Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, October 28, 2008

Kerenah Birokrasi Menyulitkan Para Mualaf Malaysia!


















Assalamualaikum tuan tuan dan puan puan, pembaca blog ini yang dihormati sekelian.

Do'a saya agar tuan puan semua diberkati Allah Azza Wa Jalla dan dilindungiNya dari angkara durjana para djinn, syaitan dan manusia.

Amin.

Saya ingin menengahkan masaalah hari ini yang melanda mereka yang digelar sebagai mu'alaf ataupun saudara baru.

Kita semua tahu betapa masyarakat Malaysia amat cerewet tentang bab orang menukar agama.

Kita juga sedia maklum akan kerenah birokrasi jabatan jabatan kerajaan apabila mengendalikan urusan mualaf dan yang sewaktu dengan mereka.

Bukannya hendak mempermudahkan dan melincirkan kerja kerja pentadbiran bilamana berurusan dengan para mualaf yang telah melalui ujian maha dahsyat didalam kehidupan mereka tetapi sebaliknya pegawai pegawai kerajaan ini baik di Jabatan Jabatan Agama mahupun Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresyen tetapi ditambah pula kerenah birokrasi dengan ditolak pula urusan para mualaf ini ke Jabatan Keselamatan Negara pula?

Hello!!! Apa kejadahnya ini semua?

Berdosa besar menyulitkan seseorang mualaf itu didalam kerja kerja yang melibatkan hijrahnya diri mualaf itu dari alam kufur ke alam mukminin!

Barangsiapa yang terlibat didalam kerja bodoh ini bertaubatlah kamu segera!

Jangan mencari bala Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Tak berbaloi kawan!

Ha! Ikutilah luahan rasa kecewa seorang hamba mualaf, kawan saya , Cikgu Aliya yang mengirimkan kisah deritanya menghadapi kerenah birokrasi jabatan jabatan kerajaan ini!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Tapi bukankah Kad Pengenalan ini sudah menunjukkan kerakyatan saya telah disahkan? Kenapa kena ada surat lain dari Jabatan Pendaftaran Negara pula?"
"Maaf. Ini prosedur."

Saya terkilan. Geram. Dua hari yang lalu saya sudah semak segala maklumat yang diperlukan dalam website JPN. Segala bahan yang dinyatakan seperti 2 keping foto terkini, salinan surat beranak, dan salinan kad pengenalan sudah saya sediakan. Bahkan saya turut bawa Surat Akuan Masuk Islam serta Kad Masuk Islam saya bersama ke Jabatan Imigresen.

Tujuan ke situ untuk memohon Pasport Antarabangsa. Biarlah ada pasport dahulu, mudah kalau hendak melancong, melanjutkan pelajaran atau menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan.

"Tak lama. Kalau semua bahan ada, esok dah boleh ambil pasport."
Begitulah kata orang. Saya pun berharap begitu.

Kebetulan hari ini cuti khas sekolah. Saya pun bergegas ke Jabatan Imigresen pada waktu pagi. Setelah berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, saya akhirnya berjaya ke kaunter imigresen. Nombor diberi. Saya diminta tunggu.

Setelah 30 minit, saya dipanggil.
"Puan kena ada surat pengesahan dari JPN. Semasa buat IC, tak terima surat kelulusan dari Putrajaya kah?" tanya pegawai di kaunter.

"Saya hantar semua borang saya sendiri ke Putrajaya. Tak diberi apa-apa dokumen pun, hanya kelulusan dari sana yang membenarkan permohonan pertukaran IC. Bila saya dapat IC ini pun, pihak JPN tak beri apa-apa surat pengesahan."

Saya mula tidak sedap hati. Tiada satu maklumat bertulis pun yang menyatakan bahawa orang yang bertukar nama pada Kad Pengenalan perlu mendapatkan sepucuk Surat Pengesahan Nombor Kad Pengenalan dari Jabatan Pendaftaran Negara untuk tujuan membuat pasport.

Inilah kali pertama saya diberitahu akan hal ini.

"Puan kena ke Jabatan Pendaftaran untuk mendapatkan surat ini. Maaf, tanpa surat itu, kami tak boleh proses permohonan pasport Puan."

"Kenapa masa saya kemukakan borang di kaunter pemdaftaran, saya tak diberitahu hal ini?

Tak ada pun maklumat tentang perlunya mendapatkan surat dari JPN bagi saudara Islam yang tukar nama, tertampal di mana-mana pejabat ini."

"Bukan selalu orang tukar nama."

Saya minta lihat dokumen yang diperlukan. Barulah saya tahu bahawa rupa-rupanya orang yang tukar nama, yang berbeza dengan nama pada kad pengenalan asal dan surat beranak, perlu mendapat Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara.

Walaupun sudah ada Kad Pengenalan yang tertera nama barunya.


"Kalau sudah ada surat ini, apa lagi yang perlu saya buat?" saya cuba mendapatkn kepastian.
"Semua dah cukup, kecuali surat itu saja," kata pegawai tersebut.

Saya terpaksa ke Jabatan Pendaftaran Negara yang terdekat. Jaraknya 30 minit dari Jabatan Imigresen. Sesampainya di sana, pegawai di sana pula tertanya-tanya.

Saya pula yang perlu menerangkan bahawa pihak Jabatan Imigresen menegaskan bahawa mereka hendakkan Surat Pengesahan Kad Pengenalan terbaru sebelum meluluskan permohonan pasport saya.

Akhirnya mereka berjaya mengeluarkan surat tersebut kepada saya. Terima kasih kepada staf yang begitu komited dalam menjalankan tugas. Saya menerima surat yang diperlukan dalam tempoh sejam.

Sekembalinya di Jabatan Imigresen, saya kemukakan sekali lagi segala dokumen yang diperlukan. Saya sabar menunggu.

Harapan di hati, bolehlah saya dapat pasport pada keesokan hari.

"Puan, dokumen semua kami akn fakskan ke Jabatan Keselamatan di Putrajaya untuk mendapatkan kelulusan. Baru Puan bayar wang dan kami akan berikan pasport," kata seorang pegawai lelaki.

"Maksud Encik, saya perlu menunggu lagi? Mengapa perlu mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan pula sedangkan semasa saya memohon pertukaran Kad Pengenalan saya dengan nama baru saya (yang Islam), tak pun disebut perlu melalui Jabatan Keselamatan?

Kalau sudah luluskan permohonan Kad Pengenalan baru saya ini, sepatutnya sudah diluluskan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, bukan begitu?" Saya menyuarakan rasa tidak puas hati saya dengan nada seorang guru yang tegas.

"Err, itu Jabatan Pendaftaran. Ini kena melalui Jabatan Keselamatan pula, sebab permohonan pasport di bawah Bahagian Keselamatan dan Paspot," pegawai lelaki itu menghulurkan saya sehelai kertas bercetak.

"Puan cuba telefon nombor ini di Putrajaya, kalau nak mereka segerakan permohonan."

"Berapa lama saya perlu tunggu sebelum saya tahu sama ada permohonan paspot saya diluluskan?"

Saya lihat surat yang dikepilkan.

"Dimaklumkan bahawa keputusan mengenai permohonan tersebut akan diberitahu kepada tuan/puan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan..."

"Paling cepat, seminggu."

"Bagaimana saya nak tahu sama ada sudah lulus atau tidak?" saya terus bertanya.

"Kami akan telefon, berdasarkan nombor telefon Puan dalam borang permohonan."

"Encik sedar tak, bukan saya seorang yang sedang dan akan menghadapi masalah ini. Semua orang termasuk orang yang memeluk Islam dan bertukar nama akan menghadapi masalah yang serupa. Mengapa tidak diselaraskan semua sistem supaya tak perlu ulang beberapa kali?

Sudahlah kami diminta menunggu selama sebulan sehingga 3 bulan untuk mendapat kelulusan permohonan pertukaran nama dan maklumat lain dalam Kad Pengenalan, sekarang bila pohon pasport kena pula menunggu sebulan?

Adakah ini hukuman untuk kami yang mengikut prosedur mengisytiharkan diri sebagai orang Islam?

Kalau tak isytihar pengislaman saya dan masih kekal sebagai orang bukan Islam dalam Kad Pengenalan, tak tukar nama dan maklumat diri lain, saya tak perlu susah-susah begini pada hari ini, bukan?"

Pegawai itu diam.

"Puan telefon nombor ini mulai esok. Kalau dah lulus, kami akan telefon Puan supaya datang ambil paspot," ulangnya lagi.

Nampaknya saya perlu menunggu lagi.

Meluat sungguh dengan karenah birokrasi.

Nampaknya kerajaan dan pihak-pihak bertanggungjawab masih kurang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh kami saudara baru Islam yang menukar nama dari nama asal kepada nama Islam.

Kami masih dilayan dengan pelbagai red-tape, seolah-olah masih menerima hukuman kerana bertukar nama kepada nama Islam yang berbinkan Abdullah.

Kalau mereka yang lain hendak murtad, hendak menukar nama kepada nam lain, tak apa kalau memperketatkan prosedur.

Mengapa kami pula dilonggokkan sekali?

Adakah ini salah satu sebab ramai orang yang memeluk Islam menangguhkan prosedur bertukar maklumat diri setelah memeluk Islam di Jabatan Agama Islam?

Kerenah birokrasi yang menyusahkan, melambatkan dan memberikan pelbagai masalah.

Semuanya berpunca daripada kekurangan maklumat yang tertulis di semua jabatan yang bertanggungjawab. Hanya kerana alasan yang diberi, tak ramai orang yang memeluk Islam.

Kalau saya kekal menggunakan nama asal, kekal menggunakan maklumat diri sebagai bukan Islam, menampilkan diri sebagai bukan Islam tanpa tudung, agaknya permohonan paspot saya sudah lulus pada hari ini.

Geram. Hampa. Kecewa. Very very frustrated.

Ini bukan satu hari saya bangga menjadi rakyat Malaysia.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haa...begitulah tuan tuan dan puan puan. Cekap sungguh pegawai pegawai di jabatan jabatan Kerajaan Malaysia membuat kerja!

Cekap didalam menolak sesuatu urusan permohonan kesana kemari tanpa mengambil kira akan perasaan para pemohon itu terutamanya mereka yang mualaf ini?

Macam inikah kita hendak menggalakkan orang orang yang bukan Islam memeluk Islam dinegara ini?

Buat malu sajalah masing masing berpakaian kemas dan siap dengan tag nama segala jika kepala otak itu masih berada didalam 'Twilight Zone' era zaman yang lampau, penuh dengan prasangka perkauman, menebal didalam jiwa masing masing!

Belajar agama lah bahawa Islam itu universal dan bukan milik bangsa Melayu sahaja di Malaysia ini!

Ubah perangai, ubah minda! Maju bersama Islam bukan menjahanamkannya!

14 comments:

fazly_hakimy said...

Cuba lapor kat tv3. baru2 ni kes lif rosak tu jadi tumpuan kat berita tu. dapat juga perhatian. mana tau kali ni datuk seri zahid hamidi pula akan response.

-Fazly-

kruel said...

Kenegaraan memang sentiasa lebih atas dari agama. Mana lah tau kan orang masuk Islam kerana nak dapat kerakyatan Malaysia. Nanti tau, tau dah nak rumah low cost pulak. Itulah sebabnya orang lebih rela masuk secara tak sah dari sah. Kdg2 lagu Imagine by John Lennon tu ada betul... (to an extent lah)

PENDEKAR said...

salam

panas juga hati bila baca n3 nie....

perlu dilakukan sesuatu "tindakkan" agar perkara seperti ini tidak berulang pada orang lain...

Tuan Mahaguru58 kena kuatkan lagi volume agar pihak2 yang berkenaan dapat dengar....mardhotillah

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum fazly,

Idea bagus tu. Insya Allah akan saya susuli dgn TV3.

Jazakallah.

MAHAGURU58 said...

kruel,

Bab tu skit sangat kes kes yg cuba menangguk diair keruh.

Kes mcm ni boleh mangancam akidah mualaf ni.

Kekecewaan menghadapi kerenah birokrasi ini akan melemahkan semangat dan keazaman mereka untuk terus tabah hidup sebagai seorang Muslim.

Benda ni tak boleh kita ambil mudah.

Kita selaku umat Islam yang memperjuangkan Dakwah al Islamiah dan kebajikan sesama Muslim wajib tampil kemuka membantu mereka ini.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam tuan pendekar.

Insya Allah, sedang saya usahakan untuk mewar warkan perkara ini dikalangan bloggers.

Terimakasih.

aliya said...

Assalamualaikum
Saudara kruel,
Semoga Allah swt memberi hidayah dan petunjuk kepada anda. Pemikiran anda mencerminkan sikap buruk sangka segelintir orang Muslim(tak perlu saya nyatakan bangsa apa, tau-taulah sendiri) terhadap niat suci kami yang memeluk Islam. Cubalah periksa di mana-mana Majlis Agama Islam, berapa peratuskah warga asing yang memeluk Islam di Malaysia dan berapa peratus di antara mualaf yang sebenarnya menerima zakat daripada pihak bertanggungjawab. Sila kemukakan bukti nyata berapa ramai mualaf yang memohon bantuan JAKIM, apatah lagi bantuan rumah kos rendah sebelum anda membuat tuduhan tersebut.

Myself said...

Salam sejahtera.
Seorang sahabat (juruterbang MAS) masih menggunakan nama "asalnya" walaupun sudah berbelas tahun menjadi muslim. Birokrasi menghalangnya menukarkan nama. Bayangkan sebulan tanpa passport, maka sebulanlah shabat saya tidak terbang.

Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum wbt.

Apabila manusia menjadi Tuhan yang cuba menghakimi apa yang ada di dalam hati manusia, inilah jadinya.

Apakah saudara tidak membaca kisah sahabat Rasulullah saw, Usamah Zaid yang membunuh seorang tentera kafir di dalam perang. Sebelum dibunuh tentera itu telah mengucap Kalimah Syahadah.

Rasulullah saw menegur perbuatan sahabat itu, sahabat itu menyatakan alasan dia membunuh tentera itu kerana ucapan syahadahnya ialah untuk selamatkan diri. Lalu Rasulullah saw menyatakan kepada sahabat itu, "Engkau belah dada dia, engkau belah dada dia". Maksudnya Rasulullah saw larang bunuh sebab dia dah Islam secara zahirny iaitu kalimah syahadah.

Jika di amati, keraguan Usamah kepada keIslaman tentera itu lebih berasas daripada alasan saudara Reza. Tentera itu mengucap kalimah syahadah ketika nyawanya di hujung tanduk, akan tetapi Rasulullah saw tetap membantah tindakan sahabat itu. Apakah keraguan yang saudara kemukakan kepada saudara seIslam kita itu lebih kuat daripada alasan sahabat yang membunuh tadi?

Ini juga menunjukkan umat Islam masih ada perasaan bangsa mereka lagi mulia daripada bangsa lain. Bangsa merekalah tuan di bumi Malaysia ini. Selama ini kita dimomok kononnya ketuanan Melayu untuk membela Islam, tapi lihatlah sikap begini yang ditunjukkan segelintir Melayu, apakah ia untuk membantu Islam, atau sikap perkauman yang membawa kepada syak wasangka sesama Muslim.

Dan apakah hukumnya menyusahkan orang untuk menjadi Muslim? Apakah hukumnya bersangka buruk sesama Muslim? Apakah akibatnya kepada dakwah Islam dengan hal ini.

Kalau kita orang Islam, kita akan utamakan Islam daripada benda lain. Jika tidak, tanyalah akidah kita bagaimana.

Wallahua'lam

suparjo said...

Perkara : Nama Islam
Pernah saya dengar "mualaf" tidak perlu mengguna nama "islam" di dokumen pengenalan diri.
Juga tidak perlu mengguna "bin Abdullah".
Saya seorang bangsa Cina dan masih belajar ugama Islam dan ingin mualaf tidak lama lagi.
Nama pilihan Abu Bakar.
Tidak banyak maklumat perihal isu tukar nama ke nama Islam.

Soalan 1. Boleh kah saya tetap guna nama asal saya (ACP) dalam kad pengenalan dengan catatan ugama sebagai Islam

Soalan 2. Ada kah disyorkan saya guna "@ / alias" (contoh ACP alias Abu Bakar)

Soalan 3. Adakah wajib guna "bin Abdullah" setelah mualaf atau boleh pilih "bin" yang lain

tanah liat said...

Asalamualikum,
Saya Mohd Syukri bin Abdullah, juga seorang mualaf. Saya memeluk agama Islam pada 1996, Saya hanya mendaftarkan nama ini dengan menggunakan kad perakuan memeluk agama islam 3 tahun kemudian. Sepanjang saya memeluk agama Islam dalam tempoh tersebut saya tidak mempunyai pengenalan diri sebagai seorang islam. Selepas kad perakuan memeluk agam Islam dikeluarkan pada 2003 saya menukar nama dengan membawa surat sumpah, sijil lahir, surat akuan dan kad pengenalan. Pada 2006 saya membuat pasport antarabangsa di kuching sarawak (siap 1 hari). Setiap proses ini sebenarnya tidaklah rumit bagi saya, untuk mengeluarkan kad perakuan sebagai seorang islam mengambil masa 1 hari hingga sebulan sahaja. Untuk mendapatkan pengenalan baru mengambil masa 7 hari sahaja dan untuk membuat pasport hanya 7 hari hingga 3 bulan (bergantung kepada tempat kita buat) sebagai contohnya kalau peribumi sarawak buat passport di KL ambil masa 3 bulan sebab nak rujuk kepada negeri sarawak dahulu tetapi kalau buat di sarawak silap-silap 1 hari sahaja siap. Dokumen kena lengkap. Rujuk pihak berkuasa sebelum membuat sebarang urusan, sila semak semua dokumen lengkap dan nyatakan situasi sebenar kepada pihak terbabit.

Tidak dapat dinafikan memang terdapat segelintir mualaf sukar untuk mendapatkan passport mereka, mesti ada sebab lain yang kita kena tanya.

Kehidupan ini selalunya diuji, kenalah berusaha dan bersabar

Lisa said...

hi,

Mualaf memang banyak kesusahan. Sy setuju sekali kerana kebetulan orang terdekat sy menghadapi masalah serupa. Terlampau banyak kerenah yang mampu membantutkan niat seseorang nak memeluk Islam. Yg paling sy terkilan apabila untuk mendapatkan kad pengenalan nama Islam mualaf perlu pergi ke kem selama 5 hari. Bagaimana bagi seseorang yang bekerja dalam bidang marketing mampu meninggalkan kerjanya. Kan baik jika 5 hari itu mungkin di gantikan dengan alternatif kelas malam atau kelas pada hari tak bekerja.. semua ini memberikan pandangan tak baik yg di mana mereka akan rasa menyusahkan dan tak praktikal lagi2 bagi kaum Cina yang terkenal dengan kuat bekerjanya mereka..

Abdul Malik Hussien said...

Salam. Saya sekarang sedang diuji dengan karenah birokrasi ini apabila menguruskan saudara baru. Kesimpulannya sebab itulah Islam tak berkembang kepada bangsa lain di Malaysia. Kalau kira marah, muka yang tak putih sangat ni tukar jadi merah, biru dan hijau. Kita umat Islam perlu buat perubahan.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam.

Inilah masaalahnya bila sang pemerintah tak ambil peduli tentang masaalah yang dihadapi mereka yang ingin memeluk Islam.

Satu Malaysia ribut bila seorang perempuan Melayu @ Azalina Jailani ~ Lina Joy mohon murtad!

Hakikatnya kita punya Kerajaan yang hipokrit.

Pegawai pegawai yang sama.

Begitu juga dengan mereka yang bergelar Ketua Agama Islam.

Not a squeak comes out from them in discussing this issue.

Nasib badan le beb!