Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, January 14, 2009

Solat Taubat Penjernihan Jiwa - Sudahkah kita lakukannya?

Solat Taubat Penjernihan Jiwa
April 27, 2007, 12:11 pm
Filed under: Ibadah & Koleksi Doa

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

    Bacaannya : ' La ila ha illa anta . Subhanaka inni kuntum minadh dhaalimin!'


  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

Untuk pembacaan lanjut tentang taubat — http://nurjeehan.wordpress.com/tag/taubat/

———————————————————–

*Makruh tahrim - Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.


5 comments:

pez said...

Assalamualaikum Tuan Zainol.
Pada hemat saya,doa Nabi Yunus Alaihissalam tidak boleh dipakai sewaktu sujud,krn ayatnya adalah drpd al-Quran (al-Anbiya ayat 87).tidakkah junjungan Nabi Muhammad melarang membaca ayat al-Quran sewaktu sujud seperti mana didalam hadith ini:
Dari Abi bin Abi Talib katanya 'Aku dilarang Rasulullah Sallahualaihiwassalam membaca Quran dalam rukuk dan sujud' (Rawahul Muslim) minta penjelasan sedikit.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam pez.

Pohon berikan url address dari mana pez ambil hadis tersebut diatas didalam jawapan pez atau emelkan pada saya di mahaguru58@gmail.com.

Saya akan selidiki perkara ini dan maklumkan pada pez bila dah dapat fakta berkenaan.

Pada pendapat saya, tidak ada larangan sebegitu didalam Islam.

Emel saya pez.

Terimakasih.

Wassalamualaikum wr wb.

MAHAGURU58 said...

Terimakasih kerna menyahut seruan saya.

Rujukan : http://www.iiu.edu.my/deed/hadith/muslim/004_smt.html

Cuba rujuk balik kepada hadith yg disebut:

Book 4, Number 0974:

'Ali b. Abi Talib reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him) forbade me from the recitation (of the Qur'an) in bowing and prostration and I do not say that he forbade you.

Saya belum sempat membuat kajian saya secara terperinci tetapi atas dasar 'face value' hadis ini ada beberapa 'narrators' nya.

Bermakna ada ketidaktepatan didalam turutan hadis ini.

Cuba semak semula :

Book 4, Number 0975:

'Ali reported: My loved one (the Holy Prophet) forbade me that I should recite (the Qur'an) in a state of bowing and prostration.

Book 4, Number 0976:

This hadith has been narrated by some other narrators, Ibn 'Abbas and others, and they all reported that 'Ali said: The Apostle of Allah (may peace be upon him) forbade me to recite the Qur'an while I am in a state of bowing and prostration, and in their narration (there is a mention of) forbiddance from that (recital) in the state of prostration as it has been transmitted by Zuhri, Zaid b. Aslam, al-Wahid b. Kathir, and Dawud b. Qais.

Book 4, Number 0977:

This hadith is transmitted on the authority of 'Ali, but he made no mention of "while in prostration".

Book 4, Number 0978:

Ibn 'Abbas reported : I was forbidden to recite (the Qur'an) while I was bowing, and there is no mention of 'Ali in the chain of transmitters.

Jadi kesimpulannya mungkin Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam melarang Saiyidina Ali pada ketika Ali Radhiallahu Anhu membaca apa apa ayat Al Qur'an semasa sujud ketika sedang solat di samping Nabi?

Tidak ada larangan khusus bagi ummah membaca do'a yang di petik dari Al Qur'an berdasarkan hadis ini.

Sebagai umat Islam kita tidak dilarang membaca do'a semasa sujud.

Hadis ini tidak merujuk kepada kita secara am nya tetapi lebih kepada apa yang berlaku di antara Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dan sepupu Baginda yakni Saiyidina Ali Radhiallahu Anhu yang juga menantu nya.

Lagipun ianya do'a.

Sebaik baik do'a adalah dibaca didalam Lughatul Arabiya dan sebaik baik do'a di ambil dari Al Quranul Karim.

Doa-doa yang terdapat pada surat Al-Baqarah

Doa Nabi Ibrahim :

Robbi alhazaa baldaa aaminaa warzuk ahlamu minassamaroti manaa minhum billahi walyaumil akhir.

"Ya Tuhanku,, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian. (Al-Baqaroh – 126)

Rabbana taqabbalminnaa innaka antassamiul alim.

"Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".. (Al-Baqaroh – 127)

Rabbana wajalna muslimaynilaka waminzurriyatinaa ummatan muslimatallaka waarinamana sihana watub alaiynaa innaka antatawwaburrahim.

Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah tobat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang. (Al-Baqaroh – 128)

Rabbana wab'asfiihim rasulamminhumyatlu alaiyhim aaya'tiha wayuallimuhumul kitaba walhikmata wayuzakkihim innakanta azizulhakim

"Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membackan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Alquran) dan Al-Hikmah (Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." ( Al-Baqaroh – 129).

Doa setelah nenunaikan ibadah haji :

Rabbanaa atinaa fiddunya wamalahu, filhirotiminhalaq.

"Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. ( Al-Baqaroh – 200).

Rabbana atina fiddunya hasanata wafilakhiratihasata wakina azaabannar.

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari sika neraka ".( Al-Baqaroh – 201).

Doa orang-orang mukmin :

Qufronaka rabbana wailaikalmasyir

"Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engaulah tempat kembali"( Al-Baqaroh – 285).

Rabbana latuaahiznaa innasyinaa auah to'na, rabbana wala tohmil alaiinaa isyrookamaa hamaltahu, alallazina minqablina, rabbana walatuhammilnaa maalaatoo qatalanabih wa'fuanna waqfirlans warhamna anta maulana fansyurna alaa qaumil kafirin.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami, Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".( Al-Baqaroh – 286).

Tidak akan ada do'a do'a sebegitu didalam Al Quran jika tidak diturunkan Allah SWT untuk kegunaan manusia.

Maka saya berpendapat larangan yang dikaitkan kepada Saiyidina Ali RA itu khusus bagi nya dan tidak secara am.

Hadis itu sendiri tidak dikaitkan pada Saiyidina Ali RA jika kita lihat pada :

Book 4, Number 0977:

This hadith is transmitted on the authority of 'Ali, but he made no mention of "while in prostration".

Book 4, Number 0978:

Ibn 'Abbas reported : I was forbidden to recite (the Qur'an) while I was bowing, and there is no mention of 'Ali in the chain of transmitters.

Jadi sebagai menamatkan kekeliruan ini, saya sarankan kita mengambil kira keperluan berdoa itu sendiri?

Doa adalah senjata Mukmin dan Lughatul Arabiya itu bahasa yang di turunkan Al Quran kepada sekelian manusia yang mahu beriman kepada Allah.

Bilamana kita disarankan membaca do'a doa tersebut diatas, tak ada pulak larangan khusus kepada kita semua ini supaya tidak membaca do'a do'a tersebut semasa sujud!

Hadis di atas sendiri ada percanggahan dari hadis 0974 sehingga ke hadis 0978.

Saya berpendapat tak tepat fakta tersebut dan harus kita berdoa sepertimana di turunkan Allah SWT sendiri semasa kita rasa hendak berdoa sebegitu apatah lagi semasa sedang solat sendirian?

Terpulang kepada kita masing masing apa yang hendak kita minta dari Allah Tuhan Pencipta kita?

Wallahu 'alam bissawab.

Saya harap pez dapat merujuk kepada ulamak ulamak muktabar untuk lebih pasti tentang bab ini.

Saya cadangkan pez hubungi Professor Datuk Dr Harun Din.

Beliau adalah ulamak tersohor yang saya sendiri merujuk bila perlu?

Insya Allah.

Wassalamualaikum wr wb.

muslim warrior said...

Assalamualaikum Tuan Zainol.

ana ada soalan sikit...bagaimana dengan solat jumaat yg wajib dilakukan,tetapi dalam waktu yang sama ramai meninggalkan masjid selepas solat jumaat..maksud ana disini selepas solat jumaat kita masih ada solat zohor.solat zohor juga wajib...?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam muslim warrior.

Setahu saya, sekiranya kita telah selesai mengerjakan Solat Jumaat secara berjamaah, maka solat zohor tidak perlu dikerjakan lagi kerana Solat Jumaat itu lebih utama dan barangsiapa yang dapat mengerjakan solat jumaat walaupun ianya datang lewat tetapi sempat mengerjakan solat bersama jamaah walaupun hanya sempat duduk bersama jamaah pada rukun terakhir solat pada rakaat kedua tetapi sempat sebelum Imam memberi salam dan kemudiannya setelah selesai Imam memberi salam, ia bangun dan menyempurnakan kedua rakaat Solat Jumaat kerana telah berniat makmum, maka solatnya tetap dikira sah sebagai memenuhi tuntutan bersolat Jumaat dan ianya tidak perlu mengerjakan Solat Zohor lagi.

Sekiranya seseorang lelaki Muslim itu terlepas Solat Jumaat kerana terkandas didalam perjalanan beliau ke masjid dan sampai setelah selesai solat Jumaat, maka ianya wajib mengerjakan Solat Zohor seperti biasa.

Bagi mereka yang telah selesai Solat Jumaat berjamaah bersama Imam, tuntutan solat Zohor bagi mereka tidak ada lagi.

Semoga jelas tentang bab ini.

Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum wr wb.