Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah!



















Assalamualaikum saudara saudari seIslam dengan saya!

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah' kepada tuan puan bersama pasangan anda serta ahli keluarga yang tercinta!

Semoga tahun baru hijrah ini membawa seribu satu rahmat dan berkat dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi kita semua.

Muslimin dan Muslimat, kita sekarang ini berada di Akhirul Zaman.

Kita sentiasa terdedah kepada pelbagai macam ujian dan fitnah dari musuh musuh kita termasuk dari desakan hawa nafsu kita sendiri. Tidak sunyi diri kita dari menghadapi pelbagai cabaran baik peribadi, spiritual, emosi , ekonomi dan macam macam lagi.

Hidup kita hari ini terdedah kepada segala macam penyakit yang sebelum ini tidak pernah diketahui manusia. Makan minum kita dizaman ini sentiasa terdedah kepada pencemaran dari pelbagai macam punca dan juga disebabkan kelalaian manusia sendiri.

Alam sekitar kita turut tercemar dek kerna sifat rakus manusia yang senantiasa menghancur dan menghapuskan alam semulajadi diatas alasan pembangunan. Bukit bukau diteroka dan hutan simpanan ditebang dan digondolkan diatas alasan membina kediaman eksklusif untuk mereka yang berada.

Hasilnya bumi ini menjadi mangsa dan kehidupan flora dan fauna turut termusnah. Peristiwa gelinciran tanah di Bukit Antarabangsa yang meragut nyawa manusia dan haiwan menjadi satu titik tanda bahawa setiap perbuatan manusia ada natijahnya.

Kalau baik caranya, baiklah hasilnya. Sebaliknya bila alam dicerobohi dengan niat dan hasrat yang tamak dan haloba, maka begitulah yang akan terjadi. Imbangan alam semulajadi akan rosak dan semua kehidupan akan terjejas.

Begitu juga dengan kita ini.

Sebagai Muslim, kita kena sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kita. Kehancuran moral dan kealpaan kita terhadap tuntutan agama akan membawa kepada kemusnahan ummah dan kehilangan jatidiri setiap Muslim di Malaysia ini dan juga diseluruh dunia.

Kita tidak boleh leka dengan kesenangan hidup kita dan hanyut bersama sama mereka yang cenderung kepada dunia hiburan sepanjang masa saja.

Ada waktu untuk kita bersuka ria dan ada kalanya kita perlu bertafakur sujud menghadap Allah!

Masaalahnya kita ini senantiasa disajikan dengan pelbagai macam hiburan setiap masa dan ketika sehingga anak anak sekecil tahun dua dan tiga turut dididik menjadi pelapis penghibur tanahair.

Hasilnya kita kini memiliki masyarakat Muslim Malaysia yang hanya Islam pada nama sahaja dan usaha mana mana pihak untuk mendaulatkan Islam didalam ertikata sebenarnya diperangi bukan sahaja oleh musuh musuh Islam seperti DAP dan mereka yang sefikiran dengan mereka tetapi juga dari kalangan pihak Istana sendiri yang mengkhianati amanah dan harapan manusia seperti kebanyakan kita ini.

Oleh kerana itu tuan tuan dan puan puan yang saya amat hormati, marilah kita memperbaharui azam kita untuk memperkemaskan akidah kita. Betulkan kembali mana mana amalan ibadat kita. Fahami ajaran ajaran agama kita dan kembali hidup sebagai umat Islam yang sebenar benarnya dan tidak lagi mengambil mudah akan iman dan amal kita.

Diri ini senantiasa menghadapi cabaran demi cabaran didalam usaha saya membetulkan peribadi saya dan saya sentiasa merindukan keadaan dimana saya dikelilingi oleh sahabat sahabat dan ustaz ustaz saya semasa saya di Pulau Pinang.

Saya rindukan suasana hidup disana kerana saya akan sentiasa berada di Masjid Kapitan Keling dan dapat menjalankan aktiviti dakwah bersama kawan kawan saya Haji Mohd Yassin, seorang murid sufi Syaikh Nazim, rakan seperjuangan saya Haji Kamaruddin Abdullah, Pengerusi Islamic Propagation Society International, Imam kami Datuk Syeikh Abdullah Bukhari, Ustaz Haji Abdul Latif, dan ramai lagi rakan dan taulan saya yang sentiasa bersama saya mengimarahkan masjid kesayangan kami itu.

Hidupnya saya di Kuala Lumpur ini ada kalanya terisi juga dengan sokongan dan sambutan dari tuan tuan yang sefikrah dengan saya dan saya terasa kasih sayang dari anda semua untuk terus bermujahadah dilaman blog ini demi mendaulatkan Islam dan kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Muhammad al Mustafa, Habibullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Terimakasih saya ucapkan pada semua diatas sokongan anda ini.

Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf sekiranya ada tulisan saya yang mengguris perasaan sesiapa diantara tuan tuan dan puan puan seIslam dengan saya.

Hanya Allah Azza Wa Jalla sahaja yang Maha Sempurna dan hambanya ini hanya segenggam tanah yang kini hidup diatas Izin dan EhsanNya.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah!

Abdillah,

Zainol Abideen.
Bandar Tun Razak,
Kuala Lumpur.

14 comments:

Harimau-Menaip said...

Assalamualaikum Tuan.

Agak pedas tetapi itulah kebenaran. Selamat Tahun Baru Hijrah Tuan.

Wassalam.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam dan terimakasih Tok Rimau.

Hamba akan berada di Kuantan menjelang malam nanti untuk menyambut ulangtahun perkahwinan hamba dengan isteri tercinta yang ke6 yang jatuh genap pada esok hari.

Doakan kami!

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

pez said...

assalamualaikum tuan zainol.

ingin saya panjatkan doa kepada saudara2 kita di palestin yang setakat ini sudah 300 org terkorban di bwh 'offensive' tentera israel.tambahan pula,salahuddin ayub ketua pemuda pas mengajak kita semua dalam perhimpunan intifadah di hadapan kedutaan amerika syarikat di jalan tun razak esk hari.moga Allah memanjangkan rezeki agar kita dapat bertemu esk hari.
linknya terdpt di http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=2007&Itemid=2

saya meminta tuan agar mendoakan saya j krn saya akan mengambil result pmr esk hari.semoga kepada Allah segala urusan kita pergi.

Anonymous said...

Selamat Tahun Baru Hijrah,

semoga palestin jadi peaceful.

MoneyMatters@Nizam said...

Salam Tuan,

Salam Maal Hijrah. Semoga Tahun Baru ini disirami sentiasa dgn Rahmah Allah SWT.

Marilah sama-sama kita berdoa agar saudara2 kita di Palestine diselamatkan oleh Allah SWT drpd kekejaman REJIM ZIONIS.(mcm ni ke yg Pak Lah kata jgn baling kasut pada BUSH).

Menitis airmata saya menonton berita mengenai kekejaman ZIONIS.

aliya said...

Assalamualaikum sifu,
Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah. Juga Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke6, semoga terus berbahagia bersama isteri tercinta sehingga akhir hayat.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam pez,

Selamat Awal Muharram 1430 Hijrah untuk pez sekeluarga.

Semoga pez lulus dengan cemerlang didalam peperiksaan PMR dan terus belajar dengan tekun untuk menjadi seorang Muslim berjaya pada masa akan datang.

Berkenaan serangan Rejim Zionis Israel, ianya bukti bahawa selagi umat Islam tidak kembali menghayati ajaran ajaran Islam dan mengamalkan Sunnah Nabi, umat Islam akan terus menghadapi serangan serangan sebegini kerana mereka tidak taat kepada Allah SWT dan lupa kepada segala pesanan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Didalam Al Quran Allah SWT berfirman menyuruh kita mengubah nasib kita sendiri dan untuk kita memperkasakan diri serta memerangi mereka yang bermusuh dengan kita tetapi kebanyakan negara negara Islam asyik memilih sikap bersabar dan bertoleransi kononnya sehingga kini terkenal dengan sikap mengambil mudah terhadap amalan amalan yang dituntut dalam Islam.

Ini natijahnya bila umat Islam tidak berani dan bersikap dayus terhadap musuh musuh mereka.

Negara kita sudah merdeka sejak 1957 tetapi sehingga ke hari ini tidak mendaulatkan Islam pada tempat sewajarnya.

Mereka yang memerintah negara ini mendakwa diri sebagai Pemelihara Agama Islam tetapi hanya pada nama sahaja.

Kehidupan Pemerintah baik di Putrajaya mahupun di Istana Istana Negeri tidak mencerminkan kehidupan yang dianjurkan Rasulullah SAW sepanjang masa.

Saya kepingin melihat Sultan Sultan dan Raja Melayu tampil kemuka menunjukkan contoh kepimpinan dan keberanian yang ditunjukkan pahlawan pahlawan Islam seperti ketokohan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq, Saiyidina Umar Al Khattab, Saiyidina Ali Ibni Abi Talib, Saiyidina Hamzah,Saiyidina Khalid Al Walid, Salahudin Al Ayubi,dan lain lain lagi.

Menyingkap kembali dedaun masa Sejarah Melayu, kita pernah ada Sultan Melayu berwibawa seperti Sultan Mansor Shah dan Sultan Alau'din Ri`ayat Shah yang masyhur bijak memerintah negeri Melaka sehingga kadar jenayah di Melaka dapat dibendung dengan jayanya semasa kepimpinan Almarhum.

Mana dia tokoh tokoh sehebat itu di dunia tanahair kita sekarang?

Negara negara Arab kaya raya dengan hasil minyak yang dianugerah Allah SWT kepada mereka tetapi kebanyakan dari mereka sibuk bermewah mewah dengan segala macam perkara yang tidak membawa manfaat kepada rakyat mereka dan umat Islam sedunia.

Di Dubai, mereka yang kaya raya membelanjakan berbilion dolar untuk mendirikan istana istana mewah dan bangunan pencakar langit untuk berbangga dengan kekayaan mereka tetapi mereka lupa kepada saudara seIslam dengan mereka yang kebuluran di Gaza, Palestin.

Mereka sanggup berpesta pora dan tenggelam didalam lautan maksiat sementara anak anak kecil mati kehausan dibumi Anbiya.

Mereka bercium cium pipi dengan musuh musuh Islam dan berseronok dengan petualang petualang dari negara kaffir harbi dan membiarkan bumi Palestin terus dimusnahkan sepertimana kita menyaksikan sekarang!

Memang semua ini sudah 1430 tahun disabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa umat Islam di Akhir Zaman ini hanya seumpama buih ombak dilautan.

Berbilion orang tetapi hampeh! Tidak ada kekuatan atau semangat juang yang ada pada umat Islam dizaman Nabi dan para Sahabat Baginda SAW.

Malaysia seperti biasa akan hanya jadi seperti bidalan 'SiLuncai terjun dengan labu labunya'.

Amerika dibawah pemerintahan Barack Hussein Obama tetap tidak akan membantu meredakan ketegangan di Timur Tengah kerana dirinya terhutang budi kepada lobi Yahudi di Amerika Syarikat dan Eropah.

Obama pada hemat saya tidak akan berupaya menyekat Rejim Israel dari terus memusnahkan bumi Palestin dan membunuh rakyat Palestin kerana ia telah berjanji membela Israel semasa ia melawat bumi yang dijajah Zionis itu sebelum ia dilantik menjadi Presiden Amerika lagi!

Bacalah di akhbar hari ini bagaimana pemimpin Zionis berkata bahawa Obama sudah memberi lampu hijau kepada mereka untuk menyerang pejuang pejuang HAMAS diatas alasan kenyataan Obama bahawa ia tidak akan berdiam diri sekiranya ada musuh membedil kediamannya ketika kedua anak perempuan nya sedang tidur dan akan menggunakan segala daya upaya nya untuk mengajar dan menyerang musuh nya kembali!

Ini lah alasan rejim Zionis Israel itu untuk melancarkan perang terhadap Semenanjung Gaza sekarang!

Saya kini berada di Kuantan, bercuti menyambut ulangtahun perkahwinan saya yang ke7 - bukan ke 6 seperti saya tulis sebelum ini.

Kiraan Takwim Hijrah. :)

Sebagai rakyat kita hanya mampu berdo'a agar saudara saudara kita di Palestin akan mendapat pertolongan dari pemerintah pemerintah di Timur Tengah tetapi bila memikirkan bahawa selama ini kesekelian Raja Raja Arab hanya menjadi seumpama 3 Beruk MakYeh yang pejam mata, menyumbat telinga dan memplaster mulut terhadap kekejaman Rejim Zionis Israel terhadap warga Palestin, saya tidak boleh menggantung harap pada mereka.

Entahlah!

Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui akan apa yang akan terus berlaku esok?

Wallahu `Alam Bissawab.

MAHAGURU58 said...

Edi,

Terimakasih diatas ucap selamat anda.

I pray for the same bro.

From what I know, it is only America that Israel might ever listen to for the Americans are their main sponsors and as long as Obama continues to say one thing and do another, the Israelis are gonna keep pounding the Palestinians to Kingdom Come.

The Arabs are emasculated and lack the willpower to do the right thing.

They are too busy enjoying themselves with all the wealth coming from the God given Oil Wealth to bother defending their brothers and sisters in Gaza or Occupied Palestine.

The OIC will as usual just 'SEE'.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Nizam Money Matters.

Terimakasih kerna sudi mengirim ucap selamat kepada saya.

Pada pandangan saya, segala apa yang di sabda Baginda Rasulullah SAW 1400 lebiih tahun dahulu kini sedang ternyata satu persatu.

Selagi umat Islam tidak kembali kepada cara hidup yang dianjurkan Nabi, selagi itulah mala petaka ini akan terus berlaku.

Raja Raja kita akan terus berhibur dengan konsert konsert di raja dan pemerintah Malaysia akan terus bermewah dengan segala apa yang mereka mendapat percuma dari hasil jerih perit rakyat.

PAS akan terus berdemo depan Kedutaan Amerika tetapi berdakap erat dengan DAP yang anti Islam pada waktu yang sama.

PKR akan terus fokus pada kerusi PM di Putrajaya dan pencacai pencacai di laman blog akan terus menghina Islam selagi mereka tidak dikesan dan ditangkap oleh Bukit Aman.

Ini realiti semasa.

MAHAGURU58 said...

Wassalamualaikum aliya.

Terimakasih diatas ucapan Selamat Awal Muharram 1430 Hijrah dan diatas ucap selamat ulangtahun kami.

Ada kesilapan perkiraan lah Cikgu.

Masuk Awal Muharram ini dah 7 tahun perkahwinan kami. Hehehehe..

Terimakasih diatas doa cikgu.

Saya doakan Cikgu pun sama turut berbahagia dengan Pak Anjang. :)

pez said...

begitulah sebenarnya pengelibatan amerika dalam konflik tetapi saya amat pelik dan ragu2 krn media israel kdg2 lebih adil dalam reportingnya jika dibandingkan dengan media amerika.

jika media amerika nytimes.com,banyak laporan tntg bhwasanya 'offensive' ini menunjukkan bhwsanya israel masih berdaya menentang musuhnya.namun jika kita lihat di haaretz.com news portal israel,ia menyatakan tntg offensive ini bukan ditujukan shj kpd hamas ttp kepada semua umat palestin setelah melihat 'casualties'nya.

pada pendapat saya,ini menunjukkan bhwsanya pemimpin israel dgn kwn baiknya amerika yang ingin kan konflik ini berterusan.penduduk israel dan palestin dah 'had enough' dan hanya mahukan keamanan untuk anak2 dan waris mrk.

oh ya,Allhamdullilah tuan saya berjaya mencapai keputusan 8/8 A.syukur kpd Maha Suci Allah.

MAHAGURU58 said...

Syukur Alhamdulillah pez diatas kejayaan kamu mendapat 8A didalam PMR!

Semoga kamu terus menjadi seorang Muslim yang berjaya didalam kehidupan kamu.

Salam Maal Hijrah dari saya,
Zainol Abideen @ MAHAGURU58,
berblog secara langsung dari Restoran Asam Pedas,
Chukai, Terengganu Darul Iman.
15:47 Ptg.
1 Muharram 1430 Hijrah.

Mr Bojangles said...

Assalamualaikum Bro.
Have been quietly following your blog and am impressed with your "coverage" --Islam, our so called Islamic leaders, their lack of leadership, conflicts in the mid-east, and of course, lately, your Uptrend endeavours.

Even as I write I can hear the TV news talking about the "7th day of Israeli forces hammering the Hamas militants." And the language is such that it portrays the Israelis as using legitimate force against terrorists, that they are the good honorable guys fighting a wicked inhuman enemy. And the media of course plays along and continues this deception. As long as this one sided stories continue, there will be little hope for justice in the mid-east. May the innocent victims of these atrocities find some solace soon.

Good to know about your 7th anniversary in Kuantan. I too have some links there...Insyallah we'll get a chance to meet. And your Uptrend enterprise looks most interesting. Maybe I'll follow up with you on that, if my motivation is strong enough!!

Take care. Wassalam

onn said...

Salam maal Hijrah 1430H.

Semoga Tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.

Semoga kesihatan dan rezeki sdr lebih baik dari tahun sebelumnya.

Dan teruskan mengakkan keadilan dan kebenaran.

Aminnn...