Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, December 25, 2008

Bila pemimpin umat Islam lupa diri dan memperlekehkan Hudud.

Saya agak kecewa apabila membaca tajuk artikel dibawah yang tersiar di Agenda Daily memetik kata kata atau kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak memperkecilkan hasrat dan matlamat Parti Islam seMalaysia untuk menegakkan Syariah Islam dibumi Malaysia ini.

'Pelaksanaan Hudud hanya mainan politik PAS – Najib

PAS dilihat sengaja membangkitkan isu lapuk apabila membangkitkan semula mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai isu politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai "isu lama" berkata pelaksanaan hukum hudud dan qisas sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan slogan politik mereka itu'

Saya ingin bertanya bakal Perdana Menteri Malaysia ini akan apa sebenarnya agama yang dianuti nya?

Siapa Tuhan nya?

Siapa Nabi yang diutuskan kepada nya?

Apakah berlainan Tuhan yang disembah oleh Mohamad Najib bin Abdul Razak ini?

Jika memang berlainan, saya tidak hairan akan cara manusia yang bakal dilantik oleh Yang di Pertuan Agong Malaysia menjadi Perdana Menteri negara yang kononnya 'Negara Islam' ini berkata dan memperlekehkan hasrat murni umat Islam yang berjuang melalui Parti Islam seMalaysia untuk menegakkan panji panji Allah dimuka bumi Malaysia ini!

Jika yang disembah Mohamad Najib Abdul Razak ini sama dengan kita umat Islam seMalaysia, saya ingin mengetahui apakah perkara yang membuatkan manusia ini sanggup bersekongkol dengan musuh musuh Islam di tanahair ini sehingga mudah mempertikaikan dan memperkecilkan niat pimpinan Parti Islam seMalaysia didalam memperdaulatkan Ad Deenul Islam?

Jatuh wajib keatas umat Islam apatah lagi mana mana pemimpin dan pemerintah yang beragama Islam untuk mentadbir dan memerintah negara atau negeri dibawah kekuasaannya berasaskan Kitab Suci Al Qur'anul Karim dan berpandukan Hadith Hadith Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Alasan bahawa negara ini bermasyarakat majmuk hanya memperlecehkan Keadilan Hukum Allah!

Apakah Najib dan Abdullah Badawi tidak percaya bahawa Syariah Islam yang diperturunkan Allah, Tuhan Semesta Alam itu adil seadil adilnya?

Syariah yang dipraktikkan diMalaysia sekarang ini umpama mempermainkan Ad Deenul Islam kerana tidak mengikuti peruntukkan syariah yang sebenar benarnya!

Inilah punca manusia baik Muslim ataupun Kaffir ditanahair kita ini tidak hormat kepada sistem perundangan Islam kerana hukum hakam Syariah di Malaysia ini berpandukan terjemahan manusia manusia berkerajaan BN yang mengubah hukum Islam sebenar kepada apa yang mereka sendiri menggubal mengikut kepentingan mereka sendiri!

Hukum zina dan maksiat dijatuhkan hukum denda wang ringgit sahaja dan tidak mengikut peruntukan PERINTAH ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA!!!

Pencuri dan penipu didenda dengan wang ringgit sahaja serta ramai yang dilepaskan kerana ada sangkut paut dengan parti politik pemerintah BN!

Pembunuh, perogol dan peliwat berleluasa diMalaysia ini kerana Hukum Hudud Allah tidak dilaksanakan!

Kerajaan Malaysia dibawah pemerintah sekarang dan Kesultanan Melayu keseluruhannya bertanggung jawab diatas keadaan ini kerana kesemua mereka yang di amanahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk mentadbir negara ini GAGAL MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB mereka terhadap seluruh warganegara Malaysia ini!

Dakwah al Islamiah tidak menjadi matlamat mereka tetapi sebaliknya asyik berhibur sepanjang masa sampai ke saat nak masuk liang kubur pun masih tidak sadar sadar diri lagi!

Apa benda yang susah sangat hendak difahami makhluk bernama Mohamad Najib ini tentang perlunya kita selaku umat Islam menegakkan Syiar Islam dengan sebaik mungkin didalam kehidupan kita yang bersifat sementara ini dengan peruntukan kuasa yang Allah Azza Wa Jalla kurniakan pada dirinya?

Apakah Najib merasakan dirinya akan hidup kekal selama lamanya dan boleh melupakan bahawa segala yang berkuasa sekarang ujud hanya dengan Izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Manusia yang sombong dan bongkak dimuka bumi ini akan ditimpa bala bencana baik semasa hayatnya mahupun setelah ruhnya berpisah keluar dari jasadnya sebaik tiba ajalnya!

Tidak terawal barang sesaat atau terlewat barang sedetik!

Sadar lah diri kamu wahai saudara Najib dan sebaik mungkin carilah jalan penyatuan ummah dari berkokok bongkak tanpa perlu terhadap hasrat sesama Ummah mendaulatkan Hukum Allah!

Kekadang musuh Islam itu bukan datang dari luar tetapi dari kalangan mereka yang mengaku sesama Muslim kita sendiri!

Kepada pucuk pimpinan PAS, saya menyeru agar tidak terus bersekongkol dengan musuh Islam dan terus berjuang secara istiqamah tanpa perlu menggadaikan prinsip perjuangan parti selama ini.

Jika tidak integriti parti PAS akan hancur berkecai reput seperti kayu dimakan anai anai!

Berwaspadalah terhadap serigala berkulit bebiri didalam permuafakatan bersama seteru seteru Ad Deenullah.

Baca : http://pemudabesut.blogspot.com/2008/12/kesan-perlaksanaan-hukum-hudud-kepada.html

15 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Assalamu 'Alaikum,
Barangkali dia dan sesiapa yang sewaktu dengannya tidak tahu bahawa pelaksanaan HUDUD adalah perintah dari Allah.
Na'uzubillah!

onn said...

Kalau begini... UMNO lah yang tolak HUDUD...!!!

Sekiranya UMNO setuju.... Insyaallah hukum boleh dilaksanakan.

Dan UMNO kena nasihat MCA dan GERAKAN supaya menyokong hal ini...!!

rosesNtheboyz said...

mengantuklah saya dengan drama mangkuk hayun mangkuk hayun ni semua

http:\\www.cabai-kering.blogspot.com

MoneyMatters@Nizam said...

Tuan,

Saya menyokong perlaksanaan HUDUD kerana ianya merupakan perintah drpd ALLAH SWT. PAS perlu mempunyai pendirian yang teguh di dalam hal ini.

Kenapa perlu takut dgn tentangan kaum Kufar ie: DAP, MCA, MIC, PKR, UMNO (sebahagian)? PAS berjuang kerana Allah ataupun kerana UNDI?

Hanya PAS shj yg boleh menjawab.

Tuan, kenapakah puak2 kufar itu begitu takut dgn perlaksanaan HUDUD. Jawapannya adalah kerana puak2 itulah yg selama ini melakukan segala jenis kejahatan, kemaksiatan. Hanya org yg berbuat salah shj yg berasa takut dgn hukum drpd Allah SWT itu.

Bagi yg bukan Islam pula terutama kaum CINA!!! Terpaksa saya jelaskan di sini. Kenapa mereka begitu takut kpd HUDUD. Kerana merekalah BAPAK kpd segal jenis AKTIVITI KEMAKSIATAN di bumi Malaysia ini.

Cth: Judi, Arak, Kelab Malam, Rumah Urut, Rumah Pelacuran, Along, Kongsi Gelap.

Tokey2 besarnya majoritinya adalah berbangsa CINA yg bersengkongkol dgn elit2 UMNO.

Yg menentang HUDUD tuang, adalah org2 politik CINA dan UMNO shj. Tetapi bagi org bawahan ini, jika mereka mendapati kebaikan HUDUD, sudah pastilah mereka tidak berasa bimbang lagi dgn kadar jenayah di Malaysia ini.

Cuma org2 politik shj yg bersikap begitu kerana ada kepentingan dan takut tidak BISA MENCARI MAKAN.

Semoga Allah mengampuni dosa2 kita semua.

amoker said...

Who is the musuh Islam?

Is it UMNO? Is it the Chinese?

Since the syariah is already in place for the Muslims, isn't it something to be celebrated? For me, the constitution on this country is secular and that is to be respected. The rampant crime is the result of an inadequate enforcement and not an inadequate law.

I respect Islam & have looked at Syariah law. Contrary to generalizations, the lowly chinese of me does not agree on syariah being the dominant law even after reading it.
Cheers

pez said...

malu kita apabila golongan dari pemimpin kita sendiri mempersendakan hukum Allah jalla wa alla.

semoga kita dihindari dari mereka ini dan semoga mereka diberi rahmat oleh Allah.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Prof.Dr.Abdul Wahab,

Bagi saya tidak ada ruang untuk pemimpin UMNO mahupun parti mana sahaja untuk keliru tentang hakikat Agama Islam.

Kita sekarang hidup didalam zaman sains dan teknologi serta berpeluang menimba ilmu dengan begitu mudah sekali melalui kehebatan pesarana komunikasi yang semakin hari semakin canggih.

Ilmu pengetahuan Islam tentang apa dia yang disuruh dan apa pula yang dilarang Allah Subhanahu Wa Ta'ala dapat diakses dengan satu penaipan sahaja di papan kekunci kita dari mana mana sahaja?

Saya tidak bersetuju dengan tanggapan kebanyakan orang bahawa mereka yang menjadi musuh dalam selimut kita jahil dan bodoh tentang Islam.

Sebaliknya mereka ini tahu akan kebenaran Islam cuma mereka dengan sengaja tidak mahu Syariah Allah berkuatkuasa dibumi ini kerana yang pertama sekali akan terpaksa berhadapan dengan sistem perundangan Allahu Ta'ala adalah diri mereka sendiri!

Jadi mereka tidak sanggup untuk bertanggungjawab keatas segala jenayah politik mereka.

Ini termasuklah pihak pihak Istana.

Dalam bahasa Inggeris. mereka ini tidak ada 'sense of accountability'.

MAHAGURU58 said...

Onn,

Tepat sekali pendapat tuan. Jika benar UMNO adalah sebuah parti politik yang terdiri dari umat Islam yang tulin, sudah lama negara ini ada kemungkinan menjadi Darul Islam yang sebenar.

Sekarang Darul Raflah kerana yang menentang Hudud adalah mereka sendiri.

Selagi UMNO tidak bertaubat nasuha dan berusaha mendaulatkan Islam bersama dengan PAS dan gerakan Islam yang lain, selagi itulah musuh musuh Islam yang lain akan terus menerus mempertikaikan matlamat PAS menegakkan Hudud di Malaysia serta menghina Agama Islam kerna UMNO sendiri menjadi batu penghalang terbesar ke arah menjadikan Negara Malaysia sebuah Negara Islam moden yang aman dan progresif.

MAHAGURU58 said...

Saudara Nizam,
Pada hemat saya. kita tidak boleh menyalahkan sesuatu bangsa secara khusus akan kemelut maksiat dan jenayah didalam tanahair kita ini.

Yang rakus melakukan segala macam jenayah maksiat dan seribu satu kesalahan besar didalam negara bukan hanya bangsa China sahaja!

Pelaku utama segala macam jenayah ini jika kita kaji dengan mendalam adalah orang orang Melayu sendiri.

Ini disebabkan `Ulul Amri yang dipertanggungjawabkan mentadbir negara gagal melaksanakan tugas mereka dengan tepat.

Islam hanya menjadi slogan kosong semata mata tanpa ada pengisian dan pelaksanaan hukum hakam Allah dengan keseluruhannya.

Tidak ada seorang pun dari pemerintah Melayu yang benar benar ikhlas mahu menegakkan Islam disini.

Sultan Sultan Melayu hanya menjadi hiasan semata mata dalam sistem pemerintahan Malaysia.

Kuasa Eksekutif terletak ditangan Perdana Menteri.

Bila PM sendiri ada caca marba didalam pengendalian urusan diri dan juga kerajaan pimpinannya, maka jangan terkejut bila puak puak musuh Islam yang terdiri dari semua yang tidak setuju akan pelaksanaan Hudud walau di Kelantan sendiripun terdiri secara umumnya dari orang orang Melayu UMNO sendiri dengan disokong oleh musuh musuh Islam lain seperti DAP dan mereka yang sepakat dengan mereka.

Saya rasa PAS perlu membatalkan ikatan bersama Setan DAP dengan segera dan berjuang secara jelas dengan umat Islam lain yang mahukan Islam.

Tidak ada ruang untuk kita berkompromi dengan sesiapa pun bila ia melibatkan soal penegakkan Syariah Allah yang Maha Adil.

MAHAGURU58 said...

amoker,

Whomsoever is against the implementation of Almighty Allah's Laws are the enemies of Islam.

That includes those who claim to be Muslims in UMNO.

As for your not wishing to be judged by Allah's Laws, it is your own personal opinion.

When you live in a country, you are obliged to observe its laws and follow its rules.

Unless you own the country, you are in no position to dictate otherwise.

The Malay saying,' Dimana bumi dipijak; disitu langit dijunjung' comes into mind.

As a citizen, we have certain rights and certain obligations towards our motherland.

As long as you are not being charged in a Shariah Court for a crime which the court does not have jurisdiction over you, there is no need for you or any other person to fret over the Hudud Code of Laws.

Just live as you please but please do not interfere in the case of us Muslims wanting to live under Almighty Allah's Laws.

No one's forcing our faith on you.

You can continue being a Christian or whatsoever ; as long as you do not encroach into Islamic Affairs.

Has any Muslim here in Malaysia come to you and stopped you from living as a Christian or stopped you from your preferred lifestyle?

I am sure that your answer is no!

So please, leave this matter to us to handle our own affairs and live in peace doing what you choose to?

Thank you.

MAHAGURU58 said...

amoker,

I recommend you to read the following article : http://pemudabesut.blogspot.com/2008/12/kesan-perlaksanaan-hukum-hudud-kepada.html

He has explained it well.

bungaraya said...

Inilah yang saya selalu katakan, jangan salahkan UMNO jika pemimpinnya membuat kesilapan. Pemimpin itu yang salah. Bukan UMNO. Saya tidak mahu menyalahkan parti ini, kerana selama ini sudah terlalu banyak kebaikan untuk Melayu dasn Islam yang diperjuangkan oleh parti UMNO. Jelas sekali jika pemimpinnya baik, UMNO akan menjadi baik. Jika pemimpinnya bacul, maka UMNO akan kenampakkan baculnya. Buang pemimpin tidak baik dan ganti pemimpin yang baik maka UMNO akan menjadi baik. Yang tiba-tiba bersekongkol dengan DAP tu adalah satu pendekatan yang silap yang dibuat oleh PAS. Bukankah elok masuk saja dan UMNO dan perbaikan UMNO. Jangan mudah come to conclusion dengan menyerah kalah. L:agi payah usaha PAS untuk memertabatkan Islam melalui berkawan dengan musuhnya DAP yang kini dianggap kawan.

SITI SPAGETTI said...

Satu lagi usaha musuh-musuh islam untuk menjatuhkan agama mereka sendiri.Kalaupun benar PAS gagal melaksanakan hukum hudud,mengapa kerajaan pusat tidak sama-sama berusaha unuk mewujudkan hukum hudud di Malaysia sedangkan pemimpin tertinggi mereka sendiri beragama Islam.

aliya said...

Assalamualaikum sifu,
I reckon that most people, whichever religion they belong to, are afraid of Hudud laws because they're afraid of being judged in this life. Now there're too many sins, too little retribution. Most have that "I-don't-care" attitude because they think death is the end of everything, and they won't suffer the consequences of their doings on earth. Secular laws make people feel safe because they can still alter them to suit their purposes but Hudud? The laws of Allah swt? No way!That's why people reject it because they're afraid of the truth. I support Nik Aziz's statement that Hudud is not any man-made laws but the laws of God. Either you're a Muslim who follows all Allah's instructions including abiding to hudud or you're a munafiq. Like Yvonne Ridley once said, "You can't be half-pregnant".

lan said...

benarlah bila mana ada ada pendapat kata musuh islam itu orang islam sendiri! sedih2