Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, December 02, 2008

Ugutan PPP keluar BN - Sama saja ada atau tak ada! (kemaskini)

Saya merujuk kepada ancaman People's Progressive Party untuk keluar dari BN sekiranya Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO dan BN tidak menghapuskan Akta Keselaman Dalam Negeri atau ISA dengan kadar segera!

Tergelak juga saya bila memikirkan parti politik seperti PPP hendak cuba menunjukkan taring kucing kepada harimau BN?



































Iyalah! Parti picisan umpama PPP atau mana mana parti komponen BN lain yang telah mengalami kekalahan teruk ataupun total didalam PRU ke 12 yang lalu, sudah tentu tak ada pengaruh atau suara untuk menuntut itu dan ini terhadap Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan parti Assabiyah yang tertua di dalam negara kita ini, iaitu UMNO!

Mana mahu Sang Perdana Menteri ataupun Timbalannya mahu melayan parti PPP yang seumpama orang tua yang sudah tidak bergigi lagi?

Tinggal gusi sahaja Brother Kayveas!

Orang orang besar kat dalam BN itu terutamanya UMNO sudah tentu tidak kisah samada parti tuan ada ke tidak dalam Kerajaan?

Bagaikan melukut ditepian gantang!

Ada tak ada tak ada siapa ambil peduli!

Buang masa sahaja brader nak main kejut kejut gitu?

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali AlHabshee sudah keluar kenyataan mencabar PPP supaya keluar sahaja dari BN tanpa banyak songeh!

Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin turut memberi amaran kepada PPP supaya jangan dok main ugut ugut terhadap BN disini!

Soalnya ISA adalah satu sistem undang undang pencegahan jenayah angkara mana mana individu, pertubuhan atau pergerakan yang boleh membahayakan keselamatan negara .

Malangnya ISA ini telah disalah guna untuk menahan orang orang yang merupakan musuh musuh politik parti pemerintah yang ada.

Sepatutnya jika pihak berkuasa hendak menahan sesiapa pun, ikutlah peruntukan undang undang baik sivil atau pun syariah yang sedia ada.

Tuduhlah mereka didalam mahkamah. Jika sabit kesalahan, maka ikutlah peruntukan undang undang yang berkaitan.

Ini tidak! Terus ditahan bawah ISA.

Sebab itulah sebahagian manusia yang menjadi warganegara ini yang menimbulkan keadaan kurang selesa kepada ketenteraman awam terlepas bilamana mahkamah mendapati Akta ISA disalah guna dan membebaskan mereka.

Nak tahan sesiapa yang menimbulkan masaalah kepada orang orang awam?

Tolonglah tahan mereka mengikut undang undang yang telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen Malaysia serta menurut Undang Undang Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Baru lah aman sedikit negara ini.

Berbalik kepada isu ugutan Kayveas, minta maaf le.

Abdullah Badawi dan Najib sudah tentu ' Bo layan!'.

Nak angkat bungkus keluar dari BN?

UMNO kata 'Silakan ! Silakan!'

Hai lah nasib!

Ada kuasa sedikit sedikit sudah hilang ditelan zaman.

Haiyaaaa........mana mahu pergi cari makan, ah? :P

* Teringat parti politik KIMMA @ Kongres India Muslim Malaysia... dah bertahun dok merayu meratap meraban nak masuk jadi parti komponen BN tetapi tak dilayan dek UMNO kerna adanya bantahan dari Samy Vellu, Presiden (Sampai Mati) MIC @ Malaysian Indian Congress.

Yang dok ada dalam BN dok main ugut; kejut kejut nak keluar , yang dok tunggu punya tunggu punya tunggu kat pintu BN, tak dilayan lah pulak?

Kelakar giler juga lah senario politik negara ini.

Boleh jadi Raja Lawak betul depa ni!...Hehehehehehe....

Dengan Nabil ..Nabil boleh K.O. anytime punya...jika ahlul politikus ini masuk bertanding musim Raja Lawak ke3 Astro!

Kuang..kuang..kuang..kuang......Coba`an! :D

6 comments:

pez said...

assalamualaikum saudara zainul.

ternyata 'pembela' melayu dan islam yakni umno tidak tahu dan masih jahil bahawasanya Islam melarang perbuatan menahan seseorang tanpa memberi mrk peluang untuk membuktikan diri mrk tidak bersalah.ternyatalah kemunafiqan dan kejahilan mrk serta diburukkan lagi dgn media massa menghalalkan ISA.

semoga Allah menyelamatkan kita dan mereka drpd kesesatan yang nyata ini.insyAllah.

muslim warrior said...

assalamualaikum tuan....

hehehehe....klakar btul ppp nie...
entah ler politic malaysia nie...

berbalik pd kata2 tuan td, ana sokong ..kita sepatutnya kena ikut hukum ALLAH kerana ia lebih sempurna utk sejagat...

kalo hukum yg dibuat oleh manusia begini jd nya.. salah guna kuasa la..salah guna akta la.. entah hape2 lg lpas nie..

hukum ALLAH itu sempurna, jika dilaksanakan hukum ini x kan ada kecoh2 mcm nie,aman damai hidup ....ini semua salah siapa....(faham2 je lah)

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam pez,

Soalnya kita sedia maklum bahawasanya walaupun dengan adanya ISA ini, sudah macam macam kes mencabar itu ini dilakukan oleh puak puak yang memang jenis seperangai macam Belanda dan mereka yang terkena penyakit Sindrom Islamophobia iaitu sejenis penyakit mental takut segala benda yang bersangkut paut dengan Islam.

Cuba bayangkan kalau tak ada langsung Akta Pencegahan Jenayah macam ISA itu, maka semakin naik tocanglah puak puak sewaktu dengan pihak yang dok beriya benar nak bebas sebebas bebasnya!

Itu belum ngambil kira puak yang nak berbogelos pulak , dok teropong buntut Encik Khalid Berahim kita, Menterhi Besaq Selangor Dah Nak Pengsan.....Oppss...hehehehe...
Selangor Darul Ehsan...

Entah lah tuan tuan, macam macam penyakit sedang menular kat dalam negara kita kini....

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Pendekar Muslim,

Memang undang undang manusia ikut rasa mereka sahaja.

Undang undang Allah laksana Manual OEM.

Original Equipment Manufacturer's Standards of Operation.

Makanya hanya Ar Rabbul Jalil Maha Mengetahui akan hal ehwal dan hati budi manusia, ciptaan Nya.

Ini bila undang undang Ikut Suka Aku, maka jadilah keadaan caca marba macam hari ini.

Sorang kata macam ni, sorang lagi merepek kot lain.

Raplah jingga ya sheikh!!!

Firdaus said...

Assalamualaikum Encik Zainul,

Dari satu segi memang (kebanyakan) ahli-ahli politik di Tanah Boleh ini ada bakat mengalahkan Nabil mahupun Rowan Atkinson.

Tetapi kadangkala masalah ini berpunca daripada (kebanyakan) kita yang tidak berhati-hati dalam memilih dan mengangkat pemimpin.

Maaf cakap, tetapi only monkeys elect monkeys. Selagi rakyat tidak insaf atau tak ambil kisah, selagi itu kita berpemimpinkan/berketuakan Raja-raja Lawak ini.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Firdaus.

Saya turut bersalah didalam dosa mengundi Raja Lawak di Bandar Tun Razak didalam PRU ke 12 baru baru ini.

Nak buat macamana, pilihan sebelah sama sama sewaktu dengan bekas Menteri Porno kita...opps...hehehehe..bekas Menteri Kesihatan dulu ...saudala Chua Soi Lek!

Minta maaf, saya tak hingin nak menggelarkan Latok Seli ke apa pada puak puak macam ni sebab sudah terang lagi bersuluh, tak leh dok hormat memanjang gitu mana mana malaon yang memusuhi saudara seIslam dengan saya.


Tengoklah siri PRU yang ke 13 nanti?

Kartun mana pulak yang akan dicalonkan?

Ish! Ish! Ish! Ish!

Bak kata P.Ramlee....Coba'an!