Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, February 07, 2009

FRU teargasses Perak citizens -The Video

4 comments:

azharjaafar said...

Lebih baik kalau berhimpun dan tunjuk perasaan dan bengkak2 mata (sebab menangis) depan Allah jam 2-3 pagi.

skhaliza said...

Islam tidak mengajar umatnya berperangai sedemikian. Kalau Nabi s.a.w ada, beliau pun tak suruh buat mcmtu. Keganasan bukan lambang Islam...balik lah kepada ajaran sebear...

Abdul Majid Hasan said...

Sikap macam azharjaafar mengingat saya peristiwa diantara seorang abid dengan pejuang Islam di zaman lampau... kata pejuang berkenaan antaranya :

Wahai si abid, anda menangis di depan ALLAH dalam kedinginan malam, kami menangis dengan darah tanpa dapat melelapkan mata... saudara bermunajat untuk mencari keredhaan ALLAH, kami berjuang mencari SYAHID... kamilah yang mempertahankan agama, kamilah yang mempertahankan kebenaran, kamilah yang mempertahankan tanah air, kamilah yang menjaga anak dan isteri anda....

Sdra pilih yang mana?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan tuan dan cikpuan yang saya hormati.

Didalam kehidupan duniawi kita ini, manusia terbahagi kepada beberapa golongan.

Ada yang suka menimba ilmu memanjang dan kurang pengamalan nya.

Ada pula yang kurang menuntut ilmu tetapi lebih pada mengamalkan apa yang bagi dirinya adalah betul dan tidak mempedulikan pandangan orang lain.

Ada juga golongan yang bersikap tidak mahu mengambil tahu akan apa apa yang berlaku disekelilingnya dan menyerah diri kepada nasib semata mata.

Saya tidak mahu menuduh sesiapa pun disini sebagai itu dan ini.

Saudara Azhar pada hemat saya adalah seorang Muslim yang melibatkan dirinya didalam Jamaah Tabligh.

Maka saya tidak hairan dengan pendekatan dan pendapat yang beliau berikan.

Memang ajaran didalam Jamaah Tabligh begitu.

Lebih kepada pasif dan tidak konfrontasi.

Maka pandangan beliau sudah tentu tidak sama dengan pandangan Ustaz Abdul Majid yang senantiasa berhadapan dengan makhluk makhluk halus dan proaktif didalam menangani masaalah kerasukan jin, setan, iblis dan sewaktu dengan nya.

Ustaz saya kira sebagai seorang yang akan melakukan apa sahaja yang Ustaz mampu untuk menyahkan gangguan dan jika perlu, Ustaz tak akan gentar dari menggunakan segala kudrat yang Ustaz ada untuk menumpaskan musuh tak kira dari jenis manusia ataupun apa sahaja?

Saudari khaliza pula seorang wanita bersemangat niaga. Semangat dan peribadi memang berlainan dari kedua saudara kita ini.

Masaalah di Perak adalah masaalah siasah.

Siasah melibatkan kekuasaan memerintah dan ianya melibatkan kesemua rakyat tanpa mengira latarbelakang kita ataupun apa fahaman dan pendirian kita?

Bilamana BN Perak merampas kuasa secara menerima pelompat parti Pakatan Rakyat, maka ianya telah membuktikan betapa sakit hatinya pengundi pengundi disana bila Wakil Wakil Rakyat yang mereka lantik memecah amanah yang diberikan mereka semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang telah berlangsung pada 8hb Mac 2008!

Saya memang tidak bersetuju dengan perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merampas kuasa secara memujuk rayu Ahli Ahli Parlimen BN supaya menyertai Pakatan Rakyat seperti dicanang canangkan beliau dan pimpinan Pakatan Rakyat sejak sekian lama ini?

Bila Najib Tun Razak berjaya melakukan 'political coup' dengan menerima petualang petualang politik bertiga dari PKR dan DAP terbabit, maka kini Kerajaan Pakatan Rakyat telah tumbang angkara pengkhianatan ketiga ADUN Pakatan tersebut memihak kepada pihak pembangkang BN!

Ini menimbulkan rasa ketidakpuasan rakyat Perak yang bangun membantah rampasan kuasa politik disana oleh BN Perak dibawah naungan Najib Tun Razak, bakal PM Malaysia yang banyak kontroversi ini.

Saya amat tidak bersetuju dengan cara pihak BN menggunakan pasukan FRU menembak gas pemedih mata dan mencemari masjid dengan menembak gas tersebut kedalam ruang masjid!

Ini kurang ajar namanya!

Itu rumah Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Tempat Mukmin menyembah Allah!

Bilamana FRU berani mencemari rumah Allah maka tidak ada bezanya FRU dengan pengganas Zionis Israel dan Amerika yang mencemari masjid!

Ikut pegangan pembela Muslim, maka halal lah kita memerangi kaum sebegini!

Barangsiapa yang tidak tersentuh hati melihat sesama Islam dianiaya, maka ada masaalah pada jiwa insan sedemikian!

Rasul SAW tidak berpeluk tubuh, menadah tangan berdo'a dan bermunajat semata mata sepanjang hayat dan perjuangan Baginda!

Muhammad al Mustafa Khataman Nabiyyi pernah mengangkat senjata dan memerangi musuh musuh Islam dan Muslim!

Ini harus kita sadar sekiranya kita benar benar umat Nabi!

Barangsiapa tidak mampu berhadapan dengan musuh Islam, maka eloklah biarkan sahaja pihak pihak yang sanggup untuk berjihad membela maruah Islam dan penganutnya!

Setiap kita ada kebolehan dan cara kita tersendiri.

Blogger setua ini pun jika keadaan nya memaksa dan tiada pilihan lain, sanggup berkorban untuk Ad Deenullah dengan nyawanya ini.

Lagipun dah tua!

Saya takut hanya kepada Allah semata mata.

`Qullu nafsin iza iqatul maut~

Biar mati bergalang tanah dari hidup berputih mata!

Takbir!!!!

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!