Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, October 26, 2008

Debat Agenda Daily antara Khairy dan Mukhriz?


















Saya membaca dengan penuh minat saranan Khairy Jamaludin supaya beliau dan Mukhriz Mahathir berdebat ala Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery Cheek yang pernah di anjurkan oleh Agenda Daily sebelum ini.

Saya sokong cadangan ini kerana ianya akan menunjukkan kepada negara akan mutu dan kewibawaan para pemimpin pelapis Malaysia yang mahu menerajui kerajaan ataupun barisan pembangkang jika berubah pemerintah didalam pilihanraya umum ke 13 nanti?

Agenda Daily patut dihargai diatas usaha mereka mengadakan debat debat terbuka seperti ini.

Syabas!

Soalnya apakah kita akan dapat melihat debat bersejarah antara KJ dan Mukhriz Mahathir?

Bersama sama lah kita menantikan pengumuman debat ini!

* PS. Perenggan berkenaan faktor usia telah hamba padamkan setelah dimaklumkan tentang usia Dr.Khir dan Mukhriz sebaya oleh Blogger Pokpet. Terimakasih ya sahabat!

Hentam sajalah labu! Berdebatlah mana mana calon pemuda yang dah cukup pencalonan!

Layari blog ini untuk maklumat lanjut tentang apa pendapat blogger yang lain berkenaan perkara debat ini?

6 comments:

pokpet said...

apa maksud tuan mahaguru; khir toyo patut tarik diri kerana "faktor usia"?

untuk makluman, khairy di bawah usia 40 tahun. mukhriz dan khir di atas usia 40 tahun; dan kedua-dua mereka hampir sebaya umur.

kalau khir patut tarik diri kerana faktor usia, mukhriz pun elok tarik diri kerana umur mereka hampir sama.

elok, kita bagi khairy menang tanpa bertanding heheheh :)

MAHAGURU58 said...

Hahhahaha! Itu dia !

Kena sebijik!

Maafkan hamba! Ingatkan Tuan Doktor tu dah kertu!

Hehehehehe!

My mistake! :P

mutakalim said...

Interesting.... tapi tunggu je la to be or not to be...

pokpet said...

sebenarnya mukhriz lebih tua dari dr khir toyo.

mukhriz lahir pada bulan november 1964.

dr khir lahir pada bulan ogos 1965.

ini bererti, mukhriz tua setahun dari dr khir toyo.

macam mana tu? hehehehe

MAHAGURU58 said...

Hehehehehe....pemuda pemuda tua nampaknya!

Patut ada sekatan melarang sesiapa yang melangkaui usia 40 tahun dari bertanding.

Berita Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mukhriz tidak setuju dengan cadangan berdebat dengan KJ!

Apa benda nak takut kalau sungguh ada wibawa diri untuk menerajui kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO?

Sungguh menghampakan!

Idham said...

Macam nie ke anak jantan? hantar surat kepada Pm suruh letak jawatan berani, tetapi apabila diajak untuk berdebat secara terbuka takut pulak. ramai nak tahu kewibawaan anak mahathir dan anak menantu pak lah nie. orang dok kata, Mukhriz kecut cam tikus nyorok kat bawah ketiak bapak dia...
---------------------------------

http://syokmymode.blogspot.com