Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, October 09, 2008

Kencing Manis - Masih ada harapan sembuh di Phang Oo Lang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan,

Ketiadaan saya menulis artikel artikel baru sejak 6hb Oktober, 2008 mencetuskan kerisauan dikalangan pembaca setia saya dan ada yang mengirim sms serta menelefon bertanyakan keadaan saya?

Sebenarnya saya telah keputusan ubat herba kencing manis saya sejak seminggu lalu dan mahu tidak mahu terpaksa mengembara ke utara mencari bekalan ubatan herba bagi terus merawat penyakit kencing manis saya.

Almaklum sahaja lah gara gara beraya selama seminggu tanpa mengambil ubatan herba saya sudah pasti ada kesan terhadap pengawalan kadar gula dalam darah saya sejak Hari Raya yang telah berlalu.

Bukanlah saya sampai lupa diri makan itu ini tanpa mengawal diri tetapi dah hakikat hamba ini pesakit kencing manis kronik , maka tanpa ubat herba Phang Oo Lang selama seminggu itu sudah tentu menaikkan kadar gula dalam darah saya.

Bila saya ke Pusat Rawatan Herba Phang Oo Lang, didapati kadar gula saya sudah kembali ke tahap tinggi tetapi kadar gula dalam kencing masih rendah.

Ini disebabkan orang tua ini telah makan rambutan setangkai dua tempohari semasa di kampong orang rumah saya di Kuantan. Hehehehe...bukan apa ...teringin.....:P

Maka setelah makan sedap sedap, hah..inilah dia tengah mengidap....:D

Apa apa pun, Tuan Tabib Phang Oo Lang telah memberikan saya bekalan ubat baru untuk mengawal kadar darah tinggi dan kolesterol saya. Alhamdulillah!

Seperti biasa bekalan ubat saya sekarang untuk 3 bulan sekali. Syukur Alhamdulillah.

Almaklum sajalah bukannya dekat nak ulang alik ke Kepala Batas dan Kuala Lumpur setiap bulan. Makan belanja juga tu! Maka, moleklah ambil bekalan ubat untuk tempoh 3 bulan sekali.

Syaratnya saya ni, nak kena kawal sedikit makan minum tu. Nak kena berpantang lah kalau nak sihat. Insya Allah, akan saya jaga makan minum saya.

Maka itulah sebabnya saya tak sempatlah nak menulis dan menerbitkan apa apa artikel sejak dua tiga hari ini.

Tengah uruskan keperluan perubatan diri sendiri. Do'akan lah saya, Insya Allah.

Tontonilah salah satu dari video wawancara yang telah saya rakam bersama dengan salah seorang pesakit kencing manis yang sedang berawat dengan Tabib Herba Sinseh Phang Oo Lang, iaitu Cikgu Ismail bin Ariffin semasa saya berada di Pusat Rawatan Herba tersebut.



Insya Allah akan saya susuli dengan rakaman testimonial pesakit lain selepas ini.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

4 comments:

alvin said...

Tuan Zainol Abideen

Saya ini En Alvin Wong dari KL dan saya asyik melihat betapa sedih melihat keadaan tuan serta cikgu Ismail bin Ariffin yang sama-sama mengidap penyakit kencing manis.

Malahan pula, sugguh kasihannya melihat tuan seharus ke Kepala batas setiap kali nak mendapat bekalan herba Phang Oo Lang walaypun setiap kali mendapati bekalan untuk 3 bulan.

Saya ini memang faham situasi pesakit kencing manis kerana mak saya pun pernah mengidap seperti tuan-tuan.

Akan tetapi, saya jugak nak menghubungi tuan agar kami boleh share maklumat demi kebaikan semua pesakit tersebut.

Tetapi saya tidak tahu macam mana nak hubngi tuan selain daripada melalui blog ini. Mungkin tuan berhati besar nak memberi talian mobile tuan atau tuan boleh menghubungi saya melalui mobile saya 012-3701961

MAHAGURU58 said...

Saudara Alvin,
Tersentuh hati saya membaca komen tuan yang prihatin terhadap pesakit kencing manis kronik sperti saya dan yang lain lain.

Terimakasih saudara. Terhibur sedikit hati ini mengetahui ada orang yang kasihankan kami. Thank u bro.

Alvin, nombor telefon saya memang tertera dilaman blog saya ini serta alamat emel.

HP:016-3969881
Emel:mahaguru58@gmail.com
YM:mahaguru58
Saya tinggal di Bandar Tun Razak, Cheras, KL.
Profesyen: Perunding Program Bahasa Mandarin dan Arab.

Syukur Alhamdulillah diatas kasihsayang yang Saudara Alvin tunjukkan kepada saya.

Semoga Allah membalas budi tuan.

Salam hormat dari saya.

Zainol Abideen.

Xie xie nee pang yau.

Chai Chien.

linda said...

Saudara Zainol Abideen

Terima kasih atas balasan komen saya. Saya berasa bangga kerana saudara memang murah hati memberi talian mobile walaupun ia sedia ada di blog sini< Saya minta maaf kerana tidak sempat nampaknya.

Walaubagaimana pun, saya hubungi saudara secepat mungkin berkenaan apa yang saya ingin pesan melalui mobile atau email saudara.

Semoga Tuhan membalas hati yang murah saudara.

Selamat Hari Raya kepada saudara dan keluarga sekelian.

Alvin Wong

linda said...

Saudara Zainol

Sila melayari laman web saya yang berkenaan dengan kesihatan yang mana saudara Zainol boleh mendapati lebih lanjut tentang segala masaalah kesihatan.

Oleh kerana blog saya agak baru lagi, maka sesungguhnya mesti mengambil masa agar saya dapat memberi maklumat yang lebih.

Tetapi, oleh kerana emak saya juga seorang pesakit kencing manis, maka saya berhajat nak tolong sesaipa yang boleh dengan memberi maklumat seberapa banyak yang boleh.

Sila melayari laman say di:-
Stay Healthy 4Life dan Healthy Diet For All

Transfer Factor-Halal Natural Product

Sila hubungi saya (012-3701961) sekiranya hendak maklumat lanjut

Alvin Wong