Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 22, 2008

DAP dah tunjuk tembelang sebenar mereka, PKR apa cerita pulak?

Molek benar lah DAP isytihar awal awal akan penentangan mereka terhadap cita cita PAS untuk menegakkan Hukum Hudud di negara ini sekiranya PAS berjaya menerajui pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia!

Terang dan jelas dan tidak berdolak dalih lagi. Maka sekarang giliran PKR pula untuk menjelaskan kepada semua termasuk pengundi berdaftar ini akan dimana kedudukan mereka berkenaan perkara ini?

Pada pilihanraya umum ke12, saya mengundi calon PKR untuk Parlimen Bandar Tun Razak iaitu Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Datuk Khalid Ibrahim yang pada hemat saya masih ada banyak kerja yang perlu beliau laksanakan untuk kesejahteraan kami, penduduk dan pengundi nya di Bandar Tun Razak dan kawasan kawasan sekelilingnya.

Saya mahu mendengar dari mulut Penasihat PKR sendiri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kedudukan nya beserta Parti Keadilan Rakyat mengenai cadangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud dan Undang Undang Syariah mengikut Kitab Suci dan Kalam Allah Subhanahu Wa Ta'ala iaitu Al Qur'an Al Karim dan Hadith Hadith Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam jika PAS berjaya menerajui Pakatan Rakyat memerintah Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti sepertimana diumumkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang dilaporkan Utusan Malaysia disini?

Saya akan menyokong mana mana parti politik yang benar benar mendaulatkan Islam dan tidak cuma beretorik sahaja mengenainya.

Saya menanti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang menegakkan Hukum Allah dimuka bumi Malaysia ini.

Sekiranya ada dolak dalih dari beliau serta PKR didalam perkara ini, maka didalam perjuangan saya sebagai seorang blogger Muslim Malaysia sudah tentu akan hanya menyokong barangsiapa yang mengotakan kata mereka berjanji untuk menegakkan panji panji Allah di tanahair ini.

Biar jelas seperti DAP yang kini terang terang mengakui menentang Ad Deenullah di negara kita ini.

Lim Guan Eng boleh lah berhenti lakonan drama swastanya untuk menegakkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa segala pengisytiharannya sebelum ini untuk mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz didalam pemerintahannya dipenggal ini kini bolos bagaikan tempurung kelapa yang bocor!

Alang kepalang berpolitik biarlah secara budiman dan tidak hanya menangguk di air keruh!

Kita tunggu jawapan PKR!

Hudud atau nak ikut cara puak puak sealiran Amina Wadud al Raflah Jingga?

Dari cara kenyataan demi kenyataan Anwar sebelum ini, hamba dah mula hilang keyakinan kepadanya untuk mengotakan katanya untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

Namun belum ke tahap hamba cuci tangan lagi?

Kita tengok sahaja apa jawapan Saudara Anwar?

Kebenaran tentang siapa musuh Islam didalam Pakatan Rakyat akan terserlah jua!

Insya Allah!

Selagi PAS tetap istiqamah didalam perjuangan mereka untuk mendaulatkan Islam dengan ertikata sebenar benarnya, sokongan blogger ini kepada perjuangan mereka tetap kekal dan akan terus kekal selagi hamba masih bernyawa.

Sayang PAS tidak bertanding di Bandar Tun Razak tempohari!

Jika tidak, tak terasa mengkelan lah didalam diri ini mengundi si polan yang mewakili kawasan kami di Parlimen Bandar Tun Razak.

Nak harap puak UMNO BTR, semua nya ego tak tentu arah!

Maka besarlah harapan saya agar pada PRU ke 13 nanti akan ada calon PAS berkaliber untuk mewakili kami nanti?

Mudah2an didalam PRU ke 13 nanti, keadaan kan berubah.

Insya Allah!

17 comments:

Maarof said...

Tuan Zainol,

Pendirian DAP memang tegas dari dulu lagi iaitu mereka menentang Hudud. Cuma saya nampak semalam PAS melalui Husham Musa tidak tegas atau konsisten. Di depan forum dan KJ dia kata akan laksanakan Hudud. Hari ini pulak saya tengok berita TV dia kata akan laksanakan Hudud jika kawan-kawan depa di PR setuju. Dah tahu DAP memang tak setuju mengapa cakap bagitu? Ini macam nak lepas tanggung jawab sahaja.
Betullah kata The Godfather 'Politics and crime are the same'. Ini bermakna politicians are criminals. Luckily I am not a politician.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Haji,

Itulah yang saya pelik sedikit melihat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpeluk sakan dengan Lim Kit Siang yang sejak awal awal lagi bersifat setegar Abu Jahal dan Abu Lahab lagi?

Karpal Singh dan keturunannya tetap tegar memerangi Islam serta ahli ahli DAP lain tetapi tetap pimpinan tertinggi PAS mahu bersekongkol dengan mereka?

PKR dari pandangan saya hari ini kini bertindak sebagai 'double agents' dengan bertukar tukar peranan bila bersesuaian dengan keadaan bagi mereka.

Secara terus terang memang saya sudah kurang yakin akan perkahwinan antara dua aliran politik yang berbeza diantara DAP dan PAS dengan perantaraan PKR melalui Anwar.

Anwar kelihatan seperti bertukar tukar watak bila berdepan dengan kaum India dan China serta berusaha menunjukkan dirinya masih sama bila berada di kalangan orang orang PAS.

Ini semua jelas menunjukkan bahawa ahli ahli politik tanahair kita hanya berdrama swasta sahaja mengabui mata masyarakat umum bila mereka berpura pura bersatu hati diatas pentas Pakatan Rakyat!

Tidur sekatil tetapi mimpi lain lain!

DAP dengan Malaysian Malaysia nya.

PKR dengan Keadilan bagi Semuanya.

PAS dengan janji Negara Islam mereka.

Semua mereka ini hanya bermimpikan satu sahaja.

Menduduki kerusi empuk Perdana Menteri di JPM, Putrajaya.

Rakyat cuma menjadi kuda tunggangan sahaja.

Atau selaku kertas tisu.

Selagi masih belum dipakai, disimpan elok elok dalam bekas.

Sesudah digunakan, hanya layak di tong sampahkan!

:(

lan said...

kesian kita tersepit, biarlah ikhlas berjuang kerna agama, bukan sekadar kepentingan diri.. hmmm

Maarof said...

Tuan Zainol,

Saya memang tak suka cakap politik kerana saya tidak pandai berpolitik. Tapi kerana dah terlanjur ni saya cakap lah sikit-sikit.

Saya tinggal di Seremban dan dari dulu lagi memang bergaul dengan orang-orang DAP ni. Siapa tak kenal Dr. Chen Man Hin dan Hu Sepang? Tapi Hu Sepang sekarang dah jadi baik macam Lee Lam Thye.

Tetapi mereka ni (DAP) memang konsisten dengan polisi-polisi mereka. Cuma PAS yang mengaku Islam tu tak konsisten.

Beberapa tahun dulu semasa malam sebelum Pilihanraya Umum Malaysia saya menerima satu risalah kempen dari PAS. Ia menyebut satu Hadith yang menyatakan perempuan tidak boleh jadi pemimpin. 'Jadi berdosalah sesiapa yang memilih calun perempuan di Pilihanraya esok hari' katanya. Kebetulan calon BN dari Wanita UMNO.

Tetapi kenapa pula PAS sekarang meletakkan calon-calon perempuan bertanding. Siapa yang sudah buat dosa ni?

Baru-baru ini saya lihat di TV Tok Guru Nik Aziz kata 'Orang yang dulu menentang Islam dah mula menyokong Islam'. 'Orang' itu DAP lah. Saya tergelak besar.

onn said...

ELOK KITA CADANGKAN SAJA UMNO MEMPERJUANGKAN ISLAM.....!

BAWAH PEMERINTAHAN UMNO LEBIH MUDAH LAGI...!

RAMAI ULAMAK MENYOKONG KUAT UMNO DAN MUSTAHIL ULAMAK DALAM KERAJAAN UMNO TAK TAHU HUKUM....!

IKIM, JAKIM, MUFTI, YADIM DAN BANYAK PERTUBUHAN ISLAM LAIN MESTI MENDESAK KERAJAAN UMNO TEGAKKAN HUDUD...!

mutakalim said...

Dearest mahaguru, ini satu lagi entry menarik dan saya setuju dgn tuan.
Politik adalah keperluan umat Islam tetapi jangan ia menjadi gunting untuk mengkerat dan memecahbelahkan umat Islam. Bagi saya, dalam mana-mana bab pun, sebagai orang Islam perlu kita mendaulatkan Islam. Umat Islam - walaupun apa fikrahnya - diharap tidak jadi umpama gunting tetapi jadi lah jarum yg menjahit dan menyatukan hati-hati manusia itu. Seperkara lagi, terima kasih kerana sudi menjadi follower blog saya http://ziarah76.blogspot.com/
Saya anggap ia satu pengiktirafan besar kpd saya yg dhaif ini. JazakAllah khair.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum lan @ hazifyusof,

Umat Islam Malaysia perlukan anjakan paradigma untuk keluar dari keadaan sekarang dan kembali menghayati Islam serta menghidupkan semula mana mana Adat Resam dan Semangat Melayu untuk menghadapi seteru seteru mereka didalam kancah politik tanahair.

Selagi Melayu masih memberi muka dan alpa terhadap ancaman dari puak musuh musuh Islam dan musuh Melayu ini, semakin beranilah puak puak seperti DAP dan yang sepakat dengan mereka mempersoalkan itu dan ini.

Sultan Sultan Melayu perlu sedar akan ancaman terhadap Umat Islam dan Kedaulatan Kesultanan Melayu sendiri dengan bangun bertindak memperkukuhkan institusi beraja dan hakikat bahawa jika tidak Baginda baginda Tuanku sendiri yang menerajui kebangkitan semula ini , maka pihak Istana perlu bersedia menghadapi kemungkinan Mamluk al Malaisiye ini berubah menjadi republik!

MAHAGURU58 said...

Abang Ma'arof.

Saya sudah lama tidak gemar melihat PAS ditipu oleh puak puak Kaffirin ini dan munafiqeen yang berselindung disebalik gerakan reformasi politik.

PAS perlu mencantas segala ikatan dengan barangsiapa sahaja yang memusuhi Islam walaupun mereka terpaksa hilang kuasa sementara ini di negeri negeri mana sekalipun!

Apa matlamat perjuangan PAS?

Apakah hanya kuasa politik bersifat sementara ini atau untuk melihat panji panji Allah berkibar megah di atas muka bumi Malaysia ini?

Sudah ramai yang berkata PAS hari ini sudah tidak istiqamah didalam landasan perjuangan Islam mereka dan sudah melupakan janji janji mereka untuk mendaulatkan Syariah Allah di tanahair ini.

Saya belum sampai ke tahap bersetuju dengan orang orang sebegitu namun saya sedang memantau perubahan perubahan ketara didalam dunia politik kita ini.

Bagi saya PAS dan UMNO boleh menyelamatkan keadaan sekiranya kedua parti terbesar orang orang Islam dan Melayu dinegara ini benar benar bergabung menjadi satu kuasa politik yang gagah!

Parti Muslim Bersatu Malaysia @ United Muslims of Malaysia Party atau United Muslims National Organization mampu menegakkan Undang Undang Syariah sebenar dan bukan secara mengikut tafsiran sekarang ini didalam sistem Undang Undang ciptaan manusia yang sedang digunapakai di Malaysia.

Insya Allah, Islam dan Melayu kan terbela.

MAHAGURU58 said...

Saudara Onn,

Bukannya UMNO serta mereka yang dikatakan sebagai Ulamak UMNO tidak sadar akan keperluan mereka memainkan peranan mereka dengan lebih aktif lagi didalam memperjuangkan Islam tetapi mereka seolah takut akan implikasi terhadap salah laku didalam pemerintahan mereka sendiri jika didaulatkan Syariah sebenar didalam sistem kerajaan yang sedia ada.

Hanya bilamana mereka insaf dan mahu bertanggungjawab terhadap perbuatan masing masing, baru negara ini boleh melihat Islam di amalkan seperti mana di perintah Allah SWT?

Buat masa sekarang, saya tidak nampak mana mana pihak didalam UMNO yang berani buat berani tanggung?

Namun, kita boleh mengusulkan kepada mereka jika ada yang mahu mendengar.

Insya Allah.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Saudara mutakalim,

Carik carik bulu ayam; lama lama bercantum jua.

Perbalahan politik diantara umat Islam seperti UMNO dan PAS, jika kena caranya pasti boleh diselesaikan dengan keadaan kedua pihak bekerjasama didalam satu gagasan Muslim Bersatu seperti yang kita semua mahu?

Soalnya, sanggupkah pemimpin pemimpin kedua parti politik terbesar umat Islam di Malaysia mengenepikan ego masing masing didalam pencarian persamaan perjuangan mereka terutamanya didalam bab mendaulatkan Islam di dalam negara ini?

Hanya jika itu berlaku, barulah masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang untuk kita semua akan terjadi.

Tentang saya mengikuti blog saudara, itu menunjukkan saudara menulis dengan baik dan saya suka membaca tulisan saudara.

Teruskan usaha murni saudara.

Insya Allah.

Wassalamualaikum wr wb.

bungaraya said...

Mahaguru58,
Salam,
PAS dan Penyokongnya sebenarnya tak reti-reti, Mereka khayal dengan janji manis yang hanya sekadar janji. Dari mula hingga kini, hanya sekadar janji semata.
Kononya berjuang dan pejuang Islam. Mana yang mereka perjuangkan? Sejak sekian lama keujudannya...hanya UMNO yang nampak nyata. Realiti dalam perjuangan atau retorik semata. Pandai berkata-kata, berpidato, tepuk tangan penyokong berkumandang setiap pidato diberikan oleh para pemimpin mereka yang bijak-bijak Al Quran dan Hadith Nabi, tapi mana yang mereka telah kotakan? Sekadar bercakap akupun boleh. Aku nak ujukan sebuah lagi Malaysia tengah-tengah Laut China Selatan. Bercakap siapapun boleh. Masalahnya adalah lagi sebuah Malaysia ditengah Laut China Selatan itu?. Begitulah PAS. Yang nyata hasil pertolongan mereka DAP memerintah dinegeri Mahaguru. Hasil pertolongan mereka Selangor diperintah PKR. Sekarang apa yang mjereka boleh perjuangkan didalam Pakatan Parti yang PAS terkandung sama? Kandang Babi. Itu bukan Hudud. Berpangkal dengan huruf H juga tapi bunyinya lain HARAM.

MAHAGURU58 said...

Saudaraku bungaraya,

PAS perlu membersihkan parti dari kelompok yang 'pepat diluar; rencung didalam'.

Mana mana petualang yang membelakangkan perjuangan parti harus disisihkan dari memegang apa apa jawatan.

Masaalahnya, PAS terutama sekali para pimpinannya pantang di tegur!

Tidak ada ruang bagi ahli ahli PAS membantah dek kerna ada 'unwritten law' bahawa kesemua ahli PS kena mengamalkan ' Samieq Na ; Wa `A taqna!' @ 'Kami dengar dan Kami ta'at'.

Ada blogger blogger penyokong PAS yang kerap menegur pucuk pimpinan PAS tetapi teguran mereka tidak diendahkan.

Matlamat menghalalkan cara!

Tuan tentu masih ingat akan kenyataan TG Nik Aziz bahawa beliau sanggup bekerjasama dengan Syaitan DAP untuk menjatuhkan musuh utama PAS iaitu UMNO?

Jadi bagi saya, itu tidak lebih dari pendirian egois seorang makhluk.

Sama sahaja dengan pendirian saya bahawa setiap dari kita tidak sempurna ataupun maksum, bersih dari noda dan dosa?

Biar orang seperti Anwar Ibrahim, idola PKR sendiri kerna bagi saya barangsiapa sahaja yang menimbulkan masaalah kepada Islam, ianya musuh saya!

Titik!

Saya tak peduli samada musuh ini lulusan Al Azhar sekalipun!

Inikan pula cuma politikus semasa?

Saya lebih rela mengidolakan Muhammad ibni Abdillah, Sallalahu Alaihi Wassallam dari mereka yang sanggup menggadaikan masadepan ummah demi kuasa politik sementara!

Taat kepada Allah dan Rasul!

Itu lebih afdal dari taat membuta tuli terhadap politikus yang hanya gilakan kuasa dan sanggup menjahanamkan sesama Ummah, bangsa dan negara!

PAS dan UMNO tidak ada pilihan lain lagi!

Bergabunglah demi Allah dan Rasul dan bersatu menghadapi musuh musuh Islam!

Sultan dan Raja Melayu harus bertindak mengusulkan perkara ini demi kesejahteraan ummah!

Jika tidak, tunggu sajalah natijahnya!

Jangan sampai sejarah pahit berulang kembali!

Sultan Sultan Melayu pernah menggadaikan tanahair ini kepada penjajah British dahulu.

Jika tidak kerna UMNO dan perjuangan umat Melayu Islam, sudah lama Kesultanan Melayu akan tinggal kenangan sahaja.

PAS wajib membimbing UMNO ke arah mendirikan Gagasan Ummah untuk memperdaulatkan Ad Deenullah!

Hanya Amanat Allah dan Rasul yang patut dijadikan matlamat kedua dua parti umat Islam ini dan perbezaan politik diantara UMNO dan PAS harus diselesaikan secara saksama dan adil bagi kedua pihak.

Tegakkan Al Quran dan lihatlah hasilnya nanti!

Jika benar UMNO terdiri dari orang orang Islam sejati sama seperti PAS, maka usah berlengah lagi!

Bersatu dan Perkasakan Ummah ! Musuh Islam semua pasti kan Lemah!

Insya Allah!

MoneyMatters said...

Salam Tuan,

Soalan saya. Kenapakah Abu Jahal, Abu Lahab DAP itu bimbang sangat dgn hudud? Sedangkan hudud itu hanyalah untuk UMAT ISLAM dan satu optional kpd bukan Islam.?

Lim Guan Eng @ Abdullah Bin Ubai moden. Itupun Hj Hadi, Husam Musa boleh terpesona dgn watak2 MUNAFIKAN KAFIRUN itu, tetapi dlm masa yg sama Nik Aziz menganggap UMNO yg sesama Islam itu seperti 'bukan Islam' .Tegar sungguh kebencian PAS terhadap UMNO berbanding dgn layanan PAS terhadap DAP yg terang2an memerangi ISLAM.

Anwar Ibrahim? Ini tak payah lagilah nak dijelaskan tuan. Sesumpah politik yg bebal dan standard Abdullah bin Ubai ketika berhadapan dgn puak2 kafirun dan Islam nadanya pasti akan berlainan sama sekali.

Semoga Allah menyelamatkan Islam yg tercinta ini drpd pupus di dalam tangan UMAT-UMAT ISLAM yg bodoh lagi bangang ini.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan Hal Ehwal Fulus,

Tepat sekali terjahan tuan!

Umat Islam seMalaysia wajib bertaut kembali menjadi satu gagasan perkasa mencantas musuh musuh Islam dan mengembalikan maruah agama, bangsa dan negara.

Yakin boleh! Ketepikan hasrat peribadi hendak menjadi jaguh kampong dan fikirkan akan nasib sesama Ummah!

Ingat bahawa hidup duniawi ini hanya bersifat sementara namun perjuangan kita disini akan mendapat timbal balasnya di Yaum al Barzakh dan Insya Allah di Akhirat kelak?

Mudah2an UMNO dan PAS bersatu dengan ertikata sebenarnya dengan menegakkan Syariah Allah dengan kadar segera.

Amin.

Tuesday, 23 December, 2008

Anonymous said...

DAP, PAS... which one?


Anyway

Wishing you and your families a very happy Christmas and a healthy and prosperous New Year.

I am looking forward to a challenging but exciting 2009, when I will be encouraging us all to do whatever we can to support each other, in all that we do across the World. In this regard, I would welcome your individual thoughts early in the New Year, on how we can best support each other moving forward and what changes you would like to see, in order to facilitate that improvement.

Warmest regards and a big thank you to everyone for your efforts in 2008.

k9999a said...

Assalamualaikum.

Awal2 lagi sebelum PRU saya dah katakan pd sahabat2, PR adalah suatu pembohongan dan PAS tak wajar sama sekali mengorbankan prinsip parti. Saya pun tidak mengndi kerana mana pun yang diundi boleh mencelakakan.

Setelah PR menang beberapa negeri keadaan Melayu makin teruk seperti yang saya jangkakan. Musyrik tetap musyrik. Tergelak saya bila ada yang mengatakan LGE nak bawa cara Khalifah Umar Abdul Aziz. Boleh dipercayai kata2 org kafir sampai cmtu? Kalau betul suka cara Umar sepatutnya jangan bertanding, ikut jer PAS, bukannya cuba jadi pemimpin tetapi tak tahu apepun pasal Islam dan khalifah.

Ada juga yang katakan DAP kafir harbi ( nak kpd Islam - betulkan kalau salah). Tergelak juga saya, yang cakap cmtu sorg Ustaz pulak tu. Mintak dalil tak sanggup pulak bagi. Kalaulah betul nak kepada Islam then jangan bertanding la, bubarkan DAP, semua join PAS bawak ISlam, ni baru betul nak kpd Islam. Kalau setakat cakap nak jer terus percaya dan kita pulak beri undi. Memang bangang la kite ni.hehe..

Selepas beberapa ketika, saya terus memerhati pergolakan politik Msia, pada saya 'mungkin' Nik Aziz ade muslihat tersendiri disebalik persekongkolan mereka dgn DAP. Wallahuaklam. Mungkin dengan cara ini mereka boleh mendekati dan membetulkan persepsi pengundi bukan Islam pd PAS seperti pengundi di Kelantan yang sudah kenal PAS. Apapun wallahuaklam. Harap ada kebaikan untuk ISLAM.

Untuk menjadikan Msia negara Islam PAS perlu buka keahliannya kepada bukan Islam. Keahlian boleh bersifat sama rata namun untuk jadi pemimpin bersyarat seorang Islam yang 'ahli'(sptmana disyaratkan ISlam sendiri). Pemimpin kalangan bukan Islam mungkin boleh dilantik khas untuk mereka mana yangs sesuai. Ahli bukan Islam mest patuh kpd perlembagaan parti dan perjuangan parti iaitu ISLAM. Maka walaupun mereka bukan Islam tetapi mereka tunduk dibawah perjuangan Islam. Mereka ini turut memperjuangkan Islam walaupun bukan Islam. Mereka inilah yang boleh disebut sebagai kafir harbi.

Anonymous said...

Salam Mahaguru58,

Politik adalah seni untuk mendapat, mengekal dan mempertahan kuasa memerintah atau mentadbir. Beralaskan kepada prinsip Machievelli ' The ends justify the means' politikus akan sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamat politiknya.

Malangnya, doktrin ini turut dianuti oleh politikus muslim. Dalam PAS sendiri kecenderungan begini seakan diperhatikan wujud apabila PAS berpakat dengan DAP.

Saya cuba memahami kewajaran syarie dalam muafakat politik ini walaupun sedikit skeptikal terhadap pakatan PAS-DAP ini.

Namun saya masih berharap PAS ikhlas dan tidak menjadi opurtunis politik yang desperate hingga sanggup bersekongkol atau tunduk dengan DAP. Saya cuba berhusnudzan dengan PAS kerana terdapat ulama'2 yang ikhlas berjuang melalui wadah siasah demokrasi di negara ini.

Tidak mungkin ulama' ini gagal memahami peringatan Allah dalam ayat yang mashyur "Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasara sehinggalah orang Islam mengikut millah mereka."

Saya berharap PAS lebih kuat lagi pasca PRU ke-12 untuk mendefinisikan iklim politik tanah air. UMNO pula perlu berubah kerana isyarat dari rakyat sudah terlalu jelas. Tiada apa yg lebih utama melainkan mencapai mardhatillah untuk menegakkan agama, bangsa dan negara.

Wallahua'lam