Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, December 27, 2008

Trajedi Memali- Kenapa Musa Hitam dan Radzi Ahmad terlepas?

Assalamualaikum wahai Muslimin dan Muslimat seMalaysia.

Masih ingatkah tuan tuan dan puan puan akan pembunuhan penduduk penduduk Kg.Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman oleh pasukan polis dibawah arahan Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan disokong oleh Radzi Ahmad, Timbalan Menteri Dalam Negeri?

Mangsa mangsa pembunuhan itu termasuk seorang ulamak tempatan bernama Ustaz Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai 'Ibrahim Libya' oleh murid murid Arwah dan ahli ahli PAS.

Jangan sekali kali kita lupa akan dosa dosa besar Musa Hitam dan Radzi Sheikh Ahmad serta Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad yang pada hemat saya sudah tentu tahu akan segala perancangan Musa Hitam dan penyokongnya!

Pasukan Polis Hutan, FRU Kedah, Perlis dan Pulau Pinang ditipu oleh pemerintah mereka bahawa yang hendak diserang adalah sebuah kem komunis di sempadan negara kita dengan Thailand tetapi sebenarnya hendak menghapuskan pusat aktiviti Dakwah Ustaz Ibrahim Mahmud yang banyak berjasa kepada penduduk Kg Memali dan persekitaran Baling.

Niat jahat puak UMNO dibawah pimpinan mereka ketika itu berakhir dengan pembunuhan beramai ramai orang orang kampong Memali yang beragama Islam dan menyokong PAS.

Saya tertanya tanya kenapa sampai sekarang pihak perundangan negara ini boleh membiarkan sahaja pembunuh pembunuh penduduk Kg Memali terlepas bebas tanpa sebarang pendakwaan?

Mana dia janji Karpal Singh untuk membela penduduk Kg Memali seperti dilaungkannya semasa Forum Keadilan di Dewan Sri Pinang pada tahun 1999?

Hilang lesap ditelan masa?

Ikutilah rakaman Tragedi Berdarah Kg.Memali divideo berikutan:

12 comments:

Rauff said...

I did a research on what happened in Memali when I was still studying. We went to the National Archinve, National Library, scour the net for unreleased reports and even went to Memali to interview a few people.

The story we found out is that even the local police did not want to disturb the peace of the village. Thus police forces from other states had to be called in.

There are many things that were kept hidden from the public but after doing my own research my friends and I felt the biggest threat at that time was not Ibrahim Libya but the Government it self.

lan said...

baru saya tahu kisah nya, terima kasih syeikh

Maarof said...

Masih ada komunis di sempadan Malaylia Thailand pada tahun 1985? Kalau penulis semula skrip video RTM ini nak buat cerita baru buatlah cerita yang boleh masuk akal!

cikgu said...

semasa peristiwa Memali saya masih lagi penyokong kerajaan tetapi tidak merestui tindakan mereka untuk membunuh ulama. Semoga videoclip ini akan dilihat oleh pengundi di Kuala Terengganu.

Zolkharnain Abidin said...

Ust Fadhil pernah berkata, "Fitnah yang tidur jangan dikejutkan. Sesiapa yang mengejutkan fitnah yang tidur dia mengundang kutukan".

Tiada siapa lupa peristiwa memali tetapi ia tidak perlu menjadi bahan politik murahan, ia adalah nyawa.

Jangan guris kembali hati-hati anak-anak mangsa.

Saya tak setuju ini menjadi bahan kempen pilihanraya samada di KT atau dimana sahaja.

Musa dan Radzi atau sesiapa sahaja boleh terlepas di dunia, tak apa kita ada mahkamah kedua dengan hakim yang lebih adil.

Saya rasakan perinstiwa ini tak wajar dibongkar kembali.

PAS Baling pun tidak lagi membuat sambutan hari mengingati memali yang suatu ketika dulu pernah dibuat.

Sekian terimakasih.
http://wwwbongkarsauh.blogspot.com/

bungaraya said...

sAYA KIRA PENYOKONG umno DAN bn TIDAK DAPAT DIPERSALAHKAN DENGAN PERISTIWA MEMALI. sEMUA PEMIMPIN umno YANG uSTAZ SEBUTKAN SUDAH TIDAK BERKUASA LAGI. jADI SAYA TIDAK ADA SEBARANG POSITIF MAUPUN NEGATIF KOMEN.
sEBAB ITULAH DIPADANG mSYHAR KELAK, uMARAK AKAN DISOAL BANYAK SOALAN DAN RAMAI DIANTARA MEREKA YANG AKAN MASUK MENERIMA HUKUMAN TERLEBIH DULU. kAMI HANYA SAYANG umno, pEMIMPIN BERSILIH GANTI. kITA AMBIL YANG BAIK KITA BUNAG YANG JAHAT.
jIKA KITA BERGADUH SESAMA SENDIRI DAN AKHIBATNYA SYIAR ISLAM TERGANGGU GUGAT, MAKA DOSANYA KITA SAMA -SAMA AKAN MENANGGUNG.

Al Zubir Rusinin said...

Hancurlah Malaysia kalau Musa Hitam yg jadi Perdana Menteri. Saya betul2 tak merestui tindakan Musa Hitam. Kenapa tidak diselesaikan secara perundingan sebaliknya tindakan keganasan diambil. Saya masih ingat lagi peristiwa tersebut tetapi saya masih kecil lagi. Saya sangat sedih kenapa bunuh orang Islam. Saya juga penyokong Kerajaan. Itulah sebab kau tak lulus jadi PM.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan tuan semua.

Saya menulis artikel ini bukan dengan niat mahu mempengaruhi pilihanraya kecil di KT atau apa apa?

Saya terkenangkan mangsa mangsa Kg Memali yang tidak terbela sampai sekarang dan cuma geram didalam hati mengenangkan kedua bekas pemerintah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan kesemua mangsa Memali masih hidup senang lenang bebas tanpa sebarang pendakwaan sementara waris waris Pembunuhan Memali masih terus menantikan pembelaan perundangan!

INI BUKAN FITNAH!!!!

USAH MEMADAMKAN SEJARAH HITAM NEGARA INI DIBAWAH PEMERINTAHAN BN semata mata kerana peristiwa itu sudah dilupakan selama 23 tahun ini!!!

DIMANAKAH KEADILAN YANG DILAUNG LAUNGKAN KERAJAAN SELAMA INI?

MANA DIA PEJUANG PEJUANG KEADILAN YANG BERKOKOK SIANG MALAM PAGI PETANG MENGABUI MATA RAKYAT NEGARA INI?

MANA DIA PEJUANG PEJUANG MELAYU YANG BERIYA IYA BENAR MENCANANGKAN KESELURUH NEGARA AKAN MEMBELA MANA MANA MELAYU YANG TERANIAYA OLEH MANA MANA PIHAK?

SEMUANYA SEKADAR SANDIWARA SEMASA?

ISLAM TIDAK MELARANG KITA MENUNTUT KEADILAN!

USAH JADI PENDUSTA DENGAN MENIDAKKAN KEADILAN BAGI MANGSA MEMALI!

JIKA KENA KELUARGA SENDIRI, MAHU MENGAMUK MENGGILA GAMAKNYA?

Saya seorang Blogger! Bilamana saya memilih untuk menulis tentang sesuatu, saya menulis dengan penuh kesedaran akan tanggungjawab saya terhadap AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!

Wallahi! Tidak hairan saya dengan kepentingan politik yang saya tiada keinginan langsung untuk menyertai kemelut gila kuasa ini melainkan saya memenuhi tugas saya selaku seorang warganegara ini dan sebagai seorang pengundi berdaftar!

Saya cuma mahu melihat kedua pengkhianat ini dihadapkan kemuka pengadilan dan disiasat terhadap dosa dosa mereka mengarah bunuh kesekelian penduduk kampong sesama Islam dengan saya dan tuan tuan juga!

Itu sahaja!

adyseptember said...

Assalamualaikum Mahaguru58..
Jangan Politikan isu Memali untuk sakitkan hati org islam supaya benci pada kerajaan serta kononya semuanya adalah salah krjaan.
Fakta ini tidak tepat sepenuhnya.
Org awam & kerajaan(Polis)juga mati dibunuh!! oleh org2 Ibrahim Libya.
Puncanya ialah kerana ketabsuban & kejahilan sehingga senggup membunuh sesama islam.Seperti isu Al-Maunah,arqam,KMM,dll.. kerajaan memberi peluang utk mereka menyerah secara aman.Malangnya org Ibrahim Libya di gula2kan Syahid menentang sesama islam &
Pemerintah.Islam menyeru umatnya taat pada Pemerintah
selagi Pemerintah tidak memerangi islam.Mahaguru sedarlah bhwa
bukan mudah menjaga Keamanan & keharmonian Negara.
Apakah Mahaguru mahu melihat Msia
seperti di indonesia,Iraq,selatan Thai??
Kesimpulanya: Msia adalah Negara Islam spt yg diakui oleh Ulamak.isu yg dibangkitkan
Mahaguru seperti org PAS yang hanya memainkan isu islam
(Hudud)utk Survival politiknya.
Saya Mahu Tanya.
Mana pergi duit derma tabung memali PAS?? takkan org yg kononya
kuat agama spt PAS nak songlap duit..

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam AdySeptember,

Pertama sekali Ady memang keliru akan apa dia isu politik dan apa dia isu jenayah yang tidak terbela sekian lama ini?

Ini jenayah pembunuhan besar2an penduduk sebuah kampong yang sebelum ini aman damai dibawah pentarbiyahan seorang ulamak sebelum diarah 'Operasi Hapus' oleh pihak Kerajaan BN semasa pentadbiran Dr.Mahathir Mohamad dan Timbalannya Musa Hitam serta Timbalan Menteri KDN ketika itu Mohd Radzi Sheikh Ahmad!

Saya hanya boleh menjangkakan bahawa usia Ady ketika itu entah lahir ke tidak dari memandang gambar Ady di profail blog Ady.

Ady, nyawa penduduk penduduk yang melayang itu masih belum terbela dibawah sistem perundangan negara.

Bilamana datangnya gerombolan manusia hendak menyerang dan membunuh mereka, apakah Ady mengharapkan penduduk penduduk Memali itu berpeluk tubuh menyerah leher untuk disembelih bewgitu sahaja oleh puak puak yang menjadi musuh mereka?

Ady tak mungkin boleh merasakan betapa keadaan penduduk Kg Memali yang kehilangan suami, ayah, anak , ibu dan ahli keluarga tercinta kerana taksub sangat dengan puak yang telah bermaharajalela bebas sekian lama ini setelah mengarah bunuh penduduk yang tidak berdosa di Kg Memali pada tahun 1985!

Saya mahu melihat keadilan ditegakkan!

Dakwa mereka yang terlibat bukan menjadi talibarut mereka dengan menidakkan pembunuhan ini!

Jangan pandai pandai melabelkan saya ingin mempolitikkan satu jenayah yang masih tidak dihadapkan ke muka pengadilan!

Keadilan itu bukan hanya slogan kosong!

Perlu dipraktikkan!

Ady hendak bertanya tentang derma Memali, silakan bertanya dengan PAS!

Saya tidak menjaga akaun kira kira PAS atau terlibat dengan pentadbiran PAS.

Saya penyokong PAS. Titik!

Janganlah kamu turut bersubahat dengan puak puak pembunuh Muslimin dan Muslimat Kg Memali!

Dapat dosa percuma sahaja menjadi talibarut Musa Hitam dan Radzi Sheikh Ahmad serta Mahathir Mohamad dengan memburukkan arwah arwah mangsa pembunuhan besar2an Memali!

Tak selamat dunia akhirat nanti!

Berwaspada mengeluarkan pendapat wahai anak muda; kelak kerna pulut santan binasa; kerna mulut badan tersiksa!

MAHAGURU58 said...

Tn Hj Maarof,

Tuan Haji tersalah faham akan laporan video ini.

Menurut laporan yang diterima, yang menipu pasukan Polis Hutan, FRU, Senoi Prak dan Komando 69 adalah pihak KDN bahawa Operasi Hapus itu ditujukan terhadap sebuah kem komunis di sempadan negara dengan Thailand,


Bukan pihak pelapor semula.

Harap jelas akan kedudukan perkara.

Terimakasih.

chengaibay said...

perihal kejadian memali..

http://chengaibay.blogspot.com/2011/02/perjalanan-peristiwa-berdarah-di.html