Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, January 02, 2009

Jahiliyyah Moden Lebih Teruk dari Jahiliyyah Dulu!


















Saya merujuk kepada berita penangkapan beberapa pasangan dan juga mereka yang bergelar selebriti di hotel hotel mewah di ibunegara dan juga di bandar Kuantan dimana seorang perempuan Melayu ditangkap ketika bersama 5 lelaki didalam sebuah bilik.















Sebenarnya masyarakat Melayu memang sudah ramai yang buta agama dan lebih teruk dari jahiliyyah di zaman Nabi sendiri.

Jahiliyyah di zaman Nabi jahiliyyah didalam ertikata mereka hidup dikala tidak sempurna penyampaian ilmu agama dan berkeadaan begitu sebab belum beragama Islam akibat masyarakat umum zaman itu telah lupa akan ajaran ajaran Nabi Nabi sebelum kedatangan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Jahiliyyah dizaman kita ini lebih teruk dari jahiliyyah dulu kerana mereka ini lahir sebagai umat Islam tetapi tidak menghayati ajaran ajaran Islam yang diajar kepada mereka sejak mereka masih kanak kanak lagi!

Sudah lah jahil tetapi degil keras kepala sombong tak tentu arah! "Ketegaq nak mampoih!" kata orang utara!

Beratus ribu malah jutaan kitab kitab ajaran agama Islam serta kehadiran Kalam Suci Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam bentuk Al Qur'an Al Karim serta panduan kitab kitab Hadis Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam kini dengan mudah dapat dimiliki oleh setiap manusia baik yang beragama Islam mahupun yang masih kaffir tetapi adanya kesemua ilmu ilmu agama ini disamping kita masih tidak dihargai dan dijadikan panduan oleh kebanyakan manusia terutamanya masyarakat Melayu zaman ini kerana mereka tidak tahu membezakan antara kaca dan permata.

Antara yang baik dan yang batil. Antara yang halal mahupun yang haram.

Semua ini berpunca dari sikap pemerintah dan Sultan Sultan serta Raja Raja Melayu yang mengkhianati amanah kuasa kerajaan yang dikurniakan Allah Azza Wa Jalla kepada mereka.

Kuasa pemerintahan yang ada pada tangan orang orang Melayu yang dahulunya kaffir beragama Hindu kini tidak bererti kerana mereka gagal!

Gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap mendaulatkan Agama Islam dibumi Malaysia ini didalam ertikata sebenar benarnya!

Umat Islam yang hidup dizaman ini terutamanya kita yang mengaku Muslim tidak harus menipu diri sendiri kerana ini hakikat kebenaran yang akan membaham kita bilamana jasad kita dikuburkan nanti!

Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari seIslam dengan saya.

Renungilah akan segala apa yang sedang berlaku didepan mata kita!

Apakah tidak benar akan sabda Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa di akhir zaman ini akan berlaku pelbagai macam fitnah yang akan menghancurkan maruah umat Islam walaupun jumlah bilangan mereka yang mengaku Muslim ini sebegitu ramai sekali seumpama buih di ombak lautan?

Apakah umat Islam Melayu Malaysia ini tidak pernah tahu tentang sabda sabda Nabi Muhammad al Mustafa, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sekian lama ini?

Nabi telah berpesan agar kita berpegang teguh pada Tali Allah iaitu Al Qur'an Al Karim dan Sunnah baginda?

Apakah Sultan Sultan Melayu buta agama sehingga hanya mahu memegang Al Qur'an sewaktu upacara pertabalan menjadi Sultan dan Raja sahaja?

Mana satu Duli Tuanku yang benar benar memerintah mengikut ajaran ajaran Al Quranul Karim?

Sekian lama ini kebanyakan umat Islam Malaysia terbiar sesat dan hidup seperti jahiliyyah dizaman silam cuma mereka ini sekarang lebih biadap, lebih kurang ajar sehingga tidak ada batas beza diantara mereka dengan kaum yang terang terangan kaffir terhadap Allah Azza Wa Jalla!

Saya tidak merasa diri ni begitu bersih sesuci embun di subuh hari tetapi teramat sedih bercampur geram diatas kejahilan mereka yang bergelar Melayu Muslim ditanahair ini!

Saya juga tidak terasa kagum ataupun bangga bahawa negara ini diisytihar sebagai salah sebuah negara Islam oleh bekas menteri perdana kerajaan yang lalu!

Semuanya dusta belaka! Pembohongan yang nyata terhadap realiti bahawa kadar maksiat didalam negara ini sedang meningkat dari sehari ke sehari!

Mereka yang berkuasa keatas umat Islam terbukti khianat terhadap amanat Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Semuanya pendusta dan hanya pandai bermuka muka.

Mengeluarkan fatwa umpama melepaskan batuk ditangga tanpa ada kuasa penguatkuasaan keatas pengeluaran fatwa fatwa tersebut kerana adanya pihak Sultan Sultan Melayu yang mendabik dada menyatakan bahawa kuasa mengeluarkan fatwa itu terletak ditangan mereka yang hidup menaungi kehidupan manusia manusia yang menganjurkan pesta pora bergelumang dosa dan turut menaja kerja kerja gila ini.

Bagi saya tidak ada buat masa ini manusia pemerintah berkerajaan Melayu Malaysia yang benar benar mendaulatkan Ad Deenullah!

Bila Hukum Hudud Allah Subhanahu Wa Ta'ala diperlekehkan dan di hina oleh manusia manusia kaffir keparat Laknatullah, ada pula puak puak pemuka Islam yang sanggup berpeluk berdakap dengan harami harami ini diatas tiket pakatan rakyat yang ba alif ngang bercampur tolol wal bahalol!

Manakan boleh kita berkompromi dengan kaffir kaffir harami yang kerja nya seharian tidak sudah sudah hendak menjahanamkan Islam?

Saya tidak peduli akan apa sahaja alasan mereka yang hanya mencita citakan kerusi kuasa menteri perdana di Putrajaya!

Matlamat tidak sekali kali menghalalkan cara!

Itu cakap orang orang jahat yang hanya bermimpikan diri untuk bermaharajalela dibumi Allah ini!

Boleh persetan dengan puak puak ini!

Hidupnya kita ini hanya dengan izin Allah!

Bukan dengan izin manusia manusia durjana ini yang membiarkan maksiat berleluasa diseluruh tanahair ini dengan pelbagai macam alasan alasan yang tidak berguna!

Saya tak hairan melihat dan membaca berita berita pesta seks dan maksiat ini kerana gejala ini menular di mana mana sahaja didalam negara yang mengaku Islam ini!

Dari bilik bilik hotel berkelas 5 bintang sehingga kesemak samun dikampong kampong terpencil, manusia manusia bergelar Melayu dan mengaku Muslim ini sudah kemaruk mengganas menggila mengikut tahap nafsu masing masing yang lupa bahawa diri mereka itu senantiasa dipantau dan dilihat oleh Rabul Jalil bersama sama para Malaikat Allah dikiri kanan bahu masing masing!

Mereka ini semua hidup dizaman sains dan teknologi ini namun mereka alpa!

Alpa terhadap segala perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan pesanan Rasulullah, Muhammad Al Mustafa, Khataman Nabiyyi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Selagi pihak pemerintah negara ini dan parti politik seperti UMNO tidak benar benar kembali kepada mengikut Perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam ertikata sebenar dan membantu PAS menegakkan Hukum Hakam Allah Azza Wa Jalla didalam negara ini, pesta seks dan maksiat ini akan berleluasa sehingga ke tahap tidak akan ada beza diantara yang kaffir dengan puak puak ini yang bermuka muka sebagai umat Islam.

Hari ini ramai Melayu yang mengaku Islam tetapi pada dasarnya kosong pengisian ajaran ajaran Islam didalam kehidupan seharian mereka.

Bila dah mati nanti, baru akan ada kesedaran untuk mengkuburkan jasad jasad mereka kedalam kubur mengikut syariat Islam tetapi pembaca talqinnya nanti cuma mereka yang hdup mencari makan membaca ayat ayat Allah untuk segenggam wang ringgit sahaja.

Demikianlah suasana kehidupan manusia manusia Jahiliyyah Moden di Malaysia.

Katakanlah kebenaran walau ianya pahit seumpama hempedu!

Kembalilah kepada hidup secara Islam selagi masih berdenyut jantung didalam dada masing masing ; tak kiralah samada kita ni rakyat biasa ataupun bergelar gitu gini memanjang berjela dengan gelaran gelaran duniawi!

Tak ada maknanya lagi bila dah sampai nafas terakhir nanti ditenggorok masing masing!

Waktu itu sudah agak terlambat untuk bertaubat ataupun menyesal!

8 comments:

CaBaiKeRinG said...

buat malu islam saja!

www.cabai-kering.blogspot.com

mutakalim said...

salam tuan,
"ketegaq?" lama dah tak dengaq perkataan tu. Semoga Allah selamatkan kita semua.

muslim warrior said...

salam ya tuan...

semoga sihat sejahtera..

tuan

kesian mereka ini,hidup dlm keadaan penuh noda..tapi nak buat mcm mana, mereka semua bole fikir baik @ buruk seswatu perkara..so "LU FIKIR LA SENDRI"..

terus terang ana cakap, kita umat Islam di Malaysia harus bersyukur pada Allah atas nikmat yg diberi...di malaysia kita mudah mencari guru agama,kitab2 dll utk menguatkan @ mengukuhkan keimanan kita...cuba kalian semua pandang ke barat sejenak..saudara2 seagama kita susah..hatta utk mencari kitab pun,kalo tersalah cari,dpt pula Islam Leberal...

tuan,

ana minta sangat2, kalo bole tolong terangkan dlm blog tuan,jelaskan pada SEMUA... mengapa kita x patut menyabut tahun baru masihi ini..sebagaimana kita tidak bole menyarung topi santa.. kita bukannya penganut agama kristian...semasa awal muharam yg lepas kenapa x nk smbut dengan meriah SELURUH MALAYSIA ?...masjid2 masih kurang sambutan,doa akhir tahun dan awal tahun hanya diaminkan oleh jemaah tetap dlm sesebuah masjid..adakah hanya tiba hari raya baru masjid penuh ?...

tuan..

terangkan pada semua kenapa kita x bole sambut tahun baru masihi ini...
tidak bermakna jika dalam mykad kita tertulis MELAYU..ISLAM..jika x mengamalkan @ mendalami sepenuhnya
agama Islam yg mulia ini...baik buang je mykad tu..duduk dalam hutan...

SEDAR LAH MUSLIM SEKALIAN, SAUDARA KITA DI TIMUR TENGAH SEDANG BERTARUNG NYAWA...JANGAN LAH KITA LEKA DGN DUNIA YG SEMENTARA INI...

ana mohon beransur dahulu.

sekian..wassalam.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam semua.

Tuan muslim warrior.

Saya baru saja menjawab emel dari seorang pembaca blog saya yang bertanyakan perkara bersangkutan ucapan selamat terhadap perayaan orang orang kaffir.

Insya Allah akan saya tulis tentang perkara ini didalam blog saya selepas ini.

Istiqamahlah kita didalam kehidupan sebagai Muslim dan tidak sebagai umang umang meniru membabi buta akan segala kelakuan kuffar.

Allah Azza Wa Jalla akan menyoal kita nanti tentang segala perbuatan kita dan sudah pasti tidak akan redha dengan mana mana manusia yang menyekutuiNya dengan makhluk ciptaanNya ataupun dengan khayalan manusia yang bukan sahaja keliru tetapi menimbulkan suasana haru biru!

La ila ha ill lall Laah! Muhammad dar Rasulullah!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillah hil hamd!

MoneyMatters@Nizam said...

Salam Tuan,

Baik Sultan mahupun pemimpin UMNO ataupun PAS bagi saya 2x5, 5x2=10.

Si Sultan berbangga dgn kuasanya sebagai KETUA AGAMA. Malangnya hanya cukup berbangga sebagai ketua agama tetapi dalam masa yg sama dialah Kaki Perempuan, Menggalakkan acara-acara maksiat, melantak arak, berjudi dan lain2 lagi.

Adakah mereka layak digelar sebagai AmirulMukminin? Jauh panggang dari api. Bagaimana pula dgn pemimpin politik? Ahh, mereka hanya mementingkan kuasa politik mereka sahaja. Mereka redha dgn kehidupan liberal manusia yg bertopengkan syaitan.

Mereka menjadi takut untuk mencegah kemaksiatan disebabkan untuk menjaga kuasa politik masing2. Maklumlah setiap parti Melayu dan Islam itu ada rakan2 kongsi tidur sebantal masing2.

Seperti mana kes untuk menghadkan penjualan arak di Selangor baru2 ini. Ada satu parti Islam tu terus tarik HAND BRAKE bila syaitan DAP menjerkah sedikit.

Itu hanyalah segelintir contoh apa yg sedang berlaku di dalam negara kita ini. Banyak lagi tuan... Sesungguhnya arak merupakan IBU SEGALA KEJAHATAN.

Bila sudah tinggal sebilik lelaki dan perempuan , minum arak, dadah, maka siapakah yg boleh menjamin PERZINAAN tidak akan berlaku.

Cuba tuan lihat bila isu ini masuk shj ke dada akhbar, makan berkokoklah pejuang2 Islam liberal dan kuffar laknatullah dgn mengatakan bahawa tindakan tersebut merupakan HAK ASASI KEMANUSIAAN.

Jikalau beginilah keadaan masyarakat kita. Saya tidak hairan BALA BESAR akan menimpa negara kita yg tercinta ini.

Semoga Allah melindungi kita semua

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan Nizam @ Money Matters.

Memang benar segala apa yang dikatakan tuan!

PAS mungkin berniat baik untuk mendaulatkan Islam tetapi selagi mereka bersekongkol dengan parti Demons After Power @ DAP yang terang2an memusuhi Islam, PAS tetap tidak akan berjaya didalam misi mereka!

Umpama nelayan yang pergi kelaut dengan jala yang koyak.

Sebanyak mana ikan ditangkap dengan jala itu, tetap pulang dengan tangan kosong kerna ada perkara yang gagal dilaksanakan mereka iaitu menjaga supaya jentera parti TIDAK BERSYUBAHAT DENGAN KAFFIR didalam perjuangan mereka!

Saya sokong 100 peratus akan segala yang dikatakan tuan.

Wassalamualaikum.

pez said...

assalamualaikum tuan zainol.
saya rasa mmg patutlah tugas 'ketua islam' dikembalikan kepada para ulama dan ilmuan.bukankah iman tidak dapat diwarisi tuan? golongan raja2 tidak semestinya fasih dan berilmu dalam hal2 agama.kalau nak harap mufti shj apa guna nya kalau 'ketua' itu sendiri x berguna.lebih buruk lagi kalau waris2nya taksub dek berebut kuasa dan mengidam singgahsana dan 'dijunjung kasih' oleh 'penaung-penaungnya'.
WAllahu'alam tuan.semoga Allah Azza Wa Jalla menyelamatkan kita.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam pez.

Alhamdulillah!

Pada usia anda semuda ini Allah SWT telah mengurniakan kepada kamu minda yang sihat serta akal yang cerdik dan waras.

Pendapat pez amat tepat sekali dan memang saya sendiri sudah lama berfikir serupa itu.

Tidak bermakna seseorang Sultan atau Raja Melayu itu diberikan kedudukan sebagai 'Ketua Agama Islam' bilamana diri Sultan atau Raja Melayu itu tidak menepati ciri ciri seorang yang alim atau arif didalam hal ehwal Ad Deenul Islam.

Kuasa memutuskan sesuatu perkara bersangkutan dengan hal ehwal Islam hanya layak diamanahkan kepada pakar Syariah atau Usuluddin Islam Al Haq!

Menjadi suatu perbuatan keloloh bilamana fatwa ulamak muktabar dipertikaikan oleh pihak istana yang hanya tahu buat bising sesudah para ulamak memutuskan sesuatu perkara berkaitan Agama Islam yang tidak menjadi bidang kepakaran pihak Sultan atau Raja Melayu!

Pendapat pez itu amat tepat sekali!