Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, February 15, 2009

Bila mantan Mufti Perlis SS Dr. Mohd Asri berbicara...



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari sesama Islam dengan saya. Ini ada satu rakaman video menarik yang menampilkan pandangan dan pendapat mantan Mufti Negeri Perlis Darus Sunnah iaitu Sahibul Samahah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.

Dr. Mohd. Asri berbicara tentang sikap taksub sesetengah pihak dikalangan orang orang Melayu yang semberono sahaja menganggap bahawa segala sesuatu yang berasas atau berasal dari budaya Arab itu betul dan boleh di ikut?

Didalam rakaman video diatas Dr. Mohd. Asri mendedahkan bahawa kekadang orang orang Melayu boleh tersalah bawa dengan mengikuti sesetengah amalan yang tidak ada asasnya didalam ajaran ajaran yang dibawa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Budaya mengagung agungkan keturunan Syed Syed disentuh oleh bekas Mufti Perlis ini dan secara alami maka timbul lah rasa tidak puas hati dikalangan mereka yang di sebut Dr. Mohd. Asri.

Apakah Dr.Mohd. Asri telah memfitnah mereka yang berketurunan Syed Syed ini atau ianya cuma menyatakan hakikat dunia sekarang yang seolah tercipta budaya 'hero worship'?

Apa pandangan anda?

Harap dapat sampaikan pandangan tuan tuan dan puan puan secara berhemah dan berbahasa yang boleh diterima semua.

Terimakasih.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

5 comments:

megat said...

asalamualaikum,

jikalau di katakan fitnah saya rasa org melayu yang terlalu mengikut dan terpengaruh seperti dr mohd asri perkatakan mmg ada benar nya,
perkara ni dah mmg berakar dah lama dalam masyarakat melayu islam pada am nya..
contoh soal nama syed memang ada benar nya saya masih ingat ada satu petikan dalam siri jejak rasul menceritakan asal usul syed dari hadramaut, oleh itu dr asri berhujah berdasarkan fakta tidak timbul sama sekali tentang fitnah.

keterbukaan ,pandangan dan teguran dr asri banyak membuka mata dan menyedarkan masyarakat melayu islam pada am nya yang terlalu jumud dan salah faham dalam ertikata islam yang sebenar.

walau pun pahit itulah kebenaran,dan dr asri berani menyatakan walau terpaksa menokah arus.

Cik Lee said...

Assalamualaikum,

Cikgu boleh rujuk di forum Asyraaf.net sendiri. Link dia seperti di bawah ini. Telah disiarkan satu rencana di dalam majalah al-Kisah. http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=962&extra=page%3D1

Pendapat peribadi saya, kalau kita memahami sebenarnya hakikat Syeikh/Syed/Syarifah/Saadah dengan hati yang lapang dan terbuka tanpa ada unsur-unsur fanatik, insya Allah akan nampak kebenaran. Bukankah Iman Mahadi itu sendiri dinyatakan daripada keturunan ini? Juga jika mengkaji ulamak-ulamak silam nusantara seperti yang dinukilkan oleh Ustaz Wan Saghir kebanyakan ulamak-ulamak besar berasal daripada keturunan ini tanpa mereka sengaja mempebesarkan diri.

Logik yang paling senang, bila kita nak pelihara kucing yang paling mahal adalah kucing siam, kerana bakanya. Dalam memilih pemimpin, takkan baka tidak memainkan peranannya. Wallahualam.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Megat dan Cik Lee.

Alhamdulillah, dua dua komen ada asas yang perlu di ambil kira dan di fikirkan.

Bagi saya, tidak ada salahnya cara Sahibus Samahah mempersoalkan sikap ketaksuban sesetengah dari umat Islam kita kerana boleh membawa kepada unsur terlalu mengagungkan seseorang manusia itu seraya membuka ruang kepada mereka yang dipuja dan dipuji secara keterlaluan untuk menjadi sombong, bongkak, ujub pada diri sendiri dan jatuh berdosa kerana riya'.

Maka memang perlu diperingatkan oleh ilmuan seumpama Dr.Mohd Asri supaya kita sadar antara yang hak maupun yang batil.

Berpesan pesan diantara satu sama lain itu memang dianjurkan didalam Islam cumanya kita perlu lah menjaga adab dan tuturkata kita sewaktu menasihati sesama Muslim dengan kita.

Saya sendiri telah menegur beberapa rakan saya sewaktu saya bergiat didalam Tariqat Naqsyabandiah di Pulau Pinang supaya ingat akan hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam supaya tidak memuji sesiapapun dengan berlebihan kerana akan membawa kepada perasaan sombong diri dan ujub terhadap diri sendiri nanti.

Rakan rakan saya ada yang terlalu membesarkan As Syeikh As Syeikh Tariqat sehingga timbul keadaan dimana kita jadi kurang selesa dengan suasana begitu.

Lantas saya beransur ansur menarik diri dari mereka yang sudah jatuh ke tahap 'hero worshipping' sepertimana yang disentuh Dr.Asri.

Sebagai Muslim, kita disarankan bertuhankan hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tidak terpesong akidah kita dengan terlalu mengagung agungkan sesama manusia.

Hormat itu boleh tetapi jangan sampai tergelincir dari landasan kesederhanaan didalam berdamping dengan para pemimpin qabilah, kaum, jamaah atau tariqat.

Insya Allah.

Troy said...

A'kum Mahaguru,

Apa pendapat Mahaguru mengenai ucapan terkini Anwar Ibrahim mengenai Islam?

Sila rujuk di sini...

http://filemhitam.blogspot.com/2009/02/kata-kata-anwar-di-forum-gereja.html

Terima kasih.

P.S. Saya rasa DSAI mmg sudah tersasar dari perjuangan Islamnya.

hati batu said...

Dalam masyarakat kita ingin menggapai cara hidup Islam kita telah tersilap dengan cara hidup dan adat budaya Arab. Arabisation is not Islamisation.

It's too easy to get confused between the two since Islam originated from the middle east and the Prophet s.a.w was an Arab.

If Islam is diversed and syumul as it should cater for all races and creed then why should everyone end up being an Arab? One should be able to practice Islam whatever race they are.

I've trying to justify this for a long time ago but I've always got shot down just because I did not graduate from the Middle East.

wallahu'alam