Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, February 07, 2009

Pancaroba Politik Perak Darul Ridzuan - Natijahnya kepada Melayu
























Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, GCB, KStJ
Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Perak Darul Ridzuan dan jajahan takluknya.

Assalamualaikum.

Saudara dan saudari sekelian terutamanya warga negeri Perak Darul Ridzuan yang diingati.

Tuan tuan dan puan puan sekelian.

Dewasa ini saya lihat perbuatan melampau sebilangan dari warga Perak yang memaki hamun Kebawah Duli Tuanku Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Perak Darul Ridzuan semakin menjadi gara gara terbit kekecewaan dihati mereka yang terbabit dari kecundangnya Kerajaan Negeri Perak DR dibawah Pakatan Rakyat akibat petualangan beberapa ADUN dari parti PKR dan DAP yang berpaling tadah kepada Barisan Nasional.

Tuan tuan dan puan puan sekelian.

Sultan Sultan dan Raja Melayu adalah benteng terakhir bagi menjamin kesinambungan jatidiri orang orang Melayu dari hilang pupus ditelan zaman.

Seandainya institusi Kesultanan Melayu Semenanjung ini sudah tidak dihormati lagi, maka masa depan orang orang Melayu di Malaysia ini akan turut terjejas dan kemungkinan tumbang digantikan dengan sebuah republik.

Apakah orang orang Melayu Malaysia mahu melihat perkara ini terjadi?

Simbol Ketuanan Melayu adalah Kesultanan Melayu.

Sekiranya sudah ada Melayu yang berani berkurang ajar terhadap Sultan Melayu sendiri dengan memaki hamun Duli Tuanku maka tunggu sahaja natijahnya bila orang orang bukan Melayu akan mencarut dan menghina keseluruhan institusi Kesultanan Melayu seNusantara!

Negara Malaysia ini berpaksikan kepada Rukunegara.
  1. Kepercayaan kepada Tuhan.
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
  3. Keluhuran Perlembagaan.
  4. Kedaulatan Undang Undang.
  5. Kesopanan dan Kesusilaan.
Saudara saudari sekelian.

Barangsiapa yang mengaku dirinya sebagai warganegara ini maka ianya dituntut supaya menghormati kesekelian prinsip prinsip Rukunegara Malaysia ini.

Sesudah percaya kepada Tuhan, kita dituntut untuk setia kepada Raja dan Negara. Setia didalam ertikata ini adalah untuk tidak menderhaka terhadap baik Sultan Sultan kita mahupun negara Malaysia.

Namun sayang, disebalik usaha menuntut keadilan dan kuasa politik, beberapa kerat golongan orang orang yang mengaku Melayu kini berubah menjadi petualang dan penderhaka terhadap Al Sultan Perak Darul Ridzuan.

Kita ini sebagai umat Islam dan rakyat negara ini tidak harus lupa kepada rentetan sejarah lama.

Memang Sultan Sultan, Raja dan Yang diPertuan Besar Melayu tidak maksum dan manusia biasa seperti kita.

Namun Duli Duli Tuanku bukan orang kebanyakan untuk dicaci maki ikut suka kerana tanpa Kesultanan Melayu, maka orang orang Melayu akan menjadi pelarian dibumi sendiri sepertimana telah berlaku kepada masyarakat Red Indian di benua Amerika Syarikat, masyarakat Maori di New Zealand, masyarakat Aborigine di Australia dan sebagainya.

Penderhakaan orang orang Melayu yang telah memaki hamun Sultan Perak jika di ikut Adat Resam Melayu lama adalah dihukum pancung atau dibunuh dengan ditikam keris panjang dari tulang selangka mereka sampai mati.

Kebawah Duli Yang di Pertuan Agong yang sedang bersemayam sekarang, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum ini pernah dihina dan dicerca oleh Melayu UMNO Terengganu bilamana Tuanku Sultan Mizan tidak memperkenankan perlantikan Dato Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar dan memilih Dato Ahmad Said menjawat kedudukan terpenting didalam Kerajaan Negeri Terengganu Darul Naim.

Baginda Tuanku dimaki oleh puak UMNO Terengganu melalui kain rentang dengan perkataan yang memang tidak patut sama sekali oleh mereka yang mengaku Melayu!

Jika penderhakaan sebegini berlaku pada zaman dahulu, sudah mencium tanah sekelian bangsat tersebut namun kerana zaman ini kononnya zaman sudah maju, maka telah lupa akan adat resam junjungan bangsa oleh petualang petualang tersebut.

Kini sejarah hitam ini berulang kembali dengan munculnya para penderhaka kepada Tuanku Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan penerbitan kata kata penghinaan terhadap Duli Tuanku Sultan Azlan Shah pula lantaran perintah Tuanku terhadap mantan Menteri Besar Pakatan Rakyat Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaludin untuk meletakkan jawatan tersebut memandangkan Pakatan Rakyat tidak lagi mempunyai kelebihan majoriti perwakilan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak berikutan pengisytiharan 2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP bahawa mereka telah keluar parti masing masing dan kini adalah ADUN BEBAS.

Walaupun perkara ini amat memeritkan hati dan perasaan anggota Pakatan Rakyat, mereka tidak harus cepat melatah dan bertindak sedemikian rupa dengan memaki hamun Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Perak Darul Ridzuan dan jajahan takluknya sebegitu!

Pada hemat saya Baginda Tuanku bertindak demikian kerana tidak senang dengan cara Pakatan Rakyat telah memerintah Negeri Perak sejak mengambil alih kerajaan negeri selepas memenangi Pilihanraya Umum ke 12 atas gabungan rapuh antara DAP yang memenangi 17 kerusi DUN, melebihi perwakilan PKR 7 dan PAS 6.

Kelebihan perwakilan Cina DAP mungkin merisaukan pihak Istana Perak dan cuma menanti sebarang salah tadbir atau perubahan majoriti kerusi perwakilan didalam Dewan Undangan Negeri Perak untuk Tuanku memerintah perletakan jawatan MB Pakatan Rakyat ini?

Berikut adalah senarai EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dimana kedudukan EXCO Melayu teramat sedikit sekali :

MENTERI BESAR PERAK
YAB Ir. Tuan Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin(PAS : Pasir Panjang)
E-Mel : nizarmb@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan,
Pembangunan Luar Bandar

EXCO KANAN
YB Ngeh Koo Ham (DAP : Sitiawan)
E-Mel: ngehkooham@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air, Hal Ehwal Bukan Islam

EXCO
YB Nga Kor Ming (DAP : Pantai Remis)
E-Mel : ngakorming@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan, Pengangkutan Awam

EXCO
YB A. Sivanesan A/L Achalingam(DAP : Sungkai)
E-Mel : asivanesan@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Kesihatan, Alam Sekitar dan Suumber Manusia

EXCO
YB Seah Leong Peng (DAP : Pasir Bedamar)
E-Mel: seahleongpeng@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Kebudayaan, Belia dan Sukan

EXCO
YB Chen Fook Chye (DAP : Keranji)
E-Mel: chenfookchye@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Perpaduan dan Integrasi Nasional, Hal Ehwal Pengguna

EXCO
YB Su Keong Siong (DAP : Pasir Pinji)
E-Mel: sukeongsiong@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi

EXCO
YB Jamaluddin bin Mohd Radzi(PKR : Behrang)
E-Mel: jamaluddinradzi@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian, Perdagangan

EXCO
YB Tai Sing Ng(PKR : Kuala Sepetang)
E-Mel : taisingng@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Pembangunan Industri, Penerangan

EXCO
YB KAPTAN (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu(PKR : Changkat Jering)
E-Mel : mohdosman@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Pelancongan, Pembangunan Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

EXCO
YB Tuan Haji Mohd. Zainuddin bin Mohd Yusof(PAS : Lubuk Merbau)
E-Mel : mohdzainuddin@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan

Ini adalah apa yang saya fikirkan?

Mana mungkin sebuah Kesultanan Melayu seperti Kesultanan Perak ini selesa dengan kedudukan rapuh orang orang Melayu yang didalam Pakatan Rakyat tergantung harap pada hegemoni kekuasaan politik parti bukan Islam seperti DAP yang sejak sekian lama lantang menuntut hak kesamarataan bagi mereka didalam sebuah negeri yang dibawah jajahan takluk dan perintah Sultan Melayu seperti Negeri Perak Darul Ridzuan ini?

Bilamana UMNO Perak yang memiliki 28 perwakilan Melayu dan 1 MCA berjaya menarik masuk 2 Adun PKR Melayu tanpa mengambil kira pertuduhan rasuah dsbnya keatas diri mereka dan juga seorang Adun Cina DAP, maka sudah tentu pihak Istana Perak menghela nafas lega dan serta merta memerintah letak jawatan terhadap MB Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah menganugerahkan hakmilik kekal 999 tahun kepada orang orang Cina Perak dan hanya 99 tahun hakmilik pajakan kepada penduduk Melayu Perak dan berbagai perkara lain lagi yang tidak digemari Duli Tuanku?

Wallahu Alam bissawab!

Biar kita menghadapi kenyataan bahawa menangnya Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun sudah telah menyaksikan kekuasaan politik orang orang Melayu terutama dari UMNO hancur lebur di negeri negeri yang selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Kelantan umpama milik kekal PAS dan memang susah untuk BN menawannya kembali.

Kekalahan BN terutamanya UMNO mungkin telah menyusahkan hati Duli Duli Sultan Melayu yang khawatir akan kedudukan Baginda Tuanku sekelian dek kemerosotan sokongan rakyat kepada satu satunya parti politik yang menjadi akar tunjang menyokong kedaulatan dan kesinambungan Kesultanan Kesultanan Melayu di Semenanjung Malaysia ini?

Kehilangan pengaruh dan kekuasaan politik orang orang Melayu dewasa ini mungkin menjadi penyebab kenapa Duli Tuanku Sultan Azlan Shah tidak berkenan terus mengekalkan pentadbiran Pakatan Rakyat yang ternyata diterajui DAP yang terang terangan memusuhi Islam dan konsep Ketuanan Melayu dengan memperjuangkan prinsip 'Malaysian Malaysia' mereka yang memang sebiji serupa dengan tuntutan 'Malayan Union' sebelum Merdeka lagi!

PAS ternyata tidak mempunyai kelebihan majoriti didalam Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan PKR kelihatan sedia mengorbankan segala keistimewaan Melayu demi memenuhi cita cita politik Pemimpin Ulungnya Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjawat kerusi Perdana Menteri sebelum kembali ke Rahmatullah?

Pengaruh Pemimpin DAP Perak EXCO Kanan YB Ngeh Koo Ham didalam menentukan arah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dikatakan menjadi punca ketidakpercayaan pihak Istana terhadap arah tuju pentadbiran MB Nizar dan mungkin ini adalah titik tolak perubahan sokongan Duli Tuanku Al Sultan Perak terhadap Kerajaan Negeri dibawah pimpinan MB Nizar sejak 11 bulan yang lalu?




















Keghairahan MB Nizar meraikan ADUN UMNO dari Bota yang berdrama swasta berpaling tadah ternyata memakan dirinya kembali sekarang bila ADUN Bota itu terbukti hanya 'Kuda Trojan' UMNO yang berjaya menjatuhkan kuasa politik Kerajaan Pakatan Rakyat dengan begitu mudah sekali!

Barangsiapa yang berjuang merebut kuasa melalui kerja memujuk pihak lawan supaya berpaling tadah hanya mengundang kecelakaan pada diri sendiri kerana sejarah membuktikan bahawa pengkhianat itu akan tidak mengambil masa yang lama untuk menikam dari belakang bila sahaja kesempatan sebegitu menghadirkan diri?

Hanya mereka yang berangan angan Mat Jenin sahaja yang boleh bermimpi bahawa pihak pihak yang berkepentingan seperti Kesultanan Melayu akan redha untuk membiarkan ketuanan Melayu terhakis dengan semudah itu?

Kesultanan Melayu merupakan benteng terakhir untuk Ketuanan Melayu di Malaysia.

Selagi Kesultanan Melayu itu ujud, maka usah bermimpilah mereka yang memperjuangkan 'Malaysian Malaysia' untuk menguasai negeri negeri yang berSultan Melayu dan menjayakan perancangan mereka.

Amat tipis sekali peluang mereka kerana undang undang tubuh negeri negeri Melayu tidak akan membenarkan mana mana pemimpin politik bukan Melayu dan bukan Islam untuk memerintah kerajaan kerajaan negeri tersebut selaku Menteri Besar!

Ini hakikat yang perlu dihadapi semua.

Bagi mereka yang menderhaka terhadap Sultan Sultan Melayu, natijahnya akan diketahui bilamana mereka sedar pada suatu hari akan petualangan mereka dan menyesal tak sudah bila diri itu melukut ditepi gantang atau bagaikan 'menang sorak ; kampong tergadai' atau 'ayam terlepas ; tangan berbau tahi!'.

Fikir fikirkan lah!

Daulat Tuanku!

22 comments:

pez said...

Assalamualaikum tuan Zainol.
maka saya ini aju-kan ini kepada tuan.adakah ketuanan Melayu relevan?
http://www.youtube.com/watch?v=7O8ff3oUa0E&feature=PlayList&p=5859D9B45DF22FAF&index=11&playnext=10&playnext_from=PL
tidak kah tuan akan bertanya kepada kepada diri tuan bahawasanya Islam pada terasnya tidak mementingkan aspek kedaulatan sesebuah kaum tetapi Islam itu sendiri sebagai penyatu bagi semua kaum di dalam bumi ini? Islam tidak pernah menyatakan bangsa Arab lebih tinggi darjatnya dari kaum selainnya.Saya sebagai seorang Muslim ternyata tidak berpegang kepada prinsip ini.Bahkan tuan sendiri tahu dalam krisis Ghazza mutaakhir ini,hanya Syiah Iran bawah pimpinan Ayatullah Ali Khamenei dan Mahmoud Ahmadinejad serta pemimpin Turki Recep Tayyip Erdogan yang menegakkan dan mempertahankan Islam dan ummat Ghazza.Adakah mereka Arab? Melayu? Sama sekali tidak tuan.Sebagai Muslim saya menasihati tuan,bahawasanya pegangan ketuanan Melayu ternyata jangan diketengahkan.Tanah air ini bukan milik Melayu,ia milik Allah Azza Wa Jalla..Jangan Sesekali kita biadap di hadapan Raja Segala Raja Allah SubhanahuWataala dengan meyatakan ini tanah kita,ini kita jaga sejak dari dulu lagi dan sebagainya.Tanpa kehendak Allah semua ini tidak akan kesampaian walau sedikit pun.WAllahualam.

MAHAGURU58 said...

Wa’alaikumsalam pez,

Saudara bercakap seolah saya ini memperjuangkan Assabiyyah padahal saya rasa saudara sedia maklum akan perjuangan saya selama ini.

Saya sendiri memang cita citakan daulah Islamiyyah dibumi Malaysia ini namun hakikat bahawasanya kepimpinan Islam di Malaysia ini ternyata diterajui keturunan Melayu makanya jatuh wajib diatas kita warganegara ini menyokong dan berdiri teguh dibelakang pemerintah Islam di Malaysia ini yang secara kebetulannya Melayu!

Saudara ternyata sudah berburuk sangka terhadap saya dengan menyatakan saya itu dan ini!

Sabar anak muda.

Usah terlepas cakap nanti buruk padahnya.

Fitnah itu lebih berbahaya dari membunuh!

Saya sedar diri saya bahawasanya saya seorang rakyat tanahair ini dan bernaung dibawah pemerintahan `Ulul Amri yang terdiri dari Sultan Sultan Melayu.

Saya anak bumi ini. Bumi Tanah Melayu bukan Tanah Arab atau yang lain.

Pencipta kita adalah Rabbul Jalil. Allahu Rabbi.

Allah yang mentakdirkan kita lahir dimuka bumi Tanah Melayu ini.

Dimana bumi dipijak ; di situ langit dijunjung.

Saudara tidak payah nak pening kepala tentang saya ini Assabiyyah ke apa?

Insya Allah tidak akan saya utamakan bangsa dari Ad Deenullah!

Namun saya tidak sanggup menjadi petualang terhadap pemerintah negara saya sendiri seperti setengah golongan yang sanggup bersekongkol dengan musuh musuh Islam semata mata kerana mahu mengejar pangkat dan kekuasaan politik yang sementara didunia yang fana ini!

Usah terkeliru dengan tanggapan terlampau anda bahawa bilamana saya menyokong kepimpinan Kesultanan Melayu makanya saya menyokong Assabiyyah.

Duli Duli Tuanku adalah pemimpin pemimpin Islam kita.

Sekiranya Duli Tuanku itu tersalah atau silap didalam mengendalikan urusan umat Islam Negara ini maka seharusnya kita selaku rakyat wajar menegur Tuanku Sultan secara berhemah bukannya dengan kurang ajar sepertimana sebilangan pemuka pemuka Islam pendokong parti musuh Islam DAP itu!

Pez bukan tidak tahu bahawa saya sendiri menyokong keberanian PM Turki membahasakan Presiden Israeli di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland?

Namun hakikat bahawa di Turki sendiri, Islam dikongkong dan dilarang kebanyakan umat Islam mengamalkan Islam secara bebas usah dilupakan pula!

Pez jangan lupa pula bahawa ajaran ajaran Syiah itu berlawanan dengan apa yang ditinggalkan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam!

Memang tanahair ini bukan milik sempurna orang orang Melayu kerana ianya milik Allah Subhanahu Wa Ta’ala tetapi jangan lah pula pez hendak jadi manusia yang lupa asal usul diri dengan menidakkan kedudukan orang orang Melayu dibumi Malaysia ini!

Kalau tak penderhaka apa kah namanya?

Berpijak lah kamu dibumi nyata dan tidak hanya di awang awangan siasah semata mata.

Tanpa izin Allah tidak Melayu bertuan dibumi amanahNya ini.

Sedari hakikat ini wahai anak muda dan usah berkata tanpa mengetahui apa sebenarnya pegangan dan perjuangan saya ini!

Berhati hati didalam berkata kerna silap sangka buruk natijahnya.

Jika pez bertanggapan bahawa Zainol Abideen ini seorang berprinsip Assabiyyah maka anda ternyata salah sama sekali!

You have yet to know who I really am young man so I advice you not to jump to any conclusions!

Wassalamualaikum.

kino said...

Pez,

marah nampak, sabar separuh dari iman...hehehe
Dengar tu bro, mahaguru is 1000x smarter than you.. that is the fact.. he does his research very well before opening his mouth unlike u..

Mas Manja said...

Saudara Zainol
A very pragmatic article and comment!. I am quite amaze and very proud that you support ketuanan and Kesultanan Melayu despite being a pious and religious muslim. Alhamdulillah, you are still a Malay who has not forget your root. Your article reflects a wise and reputable personality that you have, as a muslim.

Kepada Pez, tidak semestinya orang Melayu yang masih teguh kepada asal usul bangsanya akan membelakangkan ugamanya. Memang bumi ini milik Allah, tetapi mengapa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa? Fikirlah, ada rahsia Allah yang tersembunyi dan kita katakan supaya kita bersatu sebagai muslim. Idealnya setiap umat muslim di dunia ini bersatu, tetapi lihatlah, adakah muslim yang berbangsa-bangsa ini bersatu padu? Bangsa dan asal keturunan masih dominan menyatukan muslim di bumi Allah ini.

Ya tanahair ini bukan milik Melayu tetapi milik Allah taala. Tetapi Pez, kalau milik Allah ini diambil kafir laknat, di mana kamu akan tinggal?. Contoh paling mudah, Palestin. Apabila bangsa Palestin tidak bersatu, akhirnya tanah milik Allah itu diambil Zionis! Siapakah yang membantu mereka? Arab? Turki? Iran? Mana umat Islam yang datang menghantar bala tentera untuk membantu? Kalau bukan bangsa Palestin sendiri yang berjuang mempertahankan tanahair mereka!

Saya melihat bukan dari kacamata Melayu tetapi sebagai muslim yang bermastautin di bumi Allah di Emirates. Ya, saya bahagia berada di bumi Allah ini walaupun jauh dari tanah Melayu, tetapi saya menangis melihat bangsa seagama saya yang bergaduh sesama sendiri demi pangkat dan kuasa. Melayu yang tidak melihat kehadapan. Melayu yang mudah dipengaruhi dan penuh emosi. Melayu yang alpa dan Melayu yang tidak belajar dari sejarah orang!.

Di negara yang saya tinggal ini, kehidupan Islam memberi kesejahteraan hidup kepada lebih 100 bangsa di dunia yang mencari nafkah di sini. Bumi Allah yang kaya ini dgunakan sebaik mungkin oleh pemimpin mereka yang sentiasa mempertahankan anak bangsa sendiri!. Walaupun ada lebih 100 bangsa di dunia berada di sini, anak bangsa Emirates adalah muslim yang bertuah kerana keistimewaan mereka dipertahankan oleh pemimpin mereka! Tidak siapa boleh persoalkan kedudukan mereka kerana ini tanah tumpah darah mereka. Bukan seperti di Malaysia, kaum lain sentiasa mempersoalkan keistimewaan Melayu dan cuba menghapuskan segala keistimewaan itu. Saya juga melihat dan hidup dalam lingkungan muslim yang menindas saudara muslim mereka. Bukan Arab semata, termasuk Iran yang kamu sokong. Bagaimana harta, kekayaan dan pangkat membezakan mereka dengan umat muslim yang miskin yang merempat di bumi mereka. Jangan salahkan sesiapa kerana hakikatnya, muslim tidak membantu muslim di dunia ini.

Jadi, jangan terlalu jumud, Pez. kalau bukan Melayu yang akan tolong Melayu, jangan harap Ahmadinejed akan tolong kamu kalau bumi Melayu yang dipinjamkan Allah ini diambil orang. Mahukah kamu melihat anak cucu kamu merempat dan menderita seperti di Gaza?

Melayu diancam oleh bangsa lain yang hidup bersama mereka. Mereka akan buat apa sahaja untuk menghancurkan Islam dengan melemahkan perpaduan Melayu. Justeru, janganlah kamu lupa asal usul kamu.

Ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu yang akan mempertahankan bumi Allah ini agar tetap milik orang Islam!

ihsan said...

Salam,
Memang saya telah terfikir akan tindakan Sultan sebegitu seperti tuan. Persoalannya siapa yang selama ini yang memerintah yang telah menjadikan Tanah Melayu?sebegini sekarang? Siapa yang mencipta pepatah Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah? Siapa yang kata Berkata benar walaupun di hadapan pemerintah yang zalim? Tuan sepatutnya menasihati Ameno yang memang derhaka kepada Allah dan Rasulnya dan juga pada Sultan. Semata-mata tuan nak pertahankan Sultan Melayu, tuan menutup mata kepada segala mungkar yang dilakukan oleh Sultan dan pemerintah? Bukankah itu subahat? Rujuklah kitab sebesar manapun tentang subahat jangan atas nama mahaguru tuan tahu segala2nya.

hanmuar

bungaraya said...

Bukankah tindak tanduk ahli PAS di Perak itu mengambarkan apa yang ada dalam jiwa mereka? Dimulut mereka kata memperjuangkan islam. Mereka maktubkan dalam perlembagaan parti mereka. Tapi dalam bentuk tindakan, mereka hanya serupa seperti etheis. Orang-orang PAS yang sebenar-benarnya islam sejati dan ingin merjuang kerana ilahi mungkin akan merasa hampa dengan PAS 2008/2009. Tidak lagi spt asalnya. Tidak guna jika kita berlagak seperti ayam jantan..bising tidak keruan tetapi ekornya bergelombang dengan tahi yang bau masam. Dengan perangai ahli-ahli PAS di Perak itu, Layakah mereka menukar kerajaan UMNO yang selama ini ternyata telah banyak melaksanakan kebaikan untuk islam di Malaysia dan dunia?
Saya kata PAS tidak memiliki kelayakan tersebut.

me said...

Walaupun saya x pandai mcm tuan ,
Tapi saya terfikir siapakan selama ini yang mengurangkan kuasa sultan sblm Pembangkang memerintah Perak?
Bukankah skrg kuasa sultan hanya bertumpu kepada adat istiadat , hal ehwal agama , dan x menyentuh langsung perihal politik kita.
Saya rasa pemimpin terdahulu yang berbuat begitu dahulu , kenapa sekarang kita terlalu bising pasal ketuanan Melayu ? Hah.. saya sudah lama merasa hak kita sebagai Melayu dikurangkan oleh pemimpin kita sendiri terutama kerajaan hah..semua ini mainan politik.. gunakan raja sebagai jalan terakhir dan modal kononnya raja adalah noktah. X boleh mempertikaikan sultan. Ya la tu.. zaman melaka lagi kita dah tgk wujudnya hang jebat... ambik iktibar zaman itu , adakah hang tuah itu hero ? Raja pun manusia jugak.. dia bukannya tuhan...

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum ihsan.

Perkara yang lampau hanya boleh kita rujuk sebagai fakta sejarah.

Kita semua tahu bahawa kuasa kuasa Sultan Melayu memang telah disekat sejak penjajah asing telah menakluki bumi Melaka pada tahun 1511 Masehi lagi.

Kesultanan Melayu Melaka terpaksa lari menyelamatkan diri ke Perak dan sesudah Portugis kecundang di tangan Belanda dan kemudiannya Belanda pulak di kalahkan oleh British.

Sewaktu Perang Dunia ke 2, British pulak dikalahkan oleh pihak Jepun dan kemudiannya Jepun pulak dikalahkan Pihak Bersekutu @ Amerika & British serta lain lain negara Eropah.

British kemudian kembali memerintah Tanah Melayu ini dan merampok hasil mahsul bumi semenanjung ini.

Selama itu pihak Kesultanan Melayu hanya mampu ujud sebagai pewaris pemerintahan orang orang Melayu dan menanti masa untuk kembali berkuasa.

Pejuang pejuang kebangsaan Melayu berusaha untuk mengembalikan kedudukan Sultan Sultan Melayu sebagai payung negara.

Memanglah Sultan Sultan Melayu tidak sempurna dan ramai diantara kerabat di raja yang telah bersalah laku namun hakikat bahawa sekiranya Kesultanan Melayu dibumi ini terhapus tanpa digantikan sistem Khilafah Islamiyah yang sebenar benar berpaksikan kepada asas ajaran Islam yang hak, maka siapakah lagi yang orang Melayu Malaysia hendak harap membela mereka?

Karpal Singh?

Lim Kit Siang?

Anwar Ibrahim?

Minta maaf le.

Saya tak nampak pihak yang benar benar peduli tentang masadepan dan arah tuju umat Islam Malaysia ditanahair ini selain sesama kita!

Memang UMNO adalah satu parti politik yang sekian lama ini dilanda masaalah salah laku dan rasuah.

Namun apakah kita boleh sahaja membiarkan puak puak musuh Islam seperti DAP memerintah kita sepertimana diperjuangkan pihak Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Perak?

Umat Islam seMalaysia memerlukan penggabungan parti parti orang Melayu yang beragama Islam.

Hendak seribu daya.

Sekiranya PAS boleh berpakat dengan DAP yang terang terang memusuhi Islam, apakah yang menghalang PAS bergabung dengan UMNO?

Tidak lain dan tidak bukan kemahuan menduduki kerusi Perdana Menteri!

'At all costs!'

Walau pun terpaksa menandatangani perjanjian berdarah dengan Syaitan sekalipun?

Maaf tuan.

Saya tidak sanggup bertuankan musuh Islam selagi hayat dikandung badan.

Sebusuk busuk mana pun, saya tetap bersama dengan sesama Islam dengan saya walaupun buat masa ini umat Melayu Islam ini sedang hebat dilanda masaalah.

Saya percaya pada pepatah Melayu lama ' Carik carik bulu ayam ; lambat laun bercantum jua'.

Saya menerima kesekelian umat Islam ditanahair ini sebagai saudara seagama saya tanpa mengira latar belakang atau bangsa keturunan mereka.

Tidak timbul soal mereka itu UMNO ke, PAS ke , PKR ke, KIMMA ke , MACMA ke atau apa sahaja asalkan mereka bertuhankan Rabbul Jalil dan mahu berusaha ke arah menegakkan panji panji Islam didalam ertikata sebenar dan bukan sekadar retorik belaka!

Tuduhan mengatakan saya menutup mata terhadap segala salah laku Sultan Melayu adalah fitnah semata mata!

Ihsan samar pandangan ke apa?

Tidak pernah kah Ihsan membaca tulisan saya menegur Sultan Melayu yang menghalang pelaksanaan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengkid dan yoga sebelum ini?

Mengata orang memang terlalu mudah wahai Ihsan tetapi natijahnya nanti di Yaum al Mahsyar, saudara pasti akan terpaksa menjawab diatas tuduhan palsu anda ini!

Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam telah berpesan agar menjaga lidah kita kerna salah guna lidah ini akan memastikan kita dihumban ke api Neraka!

Semoga kita bersama sama menjaganya.

Insya Allah.

Elok membuat penyelidikan dan pembacaan yang sebaik mungkin sebelum berkata itu dan ini, wahai Ihsan saudara seIslamku.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum.

MAHAGURU58 said...

Saudara me,

Saudara bercakap seolah manusia yang telah kecewa dan berputus asa terhadap saudara sebangsa dan seagama saudara sendiri.

Ini adalah pendirian yang bagaikan 'marahkan nyamuk; membakar kelambu'.

Kerna nila setitik sudah mahu dirosakkan susu sebelanga?

Usah bertindak terburu buru dengan bertohmah begitu begini wahai saudaraku.

Seburuk mana pun kelaku sesetengah pihak Kesultanan Melayu, apakah itu alasan untuk sebilangan dari Melayu yang kemaruk kuasa untuk menghancurkan institusi Kerajaan Melayu yang berteraskan Islam ini?

Mana perginya budi bahasa orang orang Melayu yang termahsyur sekian lama ini?

Apakah hanya kerna kita tidak berpuashati dengan mana mana keputusan seorang Sultan Melayu, makanya sudah diperbolehkan Melayu menderhaka terhadap Duli Tuanku terbabit?

Apakah Melayu sekarang sudah lupa akan kekayaan budi bahasa dan adat warisan bangsa mereka sejak turun temurun?

Apakah pangkat dan kedudukan duniawi itu begitu penting sekali sehingga boleh dibelakangkan saranan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam agar kita ta'at kepada Allah SWT, Rasul SAW dan `Ulul `Amri dikalangan kita?

Apakah Karpal, Kit Siang dan Anwar yang mahu dinobatkan sebagai pengganti Dulu Duli Tuanku Sultan Sultan Melayu sekelian?

Sungguh tidak boleh diterima akal langsung!

Musuh durjana mahu dipertabalkan?

Na`uzubillahiminzalik!

Memang dah mereng agaknya segelintir saudara saudari kita di bumi Tanah Melayu ini.

sani said...

sudah 52th malaysia ku merdeka & diperintah oleh BN yg majoriti nya melayu umno...apakah nasib org melayu dah terbela...selepas 11th pemerintahan pm ke 4, org melayu umno je yg meningkat jadi hartawan & jutawan...org melayu kebanyakannya jadi golongan melayu kelas bawahan & pertengahan yg kais pagi makan pagi kais ptg...deb x tercapai w/pun dikatakan zaman pm ke4 zaman kecermerlangan ekonomi malaysia...tetapi ekonomi bangsa lain esp. cina terus meningkat...kuasa negeri2 yg diperintah oleh bn yg majoritinya umno x pernah menunjukkan kemajuan...rasuah makin bertambah...apa relevantnya kuasa banyak pd org melayu sedangakan rasuah,kronisme,pembaziran, maksiat, jenayah dll berleluasa...sudah2 le bermain sentiman melayu ni...islam perlu utama dari bangsa baru semua keadilan akan terserlah...apa pentingnya raja2 melayu kalau kerjanya membotakkan hutan jual balak ke tauke cina, jadi peminta projek & business juta2 utk makan anak2 tanpa peduli rakyat jelata...raja2 melayu & kerabat nya duduk goyang kaki pun dapat gaji dari wang kutipan cukai rakyat jelata yg bekerja keras siang & mlm nak menyara keluarga...pikir2 le

Abu Syifa said...

Salam sdr Pez,

Niat sdr baik untuk menegur Tn Zainol Abideen jika betul beliau telh melakukan kesilapan atau berpegang kepada prinsip atau kepercayaan yang salah di sisi Islam.

Bukan shj sdr perlu melakukan begitu bahkan sesiapa yang tahu akan kebenaran mesti menyampaikannya kepada yang melakukan kesalahan agar kembali ke pangkal jalan.

Namun, satu hal yang perlu kita jaga ialah bagaimana menyampaikannya. Saya teringat satu frasa yang barangkali elok untuk kita pertimbangkan kerana dalam dakwah kita mesti mahir membaca suasana dan mempunyai kemahiran komunikasi yang pelbagai dan berkesan.

"Tidak penting apa yang kita fikirkan, apa yang kita ketahui, apa yang kita percayai pun. Kesannya jika ada adalah kecil. Tetapi yang penting adalah bagaimana kita menyampaikannya".

Pasti sdr telah menyinggung Tn Zainol dengan tuduhan beliau sebagai seorang nasionalis - suatu label yg diberikan melalui generalisasi sdr terhadap tulisan beliau.

Apapun - jika kebenaran yg kita cari dan junjung maka berlapang dadalah apabila ditegur lebih-lebih lagi jika benar kita melakukan kesilapan.

Kepada Tn Zainol Abideen, teruskan sikap 'dare to speak' demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Moga Allah memberkati dan memberi kekuatan untuk tuan meneruskan perjuangan dan pegangan yg diyakini.

Wassalam

Anonymous said...

The fact is the people of Malaysia will be united soon only through BN. The loosing credibility by PR's MBs and supporters will soon become a reality.. Allah is great. He will show us his power by giving the right people to rule.

PAS is the right parti to rule in Kelantan, that's for sure. But not PR in Perak.

The fact is majority of Malaysian does not like PR. But PR is always been seen as far superior, only and ONLY through Internet. And that wave will also slowly be put to rest soon.. lol soon... very soon..

Anonymous said...

Sejauh manakah kita semua yakin yang menghantar mesej-mesej di website Sultan tersebut adalah orang Melayu. Kita ni selalunya diperbodohkan dengan teknologi. Teknologi yang kita sangka menjadi gerbang kepada ilmu dan maklumat tanpa batasan ini lah yang menjadi penghancur kepada bangsa Melayu di Malaysia. Lihatkan sahaja majoriti dari pengundi di Pilihanraya ke 12 tempohari. Majoriti yang mengundi pembangkang ialah generasi muda.

Walaupun generasi mudah adalah generasi yang peka tetapi kebanyakkannya dari generasi muda Melayu Malaysia yang secara sifatnya sebagai ornag Melayu yang suka berpolitik sejak zaman berzaman, suka berfitnah, berhasad dengki, mengadu domba ini lah yang memudahkan musuh Islam dengan mudahnya memperbodoh, merobohkan keutuh-an bangsa kita dengan kelemahan orang melayu itu sendiri.

Contohnya paling ketara, lihat sahaja MalaysiaKini. Tahukah anda semua bagaimana ia menjadi begitu popular. Mungkin anda tak tahu yang asalnya ianya semua adalah gimik belaka. Dari jumlah komen, jumlah pengunjung sehinggakan ke jumlah blog2 lain yang menyokongnya... semua pada asalnya dibentuk dalam masa yang amat singkat.. Setelah asasnya dibentuk, maka dengan mudah lah pengunjung tulin yang lain mempercayaiinya.

Hakikatnya, majoriti penyokong BN adalah angkatan lama. Yang bagi mereka lebih arif dalam membezakan apa yang benar & apa yang salah tetapi dalam masa yang sama kurang arif dengan teknologi Internet ni. Menjadikan mereka lebih suka berpegang pada apa yang nyata dan bukannya hasutan-hasutan di Internet.

Ingatlah bangsa ku, jangan terjerat oleh tektik2 kotor musuh kita, musuh Islam yang sememangnya suka melihatkan kita semua berpecah belah.

Apapun sebelum anda cuba menyangkal apa yang saya katakan, ada baiknya tepuk dada, dan lihat isi di dada. Sudahkah adanya ilmu dalam teknologi ini. Kalau belum baik diam, kerana anda tiada bezanya dengan orang yang duduknya dikedai kopi mendengarkan fitnah, gosip-gosip panas sahaja.

Kepada Mahaguru, syabas saya ucapkan atas post-post yang bernas.

syed muhammad said...

saya x rasa kebawah duli adalah ulil amri. kita di malaysia ada 13 sultan/raja namun yang menguruskan hal ehwal dan segala urusan kita adalah kerajaan yang dipilih. mengikut kebawah duli sultan azlan yang pernah menyatakan bahawa tugas2 sultan hanyalah bersifat protokol. namun apa yang berlaku adalah sultan tidak memberikan kelulusan membubarkan adun. satu keputusan yang tidak adil kepada satu pihak dan menguntungkan pihak yang lain. saya hairan mengapa tuan bersikap pesimis terhadap kerajaan pr perak. ya, majoriti exco dari dap dan bukan melayu tapi yang menjadi tonggak kerajaan masih islam. pada saya tidak salah berkompromi dengan bukan islam dari dap. mereka kafir harbi walaupun mereka menentang pelaksanaan hudud namun mereka menyatakan bahawa pandangan dan polisi kerajaan mereka dalah hasil perbincangan ketiga tiga ahli pakatan. mereka tidak ada bezanya dari segi prinsip dari pemimpin umno yang juga menentang hudud untuk kepentingan survival politik mereka. sekurang kurang nya mereka bersikap jujur dan tidak bersikap api dalam sekam.

sejati said...

tuan zainol,
dah lebih 50 tahun kita pertaruh kepercayaan kepada orang melayu umno yang semuanya islam untuk menegakkan islam. pernah islam diterapkan, tetapi serapan belum sempurna datang tangan-tangan ganas yang memang tidak mahu kepada islam sebenar meronyeh-ronyehkan nya.

Pendekatan apa lagi yang kita ada? sekongkol dengan mereka, kita telah cuba. sebenarnya mereka hanya gunakan kita untuk memperkukuhkan mereka. kita dimainkan dan ditendangnya.

Buat masa sekarang PR nampak lebih menyumbang kearah usaha kita, menyatakan yang benar, menegak keadilan,

mutakalim said...

Salam mahaguru yg dihormati.
Memang penuh pancaroba. Bagi saya banyak masalah manusia disebabkan sifat-sifat manusia itu sendiri yang hilang pedoman agama Islam.
Kerna Allah telah berikan agama untuk memberi kejayaan di dunia akhirat. Bila kita tak mengamalkan agama maka yang akan ada pada manusia ialah ingkar perintah Allah, pecah amanah, tak setia, khianat, bersekongkol dgn musuh, memburu pangkat darjat hingga terlupa perintah Allah, kurang ajar (kpd orang tua, sultan, rakyat, wanita, kanak-kanak etc), tikam belakang kawan, berpura2, hipokrit, tamak haloba, menipu, memeras ugut, menekan miskin dan lemah, maksiat, rasuah, diperkudakan bukan Islam dan sebagainya sifat2 negatif.
Ini bukan sahaja dlm politik tapi juga dlm kehidupan harian lain termasuk ekonomi, sosial, budaya, tamadun... etc sama ada pemimpin atau rakyat biasa.
Justeru, untuk memperkukuhkan sifat2 yang baik seperti, taat perintah Allah, menjadi hamba yang baik, rakyat yang baik, manusia jujur, amanah, menghormati, berkasih sayang...etc itu perlu menguatkan iman manusia kpd Allah.
Hendak menguatkan iman dan membina sifat ketaqwaan ini bukan mudah tapi tak mustahil kerana ada caranya untuk berjaya.
Maaf saya membebel pulak walhal mahaguru pun lebih tahu. Apapun, saya bersetuju sangat dgn entry ini termasuk jawapan-jawapan mahaguru beri kpd komen2 tu. Jazakallah khair.

Abu Syifa said...

Salam Sdr Syed Muhamad,

Negara kita hanya ada 9 orang sultan/raja Melayu yg dtg dari 9 buah negeri Melayu.

Asalnya 4 dari Negeri Melayu Bersekutu dan 5 dari Negeri Melayu Tidak Bersekutu - kesemuanya diperintah Inggeris secara tidak langsung kerana ada sultan/raja yg - di atas kertas - masih menjadi Ketua Negeri.

Adapun 4 lagi negeri tiada sultan iaitu Pulau Pinang, Melaka (2 Ngeri Selat), Sabah dan Sarawak. Negeri2 ini diketuai oleh Gabenor - yang dalam sistem sekarang tertakluk kepada perlantikan Yang DIpertuan Agong.

Sekadar menjelaskan fakta.

Letting the time pass me by said...

Bro kekadang kita nie lupa kut ayat didalam Al-Quran..

Surah Al-Baqarah Ayat 216

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Hari tu tengok Bro kat TV1, saya rasa bro kat blog nie lebih muda dari yg kat TV1 tu..

Anyway, saya rasa ramai orang sudah terikut perasaan... Even kawan-kawan saya yang cool pun sudah ikut perasaan... kita nak bersembang secara rasional, tetapi diorang tuduh kita sokong BN pulak, walhal selama nie diorang tahu kita tak sokong mana-mana, cuma mahu melihat kebenaran, keikhlasan dan kejujuran...

Tetapi didalam politik mana ade ikhlas dan jujur.. yang ade kuasa.. kita mesti merebut kuasa..

Wallahu'alam..

muslim warrior said...

Assalamualaikum tuan Zainol.

fisabilillah..sama2 kita berpegang kukuh keyakin pd ALLAH..terdapat satu hadis dari RASULLULLAH " berpeganglah kamu pada pemimpin kamu @ amil(imam) kamu,ini umpama kamu berpegang kepada ku"..

amal makruf nahi mungkar...diMALAYSIA ini,melayu yg beragama Islam,dan ramai juga melayu yg x berapa faham apa itu Islam..contohnya begini..

ulamak kita menegaskan ROKOK itu HARAM kerana ia memudaratkan tetapi majoriti Islam"melayu" perokok,kenapa Islam"melayu" ini x makan khinzir..bukankah sama je.."HARAM"..

ini baru 1 perkara....so..mereka ini hanya borak2 kosong,x hairan ana bila mereka membidas tuan dengan mcm2 komen...(kepada mereka yg banyak berborak,sebelum kita hendak menyatakan seswatu,fikirlah dahulu dgn waras)

kepada muslim sekalian tidak kira sesiapa pun,tinggi @ rendah darjatnya,besar @ kecil gajinya,cantik @ hodoh kulitnya ..sama2 kita muhasabah diri,kembali kita sebagai hamba ALLAH yg kerdil,sentiasa mengikuti sunnah penghulu kita MUHAMMAD RASULLULLAH ,dan AL Quran sebagai panduan


ana sentiasa menyokong dakwah ini..sabar..teruskan usaha tuan...

Abdul Majid Hasan said...

Salam semua,

Kita perhatikan beberapa mafhum dari ayat al_Quran dan hadis RasuluLLAH SAW dlm membentuk sikap kita:

"Wahai orang yang beriman, Taatilah ALLAH, Rasul dan Ulilamri dari kalangan kamu"...

Saya berpegang bahawa seruan taat ini kepada org yang beriman dan ulilamri itu mestilah orang yang beriman juga...

Beriman bererti menegakan keadilan yang ditafsirkan bahwa meletakan sesuatu hak kepada haknya.

Undang-undang tubuh negeri Perak TIDAK membenarkan sultan melucutkan jawatan MB (walaupun saya yakin sultan lebih arif dalam undang2,,,,tetapi menutup mata dalam kes ini demi MELAYU)... oleh yang demikian sultan gagal bersifat adil...

Bila tidak adil maka wajib bagi rakyat memperbetulkan..."katalah yang HAK walaupun ianya pahit"

Bagi saya apa yang berlaku banyak mengajar kita, Sdra Zainol hanya melihat dari aspek exco tapi lihatlah keseluruhan misalnya bila PR memrintah SAR diberi nyawa baru yang hampir mati akibat BN dan sultan penaong agama yang tak menaungpun... apakah nasib SAR selepas ini.

Lihat JKKK PR, saya orang Perak dan sentiasa balik ke Perak... mereka dipilih oleh Rakyat bukan PR atau BN

Walau apapun kena perhatikan firman ALLAH yang bermaksud lebih kurang "janganlah kebencian kamu kepada suatu kaum menyebabkan kamu berlaku zalim" ingat orang cina, india dll semuanya makhluk ALLAH... mereka ada yang kaya, ada yang miskin... semua mesti diberi haknya tanpa melihat siapa mereka.

Farah said...

Saudara Mahaguru,
Saya pernah mengkritik tuan menyokong DSAI dahulu kerana pada saya individu ini terlalu tinggi cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, jesteru, sanggup mengorbankan prinsip2 Islam yang didukung nya.
Nampaknya kali ini tuan mempunyai pandangan yang sangat berbeza.

Artikel tuan kali ini sangat baik dan bersifat logik tidak dipengaruhi oleh pandangan politik mana2 pihak..

Wallahualam

Farah

Anonymous said...

Mahaguru,
Mintak kurangkan display post per page. Saya memang selalu ingin membaca post dari page tuan tapi kerana bilangan pos yang banyak dan penuh dengan embedded media seperti youtube player menyebabkan sering tersangkut2.
Satu lagi cadangan, jika ada pos yang panjang dan penuh dengan embedded media ini, pecahkan supaya front page hanya display sebahagian kecil sahaja.