Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, September 23, 2008

Negarakuku -Terjemahan Liriknya dalam Bahasa Melayu dan Temubual Media dengan Wee Meng Chee sesudah siasatan PDRM


Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari rakyat Malaysia yang saya hormati sekelian.

Wawancara diatas oleh pihak media dengan penyanyi serta penulis lagu olahan semula Negarakuku Wee Meng Chee telah berlangsung di depan Kompleks Pejabat Kerajaan di Bukit Perdana, Kuala Lumpur.

Penyanyi rap tersebut telah menyinggung perasaan ramai warganegara ini semasa tersiarnya lagu kontroversi itu terutama sekali umat Islam kerana Wee Meng Chee telah menyentuh bab bab laungan azan didalam lirik lirik lagu yang ditulisnya.

Meskipun Meng Chee telah memohon maaf selepas perbuatannya itu mendapat caci maki kebanyakan warga Malaysia yang merasa tersinggung gara gara perbuatan biadap pelajar Malaysia yang semasa itu sedang belajar di Taiwan, luka lama didalam hati mereka mereka yang prihatin tentang maruah negara dan agama kini mungkin berdarah kembali berikutan tumpuan media sekali lagi menggembar gemburkan perkara ini.

Saya mendapat khabar bahawa pihak Polis Di Raja Malaysia memerlukan terjemahan makna lirik lagu rap Negarakuku yang dinyanyikan Wee Meng Chee itu?

Saya teringat ada menterjemahkan lagu tersebut semasa perkara itu heboh diperkatakan orang!

Maka , sebagai warga Malaysia yang prihatin, saya terbitkan semula terjemahan lirik lirik tersebut untuk manfaat pihak PDRM untuk memudahkan kerja siasatan mereka.

Sebagai seorang blogger Muslim yang menulis demi kebenaran dan keadilan, maka saya lakukan ini untuk kebaikan kita semua.

Dari gaya si Meng Chee ini menjawab soalan soalan para wartawan, saya perasan bahawa dirinya tak mungkin berkeupayaan memenuhi hasrat PDRM tersebut dengan mudah.

Jadi ini lah dia terjemahan lirik lirik lagu rap Negarakuku yang dipinta.

Kredit Pengenalan

Lagu Tema Tahun Melawat Malaysia 2007

Aku cintai negaraku

Negaraku
(Ulangi) Fahami benda ini, yo,yo,yo
(Ulangi) Negaraku, Negarakuku.

Aku cintai negaraku, hanya kalau ada Negara, baru ada tempat tinggal
Nyanyilah kuat kuat, jangan takut
Walaupun aku mencarut sepanjang masa

Laguku seperti durian
Keras dan berduri, Cuma
Nak melihat samada kamu berani membukanya,
Melihat kebenaran didalamnya
Ianya mungkin berbau busuk, ianya mungkin wangi,
Terpulang jenis hidung apa kau miliki

Polis kami dipanggil ‘Mata’
Sebab mereka memiliki mata bersinar
Bilamana Tahun Baru, mereka akan bekerja keras
Memegang pena tetapi jarang menulis resit
Kerana mereka haus, mereka perlu minum teh

Juga kopi –O, nak tambah gula?
Jika mereka tambah gula, mulut mereka tersenyum manis kat kamu
Bila kamu nak beredar, mereka akan melambai ‘tata’

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju.

Fenomena ini, tak perlu perubahan
Juga tak perlu penguatkuasaan, polis dan rakyat bekerjasama
Secawan kopi mengeratkan perhubungan
Aku teramat suka

Sekurangnya bila aku balik rumah, tak adalah terima saman
Ayah aku mesti naik angin (kalau kena saman)
Aku juga kan (mencarut kata lucah) kalau takde kereta nak dipandu
Apa nak buat, zaman sekarang susah betul

Kalau tak ada kereta, macamana aku nak keluar gi main main (perempuan)
Kalau tak ada kereta, macamana aku nak pergi (menyundal)?
Kalau tak ada kereta, macamana aku nak gi tengok pondan?
Negara ini, aku suka sangat sangat.

Jam 5 pagi
Ada pula seruan pagi untuk kejutkan aku
Kekadang beberapa orang kan menyanyi berkumpulan
Bila engkau mendengarnya , seperti lagu duet cinta
Suara mendayu dayu seperti lagu R&B

Walaupun kekadang mereka bernyanyi sampai sumbang
Walaupun kekadang mereka bernyanyi sampai suara serak
Setengah berbunyi bagaikan ayam jantan, tetapi sedar lebih awal dari ayam
Macam ini, kita dapat tahu masa untuk gi kelas (sekolah) dan kerja

Jangan persalahkan, kerajaan Cuma menjaga bumiputera
Jangan persalahkan, kita tak terima layanan sama rata
Hanya cara ini, kita buktikan bahawa Cina tak takut kerja keras
Hanya cara ini, kita melatih diri mencari jalan keluar semasa susah

Jangan rasa pelik tentang tahap mereka
Kerana ini menunjukkan kita ni cerdik (atau berkebolehan)
Anak anak yang tak dimanjakan tak akan bergantung harap
Sebab kamu lihat ada kanak kanak yang belum berhenti menyusu.

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.

Orang yang bersembunyi didalam jabatan kerajaan lebih hebat (lebih berkebolehan)
Mereka lakukan semuanya perlahan lahan
Walau orang masih beratur, menyumpah (mencarut kemaluan ibu)
Mereka bersahaja dan tidak melatah

Sesetengah dari mereka membawa keluar kuih mereka
Mereka memakan kuih nyonya
Orang ramai tetap beratur
Walau kamu memaki hamun (anu busuk) tak jadi apa
Sebab pengawal kat tepi tu tengah bermimpi
Dan dia tak kan marah punya lah.

Mereka membungkus kepala; jalan pelahan dan melintas jalan pelahan lahan
Bila kamu melintas dengan kereta, kamu terpaksa biar mereka lalu dahulu
Yang penting adalah hidup bahagia ; yang penting hidup selesa
Jangan jadi macam Cina
Sibuk sepanjang hari, amat susah

Kita memang tak boleh kagum semangat ini
Sebab inilah sikap mereka didalam hidup

(Sikap, sikap)

Aku dok berkata benda baik saja dalam lagu ini
Aku rasa dikalangan kamu yang geram dengan aku akan suka begini
Dunia ini aman, penuh harapan
Tak ada siapa terluka, tak ada huru hara
Engkau begitu bangsawan, engkau begitu anggun

Tahi engkau wangi, engkau tak mencarut
Korang memang kelas pertama, setiap hari berasmara

Dengarlah Guang Liang Pin Guan (artis tempatan Cina)
Tapi dia dah lari ke Taiwan
Sekolah swasta pelajar bergraduat
Teramat payah nak masuk universiti tempatan

Sebenarnya kita tak payah bengang tentang perkara ini
Sebenarnya ini rancangan mulia oleh kerajaan
Mereka hendak kita menjelajah dunia, cari peluang baru untuk diri kita sendiri
Untuk belajar perkara dan kembali menabur budi untuk negara

Pelan ini amat hebat, aku tak kuasa membebel tentangnya
Seantero dunia boleh tengok anak anak Malaysia
Macam pelarian, terlalu syiok

2007, Malaysia adakan Tahun Melawat Malaysia
Budaya Cina dikeluarkan dan di arak
Kerajaan tak peduli tentang pelajar sekolah swasta
Sijil dicampak kedalam longkang, macam diriku

Bergraduat dan pergi ke Taiwan
Belajar tentang benda dan bersedia untuk kembali membayar budi negara
Aku berdiri dijalan jalan Taipei dengan gitarku
Namun mulutku masih bernyanyi

Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita Selamat bertakhta.

Tamat...........................................................................................................................................................

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, sila lah buat analisa masing masing tentang jenayah anak muda ini yang walaupun merasa dirinya tidak bersalah meluahkan perasaan nya tentang keadaan masyarakat di Malaysia ini, namun penggunaan perkataan perkataan lucah didalam Bahasa Cina ternyata perbuatan kurang ajar dan kerana ia juga memasukkan Lagu Kebangsaan negara kita yang menimbulkan masaalah kepadanya.

Ini pula video yang dikatakan dikeluarkan oleh Wee Meng Chee sendiri dengan terjemahan lirik lagunya didalam Bahasa Malaysia.

Wee Meng Chee ini ada laman blog dia sendiri disini: http://namewee.blogspot.com tetapi ianya didalam Bahasa Mandarin.

Saya berharap agar perkara ini di adili dengan ketelusan undang undang dan Wee Meng Chee berikrar tidak lagi mengeluarkan lagu lagu yang menyentuh sensitiviti kaum atau agama di negara kita yang tercinta ini.

Ia seorang pemuda berbakat tetapi bakatnya itu telah disalahgunakan untuk meluahkan perasaan nya tanpa mengambil kira akan natijah perbuatannya itu kepada rakyat dan negara.

Semoga kita semua mengambil iktibar dari perkara ini dan sama sama menjaga keharmonian Malaysia tercinta.

Ia mungkin tidak sempurna tetapi ia adalah tanah tumpah darah kita bersama.

Hidup Malaysia!

Contohilah semangat patriotik yang ditunjukkan anak anak saudara saya didalam rakaman Malam Kemerdekaan kita baru baru ini di Kuantan! Cintai lah Malaysia!

Saya bangga dengan mereka! Semoga mereka panjang umur, murah rezeki dan membesar jadi warganegara Malaysia yang berjaya! Amin Ya Rabbal Alamin!



6 comments:

Mohd Khalid said...

Salam Sdr Zain,

Kalau tak silap saya perkataan 'KUKU' pada perkataan Negarakuku adalah di rujukkan kepada alat sulit lelaki.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Saudara Mohd Khalid,

Jika benarlah tafsiran anda, maka patut benarlah pihak PDRM menyiasat keceluparan si polan ini.

Inilah hasil kecelaruan mereka yang tak sadar diri dan lupa kepada maksud peribahasa, 'Dimana bumi dipijak ; disitu langit dijunjung!'

Nama sahaja anak kelahiran bumi Malaysia yang tercinta ini, tetapi ternyata bagaikan `gunting dalam lipatan'.

MoneyMatters said...

Hairan Bin Ajaib,

Tiada pulak suara2 dari Akhbar Cina, DAP, Gerakan, MCA meminta pemuda kurang ajar ini meminta maaf sebagaimana Ahmad Ismail. Di mana suara2 pejuang2 HIPOKRIT @ SESUMPAH dalam hal ini?

Sudah terang lagi bersuluh. Segala apa yg terang2 menghina Bangsa Melayu dan Agama Islam akan didiamkan shj oleh puak2 kuffar dan fasik. Atas nama Liberal, Suka2, Tiada Niat Nak Menghina dan lain2 lagi.

Tetapi jikalau sesuatu yg menyentuh kaum tertentu .. emmm bagai nak runtuh Malaysia ni

PENDEKAR said...

Al Furqaan:63.

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik".

Dah sememangnya dia nie jahil(takde ilmu), kalau tak suka pada kerajaan atau pada umat Islam tak perlu lah nak mencarut-carut.

Maka kita yang siuman ini ambil pelajaran, tunjukkan sikap toleransi dan perdamaian.....

MAHAGURU58 said...

Tuan tuan yang saya hormati,

Walaupun kita seboleh mungkin tidak mahu bersangka buruk dengan sesuatu kaum itu, namun hakikatnya terdapat beberapa kelompok didalam masyarakat kita yang terbukti tidak tahu bersyukur dan kerapkali melakukan perkara keji seperti menghina keturunan dan agama anutan masyarakat Melayu di tanah air ini amnya.

Sebagai seorang Da'ee, saya cuba untuk melihat perkara ini dari sudut yang lebih luas namun sakit hati itu terhadap kedurjanaan puak puak seperti Meng Chee ini kekadang amat menusuk jiwa dan kalbu yang merindukan kedamaian.

Nak kata jahil, mangkok hayon gini adalah mereka yang terpelajar?

Nak kata terpelajar, terbukti dari jawapan kepada media bahawa sebenarnya otak sipolan ini dangkal dan kurang ajar!

Jadi, sampai ketahap mana lagi perlu kita bawa bersabar?

Kalau dizaman nan lalu, sudah lama mulut mulut secabul ini kena penampar!

Teringat cerita si Karpal yang ditampar oleh seorang Kiyai kerna mulutnya celupar menghina Duli Tuanku Kesultanan Selangor Darul Ehsan....

aliya said...

Salam sifu

in crude Hokkien (it's a rough dialect)kuku ciao = birdie =penis
He's making a mockery of the nation and its people, saying it's ok if Chinese are sidelined as they'd become stronger and more resilient.He also jeered the police saying they accept duit kopi.

There are many words in the song that I'd rather not translate, having being brought up to understand them. You and many Malays may think what Meng Chee sang was disrespectful but fact is, many Chinese esp those in Chinese-medium schools are exposed to those words almost daily that it becomes part of their daily vocabulary. The foul 'mencarut' language is so common in Chinese society esp among young people that the elders just ignore them nowadays.

I don't condone the act of Meng Chee but the fact that Chinese-based political parties are quiet about this issue speaks a lot about the Chinese philosophy of life. Foul language is tolerated. Ever watch a Hong-Kong movie without a foul word? Perhaps you should ask whether the sentiments stated by Meng Chee are also shared by other non-Malays, albeit unspoken? Meng Chee made a mistake and should be duly responsible for his past actions.

Sometimes it's good that there are many Malays/Indians who do not understand Chinese local dialects and Malays & Chinese who don't understand Tamil.Otherwise there might have been civil wars. Meng Chee has opened the Pandora's Box. It's up to us to know how to close it properly without doing further damage.