Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, October 10, 2008

Testimonial Pesakit Diabetes Phang Oo Lang



Sepertimana yang saya janjikan, ini dia bahagian selanjutnya sesi wawancara dan testimonial pesakit pesakit kencing manis Pusat Rawatan Phang Oo Lang.

Alhamdulillah, dengan ada nya keupayaan merakam wawancara begini melalui videocam, saya dapat berkongsi testimonial begini dengan tuan tuan dan puan puan.

Semoga sesiapa yang ada masaalah kesihatan supaya berusaha mencari penyembuhnya, Amin.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

2 comments:

mama said...

Assalamualaikum tuan,
Saya berdoa agar tuan dan keluarga berada dlm keadaan sihat dan semoga disembuhkan daripada penyakit kencing manis yang sedang dialami tuan.
Begitupun, saya berasa syukur dan kagum dgn semangat tuan menhadapi ujian Allah s.w.t dan terus berusaha untuk mencari penawarnya.
Posting terbaru bersama videoclip ini amat membantu menyebarkan info, terima kasih.
Seperkara lagi tuan, sebagaimana dinyatakan sblm ini, percubaan saya untuk mendaftarkan diri dalam MBA masih tidak berjaya kerana alkisahnya, (maafkan saya disebabkan kelemahan saya) saya tidak berjumpa dengan apa-apa borang untuk mendaftarkan diri dlm laman web rasmi MBA tu. Atau bagaimana agaknya saya hendak mendaftarkan diri, sebab bila diklik ke belah kanan tu ternampak pun borang atau etc kecuali syarat2untuk menjadi ahli sahaja. Sekian terima kasih tuan.
Jazakallah khair.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Puan mama naufal.

Jazakallah khairan kathiraw kerna sudi mendoa'akan kesejahteraan kami sekeluarga.

Hidup kita gini sahaja lah mama.

Penyakit tak membezakan antara pangkat mahupun kedudukan seseorang atau tua mudanya, miskin kayanya, cerdik bodohnya, alim atau jahilnya kita?

Ianya juga tidak ambil peduli akan keturunan dan nasab seseorang dan ianya menyerang sesiapa sahaja yang ditakdirkan menerima ujian Allah SWT tersebut.

Yang cantiknya penyakit ini bersifat antarabangsa dan tidak kisah samada seseorang itu pengikut mazhab mana atau ahli politik parti sekian sekian!

Makanya bila kita kena penyakit akibat ketidaksempurnanya kita memelihara dan menjaga kesihatan diri, natijahnya kita kena merasai juga.

Semasa sihat dulu, saya peminat setia Coca Cola dan pantang haus, mesti tergerak hati pergi membeli Coke yang sejuk menyegarkan...hehehehe!

Kini..segar sungguh dengan meminum air mineral atau air suam, nescafe O kosong..:P

Tentang semangat itu, memang lah kena ada.

Hidup matinya jiwa kita ini bergantung kepada semangat dalaman kita.

Sekiranya kita bersedih meratapi nasib, menjadi pesakit penyakit kronik seperti kencing manis ini, maka tak akan lamalah usia kita kerna tidak ada semangat juang didalam jasad ini!

Oleh kerana itu, demi hendak berusaha sampai juga ke Ka'abah Haram As Shariff dan menziarahi Maqam Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam tercinta, maka saya gagahi juga jasad ini meneruskan hidup demi merealisasikan impian dan hasrat saya ini dan ingin membawa isteri tercinta bersama sama menunaikan Haji atau Umrah ke Makkah al Mukkarrammah dan Madinah al Munawwarah didalam waktu terdekat ini, Insya Allah.

Telah saya pohon Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar diperpanjangkan umur ini sehinggalah kami berdua selamat menunaikan ibadah Haji kami.

Insya Allah.

Tentang kesulitan puan menjumpai link yang saya sebutkan untuk mendaftar diri sebagai ahli Muslim Bloggers Alliance, cuba klik pada tulisan didalam warna merah 'Join this group' yang tertera diruang Google Groups MUSLIM BLOGGERS ALLIANCE dibawah ikon Yahoo Messenger saya disebelah kanan ini.

Insya Allah, mama akan dapat pautan tersebut.

Sekian. Terimakasih.

Wassalamualaikum wr wb.