Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, February 28, 2009

Apa kata Umat Islam Malaysia tentang keputusan Menteri Dalam Negeri?

Assalamualaikum Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari seIslam dengan saya sekelian.

Semalam saya menemu ramah beberapa umat Islam kita di sekitar Bandar Tun Razak dan Bandar Seri Permaisuri selepas Solat Jumaat.

Tajuk yang saya kemukakan kepada mereka adalah apa pandangan mereka tentang keputusan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk mengizinkan Gereja Katolik penerbit Majalah Herald menggunakan perkataan 'Allah' didalam majalah mereka itu?

Berikut adalah suara hati umat Islam yang sempat saya ketemu semalam.

Harap harap Dato' Seri Syed Hamid Albar sudi menonton video ini dan pertimbangkan menarik balik izin kepada pihak Kristian ini dari terus mengelirukan baik pengikut fahaman mereka sendiri dari terus berpura pura bahawa benda yang mereka sembah dan bergantung harap itu adalah Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang kita umat Islam sembah?

Sila edarkan video ini kepada pembaca blog tuan puan sekelian. Terimakasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

3 comments:

myfr3ak said...

Assalamualaikum saudara pengarang, saya copy article + video ini didalam blog saya.. boleh kan..?

http://myfr3ak.blogspot.com/2009/02/perkataan-allah-dalam-majalah-kristian.html

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam.

Dengan lafaz Bismillah saya izinkan bukan sahaja artikel ini, malah mana amana artikel yang saudara rasa sesuai untuk dihebahkan , saya persilakan dengan penuh rela.

Izin ini saya perluaskan kepada semua, baik yang Muslim mahupun tidak.

Ilmu pengetahuan itu hendaklah disebarluaskan demi kesinambungan maklumat bagi faedah semua.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh.

Naha said...

Salam Mahaguru,
Dalam entri saya ,memang dah lama saya marahkan orang kristienMalaysia yg nak guna Allah sebagai nama tuhan mereka . Dalam You Tube tajuk 'bongkar kristien' oleh hajh irene handono (bekas biarawati Indonesia) amat jelas kristien berniat jahat. VISI dan MISI mereka jelas nak lencungkan akidah Islam sehingga sampai satu ketika mereka akan kata tuhan mereka dan tuhan yg kita sembah sama ..sila klik U tubae tersebut kalau tuan belum melihat.sekian ,Wasaalm.