbir negara ini.

Perhubungan dengan rakyat perlu ditingkatkan lagi dan PAS perlu berhemah didalam berbicara baik dengan media massa mahupun rakyat marhaen.

Tentang Anwar, pegangan saya adalah kita perlu berbaik sangka dan melihat dahulu samada beliau ikhlas didalam mahu meringankan bebanan rakyat atau bersandiwara politik?

Sekiranya Anwar memungkiri janji, maka kita akan mengajarnya.

Segalanya terpulang kepada kita.

Jika terus menyokong BN membabi buta, maka usah merungut bila kehidupan kita semakin hari semakin susah dan tidak berupaya menjalani kehidupan biasa.

Pilihan ditangan kita.

Francis said...

BN paratroopers at work in PP. PLease highlight it since they have been defaming us. They have been caught and their evil unearthed.

http://wrlr.blogspot.com/2008/08/satu-jaket-vest-2-partihahahaharu.html

http://no2umno.blogspot.com/2008/08/awas-penipuan-bn.html

Anonymous said...

i think there is noone support anwar 100% but all we want is change.

UMNO is too corrupted.

PKR ll always be corrupted when they come gomen.

But we can change again once things got too evil.

at least we got a choice now!

Anonymous said...

This guy (Arif Shah) is obviously lying when he says that he did not know his university is a bogus one. If he can lie about this, can you believe him when he says that he has no interests in his corrupt brother's business? In other mature democracy's, Arif Shah would not even be considered as a candidate.

This Scribe hopes that whoever reads this will print and pass this blog posting around. This Scribe gives consent to fellow Bloggers to reproduce this Blog Posting in their own Blogs. If possible, share this by word of mouth with those who have no access to the Internet. Let's expose Arif Shah for what he really is!...More http://margeemar.blogspot.com

PENDEKAR said...

63. dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)[622]. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.

:-) maaf kalau saya salah, tapi bukan pas, bukan anuar atau bukan umno....

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum anak muda pendekar.

Setakat menidakkan orang itu dan ini , apakah maksud kata kata mu?

Memang Allah SWT jua yang mampu segalanya tetapi apakah kamu lupa bahawa Allah SWT berfirman bahawasanya Ia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha mengubah takdir mereka?

Memang mudah sekali melepaskan kata kata tetapi apa faedahnya kepada sesama manusia jika hanya ucapan tak berikut dengan tindakan sewajarnya?

Usah memperlekehkan jamaah Islamiyah anak muda!

Jika tidak kerna adanya PAS, maka nasib Melayu Muslim sudah lama hancur seperti jatuhnya segala kerajaan Melayu Islam yang lain sepertimana anak muda sebutkan didalam blog nukilan anda.

Memang jamaah yang ada tidak lah sesempurna mana tetapi ada juga kebaikan yang disumbangkan mereka.

Bilamana Islam dicabar oleh sesiapa sahaja di bumi Malaysia ini, jamaah manakah yang berada di saf pertama mempertahankan dan membelanya?

Pendekar?

PENDEKAR said...

salam mahaguru58

benar kata-kata sifu, yang saya nak sampaikan kenapa kita sibuk mengejar kuasa? lupa bahwa islam bangkit dengan ilmu. dengan pendidikan.

mana yang lebih penting, membawa manusia mencintai allah atau melaksanakan hukum allah dengan cara paksa tanpa manusia kenal dan cinta allah? kecelaruan politik mengakibatkan ramai yang lupa nasib generasi mendatang.

Farah said...

Salam Mahaguru,

Terima kasih atas feedback. Saya melihat saudara sangat cenderung kepada Anwar Ibrahim. Sebab itulah saya datang dengan komen sebegitu rupa.
Pada pandangan saya, seboleh-bolehnya kita menjauhkan diri dari ketaksuban pada seseorang, kerana manusia itu bukan kekal sifatnya. Berubah-ubah laksana air. Kerana itu lah saya menyokong perjuangan PAS. Setelah pemergian Allahyarham Fadzil Nor, PAS tetap memperjuangkan ISLAM.

Selamat berjaya kepada Arif Shah dan Anwar Ibrahim.
Semua yang terjadi ada hikmahnya. Mana yang menang, harap dapat memikul amanah Allah sebaiknya.
Tuhan Maha Mengetahui dan Dia tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia melainkan untuk manusia itu mempelajari dan memperbaiki kesilapan masing2. Semoga kemenangan di pihak yang benar.

Salam,
Farah

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam farah.

Saya menyokong Anwar kerana dia seorang yang bangun di atas Dakwah al Islamiah.

ABIM menjadi gerakan pemuda Islam yang berkesan kerana adanya orang seperti Anwar yang mengajak kepada kebenaran dan menentang yang batil.

Saya tidak taksub kepada Anwar.

Jika terbukti Anwar mengkhianati Islam dan Ummah di Malaysia, saya berjanji kepada Farah dan seluruh pembaca saya ini bahawa saya akan tidak teragak agak memerangi Anwar dan yang memusuhi kita.

Anwar terbukti telah menjadi mangsa konspirasi politik UMNO dan BN.

BN mewakili Assabiyah - Apartheid di Malaysia.

Anwar mewakili Pakatan Rakyat dimana PAS menjadi salah sebuah parti yang mewakili umat Islam sebab itu saya menyokong Anwar.

Jika PAS tidak ada didalam Pakatan Rakyat, Mahaguru58 tidak ingin menyokong mereka.

Ini hakikat pendirian saya.

Anwar Ibrahim dan seluruh manusia akan mati. Selagi hayat dikandung badan saya akan tetap memperjuangkan Islam dan membela sesama manusia demi keadilan Allah SWT!

Fahamilah perkara ini.

Sekian.

Wassalamualaikum.