Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, February 09, 2009

Demonstrasi Bantahan Pemuda Melayu Selangor dan Wilayah terhadap Karpal Singh esok!















Assalamualaikum Ya Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Saya telah menerima sms dari +60122845222 yang memaklumkan saya bahawa Pergerakan Pemuda Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan satu bantahan besar besaran terhadap Pengerusi DAP seMalaysia Peguam Karpal Singh a/l Ram Singh dihadapan pejabat Karpal Singh di Jalan Pudu, KL, esok.

Kandungan sms yang saya terima adalah seperti berikut :

'Assm. Demonstrasi Bantahan Pemuda S'gor dan Wilayah terhadap kebiadapan Karpal Singh kepada Sultan Perak, akan diadakan pada hari Selasa, 9.30 pagi, di Menara Maybank Jln Tun Perak; utk berarak ke Pejabat Karpal Singh di Jln Pudu..mohon kerjasama rakan2 utk hadir protes ini. Pakaian bebas dan bersongkok. Tksh.'

Saya telah menelefon nombor yang tertera diatas dan beliau mengesahkan perkara tersebut.

Jadi sebagai menjalankan tanggungjawab saya selaku seorang umat Islam dan warganegara yang patuh terhadap prinsip prinsip Rukunegara, maka saya sampaikan kepada anda pembaca blog saya ini akan seruan di atas.

Jika anda benar benar seorang warga prihatin yang tidak rela Baginda Tuanku Al Sultan Perak dihina dan dicerca sedemikian rupa oleh Karpal Singh yang mengepalai mereka yang kini berani menderhaka terhadap titah Tuanku, maka anda putuskan sendiri samada anda akan menghadiri demonstrasi ini untuk mendukung prinsip prinsip Rukunegara kita?

Sila dail nombor 60122845222 untuk pengesahan demonstrasi ini.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Bagi saya selaku seorang warganegara yang sedar diri akan tanggungjawab saya terhadap agama, bangsa dan negara, maka Insya Allah akan saya bersama mereka esok.

Tarikh : Selasa 10hb Februari 2009 bersamaan 14hb Safar, 1430 Hijrah
Waktu : Jam 0930 pagi
Tempat: Berhadapan Menara Maybank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.
Tempat di tuju : Pejabat Peguam Karpal Singh,
67, Jalan Pudu Lama,
50200, Kuala Lumpur
.

Ini adalah makluman kepada mereka yang sedar akan kedudukan semasa umat Islam dan warganegara pendukung Prinsip Rukunegara Malaysia.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh!

Takbir!!!

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

~@~

Sila ikuti apa kata Karpal Singh terhadap isu isu semasa dan juga menyentuh Duli Tuanku Sultan Perak didalam rakaman video ini:


4 comments:

pez said...

Assalamualaikum tuan Zainol.
just to clarify.saya tidak menuduh tuan assabiyah.cuma saya menyatakan hujah ketuanan Melayu tidak relevan.saya memohon maaf jika tuan tersinggung tetapi tetap pendirian saya bahawa ideologi tersebut tidak boleh didalam sebuah masyarakat Muslim.Dalam hal yang tidak berkaitan,i look at you as a role model for me as the courage you portrayed during the Bar Council protest was truly admirable.In any case,saya berharap tuan tidak menganggap buruk bahawasanya saya melihat tuan sebagai sebuah medium yang mantap untuk saya menyuarakan suara hati saya terhadap keadaan Islam di Msia.Golongan remaja sekarang tidak mengambil berat akan perkembangan agama di negara.Maka dengan tuan saya berbincang dan mencari pendapat.:) WAllahu'Alam.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam pez.

Saya tidak memusuhi kamu cuma meminta agar berwaspada mengeluarkan kata kata terhadap saya kerana ianya ada kemungkinan menjadi fitnah kerna pez tidak mengenali saya secara peribadi hanya sekadar melalui pembacaan blog saya semata mata.

Saya serahkan segalanya kepada Rabbul Alamin yang Maha Mengetahui akan jatidiri saya ini.

Saya berpendirian bahawa saya ada dibumi Malaysia ini sebagai seorang warga yang hidup sebagai seorang Muslim dan dinaungi oleh pemerintah Melayu beragama Islam.

Bilamana datang ancaman dan penghinaan kepada pemerintah saya makanya selaku seorang Muslim dan seorang pendokong kedaulatan Kesultanan Melayu yang berpasak kepada Islam maka saya tidak akan berundur walau setapak didalam mempertahankan Tuanku Paduka Sultan Melayu.

Sekiranya Tuanku Paduka Sultan Sultan Melayu derhaka terhadap Allahu Ta'ala, maka pez akan mendapati saya berjuang mendaulatkan Tiada Yang Selain Rabbul Alamin.

Assabiyyah yang dituduh terhadap orang orang Melayu adalah semberono sekiranya orang orang Melayu secara amnya masih belum ketahap menganiayai orang Cina atau India secara meluas hanya kerna mereka berlainan bangsa!

Apa yang berlaku sekarang ditanahair kita adalah satu usaha menjatuhkan Kesultanan Melayu yang merupakan benteng terakhir Daulah Kerajaan Muslim yang bertuhankan Allah Azza Wa Jalla.

Perhitungan sekarang bukan sebegitu mudah untuk kita klasifikasikan sebagai itu dan ini.

Sebilangan besar manusia Melayu memandang hanya luaran tanpa sadar akan gelombang dalaman yang sedang mengumpul kuasa untuk menenggelamkan institusi Kesultanan Melayu yang memayungi bangsa Melayu yang beragama Islam di bumi Malaysia ini.

pez mungkin sedang melihat semua ini dari permukaan nya sahaja manakala orang tua seperti saya melihatnya dari segala segi sebelum membuat sebarang keputusan.

Pada kesimpulannya, saya hanya mementingkan Daulah Islamiyyah yang diwakili oleh keseluruhan Paduka Tuanku Sultan Sultan dan Raja Melayu sekelian.

Tidak ada wakil kuasa pemerintahan Islam lain di rantau ini selain Kesultanan Melayu serumpun yang mampu menegakkan panji panji Islam sekiranya Kesultanan Melayu di Malaysia ini tumbang angkara pakatan durjana para penderhaka terhadap Paduka Tuanku Sultan.

Sekiranya sampai saat dan waktunya saya terpaksa mempertaruhkan nyawa sekalipun didalam perjuangan saya mendokong Daulah Islamiyyah dirantau ini, saya rela demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Pagi esok Insya Allah akan kami turun padang menyatakan pendirian dan bantahan kami terhadap salah seorang seteru Allah yang paling lantang mencabar kita melangkah bangkainya sekiranya mahu kita menegakkan Ad Deenul Islam!

Qullu Nafsin Iza Iqatul Maut!

Insya Allah!

Takbir!!!

ALLAHU AKBAR! ALLAHU ALBAR! ALLAHU AKBAR!

TilDeathILearn said...

Assalamualaikum Mahaguru,

Mengapakah Karpal Yang menjadi sasaran kemarahan rakyat? Adakah dia dijadikan 'scapegoat' oleh golongan penderhaka yang sebenar yang telah mendorong beliau bertindak sedemikian?
Karpal hanya mengatakan hasrat untuk menyaman Sultan bagi pihak Kerajaan Ketuanan Rocket (Kononnya Ketuanan Rakyat yang dicanang oleh orang yang tidak bermoral itu) yang telah terang-terang menderhaka kepada Kesultanan Perak.

Sekiranya protes perlu diadakan demi membela Kesultanan Melayu saya berharap rakyat memprotes terhadap kepimpinan PR yang berkhemah di Perak berkata-kata dengan lidah yang bercabang entah berapa cabang yang telah menjualkan Ketuanan Islam di Bumi Perak D.R kepada Ketuanan Rocket..999 tahun(selagi matahari ada)..DLL .sia-sia perjuangan Dato' Maharaja Lela jika kita biarkan pengkhianat Agama & Bangsa berkuasa di Bumi ini.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU ALBAR! ALLAHU AKBAR!

Alias Mohd Yusof said...

Dalam Islam pun tidak boleh taqlid buta. Kita tak boleh setia secara membuta tuli tetapi kesetiaan yang ada prinsip. Kita kena memahami Islam itu secara menyeluruh. Raja hari ini tidak sama seperti raja 500 tahun dulu. 500 tahun dulu raja itu adalah pemimpin. Tetapi sekarang ada perbezaan antara pemimpin dengan raja kecuali Raja Arab Saudi dan Raja Berunai.