Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, February 13, 2009

Kenyataan Akhbar Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang membantah program Islam Liberal anjuran Sisters in Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Sepertimana yang kita sedia maklum, di Akhirul Zaman ini, telah ada pelbagai macam golongan yang sesat lagi menyesatkan didalam umat Islam sendiri.

Tuan tuan dan puan puan semua mesti ingat akan hadis Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam tentang keadaan umat Baginda berpelah kepada 73 golongan dan 72 dari golongan itu akan dihumban ke api neraka melainkan hanya satu jamaah yang memegang teguh akan Tali Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Didalam negara kita ini telah ada segolongan manusia yang luarannya Islam tetapi dalamannya tak ubah seperti Kaffir Harami Laknatullah.

Golongan ini menjadi musuh didalam selimut bagi umat Islam dan mereka dipuja dan dipuji oleh Kaffirin yang teramatlah gumbira kerna adanya talibarut seperti golongan yang bangga menjadi 'Islam Liberal'.

Berikut adalah kenyataan akhbar Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang yang membantah keras satu program 'Musawah' anjuran Sisters in Islam, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan liberalisasi kaum wanita yang menurut kacamata mereka amatlah terkongkong kononnya ditanahair ini?

Kenyataan Akhbar 12 Februari 2009

PUM PP selar penganjuran MUSAWAH membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam

Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dengan ini menyelar sekeras-kerasnya program ‘Musawah’ iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS). Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.

Perjumpaan ini bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2009 bagi menghadiri mesyuarat 5 hari tersebut. Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUM PP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan Barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.

Perjumpaan ini juga akan memberi persepsi yang negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita, terutamanya apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut.

PUM PP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al Quran dan Hadith dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syari‘at yang dibawa oleh al-Qur’ān dan al-Sunnah.

PUM PP juga mengharapkan kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan liberal Islam ini dan tidak campurtangan dalam urusan Aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campurtangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al Quran

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (109:6)

· 109:6 Unto you, your religious law, and unto me, mine !" [3]

Sehubungan dengan itu, PUM PP menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan member persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia.


Dr Wan Salim Wan Mohd Nor

Yang di Pertua
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUMPP)
Cawangan Pulau Pinang


Mohammad Nizam

Setiausaha

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUMPP)

Cawangan Pulau Pinang

* untuk tujuan perhubungan sila hubungi Mohammad Nizam : 018 465 4074 / 013 402 5770

Untuk liputan Berita Bernama sila klik disini.

6 comments:

muslim warrior said...

Salam Tuan,

ini satu kenyataan yang MELAMPAU..

ana hairan kenapa kerajaan membenarkan mengadakan program islam liberal ini di malaysia,sepatutnya pihak kerajaan lebih faham musibahnya jika fahaman islam liberal ini menular di MALAYSIA.

berani sungguh mereka mempermainkan @ mengubah hukum ALLAH sesuka hati...

"Islam yang sebenar tidak pernah meletakkan wanita di bawah tapak kaki lelaki" tidak seperti mana yang dinyatakan islam liberal "wanita ditindas dan tidak diperlaku adil didalam ugama ISLAM sebenar"

RASULLULLAH bersabda,bahawa kita patut memuliakan ibu iaitu seorang wanita..

jujur ana menyatakan,tidak kira sesiapa yang menerajui kerajaan Malaysia ini walau sampai kiamat, selagi tidak ada perubahan iaitu meletakkan UGAMA di atas selagi itu masalah ini akan muncul malah silih berganti...

bagi ana jika Al-quran & Sunnah tidak dijadikan rujukan...ini bermakna tidak ada jati diri dalam kepimpinan di Malaysia ini.

"WAHAI PEMIMPIN2 DIMALAYSIA, JADIKAN SEJARAH PENTADBIRAN DI ZAMAN RASULLULLAH,SAHABAT2 BAGINDA ETC. SEBAGAI PANDUAN,BILAMANA ADA PEROSAK2 UGAMA ,MEREKA AKAN MEMBENTERAS HINGGA AKAR UMBI DENGAN SEGERA."

jika kerajaan membenarkan kudrat kerdil ini membersihkan laknatullah ini dari bumi ALLAH ini,insyaallah segera ana uruskan sampai lubang cacing ana cari.

tidak perlu ana taip panjang lebar,sebab ana bukan cerdik pandai melainkan sebagai hamba yang kerdil disisi-Nya.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan Muslim Warrior.

Sekiranya ada lagi Muslim seperti tuan didalam muka bumi Allah ini terutamanya di tanahair kita yang tercinta ini, Insya Allah petualang petualang yang bermuka muka ini tidak akan bebas menjalankan dakyah dakyah mereka sesuka hati seperti sekarang ini.

Pokoknya masaalah yang sedang melanda ummah ini berpunca dari sikap tidak mahu mengambil tahu akan hal ehwal sekeliling terutamanya masaalah yang bersangkut paut dengan bab Akidah kerna kebanyakan umat Islam kita zaman ini hanya berilmu sekadar cukup makan sahaja.

Amat kurang sekali Muslim yang mahu menimba ilmu agama dan kemudiannya mengajar masyarakat kita supaya makin bersemarak Ad Deenul Islam.

Segalanya ini berpunca dari sikap masyarakat kita yang senantiasa dipupuk dan didorong untuk berhiburan sepanjang masa oleh stesen stesen penyiaran radio dan tv.

Kementerian Penerangan harus memainkan peranan mentarbiyyah umat Islam negara Malaysia ini selaku kementerian yang dipertanggungjawabkan mencorakkan arah tuju fikrah masyarakat tempatan ke cara hidup yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Masaalahnya timbul bilamana pihak berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam mahu menguatkuasakan undang undang dan Syariah Islam tetapi disekat dan dihalang oleh sesetengah pihak Kesultanan Melayu sendiri.

Ini maklumat terkini yang saya dapat dari sumber yang amat boleh dipercayai.

Walillahi Ta'ala.

Saya mendapat maklumat ini dari sumber tertinggi yang memohon saya merahsiakan identiti beliau.

Sebagai seorang Blogger Muslim, saya berpegang kepada janji saya tersebut.

Insya Allah, mulai sekarang akan saya aktifkan peranan kami di Muslim Bloggers Alliance untuk memerangi dakyah barangsiapa yang memusuhi Islam dengan menjalankan aktiviti aktiviti yang akan mendedahkan segala perancangan jahat mereka.

Sama sama lah kita berusaha untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah serta membanteras yang mungkar!

Wassalamualaikum.

YB Raz Gothic said...

humm apa kata dato zahid hamidi didalam hal ni..adakah beliau akan mendiamkan diri seolah olah tunggul.

dol_campers said...

Ini membuktikan pihak di barat tidak mengambil berat terhadap isu agama malah mengubah ajaran agama mengikut kehendak dan pemikiran mereka dari masa ke semasa. Tak tahulah sebanyak mana agama mereka sendiri telah mereka ubah untuk memenuhi kepentingan mereka. Barat telah mencorakkan kehidupan zaman sekarang dengan mementingkan kebebasan dan keseronokan seperti yang disukai syaitan. Tidak ada agama yg boleh terus selari dengan corak ini kecuali jika ia diubah mengikut keadaan semasa. Lihatlah macam mana kita diserang dgn taktik yg sungguh complicated, dan tanpa adanya kesedaran dan kesatuan di kalangan umat Islam, entah berapa lama Islam akan bertahan.

MoneyMatters@Nizam said...

Salam tuan,

Inilah yg dikatakan musang berbulu ayam, musuh dlm selimut. Spesis Abdullah Bin Ubai abad ke 21.

Saya meragui akidah mereka semua ini tuan. Dan majoriti drpd mereka merupakan golongan anti-hadith yg mana itu merupakan perkara yg terang2an boleh menjatuhkan akidah.

mutakalim said...

Assalamulaikum,

Pertubuhan memang didapati menyeleweng dari pelbagai sudut. Saya harap kerajaan mengkaji, meneliti peranan2 bercanggah dgn syariat yang dimainkannya dari dulu hingga sekarang dan seterusnya kerajaan MENGHARAMKAN saja persatuan kakak2 nih!.
Majlis Fatwa Kebangsaan juga perlu menyatakan dengan tegas mengharamkannya dan perlu digezetkan dlm enakmen undang-undang kerajaan negeri bahawa sesiapa yang terlibat dengannya perlu dikenakan hukuman.
Setakat ini, kenyataan kerajaan dan yang terbaru Mashitah amat berlapik untuk tidak bersetuju dengan perjuangan pertubuhan nih. Sampai bila nak berlapik? Jika diketahui bermudarat dari segi akidah, ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak maka tindakan segera perlu diambil!!!. Sebelum nasi menjadi bubur.
Selain itu, kakak2 ini pula perlu didekati oleh ulama untuk didakwahkan supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Tidak betul juga kita membiarkan mereka terkontang kating begitu saja bergelumang dgn orientalis barat, secularist barat dan terus menyelewengkan syariat. Ini adalah tanggungjawab kita semua. Mereka mengucapkan 2 kalimah syahadah dan adalah orang Islam dan saudara seIslam kita. Mereka akan menjawab di akhirat atas apa yang mereka lakukan tetapi kita juga akan ditanya apa yang kita lakukan untuk menegur mereka.