Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, November 28, 2008

Dilema Mamak, Melayu dan Muslim di Malaysia

Assalamualaikum saudara saudariku umat Islam sekelian.

Mudah2an tuan tuan dan puan puan semua berkeadaan baik, sihat sejahtera hendaknya. Amin.

Tajuk perbincangan saya kali ini berkisar tentang realiti kehidupan kita umat Islam di Malaysia ini yang dahulunya dikenali sebagai Negeri Negeri Tanah Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu.

Masih ingatkah tuan tuan akan wujudnya keadaan dimana kita semua, warganegara Malaya hidup didalam keadaan saling bertolak ansur dan sepakat sehinggalah tercetusnya tragedi berdarah pada tanggal 13hb.Mei, 1969?

Saya berusia 11 tahun ketika itu. Masih kanak kanak lagi dan tidak berapa faham lagi akan perbezaan diantara warna kulit dan agama dizaman itu.

Zaman dimana kami budak budak kampong bebas berjalan kemana sahaja di persisiran tepi laut Jelutong dimana terdapat perkampongan perkampongan Melayu dari Batu Uban sehingga ke Jalan Kota Giam, kampong saya.

Kampong Melayu terakhir bersempadan dengan perkampongan China bersempadan dengan Jalan Tokong Batu sehingga ke Weld Quay, Pulau Pinang.

Zaman bebas bergerak dan bergaul itu sudah lama hilang ditelan dedaun masa.

Pada usia 50 tahun ini, saya cuma mampu terkenang kembali kebebasan zaman kanak kanak dan merindui suasana sebegitu didalam usia senja ini.

Baru baru ini saya menerbitkan artikel yang memuatkankan laporan sebuah stesen televisyen Korea yang mendedahkan kegiatan seorang pengamal perubatan alternatif sebagai diragui kebolehannya merawat pesakit menggunakan tenaga dalam dirinya dan juga video dari You tube yang menunjukkan Penyanggah Antarabangsa James Randi menunjukkan bagaimana sesiapa sahaja yang menceburi bidang silapmata atau ilusi boleh juga melakukan perkara perkara yang sama seperti pengamal kaedah 'rawatan alternatif' tersebut jika mengikuti cara cara tertentu.

Maka ramai lah pembaca blog saya menulis komen menghentam si pengamal kaedah alternatif itu kerana sudah terang lagi bersuluh, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa apa yang diperkatakan James Randi itu ada kebenarannya.

Nah, tiba tiba ada seorang pengikut setia pengamal alternatif itu menghantar komen memaki hamun saya kerana 'mempercayai' orang orang kuffar dan menjatuhkan maruah dan martabat sesama 'Mamak' dan Muslim!

Saya tahu ada ramai lagi golongan anggota masyarakat kita yang bersikap dan bersifat begini yang memang susah menerima fakta dan kenyataan yang sebenar didepan mata mereka.

Saya tidak menyalahkan beliau kerana mungkin sudah lama bersama sama dengan pemimpin nya itu.

Kesetiaan yang tidak berbelah bagi nampaknya. Saya serahkan kepada dirinya untuk mengkaji kebenaran didepan mata.

Yang hak tetap terbela ; yang batil akan kecundang jua. Ini lumrah alam.

Namun sikap sedemikian membuatkan saya memikir. Kenapa masih ada lagi segelintir dari kalangan umat Islam kita yang begitu taksub terhadap bangsa dan keturunan atau sesama agama TANPA mengambil kira akan kebenaran perkara dan sikap serta sifat sebenarnya mereka yang dipuja dan dipuji tanpa soal begini?

Bagi saya selaku seorang Da'ee, saya tidak membezakan antara kaum atau agama.

Tidak semestinya hanya kerana seseorang itu sama bangsa dan keturunan dengan saya atau sesama agama, maka sebarang salahlaku dan perbuatan maksiat atau khurafat orang itu akan saya diamkan atas dasar 'sesama Mamak' atau disebabkan ianya Melayu dan 'Muslim'!

Tidak sama sekali!

Minta maaf. Setakat diri ini, memang tidak sanggup menutup sebelah mata atau tidak mengambil peduli kerana sipesalah laku itu sama 'kaum' dengan saya atau ianya mengaku sesama Islam dengan diri ini!

Tak ada didalam kamus kehidupan saya, sebarang 'double standard' didalam memilih tajuk atau perkara untuk bahan penulisan blog saya ini.

Prinsip saya senang saja. Berani kerana benar dan bertaubat jika benar bersalah. Habis cerita!

Tak timbul masaalah bahawa sipolan itu sama bangsa dengan saya atau sebab dia orang Melayu atau kerana ianya sama Muslim dengan saya?

Yang hak tetap berhak dan yang batil, Insya Allah akan terdedah jua! Tidak kiralah betapa hebat penafian seseorang didalam perkara sebegini.

Yang benar akan tetap mengharum dan yang salah akan membusuk pekung jua!

Ini hakikat alami.

Berapa ramai sesama bangsa dan agama kita yang berbuat onar dan membawa mala petaka kepada sesama bangsa dan kaum tanpa mengambil kira bahawa mangsa mangsa mereka adalah terdiri dari sesama bangsa, keturunan dan agama?

Saya rasa tak ada lah sangat. Kebanyakan orang orang yang kononnya Alim akan berubah menjadi Zalim bila ilmu mereka dipersalah guna untuk mengabui mata masyarakat amnya.

Maka bagi saya tak ada bezanya diantara sesuatu bangsa atau keturunan.

Ianya tidak membawa apa apa erti bagi seseorang jika yang datang merompak, mencuri, menipu dan merogol itu sesama bangsa atau agama!

Yang buruk tetap buruk walaupun ianya darah daging kita sendiri! Hanya mereka yang bersifat dan bersikap perkauman saja yang kan tetap berkiblatkan warna kulit atau 'agama' yang hanya tinggal pada nama sahaja!

Pokoknya biarlah kita sadar akan keadaan dimana taksub terhadap bangsa itu dicegah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Asalkan mereka tidak menyusahkan hidup kita dah kira cukup.

Kalau yang kes kes sebegini, kalau kita kaji impak sosial akibat penyelewengan yang berlaku disebabkan kejahilan orang awam terhadap hukum hakam sebenar umat Islam maka barulah masyarakat kita akan sedar yang mana halal atau haram?

Jadi kepada penyokong tegar insan bertenaga dalam itu, minta maaf le jika kebenaran keadaan itu terlalu pahit untuk ditelan.

Kan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam sudah berpesan, " Nyatakanlah kebenaran walaupun ianya pahit!"

Semoga dari terus diselaputi dengan ketaksuban tahap melampau itu, mudah2an akan ada Taufik dan Hidayah dari Allah SWT untuk kita semua.

Takat nak guna alasan 'close one eye' kerana sipelaku itu adalah sesama Mamak tetapi takleh pakai, sorry lah. Hamba tak kuasa nak melayannya.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

13 comments:

bungaraya said...

Salam,
Sabar dan banyak-banyak beristigfar.
Kekadangtu kita rasa juga terpanggil oleh suara-suara yang sumbang kita dengar. Biasala tu. Adat dialam fana ini.
Kekadang sehingga kita tidak sedar dalam keadaan emosi, kita membuka ruang untuk di'hentam' kembali.

Kita lebih kurang usia.
Saya juga merasa rindu kepada saat-saat aman seketika dulu.
Terutama ketika Tun Abdul Razak memimpin negara.
Ketika tidak ramai berlumba-lumba untuk memimpin dan menjadi ketua.
Ketika belum ramai ilmuan lepasan menara gading dipersada.

Kekadang ilmu pengetahuan ini,
Jika tak kena gaya,
Boleh menyebabkan kita angkuh dan tunjuk lagak.
Mudah-mudahan generasi muda kini,
Suatu ketika nanti...
Akan sedar bahawa,
Kita hanya pakar dalam bidang yang dipelajari,
Kalau belajar Kimia maka kita bijak dalam Kimia. Itu bukan tanda kita bijak semua.
Kekadang Bapak kita yang sekolah hanya darjah Lima,
Lebih bijak dari kita yang lepas Menara tinggi.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan.

Jazakallah khairan kathiraw kerna sudi menasihati hamba yang memang terasa bilamana sesama insan dengan kita pada zaman ini masih lagi terus taksub dengan Assabiyyah yang diharamkan Nabi SAW.

Insya Allah akan saya cuba menenangkan jiwa dan terus istiqamah didalam usaha saya mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Insya Allah.

Wassalamualaikum wr wb.

Maarof said...

Mahaguru,

Jangan takut. Teruskan pendedahan sebegini. Sepatutnya kita lebih tua lebih matang, bukan lebih nyanyuk dan taksub.

rosesNtheboyz said...

uncle..
just read your comment at my blog..

i have enabled the comment section at cabai-kering...pls stop by whenever you miss penang...

tolong promote sekali kat org org penang....


cabai-kering@blogspot.com

MoneyMatters said...

Tuan,

Dlm berdakwah, pasti kita akan bertemu dgn golongan2 penentang seperti ini. Bayangkan apa yg Rasullullah lalui selama berdakwah mengembangkan Islam. Inikan pula kita yg kerdil ini.

Semoga tuan byk2 bersabar dan sentiasa diberi limpah kurnia kebaikan drpd Allah SWT.

Mamak, Cina, India, Melayu dll adalah manusia. Yg SALAH tetap SALAH.

*p/s: Saya ada jiran seorang berbangsa MAMAK. Tapi zuhud, ibadahnya.. saya sendiri tak terikut. Bertuah dpt jiran begitu...

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Haji Maarof yang saya hormati.

Alhamdulillah, sehingga ke saat ini, insan bernama Zainol Abideen ini hanya takut kepada Allah dan segan kepada manusia yang jauh lebih baik darinya.

Namun saya belum lagi undur barang setapak bila berdepan dengan puak kaffirin, munafiqin dan yang sewaktu dengannya.

Kekadang tu saya tak ingin membuang masa saya melayan gelagat manusia manusia yang hanya suka bertekak dan bertelagah tanpa perlu dan yang memang saya tahu tak akan berganjak dari pegangan mereka yang ternyata bertentangan dengan kita.

Saya teringat bidalan Nabi Allah Isa Alaihis Salam yang berkata, " Usahlah kamu mengkalungkan mutiara dileher khinzir!".

Maksud kata kata beliau amat dalam dan bertujuan menasihati kita dari berdailog atau berdebat dengan manusia yang bersifat selaku khinzir.

Terimakasih diatas sokongan abang Tuan Haji. Insya Allah, jiwa ini akan tetap meneruskan jihad fikrah didalam alam maya ini dan juga di alam nyata, Insya Allah!

Nawaitu saya hanya menuju keredhaan Ilahi dan penerimaan sesama manusia.

Itu saja.

Do'akan saya tuan.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh!

Allahu Akbar!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Mami rosesNtheboys,

Saya dah singgah tinggai komen kat blog Mami.

Pi lah baca!

Bak kata Alleycats,' Terrimma Kasehh!

Har! har! har! har!....

Tu gelak M Rajoli! :P

MAHAGURU58 said...

Saudara HalEhwal Fulus,

Jazakallah tuan! Sokongan dan nasihat tuan tetap saya hargai.

Semoga akhir kalam saya dimuka bumi ini nanti adalah tidak lain tidak bukan hanya seruan kejalan Ilahi!

Insya Allah.

cikgubad said...

Salam Mahaguru58,

Mengikut Paul Findley, penghalang utama kepada proses perdamaian (dalam isu sekarang mencari persefahaman atau menerima kebenaran) adalah 'ignorance' dan 'bigotry'.

Barangkali penyakit minda inilah yang menyebabkan sebahagian masyarakat kita tidak mahu menerima kebenaran, bahkan bersikap ofensif hingga mencetuskan konflik berpanjangan biarpun kebenaran sudah berada di depan mata.

Pada saya, hidayah Allah jualah akhirnya yang diperlukan agar perubahan atau hijrah itu berlaku dalam diri seseorang. Dari situ keinsafan dan kecelikan akan tercetus.

Benar pendapat yang diutarakan Mahaguru58 bahawa kebenaran tidak pernah dan tidak boleh berbangsa. Samalah juga bahawa kejahatan boleh datang dari siapa sahaja.

Nabi Muhammad s.a.w. adalah suri teladan untuk kita mengamalkan sikap 'buta-bangsa' ini. Baginda bukan sahaja mengasihi sahabat sebangsa bahkan juga bekas hamba yang dihinakan Arab Quraisy seperti Bilal. Bukankah dia seorang habsyi!

muslim warrior said...

tuan...

setiap hamba yang bersabar, akan menemui kemenangan...

sometimes,ana ingin terasa hidup di zaman RASULLULLAH dgn para sahabat dimana tiada perbezaan bangsa,warna kulit, keturunan dll... yg ada hanya satu iaitu saudara seagama ISLAM...

sabar la tuan... ini adalah permulaan dalam jihad..jgn lah kita menghapuskan kafir laknatullah ini dgn perasaan marah..tapi kita mencari syahid kerana ALLAH taala..

ana puji tuan kerana ketegasan menegakkan paji2 ISLAM..ana sedih masih ada manusia yang mengaku ISLAM tapi JAHIL...

mudahan ALLAH melindungi tuan..

kita pernah bertemu di bdr sri permaisuri..ingin sekali utk berjumpa tuan kali ke 2 ..

Insyaallah jika diizinkan-Nya kita bertemu,jika tidak di akhirat kita berkumpul....Insyaalah...

ANGAH2512 said...

AllahuAKBAR!!Solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta Alam.

Teruskan menyebarkan yang hak dan membendung yang batil.Insyaallah.

MAHAGURU58 said...

Jazakallah muslim warrior.

Semoga ketemu nanti.

MAHAGURU58 said...

Jazakallah Angah2512.

Teruskan perjuangan saudara.

Pedulikan kaki nesta dan penyebar fitnah.

Mereka itu dayus sebenarnya. Lempar batu sembunyi tangan, dasar pengecut tahap takleh pakai!