Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, November 29, 2008

Ketuanan Melayu di Malaysia kekal selagi Kesultanan Melayu ujud.

Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia :

"KUALA LUMPUR 28 Nov. - Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara.

Sambil menyokong kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengenai perkara itu semalam, beliau berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.".

Dari segi meraih sokongan politik sesama ahli MCA memang kenyataan 'berani' sebegini akan mendapat perhatian dan kekaguman anggota parti Cina terbesar di dalam negara.

Namun dari segi implikasi politik dan undang undang negara, Chew Mei Fun sudah pasti akan menerima natijah akibat kelantangan suaranya itu.

Bagi pendapat saya, selagi negara ini dibawah jajahan takluk Kesultanan Melayu di negeri negeri yang berSultan dan berRaja Melayu, maka kenyataan seperti itu akan hanya membawa padah kepada ahli ahli politik perkauman didalam negara ini.

Keseluruhan sistem politik didalam negara ini berpaksikan kekuasaan Raja dan Sultan Sultan Melayu dan hakikat kekuasaan dan ketuanan Melayu ini termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.

Tuntutan supaya 'Ketuanan Melayu' dihapuskan adalah satu tuntutan bodoh yang tidak berasaskan realiti keadaan politik dan siasah negara ini.

Chew Mei Fun, Chua Soi Lek, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan keseluruhan anggota serta ahli Pakatan Rakyat cuma bermimpi di siang hari jika memang penghapusan institusi Kesultanan Melayu menjadi hajat terbesar mereka.

Walaupun parti politik berteraskan Melayu beragama Islam seperti PAS dan segelintir didalam PKR turut bersetuju supaya di tiadakan 'Ketuanan Melayu' di Malaysia ini, ianya pasti akan menjadi satu revolusi total yang tidak mungkin akan terjadi dibumi Semenanjung Tanah Melayu ini.

Kuasa politik mungkin terubah sekarang ini tetapi jika sekiranya sudah sampai saat dan ketika dimana ahli ahli politik dari kaum kaum bukan Melayu sudah berani menyoal dan mempertikaikan aspek 'Ketuanan Melayu' seperti perbuatan Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek, Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun dan Ketua Wanita parti GERAKAN Tan Lian Hoe, maka saya dapat merasakan akan terjadi satu kebangkitan kebangsaan orang orang Melayu mempertahankan kedaulatan dan ketuanan Sultan Sultan dan Raja Raja Melayu secara tegas dan mungkin secara keras, tidak lama lagi.

Saya teringat bidalan ,' Bagaikan kaduk naik junjung!'.

Perkara mempertikaikan 'Ketuanan Melayu' ini mahu tidak mahu turut berkait dengan institusi Kesultanan Melayu seMalaysia.

Cabaran terhadap Ketuanan Melayu sama sahaja seperti mencabar kedudukan dan keujudan seluruh Kesultanan Melayu di negeri negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini.

Kesultanan Melayu Negeri Perlis Indera Kayangan, Kesultanan Melayu Negeri Kedah Darul Aman, Kesultanan Melayu Negeri Perak Darul Ridzuan, Kesultanan Melayu Negeri Selangor Darul Ehsan, Kesultanan Melayu Negeri Kelantan Darul Naim, Kesultanan Melayu Negeri Terengganu Darul Iman, Kesultanan Melayu Negeri Pahang Darul Makmur, Kesultanan Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kesultanan Melayu Negeri Johor Darul Takzim perlu dihapuskan sekiranya mereka yang celupar mulut ini benar benar hendak melihat impian mereka menjadi kenyataan.

Apakah terdaya manusia manusia yang lupa diri ini mencapai maksud dan tujuan kenyataan mereka ini?

Ini realiti kehidupan kita di negara Malaysia yang merupakan satu keadaan unik dimana ujud rakyat pelbagai kaum tetapi sedang melalui satu proses perubahan kuasa politik selepas didominasi Kerajaan Barisan Nasional yang terdiri dari 14 parti parti politik berasaskan keturunan etnik dan berteras kepada politik perkauman.

Keghairahan mengeluarkan pendapat dan pandangan pandangan kontroversi sebegini bertujuan untuk menunjulkan diri sebagai juara dan jaguh politik semasa dan mempunyai agenda peribadi agar kelihatan sebagai tokoh tokoh perubahan suasana politik nasional.

Ada orang berkata bahawa cara termudah untuk memperolehi populariti adalah dengan mengeluarkan kenyataan kenyataan berapi dan berani seperti yang telah dilakukan oleh manusia manusia yang sering kita baca didada dada suratkhabar media perdana dan blog blog peribadi.

Bilamana kita menaksir kembali akan keadaan kita sesudah hidup dinegara ini melangkau beberapa generasi yang sudah, maka kita akan tahu erti bersyukur di atas apa yang ada pada kita sekarang berbanding keadaan kehidupan zaman zaman dahulu dimana negara ini baru diterokai oleh orang orang yang hidup di zaman Kesultanan Melayu Melaka baru ditubuhkan oleh Parameswara.

Memang benar penduduk asal semenanjung ini adalah orang orang asli tetapi jika tidak berlakunya penghijrahan Parameswara ke Semenanjung ini dan didirikannya Negeri Melaka, maka sudah tentu keadaan semenanjung ini tidak banyak beza nya dengan Papua New Guinea dan Kepulauan lain dimana orang orang asalnya hidup sama seperti datuk dan nenek moyang mereka berkurun yang lalu.

Tak akan ada nya perubahan dari segi infrastruktur dan kehidupan moden seperti apa yang sedang kita nikmati sekarang?

Segala sesuatu itu berlaku dengan sebab.

Kita harus sedar akan untung ruginya sesuatu perbuatan atau ucapan kerana ianya pasti ada timbal balas yang sesuai bergantung kepada intipati perbuatan atau ucapan tersebut.

Didalam kes ahli ahli politik MCA dan GERAKAN serta DAP ini, mereka nampaknya sudah bersedia untuk menjadi 'political martyrs'.

Kita tengok sahaja samada orang orang Melayu dan institusi Kesultanan serta Raja Raja Melayu terasa ke tidak dengan cabaran cabaran terhadap kekuasaan dan ketuanan mereka ini?

Politik Malaysia sedang menuju titik perubahan semasa dan dari sudut pandangan saya, suara suara sumbang ini hanya ingin mencari suluhan media massa supaya masing masing kelihatan sebagai jaguh bangsa mereka.

Apakah akan ada reaksi dari pihak Kesultanan Kesultanan Negeri Negeri Melayu Semenanjung terhadap kenyataan kenyataan begini?

Sama sama lah kita menanti kesudahannya.

Dari kenyataan kenyataan angkuh mereka ini, sepatutnya Sultan Sultan Melayu menarik balik anugerah dan gelaran Datuk Paduka atau Datuk Seri kepada maarof maarof sintok sebegini!

Tak kena rasanya hendak memberikan mereka penghormatan sebegitu sesudah berkurang ajar terhadap ketuanan pihak yang menobatkan mereka seperti itu dan ini, kan?

11 comments:

Awang Kata said...

Pemikiran yang tidak menerima 'ketuanan Melayu' sebagai konsep itulah yang tidak relevan. Mereka sengaja melupakan dan menafikan negara masih beraja kini. Itulah 'bodoh'nya. Usah buang masa dengan isu ini, kuat kuasakan saja undang-undang. Kebebasan suara tanpa peduli adat resam negara berdaulat memang 'membodohkan'. Macamlah negara ini tidak ada fahaman hidup sendiri hingga yang isme luar pula nak dibawa masuk.

MAHAGURU58 said...

Nak buat macamana Awang?

Pihak yang berkuasa terlalu berkompromi sehingga kaduk sudah naik junjung!

Abu Syifa said...

Salam Mahaguru58 dan rakan senegara lain,

Suara-suara sumbang dari politikus opurtunis ini - paling teruk Chua Soi Lek, yang kini tidak diterima dalam kepimpinan MCA walaupun menang timb Presiden MCA (saya percaya ekoran skandal seksnya yang sangat memalukan) - bagi menjuarai isu dan nasib kaum Cina di Malaysia adalah suatu yang dijangkakan.

Pada hemat saya hakikatnya masalah perkauman tidak wujud sebenarnya di negara ini kerana di peringkat akar umbi masyarakat hubungan terjalin dengan baik antara Melayu, Cina dan India kalau pun tidak terlalu akrab.

Apa yang wujud ialah isu dalaman intra-parti politik yang kemudian dijelmakan menjadi isu perkauman apabila berhadapan dengan parti lawan bagi meraih sokongan bangsanya.

Saya petik tulisan Shamsul Amri bertajuk Konflik Perkauman yang Semakin Tajam : Konflik Kaum atau Sengketa Kelas? Dalam bukunya ‘Masyarakat Malaysia Yang Membangun’, 1990, Kuala Lumpur : DBP dan Kementerian Pendidikan Malaysia, hlm. 57 untuk menerangkan maksud saya di atas.

"Laporan ‘Seminar Ekonomi Bumiputera UMNO 1976’ menyatakan meluasnya jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin Melayu. Ada yang menganggap pertentangan antara puak yang menyokong Datuk Musa dan Tengku Razaleigh, dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO, di Perhimpunan Agung UMNO ke-32 Jun 1981 yang lalu lebih merupakan pertentangan intra kelas dalam masyarakat Melayu. Begitu juga dikatakan sengketa dalam MCA, Gerakan, DAP dan MIC, kalau diteliti tidak langsung bercorak perkauman. Keadaan ini lebih merupakan sengketa kelas di kalangan pimpinan setiap parti berkenaan, masing-masing berebut mendapatkan kuasa politik untuk melanjutkan dan meneguhkan kuasa ekonomi mereka. Tetapi apabila berdepan dengan parti politik lain mereka gunakan isu perkauman. Jelas di sini isu perkauman cuma satu alat.”

Apa yang berlaku sekarang telah membenarkan lagi kajian sarjana sains sosial tersebut.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Abu Syifa,

Cuba kita rujuk semula sebahagian petikan kata kata si Chew Mei Fun ini :

"Sambil menyokong kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengenai perkara itu semalam, beliau berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.".

Nak kata bodoh, si Mei Fun ini berperanan sebagai 'Ketua Wanita MCA'.

Manakan boleh kita sebagai orang kebanyakan semberono gi mengaku bahawa kita adalah TUAN TANAH MALAYSIA?

Bila masa kita memiliki tanah ini?

Dari segi sudut pandangan insan, kita adalah hanya menumpang di bumi Allahu Ta'ala.

Tuan tanah konon!

Dari segi realiti, hanya mereka yang memiliki geran tanah sebagai pemilik sempurna (sementara je)baru lah boleh beriya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Nampak gaya ada manusia manusia celupar yang perlu disedarkan diri sebelum merepek merapu meraban lagi!

Memang benar pepatah ' Bagaikan Belanda mendapat tanah'.

Masing masing perlu sedar akan had dan batasan pengucapan jika hendak hidup dengan aman dan sentosa?

Jangankan kerna pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.

Abu Syifa said...

Salam Mahaguru58,

Saya berharap ramai orang Melayu dan bukan Melayu sedar akan permainan politik perkauman oleh politikus opurtunis ini.

Moga Allah memberi hidayahNya kepada hati mereka agar celik terhadap 'apa yang betul dan apa pula yang tidak betul serta tak masuk aqal'.

Para pendidik sekalian, mainkan peranan anda di sekolah melalui subjek Sejarah kerana di situlah permulaan fikrah anak-anak Malaysia dibentuk.

DI IPT melalui kursus wajib Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Kenegaraan Malaysia pemikiran dan kefahaman yang murni dan jernih mengenai sejarah Tanah Melayu dapat diterapkan dalam kerangka pemikiran para pelajar.

Kerja ini bukan mudah tetapi wajib ditunaikan kerana ia amanah bangsa, agama dan negara!

Tujuh Kaki Dalam said...

Assalamualaikum Tuan,

saya bersetuju dgn cadangan tuan untuk menarik balik anugerah yg telah di beri oleh sultan terhadap mereka.

lupa diri.

inilah akibatnya.

mereka tidak sedar yang mereka lebih "bebas" berbanding bangsa mereka di negara jiran.

apa yang mereka prlu ialah bersyukur dan menghormati.

cukuplah andai ada itu.

dan bangsa melayu perlu kuat.

bangsa melayu kena sedar dan bangun.

bukan dari segi emosi yang tak terkawal.

tetapi sedar dan bangunlah dgn semangat dan jati diri yang sebenar.

sekadar memberi pendapat.

muslim warrior said...

pening ana tengok mainan politik zaman sekarang nie....

ini padahnya apabila Al-Quran tidak dijadikan rujukan....

sedarlah pemimpin2 semua, apabila hukum ALLAH tiba,bencana akan dtg dalam pelbagai cara....(ana harap ente semua faham maksud ana)

WA'LLAHUALAM....

PENDEKAR said...

apa yang orang melayu boleh buat pun.....

paling kuat pun bercakap dan bercakap.....bla bla bla

usaha untuk memartabatkan bangsa ini? heh kalau dapat duit dapat pangkat, orang kenal baru nak buat

itulah hakikat melayu......

raja? maaf, melayu hakikatnya sudah lama tidak beraja........

MoneyMatters said...

Tuan,

Memang bangsa kafir harbi ini saya tak hairan lagi dgn karenah mereka. Entah apalah dosa org2 Melayu di Malaysia ini sehingga segalanya hendak dibolot oleh mereka.

Saya berpengalaman tinggal setahun di Singapura. Dan faham bagaimana kaum majoriti bukan Islam memerintah sesebuah negara yg berbilang kaum.

Saya menyokong cadangan Mukriz Mahathir yg mencadangkan agar Sekolah Vernakular dihapuskan. Ini merupakan titik tolak kpd asas pecah dan perintah di dalam negara kita. Singapura juga tidak mengamalkan Sekolah Vernakular. Jika mereka masih mahukan sekolah cina atau tamil. Hanya benarkan diwaktu selepas sekolah kebangsaan seperti mana sekolah agama rakyat.

Yg sgt saya bimbang tuan, jika kaum bukan Melayu dan Islam ini memerintah.. Bagaimana dgn ISLAM kita ini? Sedangkan dalam keadaan kita majoriti skg ini pun, Islam dihina dan ditindas di bumi sendiri.

Zainal A. Kasim said...

Bro Zainol,

Mereka ini sebenarnya plastik. Berlakun dan berlagak sahaja kononnya mereka tidak perkauman. Nak test mereka senang sahaja. Dua perkara ini mereka akan kantoi:

i. Kita arahkan semua sekolah berunsurkan kaum khususny Cina ditutup dan anak-anak kita (Melayu, Cina, India, dll) masuk sekolah Wawasan;

ii. Kita minta sekolah-sekolah Cina di tengah-tengah KL (Jalan Ampang) tu pindah untuk mengelakkan kesesesakan jalanraya yang tenat;

Saya yakin, kalau kita buat dua perkara di atas, CSL dan kuncu-kuncunya adalah orang yang pertama akan mempertahankan sekolah-sekolah Cina itu.

Mereka anya plastik. Mereka cari makan dengan politik. Sungguh malang rakyat yang memilih mereka.

http://c-bok.blogspot.com

MoneyMatters said...

Tuan,

Saya suka mengenai petikan artikel ini;
Penulisnya memang berkata sesuatu yg hakikat. Jadi puak2 racist di sana tu, belajarlah untuk hidup bersama.
Artikel ini drpd HarakahDaily

"Alam ini, atau negara ini milik Tuhan dan Dia memberikan tanggungjawab ke atas khalifah (umat Islam) menguruskannya. Dan, dalam konteks negara Malaysia hari ini, orang Melayu itu beragama Islam. Itulah yang telah diperjelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Maka, suka atau tidak, Ketuanan Melayu tetap wujud walaupun lafaz itu tidak disukai sesetengah pihak. Lafaz ini wujud dengan sebab wujudnya orang bukan Melayu di negara ini. Maka, kalau bukan Melayu tidak wujud dan tidak berhiijrah dari negara asal mereka (China dan India), tiada keperluan lagi untuk dipertahankan hal ini. "